Saturday, April 30, 2011

Selective Tweets

Tak tau nak post apa. Ni jela yang aku rajin nak post. Enjoy.

First time Obe reply tweet aku. Aku rasa agak teruja la sebab Obe ni famous blogger. Tapi aku masih menunggu Jack Wilshere atau Robin van Persie reply tweet aku. Haritu masa birthday aku, aku ada tweet diorang, tapi sekor pun tak retweet. Chaittttt.

Second time Obe reply tweet aku, aku dimaki! HAHAHA! Ni aku ejek tabiat typo dia, tak memasal kena balik kat aku. Hiyaaarrrgghhhhh!


3rd time Obe reply, kali ni sebab aku tanya informative question sikit kan. Since aku dulu bekas pekerja Dunkin' Donuts.

Nothing funny actually. Just a little bit sarcasm.


MATLAB punya Twitter sangat WIN! Aku tak faham soalan assignment aku haritu, dah buntu sangat. Aku pi la tweet kat Twitter MATLAB ni. Tak sangka dia reply!  4 kali aku tweet, 4 kali dia reply. 

Well, dalam Twitter, kalau seseorang 'retweet' tweet korang, korang akan rasa sangat....sangat ape eh? Best la kot.

Jack Wilshere masih tinggal dengan mak dia rupanya... Dah jadi star pun masih hidup besederhana. Bagus mamat ni. Keep it up, lad!

Reaksi Jack Wilshere dan Robin van Persie selepas match Barcelona vs Arsenal, yang berkesudahan 4-3 pada agregat. The dismissal of van Persie in the second half left so many questions. Then recently, Jose Mourinho sparked a controversial statement, claiming that "Barcelona, under Pep Guardiola NEVER won Champions League 'cleanly' through the tournament,". Then he faced proper conduct from UEFA (still to come, I haven't checked the news).

Tweet from Zaid Ibrahim. Aku tak follow dia, ini Obe yang retweet. So, aku pun retweet balik. Aku rasa macam stylo je orang politik ni tengok bola. 

That's it. See you next time.

Why so fanatic?

Fanatik. Apa itu fanatik? Entah. Aku pun tak tau.

Semenjak duamenjak ni, ada la sorang friend aku kat Facebook. Dia actually senior aku. Perempuan. Tapi minat gila Manchester United. Profile picture taruk gambar player Man Utd, status pun kebanyakannya pasal Man Utd. Hadoi makk. Kok kalau ye pun minat, cukup sekadar MINAT, jangan TERLALU FANATIK. Ini sampai request 'in a relationship' with Javier Hernandez tu, kejadahnye? Biasa-biasa sudah la kan.

Ceh aku cakap orang, tapi aku? Well aku pun fanatik, tapi tak la sampai pagi petang siang malam taruk status pasal Arsenal. Rilek sudah. Get a life. Banyak lagi yang perlu kita ambik kisah selain bola, yang patut kita ambik kisah, yang wajib kita ambik kisah.

Bila menang, bangga gila. Post kat Twitter, Facebook. Yakin Man Utd bolot semua trofi. Bila kalah, emo. Bila kena ejek, emo semacam. Menangis siap. Rilek laa. Itu semua mainan dunia semata-mata.

Bukan nak membenci, tapi nak mengingatkan.

Kalau awak terbaca post saya ni, jangan terasa pulak. Cuma, awak tu perempuan. So...bukan kata tak boleh nak fanatik sangat dengan bola ni. Boleh, tapi ada hadnya. Cukuplah sekadar minat, jangan terlalu fanatik. First time saya jumpa orang perempuan macam awak. Sangat fanatik. Please....get a life.

Saturday, April 16, 2011

Yeah! Aku dah cakap dah, Idy.

Ohai.. Hai-O. Heish, dah sekian lama aku tak tulis pasal event around me. Asyik cerita pasal facts je. By the way, happy birthday to me! Owww, blueberry, my favourite. Dah 21 dah aku ye. Boleh mengundi dah lepas ni.

Kali ni entry aku lain sikit la. Pasal EM EL EM. Amende tuh? MLM la. Tapi aku spesifikkan entry aku ni pada satu MLM ni je - Score A. Rilek ye Idy. Dulu aku pun pernah kena jugak. Dia MLM ni, chance nak kena tipu tu bergantung kepada berapa downlines yang kena cari. Uik! Rilek dulu. Itu nanti aku cerita kemudian dalam post ni.

(Click photo to enlarge)

Ini printscreen status kawan aku yg suatu masa dulu rapat dengan aku. Muhammad Nor Izdihar. Well, asalnya, dulu aku yang terjebak dulu dengan menatang haram MLM ni. Tapi dalam tempoh aku join benda tu, aku terasa macam benda ni tak bawak satu kebaikan pun! 

Actually dulu aku pernah ajak Idy ni join Score A (waktu aku bebal dulu). Tapi dia tak join. Takde sekor pun join bawah aku sebab aku pun buat kerja sambil lewa. Malas nak all out. Tak macam mangkuk-mangkuk Score A yang selalu lepak kat Damansara (HQ Edata Network) tu tiap-tiap Sabtu Ahad. All out diorang tu semua. All out head-hunting downlines. All out mengemis.

Based on Aidid Muaddib's informative blog entry, MLM ni adalah satu bisnes piramid. Skim piramid. Bisnes yang dimulakan dari atas, dan berkembang ke bawah. Bisnes atau perniagaan ni, mana la boleh mula dari atas. Kena mula dari bawah. Tapak, foundation, fundamental. Tapak dah kukuh, dah kuat, baru bisnes boleh maju. Contoh la, ko nak buat piramid. Ko start dari atas. Ko tau tak berapa tinggi nak taruk batu apa semua sampai bawah, berapa biji nak taruk, etc? Unless kalau ko start dari bawah, ko akan boleh bajet berapa tinggi ko nak buat bangunan ko tu. Betul tak?

OK, aku rasa semua dah tau yang MLM ni kerja dia bukan jual barang, tapi lebih kepada cari orang. Why? Dey, kalau la ko pergi talk dia, apa yang 'jutawan-jutawan' dia cakap kat speech? 'Macam mana nak cari downline'. What the hell is that? Well, walaupun ada yang kasi cakap pasal 'Kehebatan produk kami', hebat ke masalahnya? Sudah menjadi lumrah sesebuah syarikat MLM untuk mencanang dan mengagung-agungkan produknya sendiri. Macam la produk dia tu datang dari galaksi lain. Contohla kan (since aku dah pernah join Score A), asyik duk mengagung-agungkan produk dia je. Aku pergi talk dia, speaker dia cakap "Hebat produk kita tuan puan, hebat,". Pastu muka sengih mintak penampar. Pastu ulang ayat tu jela ulang kali. Amende? Dey kalau la produk ko tu hebat gila pun, jual tepi jalan pun ada orang nak beli. Buat advert gempak-gempak macam advert Audi, macam advert Volkswagen. Volkswagen tu ada teknologi Park Assist tau? Masuk gear, kereta parking sendiri. Tak payah MLM pun?

Daripada blog Aidid Muaddib ni. Aku ekstrak sikit content dia. 

1 downlines 2, kadar kerugian > 50%
1 downlines 3, kadar kerugian > 67%
1 downlines 4, kadar kerugian > 75%
1 downlines 5, kadar kerugian > 80%
1 downlines 6, kadar kerugian > 83%
1 downlines 7, kadar kerugian > 86%
1 downlines 8, kadar kerugian > 88%
1 downlines 9, kadar kerugian > 89%
1 downlines 10, kadar kerugian > 90%
1 downlines 11, kadar kerugian > 91%
1 downlines 12, kadar kerugian > 92%

Score A kena cari berapa orang? 4. Berapa kadar kerugian? 75%. Maknanya, mangkuk-mangkuk (termasuk aku, DULU) yang join Score A ni, 75% tak dapat balik modal! Mana lagi 25%? Haaa. 25% tu yang tiap-tiap minggu kasi talk, kononnya jutawan la kan. Itu la diorang. Macam kat Score A, 25% tu terdiri daripada Hanif Azmi Edata dan bini, Tuan Haji Imran Apokobondo Tah, Si Botak Aku Lupo Namo Eh, dan mangkuk-mangkuk jutawan yang lain.

Itu baru 1 cari 4. Score A baru 1 cari 4. Kalau Gelang AC yang 1 cari 12 tu? Hambek kau! 92% loss. 8% je yang untung. 92% duit downlines tu ada kat mangkuk-mangkuk dalam 8% tu la...! Oh, patut la AC Mangkuk Hayun boleh beli Bentley! Ingat murah ape Bentley tu.

Walaupun fatwa kat Malaysia ni meletakkan MLM sebagai harus, tapi aku tetap tak nampak mana harusnya tu. Mana harusnya? Head-hunting downlines tiap-tiap hari, bukan tumpu pada jual produk pun. Siap ada kursus lagi macam mana nak tarik downlines. Suruh pinjam sikit duit kat mak bapak adik abang kakak nenek  sedara kawan apa semua. And then bila bisnes dah 'maju', bayar balik duit tu. Ini nak jual produk ke, nak head-hunting downlines?

Kalau mangkuk-mangkuk Score A, duk mencanang la diorang yang bisnes diorang ni patuh syariah. Patuh syariah kalau korang baca Manual Kepatuhan Syariah dia tu. Berapa peratus je la yang ikut apa yang manual tu cakap? Satu lagi, duk guna hadis ayat al-Quran apa semua. What the hell is that? Nak rompak duit orang, guna hadis, ayat al-Quran? Betul ke tu? Ada sekali tu, speaker tu kata nak sebarkan MLM Score A ni macam dakwah Rasulullah. Sebar kat orang terdekat dulu, baru kawan-kawan. Amende la woi. Hadoi... Takde benda lain semulia dakwah Rasulullah tau? Nak samakan rompak duit member dengan dakwah Rasulullah tu apekehe nye yeop?

Kalau korang perasan la, mangkuk-mangkuk MLM ni, ayat sama je diorang guna. Contohnya,

"Kalau aku dah berjaya, korang bila lagi? Takkan nak tengok je aku berjaya sorang-sorang? Jomla buat sama-sama.."

"Peluang hanya datang sekali. Kalau ko tak ambik peluang tu, bila lagi dia nak datang?"

"Buat dulu, baru tahu bro. Aku dah buat, untung. Setakat aku yang cikai ni, menjadi, ko tu apatah lagi kan,"

"Aku takkan rugi kalau ko tak join. Ko fikir la sendiri,"

Dan ayat-ayat lain.

Amende kasi ayat-ayat macam tu? Ayat desperate namanya tu. Dah orang taknak join, taknak la. Duk pujuk peluang datang sekali la, dah buat la, amende? Apekehe? 

75% bukan sikit bhai. Banyak. 100 orang yang join, 75 jadi taik, 25 jadi jutawan. Yang 25 jadi jutawan tu mana dapat duit sampai jadi jutawan? Mana lagi, duit yang 75 tu la! Lepas tu blah macam tu je bila sistem piramid tu dah crash. Oh lupa nak cerita pasal crash.

OK, skim piramid ni kan start dari atas. Dari sorang, cari 4 orang. 4 cari 16. 16 cari 64. Macam ni:

1
4
16
64
256
1,024
4,096
16,384
65,536
262,144
1,048,576
4,194,304
16,777,216                     
67,108,864                      [lebih dari penduduk Malaysia]
264,435,456                  
1,073,741,824                 [lebih dari penduduk Amerika Syarikat]
4,294,967,296               
17,179,869,180               [lebih dari penduduk dunia!]
...
...
dan seterusnya.

Or.. Like this can ah?
Exactly like what I said just now!

"The chart shows how pyramid schemes can become impossible to sustain,". Oh yeah, you got the point, dude. Dude, Where's My Money? Sweet!

Kalau Score A ni, atas sekali yang sekor tu, Jason Kok. Jason Kok cari 4 orang. Jason Cock, Jason Cockroach, Jason Peacock, Jason Cockpit. And then, Jason Cock, Jason Cockroach, Jason Peacock, Jason Cockpit cari lagi 4 orang kok/cock. Bawah tu, cari lagi, cari lagi, cari lagi dan lagi dan lagi.

Penduduk Malaysia ada 28 juta. Kalau la semua 28 juta orang Malaysia join, head-hunting tiap-tiap hari, kat level 14 dah crash! Maknanya, dah takde stok downlines baru. So, money flow dah takde, sistem crash la. Collapse. Yang duk atas-atas tu banyak la duit dapat. Yang bawah? Macam aku cakap tadi, jadi tahi! Itu pasal, mangkuk-mangkuk MLM ni selalu cakap, "First come first serve,". Ini la maksud dia. Aku tak tau la mangkuk-mangkuk tu dah already ada ilmu ni kan, tapi mangkuk-mangkuk MLM ni join MLM sebab duit je. Sebab produk tu memang nombor berapa entah. Takde kot. Itu baru Malaysia, dah ada potential nak crash. Kalau dunia?

Aku join (terjoin) Score A dulu, ada satu sesi perkongsian ni la. Speaker dia ex-student UTP. Ambik mechanical engineering pulak tu. Buat malu mechanical engineer je. Dia kata, bisnes Score A ni sesuai untuk pelajar. Kenapa? Sebab (dia kata) students kan ada pinjam PTPTN, loan MARA, apa semua. Then, cukup ke semua tu untuk sebulan? Cukup ke semua tu untuk kita? Ceh. Mata duitan macam ko tu la yang tak cukup. Macam haram. Brainwash nak kasi kaw-kaw suruh join. What the hell la mangkuk-mangkuk MLM ni. 

Kononnya la, kalau student IPT ni mak bapak pandang tinggi sebab nak suruh anak dia masuk IPT nanti bila dah besar. So, boleh market sikit kan. Market kepala hotak kau la. E-learning consultant konon.

Orang yang takde ilmu, takkan tau MLM ni akan crash jugak satu hari nanti. Crash bila takde money flow dari bawah. Aidid Muaddib dah berbuih mulut kasi ilmu, tapi masih ada lagi mangkuk yang tak faham! Masih lagi nak defend sistem MLM yang penuh dengan flaws ni.

Satu lagi pasal MLM kalau korang perasan, produk dia mahal nak mati! Contoh la, portal Score A tu. RM796 untuk setahun? RM796? Score A hanya memerlukan komputer, internet, server, dan kepakaran dalam programming. Itu je. Takde kos bahan api, takde kos mesin, takde kos manufacture, takde kos yang kebanyakannya industri pening kepala mikio nye. Yang ada, kos elektrik, kos internet. Ada la kos-kos sampingan yang lain. Tapi takkan nak balik modal, kena jual sampai RM796?

Kepada yang tak tau, meh aku nak kasi tau. Itu RM796, harga portal tu paling mahal pun RM100++ je. Mana lagi RM696? Itu kasi upline la! Upline! Yang ajak korang join tu. Yang berbuih mulut bersembur air liur ajak korang jadi e-Learning consultant tu. Itu ler. Kalau la bagus sangat portal Score A ni, kalau la ikhlas nak tolong budak-budak belajar, jual je tepi jalan dengan harga RM90. Kasi tau pasal features yang kononnya hebat tu, buat bunting, buat flyers. Tak payah MLM. Sure ramai yang beli. Nak suruh anak berjaya la katakan. Ini tak. Nak suruh anak berjaya, ajak join MLM. "Anak Skor A, Ibubapa Skor RM". What the hell? Nak makan penampar? Why must ada phrase "Skor RM" kat belakang? Ikhlas ke tak nak tolong budak-budak belajar ni?

Aku adalah pengikut setia blog Aidid Muaddib. Entry ni kiranya overview je untuk isu MLM. Kat blog Aidid Muaddib tu lagi banyak info. Melimpah-limpah info dia.

Dah banyak aku membebel. Bagi siapa-siapa yang tergerak hati nak join MLM sebab duit tak cukup tiap-tiap bulan tu, aku nasihatkan.....tak payah la. Jangan buang masa dengan cari downlines bodoh tu. Jangan buat muka tak malu, mengemis duit cara MLM. Berbuih mulut pujuk orang semata-mata nakkan duit dia. Bodoh namanya kan? Banyak lagi cara untuk dapat duit, itu jugak yang dipilihnya.

#Problem MLMfags? You jelly?

Friday, April 8, 2011

20 facts about me



Tahukah anda?

1. Masa aku baru lahir, dalam banyak-banyak baby dalam baby room kat Hospital Kuala Lumpur pada 15 April 1990, aku sorang je yang menangis. Baby lain semua diam.

2. Aku menyusu dengan mak aku 3 bulan je. Lepas tu aku taknak dah. Aku suka lagi minum susu tepung.

3. Dulu gigi aku jongang sebab suka hisap puting.

4. Masa kecik aku tak pernah miss gosok gigi tiap-tiap malam.

5. Masa kecik kalau aku panas, aku mengamuk. Tapi bila sampai tempat ada air-cond, aku tersengih.

6. Masa aku tadika, aku pernah dikejar anjing. Aku lari lintang pukang tak tau nak buat ape, then aku baling songkok yang ada atas kepala aku. Langsung anjing tu balun songkok aku.

7. Aku pernah argue dengan cikgu matematik aku masa darjah 2 pasal bundar. Cikgu tu kata kalau 5 bundar jadi 1. Kalau 6 bundar jadi 10. Aku argue gila-gila sampai la cikgu tu surrender.

8. Hari pertama aku kat sekolah rendah, aku menangis.

9. Aku naik bas pergi sekolah sehari je. Lepas tu tak naik dah sebab aku tak tahan botol air aku kena langgar.

10. Kali pertama aku kena tampar ialah masa aku darjah 2 kat Sekolah Agama Bandar Segamat. Masa tu aku nyanyi lagu 'What You Give You Get Back'. Tapi aku nyanyi salah lirik. Langsung kena tampar dengan Ustaz Khalid.

11. Masa kecik aku suka hafal nombor kereta kawan abah aku.

12. Masa aku darjah 5, aku pernah tipu kawan aku yang abah aku tu tukang lukis kartun Pokemon. Diorang percaya.

13. Surat cinta monyet pertama aku terima ialah semasa aku darjah 5. Depan surat tu tertulis 'Kepada: Yang berkenaan'.

14. Masa aku darjah 3, aku adalah pengawas paling pendek untuk sesi petang. Bloody loser.

15. Masa aku darjah 3, aku sorang je pengawas sesi petang yang takde Digimon.

16. Masa aku darjah 6, aku ade kencing sorang kawan ni. Masa tu aku baru pindah Terengganu. Aku kata aku main bola wakil sekolah. Padahal tak. Masa tu aku tak terer main bola lagi. Lepas tu dia bawak aku pergi kat cikgu bola, cakap aku wakil sekolah. Aku cakap kat dia yang aku kencing je. Dia tak percaya aku kencing dia. Bila atas padang, aku diam je tak buat apa-apa.

17. Naik form 1, aku masuk sekolah asrama. Sejak masuk sekolah asrama, aku tak pernah miss iron baju tiap-tiap malam.

18. Ustaz Fauzi adalah ustaz pertama yang tampar aku guna buku log. Dia tampar aku sebab tak puas hati kereta baru dia kena calar. Masa tu aku form 1 kat SMKA Kuala Abang.

19. 6 buah sekolah aku pernah belajar, hanya seorang kawan je yang pernah ada nama lagi pendek daripada aku. Afiq bin Basharuddin (MRSM Kota Putra). Cikgu pulak, Ida binti Idris (SMKA Kuala Abang).

20. Masa lepas PMR kat MRSM Kota Putra, aku banyak buat kerja gila. Salah satunya, letak kerusi pengadil bola tampar (yang tinggi tu) kat tengah-tengah dewan makan perempuan. Esok pagi pergi bangunan akademik lalu dewan makan perempuan, satu team (yang buat kerja gila tu) gelak.

What's your story?

Geert Wilders - Musuh sebenar dunia Islam abad ke-21 (Bhgn 1)






Penulis: Berus Li







Anda kenal Geert Wilders? Masihkah anda ingat filem pendek bertajuk 'Fitna' yang meletup awal tahun 2008? Geert Wilders adalah pembikinnya!

Well, aku rasa dah banyak website yang menceritakan tentang tokoh-tokoh Islam, tapi tak salah kalau aku menulis tentang musuh-musuh Islam pulak kan?

Hari ini aku nak menceritakan sedikit sebanyak tentang Geert Wilders. Siapa Geert Wilders ni?

Biodata




Nama          
Geert Wilders

Tarikh Lahir
6 September 1963

Kerakyatan  
Belanda

Kerjaya        
Ketua Parlimen untuk Partij voor de Vrijheid (Party of Freedom atau PVV)

Serba sedikit tentang hidupnya

OK, dah kenal? Dah. Kenapa tiba-tiba aku pilih Geert Wilders? Kenapa tak Shimon Peres? Kenapa tak Tzipi Livni? Sebab, mamat ni selalu jadi tajuk utama kalau sentuh bab-bab Islamophobia ni.

Geert Wilders dibesarkan Katolik. Selepas beliau menghabiskan persekolahan menengah, beliau nak sambung belajar la kan. Tapi takde duit. So, beliau hanya melawat negara Israel (aku pun tak tau kenapa mamat ni pilih negara haram ni). Selama beliau di Israel, beliau mengumpul duit daripada pekerjaan sebagai moshav (salah satu bentuk sukarelawan komuniti di Israel) sedikit sebanyak dan menggunakan duit itu untuk melawat negara-negara Arab.

Sekembalinya beliau ke negara asalnya (Belanda), beliau tinggal di Utrecht. Beliau bekerja di sektor industri insurans kesihatan di Utrecht. Minat beliau dalam politik mendorong beliau menjadi penulis ucapan untuk parti PVV. Beliau memulakan kariernya dalam sejarah politik Belanda dengan menjadi seorang pembantu parlimen kepada seorang ketua Parti Liberal, Frits Bolkestein, dalam pengkhususan dasar luar. Beliau memegang jawatan ini dari tahun 1990 hingga 1998. Pada waktu ni la beliau banyak berkunjung ke negara-negara Arab dan mendekati sistem pemerintahan di sana.

Kontroversi


Wilders banyak mencetuskan kontroversi tentang Islam. Sejak beliau memegang jawatan kerajaan, beliau tidak lekang mengutuk dan mencaci Islam. Sebahagian daripada kontroversi yang melibatkan Geert Wilders:
  1. Beliau mendakwa bahawa beliau "dirampas kehidupan peribadinya kepada kebencian terhadap Islam". 
  2. Seorang 'rapper' Belanda, Mo$heb didenda 80 jam khidmat komuniti dan dua bulan hukuman penjara kerana mengancam Wilders dalam sebuah lagunya yang bertajuk "Wie is de volgende" ("Who's next"). Dalam lirik lagu itu, terdapat satu baris yang bermaksud jika dia menemui Wilders, ia akan menjadi 'bam bam' - membawa makna Wilders akan dibom.
  3. Kerana kebencian Wilders terhadap Islam, seorang lagi 'rapper' berbangsa Belanda-Morocco, Appa apabila ditemubual untuk sebuah akhbar berkata, "Jika seseorang menembaknya di kepala, saya tak kisah,".
  4. Wilders juga pernah mengemukakan cadangan di Parlimen Belanda supaya mengharamkan penjualan al-Quran di Belanda kerana mendakwa al-Quran adalah sumber keganasan. Wilders menyuarakan pendapat supaya kerajaan Belanda konsisten dengan undang-undang Belanda yang menyekat sebarang bahan yang menghasut kepada keganasan.
  5. Beliau memberikan respon terhadap tuduhan masyarakat terhadapnya dengan berkata, "Saya tak benci orang Islam. Saya benci bukunya (al-Quran) dan fahamannya,".
  6. Pada 11 September 2010, ulangtahun yang ke-9 tragedi runtuhan Pusat Dagangan Dunia, 2,000 penunjuk perasaan berkumpul di kawasan penempatan Islam terancang berdekatan bekas tapak Pusat Dagangan Dunia. Tunjuk perasaan itu diarahkan oleh Wilders sendiri yang datang dari Belanda. Pada tunjuk perasaan itu, Wilders berkata, "Di sinilah kita telah meletakkan garisan. Kita tidak harus memberi muka kepada mereka yang mahu menundukkan kita. Letakkan garisan ini, supaya New York tidak akan sekali-kali menjadi Mekah yang baru,".
  7. Dalam satu kenyataan, Wilders berkata, "Orang Islam di Belanda patut koyakkan separuh daripada al-Quran jika mereka ingin tinggal di Belanda kerana ia terdapat perkara yang buruk yang Muhammad lakukan - pada masa ini dia memburu sebagai seorang pengganas,".
  8. Pada 8 Ogos 2007, Wilders menulis sepucuk surat terbuka kepada akhbar Belanda, De Volkskrant, bahawa al-Quran (yang beliau siifatkan sebagai 'buku fasis') patut diharamkan di Belanda seperti buku Mein Kampf yang ditulis oleh Adolf Hitler. Beliau menyebut bahawa "Buku ini menghasut kebencian dan pembunuhan, jadi tidak ada tempat (untuk buku ini disebarkan) di dalam undang-undang kami,".
  9. Dia juga pernah menyifatkan Nabi Muhammad sebagai 'syaitan'.
  10. Pada September 2009, Wilders mencadangkan untuk mengenakan cukai sebanyak  €1000 kepada perempuan-perempuan Islam yang bertudung dan duit itu boleh digunakan untuk projek lain yang bermanfaat untuk hal-hal kewanitaan yang lain.
  11. Merujuk kepada pertambahan populasi Islam di Belanda, beliau berkata, "Pergi bersiar-siar di jalanan dan perhatikan apa yang telah berlaku. Anda tidak lagi merasakan bahawa anda duduk di negara anda sendiri. Ada perang yang akan berlaku dan kita harus pertahankan diri kita. Sebelum anda tahu tentangnya, akan ada lebih banyak masjid daripada gereja!".
  12. Dalam satu ucapan sebelum sesi Parlimen Belanda, beliau memetik, "Islam adalah 'trojan horse' di Eropah. Jika kita tidak menghentikan proses pengislaman itu sekarang, Eurabia dan Netherabia akan wujud. Satu abad yang lepas, hanya ada kira-kira 50 sahaja orang Islam di Belanda. Kini, terdapat lebih 1 juta umat Islam di negara ini. Bilakah ia akan berhenti? Kita menuju kepada pengakhiran tamadun Belanda seperti yang kita sedia maklum. Di mana Perdana Menteri kita dalam hal ini?".

Hubungan dengan Israel

Wilders tinggal di Israel selama dua tahun semasa zaman remaja dan sudah melawat Israel lebih 40 kali dalam 25 tahun.

Wilders bercakap tentang Israel, "Saya sudah melawat banyak negara di Timur Tengah - dari Syria ke Mesir, dari Tunisia ke Turki, dari Cyprus ke Iran - tetapi tidak satupun saya merasakan kelainan seperti yang saya rasa apabila mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion (Lapangan terbang utama Israel),".

Wilders pernah berkata kepada audiens dalam satu ucapan, "Kita (di Barat) adalah semuanya Israel,".

Wilders juga pernah berkata "Israel adalah barisan pertahanan pertama bagi Barat" menentang apa yang beliau maksudkan sebagai pengganas Islam.

Dalam Pilihanraya Umum Belanda 2010, di mana Parti PVV adalah parti ke-3 terbesar, Wilders berkata bahawa Jordan patut menukar nama negara mereka kepada Palestin. "Jordan adalah Palestin. Penukaran nama Jordan kepada Palestin akan mengakhiri konflik di Timur Tengah dan menyediakan penduduk Palestin tanah air alternatif,".

Wilders pernah berkata bahawa Israel berhak menerima status istimewa dalam kerajaan Belanda kerana mereka berjuang untuk 'Jerusalem'. "Jika Jerusalem jatuh ke tangan orang Islam, Athens dan Rom akan ditawan seterusnya. Jadi, Jerusalem adalah barisan pertama yang melindungi Barat. Ia bukanlah konflik tentang wilayah, tetapi lebih kepada konflik perang ideologi, antara Barat dan ideologi barbarism Islam. Sudah ada negara Palestin yang merdeka sejak 1946, dan ia adalah Jordan,".

Bersambung di Bahagian ke-2. Gua sudah ngantuk la.


Thursday, March 10, 2011

Ini mengarut - Facebook-whore

What does a Facebook Whore do?

  1. Has a wall with more than 1,000 posts on it.
  2. Has a profile that is longer than most professional resumes.
  3. Regularly posts more than 5 sentences on a single post on a wall or discussion board.
  4. No more than three days passes without an update on the user's profile.
  5. Updates status on every mood change and/or "what I had for lunch."
  6. Comments on someone's photo.
  7. Has more than 2 sentences in the section "about me."
  8. Regularly posts song lyrics or quotes that make them look deep.
  9. Has more than 2 emails posted on their profile.
  10. Puts many photos of himself or herself to be a showoff.
  11. Joins every network or adds all applications of their friends.
  12. Writes an inappropriate word anywhere on the profile.
  13. Has more than 20 pictures taken on the same day posted on their profile.
  14. Comments on their own status.
  15. Loves to tag people in photos even though it's not even them
  16. Has suicidal thoughts when they forget their password.
  17. Has more than 500 comments on one photo by 5 of her boyfriends fighting over her.
  18. Plays Farmville and rapes other people's crops.
  19. Is flooded with requests every day.

Reference: http://uncyclopedia.wikia.com/wiki/Facebook

P/S: Some of the points I may have to exclude it for some reasons.

Sudut tak mengarut - Apakah Tuhan itu wujud?





Penulis jemputan: Dr. Heiter







Assalamualaikum WBT.

Apa khabar semua? Saya harap anda sentiasa sihat dan dirahmati oleh-Nya.

Petang tadi saya berpeluang menghadiri satu sesi ceramah dan perbincangan yang bertajuk 'Misconceptions In Islam'. Sesi yang berlangsung pada jam 6 petang hingga 9:30 malam itu telah berlangsung di Lecture Hall F1A15, University of Nottingham Malaysia Campus sempena 'Islamic Awareness Week' 2011 yang dianjurkan oleh Islamic Society, University of Nottingham Malaysia Campus.

Ceramah dan sesi soal jawab disampaikan oleh Brother Shah Kirit, seorang muallaf yang memeluk Islam pada tahun 1996.

Pada sesi ceramah, Brother Shah menerangkan serba sedikit tentang salah faham terhadap Islam. Pendek, padat dan ringkas. Dalam 45 minit, ceramah selesai, dan tiba sesi soal jawab. Berbagai soalan dilemparkan, baik daripada penganut Islam sendiri, mahupun bukan Islam.

Tetapi saya amat tertarik dengan soalan yang dikemukakan oleh kebanyakan pelajar bukan Islam.

Soalannya berbunyi begini (dalam Bahasa Inggeris); Do God exist?

Well, saya tidaklah menulis semua yang dikatakan kerana saya terlupa bawa perakam suara. Jadi saya ambil point-point penting sahaja.

Saya amat tertarik dengan analogi beliau tentang soalan tersebut. Analoginya begini.

Bayangkan anda seorang pencipta pen. Anda cipta ikut kemahuan anda. Warna, bentuk, dan sebagainya, semua mengikut kemahuan anda. Apa yang pasti, anda boleh nampak pen itu, tetapi pen itu tidak boleh nampak anda. Betul kan? Sekalipun pen anda itu tidak dapat melihat anda, adakah anda wujud?

Kerana apa? Kerana anda tidak meletakkan sebarang pancaindera yang boleh membuatkan pen itu melihat anda. Anda tidak meletakkan mata, tidak meletakkan teropong, ataupun kamera, atau apa-apa kelengkapan optik.

Jadi, begitu juga kita. Allah tidak meletakkan pancaindera yang membolehkan kita 'melihat'Nya. Yang membolehkan kita melihat perkara-perkara ghaib. Tetapi Dia tetap ada.

Mengenai Tuhan itu wujud atau tidak, katakan anda duduk di tepi pantai. Anda dapat merasa angin yang bertiup. Anda tidak nampak angin itu, tetapi anda rasa angin itu. Begitu juga Tuhan. Tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi Dia tetap wujud. Bukti? Lihat diri anda.

Anda dijadikan daripada setitik mani dan sebiji (betul ke?) ovum. Dari siapa? Dari ibu dan ayah anda. Ibu dan ayah anda dari siapa? Dari nenek dan datuk anda. Nenek dan datuk anda dari siapa? Dari moyang anda. Dan seterusnya, sehinggalah manusia pertama di dunia ini, iaitu Nabi Adam AS. Dan siapa pula yang mencipta Nabi Adam?

Teori evolusi mengatakan bahawa manusia berevolusi daripada seekor beruk. Jadi, beruk berevolusi daripada seekor apa?

Saintis telah menemui 300 juta fosil yang dipercayai hidup berjuta-juta tahun dahulu, tetapi tiada satu pun daripada fosil-fosil itu yang mempunyai hanya satu sistem biologikal paling ringkas - sel, sebaliknya, fosil-fosil itu mempunyai sistem sel yang kompleks. Jika betul dakwaan saintis Barat bahawa manusia berevolusi, jadi apakah 'bentuk asal' kita?

Adakah ianya terhasil daripada proses mutasi? Oh tidak. proses mutasi memberkan 99% keburukan dan 1% kesan neutral (bermaksud sel-sel badan tidak bertindak balas daripada proses mutasi). Adakah ada peluang bagi sesebuah sel menjalani proses mutasi seterusnya menjadi suatu bentuk makhluk yang lain? Tidak. Lihat sajalah kesan daripada mutasi nuklear di Chernobyl.

Berbalik kepada perihal fosil. Jadi, siapa yang mencipta fosil-fosil tersebut? Siapa? Yang menciptanya mestila sesuatu yang amat berkuasa. Sangat berkuasa. Yang mempunyai kuasa pencipta. Yang mampu mengawal seluruh alam ini.

"Apa saja yang kamu tebang dari pohon kurma (milik orang-orang kafir) atau yang kamu biarkan (tumbuh) berdiri di atas pokonya, maka (semua itu) adalah dengan izin Allah; dan kerana Dia hendak memberikan kehinaan kepada orang-orang fasik"

[59:5]


Jadi, seperti biasa, kita harus muhasabah diri. Adakah kita percaya seyakin-yakinnya dengan kewujudan Tuhan? Adakah sewktu kita solat, kita yakin Dia mendengar kita? Saya menasihati, khususnya diri sendiri dan rakan-rakan sekalian agar kembali muhasabah diri. Tanya semula diri kita.

Akhir kata, selamat maju jaya, majulah sukan untuk diri anda.

Wassalam.

Thursday, March 3, 2011

Sudut tak mengarut: Universe timeline






Penulis jemputan: Dr. Heiter







Assalamualaikum WBT.

Blog ini penuh dengan benda mengarut. Saya baca pun nak naik muntah. Tak habis-habis mengarut. Jadi, saya volunteer-kan diri saya untuk menulis sepatah dua kata. Walaupun beribu-ribu kata, tak apalah. Marilah kita sama-sama renungkan, fikirkan di manakah kita.

Jadi hari ini saya ingin bercakap tentang masa. Apa itu masa? Masa adalah masa. Dimensi yang keempat dalam dimensi kita sekarang. Kita hidup dalam 4 dimensi, iaitu dimensi ruang (x,y,z) dan masa (t). Jadi, filem 3D yang kita selalu tonton di panggung wayang itu hanyalah statik. Tak bergerak melainkan ada dimensi yang keempat iaitu masa.

Contohnya, jika kita ada sebuah kereta. Itu terhad kepada dimensi ruang sahaja. Apabilaa kereta kita bergerak, barulah dimensi masa, t diambil kira. Itupun kalau kita diizinkan Allah untuk bergerak.

Dimensi masa adalah sesuatu yang infiniti. Infinity downline pula adalah sesuatu yang mengarut, sama seperti blog ini. Infinity downline juga adalah satu benda yang penipu kerana manusia tidak boleh mencapai jumlah infiniti. Manusia boleh dikira. Ada 8 bilion manusia di muka bumi ini, dan jelas, Infinity Downline adalah tipu.

Mari kita lihat carta universe timeline yang saya curi daripada Wikipedia.


Carta ini terlalu panjang, saya perlu kerat kepada 4 bahagian. Jadi kita tengok. Tengok pada ruang the present day. Hanyalah sebuah pecahan yang sangat kecil jika nak dibandingkan dengan masa keseluruhan yang diambil oleh alam ini. Pecahan kecil ni la yang kita tidur, kita bekerja, kita belajar, kita exam, kita berkeluarga, kita bermain, kita makan. Secara amnya, kita hidup.

Tetapi, fikir lagi. Jika kita hanya hidup lebih kurang 63 tahun, berapakah kiraan sebenar pecahan 'The Present Day' dalam graf di atas? 'The Present Day' itu termasuklah zaman nenek moyang kita, zaman komunis, zaman sebelum merdeka, zaman Kesultanan Melayu Melaka, zaman kerajaan Agraria dan Maritim, dan mungkin pula zaman nabi-nabi terdahulu, termasuklah Nabi Muhammad SAW. Apa sangatlah 63 tahun tu kalau nak dibandingkan dengan umur keseluruhan alam ini. Relate-kan pula dengan masa kita di akhirat nanti. Tak tercapai akal......

Jadi di sini, saya menyeru kepada pembaca-pembaca sekalian...muhasabah diri kita. Di mana kita. Siapa kita. Di mata Allah, kita ni satu-sen-tarak-guna. Langsung. Kita takde, Allah tak rugi. Sikit pun tak rugi. Kita ada pun, kalau kita ingkar, Allah pun tak rugi. Kalau kita taat, Allah pun tak untung. Yang dapat manfaat, yang dapat balasan, hanya kita sendiri.

Wallahua'lam... Segala yang baik datang daripada Allah, dan yang buruk datang daripada diri saya sendiri. Wassalam...

Rujukan:
http://en.wikipedia.org/wiki/Graphical_timeline_of_our_universe

*Dr. Heiter adalah seorang doktor astrofizik, rakan kepada Dr. Stephen Hawking, sepupu kepada Stephen Chow.

Sunday, February 20, 2011

Buat sang sahabat





Oleh: Mundo Pocoyo al-Jokerberg
Entri khas buat seorang kawan






Aku tau ko ada sikit terasa dgn aku. Aku tau ko ada masalah, tapi aku tak pasti apa masalah ko. Yang aku pasti, salah satunya ialah masalah belajar.

Well, aku bukanlah pandai sangat nak kasi ko cara-cara efektif untuk belajar, sebab aku sendiri down-to-earth dengan result aku. Walaupun aku dah usaha sehabis daya aku, result aku tetap tak memberangsangkan. Aku tak pandai nak kasi nasihat itu ini kat ko sebab aku sendiri bukan orang pandai. Yang pandai pun tak reti nak nasihat, apetah lagi aku kan.

Hanya satu je yang aku boleh nasihat. Tentang rohani ko. Ko kena ingat, manusia diciptakan untuk dilantik menjadi khalifah di muka bumi ni. Khalifah. Ketua. Tak kisahlah kalau ta jadi PM ke, sultan ke, jadi ayah/suami tu pun dikira ketua sebab mengetuai keluarga. Manusia jugak diciptakan semata-mata untuk beribadah. Jadi, ape2 yang kita buat mestilah berniatkan kerana Allah. Makan kerana Allah. Tidur kerana Allah. Belajar kerana Allah. Mati kerana Allah.

Pasal result, I can't say much. Itu Allah bagi. Allah nak tengok sejauh mana kesabaran kita, sejauh mana keupayaan kita tempuhi ujian ni. Result aku teruk jugak bro. Tapi aku redha. Aku serahkan semua tu kepada yang memberi. Mungkin Allah kasi ko result macam tu sebab Dia tau, kalau ko dapat result gempak pun, mungkin ko akan riak. Bila riak, dapat pulak dosa.

Kita hanya ada setengah meter je untuk sujud. Sujudlah. Sujudlah kerana Tuhanmu.

Ko kena muhasabah diri. Kena tengok balik mana silap ko. Mungkin ko tercuri barang siapa2. Mungkin ko ada menyakiti hati sesiapa. Mungkin ko ada termakan barang haram. Mungkin ko ada terbuat silap yang membuatkan ilmu susah nak masuk. Banyak kemungkinan. Aku tak nafikan, yang aku sendiri banyak buat benda mungkar dulu2. Banyak sangat. Aku sedar semua tu, aku berazam untuk bertaubat. Dan aku jugak rasa, sebab2 yang tu la aku susah nak dapat ilmu. Sesusah yang aku tak dapat sangkakan. Tak dapat bayangkan.

Jangan ingat kita dapat result teruk sebab kita bodoh. Kalau kita dah usaha, tawakkal, Allah tetap akan bagi. Kalau Allah tak bagi jugak, dia akan bagi benda lain. Tak pun mungkin ada something wrong somewhere.

Aku tak tau sampai line ni ko faham ke tak apa yang aku nak sampaikan. Tapi point aku, apa2 yang berlaku, reflect pada diri sendiri, kembali pada Allah. Solat tolong jangan tinggal (walaupun subuh aku paling teruk gila babai), tapi cuba, cuba, cuba jangan tinggal. Solat kalau boleh (mesti) pada awal waktu. Baca al-Quran, paling koman pun setengah muka sehari. Setengah muka je bro. 5 minit tak sampai.

Paling aku sarankan, cuba solat kat surau/masjid. Kalau ko betul2 menghayati solat tu, ko akan rasa solat di surau/masjid lebih tenang. Sangat tenang. Aku bersyukur sebab ada ahli rumah ni yang ikut aku solat kat surau. Ko cuba la. Aku gembira tengok diorang solat kat surau. Kalau aku nampak ko ke surau, 1000 kali gembira aku rasa. Aku tak tau nak berdakwah face-to-face, tapi itu sebahagian daripada cara aku. Tiap kali aku melangkah ke surau tu, aku selalu berdoa supaya Allah bukakkan pintu hati korang untuk ke surau. Rasa sendiri nikmat solat tu di surau/masjid.

Akhir kata, aku harap ko faham apa yang aku melalut ni. Aku tau ko tak tidur lagi. Aku dengar ko duk sembur Shieldtox tu. Tapi aku nak ko tau, walaupun aku senyap, tak banyak cakap dgn ko, tak bermakna aku ignore you completely. Dalam hati aku, aku selalu doa kawan2 aku berubah. Sebab aku tak tau macam mana nak approach orang jenis macam ko. Maaf.

0442, 20/02/2011.

Suami layan cerita lucu





Laporan: Stipen Cau







KUANTAN, 19 Januari 2011 - “Sepanjang 17 tahun perkahwinan, saya tidak pernah ‘derhaka’ pada suami apatah lagi menamparnya, namun gara-gara terlalu cemburu dengan tabiatnya yang sering menonton cerita lucu menyebabkan saya hilang kewarasan.

“Isteri mana tidak marah atau cemburu jika suaminya diganggu dengan cerita lucu sepanjang masa. Kalau sekali sekala tidak mengapa, tetapi 24 jam sehari suami duduk di hadapan komputer menonton cerita lucu,” kata seorang peniaga apam balik yang mahu dikenali sebagai Mek Pam, 35.
“Perbuatannya itu mengaibkan kami sekeluarga dan seolah-olah saya tak tahu menjaga suami.

“Perbuatan menonton cerita lucu dan ketawa berdekah-dekah sehingga makan pun tak mahu memang melampau. Buang air pun kadang-kadang di depan komputer,” katanya.

Suaminya boleh dikatakan 24 jam duduk di hadapan komputer dan menonton How I Met Your Mother, siri televisyen dari Amerika Syarikat. Selain itu, suaminya juga dikatakan menonton 4 musim siri House tanpa henti. 


Ibu kepada lima anak itu berkata, walaupun suaminya menafikan menonton cerita itu, dia tidak percaya sehingga berlaku pergaduhan besar dengan suaminya.


“Saya perasan suami tidak keluar bilik. Saya bertindak mengetuk pintu biliknya, tetapi tiada jawapan, sebaliknya ketawa berdekah-dekah. Kejadian itu disedari ketika dalam perjalanan untuk melawat anak di asrama di Gambang,” katanya.


Katanya, kejadian itu bagaimanapun dinafikan suami kerana mendakwa tidak suka menonton cerita lucu, selain sanggup menjunjung al-Quran.


“Sebaik mendengar pengakuan suami, saya membuat aduan di Balai Polis Kok Lanas mengenai gangguan pada suami itu pada 6 Februari lalu termasuk perbuatan suami mencuri 'hard disk' jirannya.


Berikutan aduan berkenaan, Zaitun dengan bantuan polis mengatur strategi untuk memerangkap suaminya sendiri supaya kembali kepada kelakuan asal. 


Zaitun berkata, pada masa sama dia juga mengadukan hal itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi belum menerima sebarang jawapan kerana siasatan mengambil masa kira-kira 45 hari.


Friday, February 18, 2011

Tiga kembar bertemu setelah 30 tahun berpisah (Episod 1)






Laporan: Berus Li






Kembar seiras mungkin menarik, mungkin juga menjengkelkan. Tetapi kembar seiras yang wajahnya benar-benar seiras yang tidak pernah berjumpa antara satu sama lain adalah sangat menyayat hati. Apatah lagi apabila semua anggota kembar seiras itu telah berjaya di menara gading dengan bidang yang masing-masing ceburi.

Itulah yang berlaku kepada sepasang kembar tiga, Jason Statham, Josep Guardiola, dan Raul Meireles. Tiga nama yang tidak asing lagi di kaca televisyen, mahupun di atas padang bola sepak Eropah.

Mereka berkongsi ibu dan bapa yang sama. Tetapi dengan kemiskinan yang melanda keluarga, ibu dan bapa mereka terpaksa menghantar ketiga-tiga anak kembar mereka ke rumah anak yatim sewaktu mereka reti buang air dalam lampin pakai buang lagi.

Si ayah bernama Thierry Henry IV, berketurunan Perancis, tinggal di perkampungan Bani Sardin di Pulau Sardinia. Si ibu pula bernama Oprah Winfrey Henry IV, berasal dari Bulawayo, Zimbabwe.

Mereka bekerja menjual tahi lembu untuk dibuat syampu. penduduk Pulau Sardinia amat menggemari tahi lembu. Tetapi nasib tidak menyebelahi mereka. Mereka dibuang negeri ke England kerana didakwa menentang kerajaan Sardinia atas isu sardin dalam tin.

Di England, mereka tidak bekerja kerana peluang pekerjaan amatlah susah untuk dicari. Apatah lagi dengan kos hidup yang tinggi. Mereka hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pada Disember 1966, Oprah disahkan hamil.

Tanggal 12 September 1967, Oprah selamat melahirkan kembar tiga.


Sulung: Jason Statham
Kerjaya: Aktor/pelakon

Jason Statham amat popular di kalangan peminat filem-filem aksi seperti The Transporter, The Bank Job, Death Race, The Expendables, dan sebagainya. Menjadikan rambut botak sebagai ikon dirinya. Beberapa kali dikhabar-anginkan bahawa beliau akan menggantikan Daniel Craig sebagai James Bond (kerana Craig tak hensem langsung. Muka kerepot nak mampos), tetapi ditolak kerana James Bond tidak sesuai berambut botak.







Kedua: Josep Guardiola
Kerjaya: Pengurus pasukan Dewa Planet Namek

Pengurus pasukan Dewa Planet Namek paling berjaya, menggondol pelbagai kemenangan di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Rambut botak menjadi ikon pengurus muda ini, mengikut jejak langkah abang sulungnya. Pernah menjadi kapten pasukan Dewa Planet Namek.









Bongsu: Raul Meireles
Kerjaya: Pemain tengah di kelab Cap Ayam FC

Memulakan karier seniornya di Aves, sebuah kelab di Portugal. Kehebatannya merancang permainan menyebabkan FC Porto membeli khidmatnya pada tahun 2004. Pada tahun 2010, Cap Ayam FC pula memerlukan khidmatnya. Setakat ini telah menjaringkan 8 gol untuk Cap Ayam FC dalam semua kejohanan.









Nantikan episod kedua!

P/S: Bab mengarut nak kaw2.

Thursday, February 17, 2011

Meriam Buluh vs Dewa Planet Namek (1st Leg)




Laporan: Ses Febreges
Live from The Emirates Stadium, London.







LONDON UTARA, 16 Januari 2011 - Meriam Buluh dengan bergayanya telah mengalahkan pasukan paling terhebat di alam semesta, Dewa Planet Namek dengan dua gol berbalas satu.

Dewa Planet Namek membuka jaringan seawal minit ke-26 hasil umpanan hebat Lionel Messi dan disempurnakan oleh David Villa. Dewa Planet Namek melancarkan serangan bertali arus tetapi dengan kecekapan penjaga gol Meriam Buluh, Wojciech Szczesny (memang nama kampung betul la mamat ni. Lu pehal nama kampung sangat?), kebanyakan rembatan berjaya diselamatkan dengan stylo-nya.

Pada babak kedua permainan, Meriam Buluh menguasai bola dan tampak lebih tajam, tetapi tiada hasil cubaan yang menarik. Sehinggalah pada minit ke-78, Robin van Persie menyempurnakan sepakan paling hebat dari sudut yang sempit hasil umpanan Gael Clichy. Lima minit kemudian, Meriam Buluh melancarkan counter-attack. Cesc Fabregas melakukan hantaran jauh kepada Samir Nasri lantas disempurnakan oleh pemain gantian, Andrei Arshavin.

Pemain kanak-kanak, Jack Wilshere telah dipilih sebagai Man of The Match atas permainan yang menarik. Pemain yang baru belajar ABC itu telah menenggelamkan nama-nama besar seperti Xavi Hernandez dan Andres Iniesta. Tamat perlawanan, beliau meminta Arsene Wenger sebatang gula-gula Chupa Chups dan sebiji aiskrim Cornetto.

Pengurus pasukan Meriam Buluh, Arsene Wenger yakin anak buahnya akan mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan timbal-balik di Nou Camp, 3 minggu akan datang. Tambahnya, "Walaupun pasukan kami bernama Meriam Buluh, tidak semestinya meriam kami diperbuat daripada buluh. Malahan meriam kami diperbuat daripada bahan komposit berteknologi super tinggi,".

Man of The Match - Jack Wilshere. Difahamkan beliau tidak kenal 
huruf selain A, B, C, D, E, F, G, dan H.



Dewa of The Match - Lionel Messi

Penjaga gol Dewa Planet Namek yang diserang senggugut pada 
perlawanan malam semalam.

Penjaga gol Meriam Buluh yang baru belajar mengira ini ternyata tidak gentar 
berhadapan dengan Dewa Planet Namek.

Thursday, February 10, 2011

Sindiket curi buah ceri dicekup





Laporan: Stipen Cau







BANGI, 9 Februari 2011 - Sebuah kumpulan anti Makcik Joyce telah ditangkap dalam satu operasi di Bangi malam semalam. Kumpulan yang terkenal dengan nama Anti MJ Watson (bukan Mary Jane Watson) telah ditangkap oleh polis peronda kira-kira jam 4 pagi.

Dari kanan, Sandman, Dr. Ock, Green Goblin, dan New Goblin.
Dalam kejadian itu, 4 orang ahli Anti MJ Watson yang dikenali penduduk tempatan sebagai Sandman, Dr. Ock, Green Goblin, dan New Goblin sedang menjalankan operasi 'curi dan lari' ke atas pokok ceri yang berbuah, betul-betul di hadapan kediaman rasmi Makcik Joyce atau nama sebenarnya Mayang Joyah Wirasutra.

Kumpulan itu yang sebelum ini terkenal dengan kes 'rompak dan lari' menukar modus operandinya kepada 'curi dan lari' atas sebab rimanya yang lebih menarik. Tangkapan dibuat betul-betul di hadapan kediaman Makcik Joyce sedang mereka memasukkan buah ceri yang telah dipetik ke dalam guni yang bergambar dacing Barisan Nasional. Dikatakan buah ceri Makcik Joyce adalah yang paling lazat di dunia sehinggakan seorang peminat dan pakar buah ceri dari Amazon, Dr. Ropi Hernandez sanggup datang ke Malaysia semata-mata untuk merasai kelazatan buah ceri Makcik Joyce.

Makcik Joyce menunjukkan buah cerinya yang lazat.
Jurucakap dari Ibupejabat Polis Kontinjen (IPPK) Bangi, Lans Koperal Pornthip Rojanasunando Fernando Torres berkata, pihak polis menerima lebih 10 aduan berkenaan kegiatan rompakan besar-besaran itu sejak 2 hari yang lalu. Kumpulan itu bertindak membuat bising selain membuang air di kawasan perumahan Makcik Joyce yang menyebabkan bau busuk yang teramat apabila pagi menjelma.

Makcik Joyce ketika ditemu bual berkata, beliau tidak akan melepaskan kumpulan itu dan memintak pihak polis membuat tindakan yang sewajarnya terhadap kumpulan tersebut. Tambahnya, ini bukan kali pertama buah ceri nya dirompak, tetapi hampir 100 kali sehinggakan anak lelakinya yang berumur 20 tahun menangis kerana tidak dapat menikmati buah ceri selama 5 bulan.

Keempat-empat ahli kumpulan itu telah dibawa ke Balai Polis Bangi untuk siasatan lanjut.

Thursday, February 3, 2011

Ada jugak artis yang se-annoying ini?


Haritu aku jumpa Heliza. Ala Heliza yang korang suka sangat tu. Konon cun sangat. Aku tengok depan2 biasa je. Hamster kat rumah sewa aku tu lagi cun. Putih pun putih. Wei aku bukan nak cakap die cun ke tak. Aku nak tunjuk something really annoyed me! Holy crap!

Heliza perlu belajar ABC semula....

Seriously, aku geli dengan manusia2 yang suka taip macam ni. 'Cetewusnya'? 'Cemua'? 'Macing'? Ingat bacing ape? Haiya! Lu artis maa! Tunjuk la matang sikit. Umur lu 25, tunjuk perangai umur 25 la! Ada lagi...

Heliza perlu belajar K for kentut, T for tahi semula.....

Oh please... 'Tetenyangan'? Hadoii.. Ape nak jadi. Walaupun dalam Facebook, ko tu tetap artis. Orang pandang ko. Ko public figure. Ape benda ko buat semua ade tendency orang awam nak tiru. Alhamdulillah la kan ko tak post benda2 yang tak patut atau gambar2 yang bukan sepatutnya, tapi tolong la perbaiki cara taip tu. Geli bhai. Nak kata budak 5 tahun, tak jugak.

P/S: Heliza pun join Score A jugak beb. Aku sebagai bekas 'usahawan' Score A berasa amat...Kwang kwang kwang....

Wednesday, February 2, 2011

Seorang doktor mati dipukul pesakit





Laporan: Berus Li

 





KUALA LUMPUR, 2 Februari 2011 - Seorang doktor pakar bedah Hospital Tung Shin, Jalan Pudu, Bill Goats mati dipukul oleh seorang pesakitnya sendiri. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 pagi sewaktu azan berkumandang.

Dr. Bill Goats dan produk terbarunya, Jus Soli.
Besi katil yang dipatahkan suspek
Kejadian itu berlaku gara-gara doktor tersebut bertindak memberi anastetik dengan dos yang berlebihan sehingga suspek tertidur dengan nyenyaknya. Sewaktu pesakit tersebut tidur, dia bertindak ganas dengan memukul doktor itu dengan menggunakan besi katil yang dipatahkannya sendiri.

Doktor Goats cedera parah di bahagian kepala, manakala kemaluannya ditusuk besi yang dipatahkan oleh suspek. Pakar forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Rosmah binti Mansoura berkata, mangsa meninggal dunia disebabkan oleh pendarahan yang teruk di bahagian kepala.

Nintendo Wii yang dikatakan suspek
Suspek ditahan di Balai Polis Bukit Aman untuk siasatan lanjut. Berdasarkan keterangan suspek, suspek dikatakan sedang bermimpi bermain permainan video arked tenis Nintendo Wii yang memerlukan pukulan sebenar, bukan sekadar menekan butang joystick. Disebabkan kandungan dos anastetik yang tinggi, suspek langsung tidak sedarkan diri dan mendakwa dia sedang tidur nyenyak di dalam dewan bedah itu. - Beruknama

Volkswagen Scirocco Mark III dirampas dek skim cepat kaya





 Laporan: Jesen Stetem







Volkswagen Scirocco Mark III yang dirampas awal pagi semalam
SEMENYIH, 1 Februari 2011 - Sebuah Volkswagen Scirocco yang bernilai RM245,000 telah dirampas dalam satu serbuan yang dilakukan pihak polis daerah Semenyih. Serbuan dilakukan kira-kira jam 3 pagi waktu Greenwich tambah 8 jam, di sebuah pub yang terkenal di Taman Tasik Semenyih. Jurucakap Bahagian Maksiat dan Skim Cepat Kaya, Rajasundram A/L Rajagobal berkata, serbuan dilakukan selepas pihak polis menerima banyak aduan tentang penglibatan golongan muda yang disyaki kegiatan pengedaran dadah.

10 buah kereta peronda Proton Inspira berwajah baru menyerbu masuk pub berkenaan dan mendapati kira-kira 13 orang pemuda sedang mendengar ceramah berkaitan skim cepat kaya. Manakala 3 orang lagi yang disyaki 'pioneer' skim cepat kaya itu sedang khusyuk mempromosi skim tersebut.

3 orang 'pioneer' skim cepat kaya yang ditangkap.
Mereka dikenali sebagai Pocoyo, Elly, dan Pato.
Dalam serbuan tersebut, sebuah kereta mewah Volkswagen Scirocco Mark III yang bernombor pendaftaran ACR 123 telah dirampas pihak berkuasa kerana disyaki dicuri. Assisten Superitendan Kamal Attaturk bin Hosni Mubarak berkata, kereta mewah tersebut akan dihantar semula ke kilang Volkswagen di Jerman untuk proses 'overhaul' bagi menghalalkan kereta tersebut yang sebelumnya berstatus haram kerana dicuri.

Seorang penduduk setempat yang dikenali oleh rakan-rakannya sebagai Zhareef Ahah berkata, sejak sebulan yang lalu, hampir setiap malam kegiatan tidal bermoral itu dilakukan di tempat tersebut. Kegiatan mereka mengganggu ketenteraman penduduk setempat. Tambahnya, "Kami kebanyakan di sini adalah pelajar, jadi mereka secara tak langsung telah mengganggu kami untuk study. Ahah!".

Jika disabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan penjara 5 tahun atau denda sehingga RM100,000,000, atau 500 sebatan, atau ketiga-tiganya sekali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...