Showing posts with label Internship experience. Show all posts
Showing posts with label Internship experience. Show all posts

Saturday, August 13, 2011

3 miserable weeks, but the product is overwhelming!

Assalamualaikum.. Dah berhabuk dah blog aku ni. Busy. Tak sempat update. Weekend aku allocate untuk cover tidur aku. Tak pun lepak Semenyih. Tidur kat rumah nanti kena marah dengan abah aku. Tidur kat Semenyih takde sape nak marah.

Anyway, 3 minggu lepas daripada Toyota Skills Contest tu memang 3 minggu yang miserable. Aku kena buat 5S Standardisation untuk office division aku, dengan technical store. Memang mati. Penat gila dow. Sedetik aku rasa macam kerja aku ni bukan macam kerja engineer. Bapak bosan. Print, gunting, laminate, tampal. Itu jela. Dah terdetik dah hati ni nak resign. Tapi mikio pasal intern, tak jadi la boss.

Ade sekali tu, aku buat labelling untuk file cabinet. Bila siap, Kak Isma (assistant manager aku) tak puas hati. Die suruh aku buat balik. Penat bai aku buat. Buat, print, buat, print. Bukan boleh print guna PC kat workstation aku pun. Kena pinjam PC staff lain.



Asalnya, file label ni warna merah. Tapi, Kak Isma nak standardise-kan semua dengan label-label yang aku dah buat sebelum ni. Warna cream. Lawa jugak warna ni. Yang sticker oren tu dia yang letak. Yang file label tu, semua aku print. Cuma sesetengah je Kak Rohaizan print.


Ini pun aku yang buat. Yang gambar kartun tu idea manager (En. Abdul Rashit Omar). Before this gambar sebelah kiri. Tapi manager nak aku kaizen (improve) kan benda ni, so aku taruk belah kanan. Name stand sebelum ni kosong. Plain. Ni baru la nampak ceria sikit kan.


Paper tray ni asalnya kosong. Takde label pape. Tapi ade certain staff yang dah ada label in dengan out. Yang tu aku kena cabut, tampal yang pattern ni. Penat dow print, laminate, taruk double sided tape, pastu tampal.


Ni la file cabinet yang aku maksudkan. Tu ha die label yang aku buat. Kemas kan? Ahaaa. Ini saje, 2 minggu lebih baru boleh siap. Seminggu straight tu, duk kerjakan mendalah ni. Fail-fail tu, sebelum re-label, kena kecah dulu. Yang lama-lama kena taruk kat archive. Yang baru je boleh taruk dalam fail. Then. buat label baru. Habis satu, buat satu fail lagi. Macam tu la hari-hari kerja aku.


Dan ini adalah salah satu kerja aku yang aku sendiri bangga. Sebab banyak dapat pujian daripada cercaan. Ahaaa. Sebelum ni takde camni. Diorang main balun je cop-cop tu. Ambik, tengok cop apa. Dah bazir masa. Aku pun menyedari hal ini, dan aku pun mengambil tindakan yang sewajarnya. Hasilnya....awesome jugakla kan..


Discussion Board ada 3. Label atas tu semua aku buat. Sekali dengan PIC (Person In Charge). Sebelum ni, tak ber-label. Kosong.


Haaa. Ni pun antara kebanggaan aku. Cuba cari mana nama aku? Yang label warna putih tepi tu, removable. Belakang tu ada magnet. Tapi tu idea Kak Isma. Smart pulak aku tengok lama-lama.


Board ni asalnya guna kertas hitam je. Yang layout biru tu sebenarnya kain nipis. Kak Isma punya idea. Yang tolong buat ni ramai. Pakcik Bakar, Encik Man, Encik Mat, dengan Encik Rashid pun sama tolong.

So, itulah hasil kerja aku. Macam Kak Isma kata, 'so overwhelming'. Walaupun ambik masa hampir sebulan, tapi hasilnya, sangat memberangsangkan. Actually, ini adalah sebahagian daripada assignment aku untuk internship ni. Cuma aku terlalu emo pikir mende ni remeh, sebab tu hampir nak resign tu. Anyway, aku nak kasi double thumbs up untuk diri aku. Hehehe..

Sekarang tempoh intern aku berbaki sebulan dan 2 minggu. Assignment kedua aku - jadi trainer kepada technician Toyota, atau nak senang faham, cikgu la. Itu je yang aku belum buat. Next week, aku kena ikut Pakcik Bakar ke branch Seksyen 19 untuk training air-cond. Since aku belajar pasal air-cond ni masa 2nd year, aku takde hal sangat la. Cuma kena study sikit sebelum mengajar technician-technician tu.


Sunday, July 17, 2011

Minggu gila sawan

Minggu ni (11 - 17 Julai 2011) adalah minggu paling huru hara tahun ni. Kenapa huru hara? Sebab huru hara la. Gile betul. Dari hari Isnin sampai Ahad, aku tak rehat langsung siang. Malam terus tidur. Gara-gara Toyota Skills Contest la ni.

Isnin, aku tolong Encik Mat susun barang untuk shipping ke Toyota Puchong Jaya. Lepas tu petang aku berangkat ke Puchong Jaya untuk susun barang-barang tu.

Selasa, aku tolong Pakcik Bakar pergi branch Sg. Rasah untuk ambik barang Body and Paint die kat sane. Tolong jugak Pakcik Bakar gilap trofi. Lenguh tangan dow.

Rabu pulak, aku tolong Pakcik Bakar buat soalan Body and Paint dia. Last-last minute pun belum siap. Orang tua kan, biasa la. Lambat la sikit speed nye. Tak pasal-pasal kena marah dengan bos. Aku balik rumah pukul 8 malam.

Khamis, tolong transfer kan kereta branch yang nak digunakan untuk contest tu ke Toyota Puchong Jaya. Aku deliver Avanza 2 bijik. 1 dari Klang, 1 dari Subang Jaya.

Jumaat, tolong angkat barang-barang besar untuk contest tu ke lori. Lepas solat Jumaat je, terus ke Puchong Jaya, prepare untuk contest Sabtu. Buat faulty untuk 8 Toyota Vios. Dengan harapan bila contestant datang, suruh baiki. Tapi....haram tak repair. Aku balik pukul 11:30 malam.

Sabtu! Toyota Skills Contest Grand Final 2011. Aku jadi quality control inspector. Penat dow diri. Macam haram lenguh kaki aku. Panas pulak tu. Kena lari sana, lari sini. Lepas tu, bila contest tu dah habis, kena kemas balik barang-barang tu. Susun balik. Angkut naik lori. Aku lepas contest tu, mata dah kuyu dah. Lotih wei.

Seminggu ni, aku tak cukup tidur. Meh kita kira sama-sama.

Sehari, aku start tidur malam pukul 1. Bangun pukul 6. So, 5 jam sehari aku tidur. 


5 x 5 = 25 jam untuk hari bekerja


Sepatutnya, tempoh optimum untuk seorang manusia tidur sehari adalah 8 jam.


8 x 5 = 40 jam untuk hari bekerja.

Tengok? 15 jam aku melayang. Patut la letih macam haram...

Jom photo travel kejap...

Hujung sana tu Wak Morsani. Yang duduk kepala tak botak tu Encik Man. Yang kepala botak tu, Encik Halim. Yang berdiri tu technician. Lupa dah nama dia. Besi belakang technician tu, barang paling berat nak mati. Jenuh nak angkut 5 bijik naik lori. Huhhhhhhh.

Ini sifu-sifu aku. Kepala semua masuk air. Dari kiri, Encik Mat, Encik Halim, Encik Nazli, Encik Man. Encik Nazli belanja makan megi goreng. 

"Hoist up!" Masa nak kemas petang Jumaat tu.

Bila 4 buah Vios dah ready. Ni sume aku yang parking ni. Yang lain sume tu Cik Jam yang buat. Aku kan pemalas. Masa ni dah siap buat faulty. Tukar spark plug rosak, adjust parking brake, bakar fius, dengan adjust timing belt. Bila start enjin, bunyik 'kriuk kriuk kriuk'. 

Ni aku yang buat ni. Tak caye sudah. Asmah yang update. Budak practical jugak.

Contestants. Sebelum di-introduce oleh MC yang macam haram. MC = Macam Cipan.

Dari kiri, Wak Morsani, Lupa Nama, Encik Irfan, Encik Halim, Cik Jamzurida. 

Ni la Service Advisors dia. Kak Zana pulak interframe.


GS Technician: Junior Category. Muka ganas-ganas...

Sekian.... Banyak lagi sebenarnya gambar, tapi aku malas nak upload. Hnnggghhhh..

Thursday, July 7, 2011

Lama gila tak update blog!

Assalamualaikum...

Since summer break ni, blog posts aku dah makin slow. Masa exam dulu punya la rajin update. Sekarang dah malas. Lagipun busy. Masuk office pukul 8, habis pukul 5:30. Balik dah penat. Tidur awal. Takpela. Aku update jugak. Nak cakap pasal ape eh? Orait, aku nak cakap pasal internship la.

Aku di-appointed-kan as a trainee in Service Operations Training (SOT) department, yang mana department ni bertanggungjawab mengajar dan melatih technician (atau kalau nak senang faham, mekanik) Toyota. Sepatutnya dalam ID tag aku tu bukannya TKDC (Toyota Knowledge Development Centre), tapi SOT. Sebab sebelum aku masuk, SOT ni bawah TKDC. Aku masuk je, SOT kena separate office. Dapat office kecik sikit.

Meh kita photo travel jap.


Ni la workstation aku. Tapi aku jarang duduk sini. Sebab aku selalu lepak kat training room tengok technician training. PC tu dah berkurun lama dah. Microsoft Office guna 97 punya. Gila la. Banyak features takde.


Haa.. Ni la technician-technician nye. Masa ni kelas Pro Technician: Chassis. Belajar pasal chassis, gearbox, dengan transmission. Diorang diberikan sebijik gearbox, lepastu kena disassemble, bila nak habis kelas kena assemble balik. Lepas assemble tu, langsung punah gearbox tu tak boleh nak masuk certain gear. Ganas tul diorang ni.

Minggu ni aku masuk kelas Toyota Prius: New Model Familiarisation and Introduction. Since Prius ni model baru, SOT kena buat training untuk technician. Seminggu training dia. Biasanya training paling lama pun 4 hari je, tapi pasal Prius ni amatlah complicated dan advanced dari segi teknologinya, kena la buat 5 hari...sampai Jumaat (esok). Best kelas ni. Memang kena la dengan aku punya interest. Aku minat hybrid car. 


Itu diaa... Hybrid SD atau Hybrid Synergy Drive. Toyota Prius adalah kereta hybrid paling reliable dalam dunia ni. Kereta hybrid paling ramai guna la.


Ni cabin dia. Spacious, futuristic. Aku paling suka dia punya gear tu. Serious canggih! Selalunya kalau gear auto, kata la kita nak masuk gear D. Masuk je, dia stay kat D kan? Kalau ni, dia macam analog controller kat PlayStation tu. Masuk D, kat multi information display tu ada indicator 'D', then tombol tu back to its original position. Cool blog gila dow. Lepas tu, biasanya kalau nak masuk gear P kena tolak tombol gear tu ke posisi paling depan kan? Yang ni takyah. Ada suis untuk gear P. Memang drive-by-wire la. Oh, speedometer dia fully digital. Siap ada HUD lagi. Tak tau apa tu HUD? Tengok sini. 



Ini aku rasa part paling best. Part kopak bonet belakang, tengok bateri yang kasi power kat motor dia. Benda yang enclosed dalam metal cover tu la bateri dia. Kalau bateri kereta biasa, voltage dia 12V je kan? Yang ni.... 201.6V! Terbaik! Kalau taruk 12V jugak, camne la nak gerakkan kereta tu..

Nak tengok camne dalam metal cover tu?? Ada....


Haaa! Inilah dia bateri yang menggerakkan motor elektrik Prius. Mempunyai 168 nickel metal hydride (Ni-MH) dry cell, yang setiap 1 slot tu mempunyai 6 sel. Supplying 201.6V voltage, and rechargeable by regenerative braking and dynamic movement. Semmmart dow. Nak operate mendalah ni bukan boleh suka-suka nak operate. Kena well-trained technician yang operate. Siap kena pakai insulated gloves lagi tu.

Banyak lagi la features yang membuatkan aku ternganga. Macam keyless engine start, keyless entry, enjin senyap gila, security features, dan banyak lagi.

Esok hari terakhir training. Ada test drive dengan final test untuk technician tu. Aku takde la. Sebab aku boss diorang. Diorang panggil aku 'Encik Lutfi'.

So, untuk minggu ni, tema aku adalah Toyota Prius. Apa-apa status Pesbuk aku, semuanya pasal Prius. Sungguh berharga pengalaman ni. Bajet sungguh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...