Thursday, December 16, 2010

Aku, MLM dan Score A

Tau MLM tak? Kalau tak tau meh aku hantar gi Amazon. Kat sana ada MLM versi piranha.


Aku sebenarnya bukanlah lama sangat dengan MLM ni. Baru sangat pun tak. Aku kenal MLM masa aku baru habis foundation. Ada la sorang kawan aku ni, dia ajak buat bisnes MLM. Bisnes MLM kedai makan. Aku pun mula2 tak tau ape bende la kan. Member aku tu belanja makan best2, sambil explain pasal mendalah tu. Bayar sekian2, nanti goyang kaki, dapat sekian2. Ada la beberapa orang kawan aku join on the spot. Habis makan je, withdraw duit. 

Tak lama beberapa bulan lepas tu, dengar kisah MLM tu lingkup. Ape ade hal. Nama pun MLM.

Tahun 2010, aku kenal pulak bisnes MLM Score A daripada sorang senior aku. Bagi aku, bisnes ni boleh tahan bagus, sebab sebelum2 ni aku dengar pun, bisnes pasal ubat, pasal minyak wangi, pasal supplement. Tapi yang ni pasal pendidikan. E-pendidikan namanya. Kalau difikirkan, pendidikan memang takkan berakhir kat dunia ni, melainkan dunia ni sendiri kiamat. So, itu point tukang jalan bisnes Score A ni untuk tarik minat untuk join. Aku join dengan membeli sebijik portal untuk adik2 aku, harganya RM596 (sekarang dah naik harga. RM796), dan aku dapat 1 akaun untuk diusahakan.


Kerana percaya kat MLM ni dari percaya kat belajar aku, aku buat benda ni. Aku decide nak buat 2 in 1. Belajar sambil jalan MLM. Sampai je dapat result 1st year aku, aku kiok. Teruk! Then mak aku pesan, kalau nak teruskan benda ni, 2nd year kena score. Habisla aku.. So aku decide nak tinggalkan benda ni.

MLM adalah satu cabang perniagaan (yes). Itu sudah pasti. Perniagaan. Nabi Muhammad SAW dulu berniaga, tapi buka berniaga macam sekarang. Perniagaan ada banyak jenis. Sistem barter tu pun boleh dikira perniagaan. MLM ni dicipta oleh orang Barat amnya (aku dengar orang Yahudi cipta benda ni, tapi aku tak pasti sejauh mana kesahihan statement tu). Orang Melayu fikir MLM adalah perniagaan. Betul tu. Tapi, perniagaan yang diterima oleh Allah adalah perniagaan yang halal. 

Halal macam mana? Duit yang datang kat kita tu, dari sumber yang halal. Duit yang kita bagi orang tu, dari sumber yang halal jugak.

Sejak aku baca blog Aidid Muaddib, aku banyak belajar apa itu MLM. Dulu aku percaya, MLM ada yang halal, ada yang haram. Memang tak dinafikan. Tetapi, yang dari segi syariahnya halal tu, boleh jugak jadi haram. Contohnya;

MLM Score A tu jual portal pendidikan. Hasrat Kenshido Sdn. Bhd. (Syarikat yang mengendali portal Score A) adalah untuk membantu memacu kemajuan teknologi e-pendidikan kat Malaysia dengan memperkenalkan portal online Score A kepada pelajar2 sekolah. Jadi, yang join MLM Score A ni jugak mestilah bermatlamat macam tu. Niat nak join bisnes tu untuk jual benda tu je. Sekiranya niat kita lari, misalnya kita lebih menumpukan untuk mencari downline daripada jual produk, hukum kita join tu boleh jatuh haram. 

Ini aku dapat daripada mana entah. Haritu aku ada terbaca. Tapi aku lupa kat mana. Cari2 tak jumpa link dia.

Sekarang faham kan?

Masuk je 2nd year, aku dah tawar hati gila2 nak jalan bisnes ni. Aku dah tak percaya lagi dah. Walaupun awal2 dulu aku punya la enthusiastic nak angkat kereta baru. Lepas setahun, tayar kereta pun takde. Sebab apa? Sebab aku malas dan malas dan malas nak berbisnes. Ini penyakit aku. Duit aku nak, tapi bisnes aku taknak. Sebab otak aku bukan otak bisnes!

Sekarang aku hanya percaya kat usaha aku sendiri je. Aku tengah belajar, aku tengah study. Selangkah je lagi aku nak berpindah ke alam lain; alam pekerjaan. Aku fikir, kenapa aku nak kejar benda yang aku tak patut kejar? Cita2 aku bukanlah nak berduit banyak, tapi cita2 aku dari kecik, aku nak jadi seorang engineer. Kenapa aku terlalu mengejar benda yang pada hakikatnya aku tak suka pun buat benda tu?? Aku nak buat benda yang aku suka, aku enjoy. Tapi kalau buat dengan desperation, memang takkan jadi.

Baik aku tumpu pada study aku, bila dah graduate, cari kerja bagus2. Duit halal 100%, takde keraguan. Walaupun makan gaji. 

P/S: Aku tak meremeh-remehkan Score A. Just my 2 cents.

3 comments:

Anonymous said...

assalam bro, sekarang kerja mana dah? kot boleh share journey bro dgn bekerja. aku dulu pon pernah terjebak dengan score A.

SITI NAJWA NAEMAH WAHAB said...

Ya sama. Sekarang alhamdulillah sy dalam bidang hartanah. Dlm bidang ni, mmg senang dpt duit. Kdg2 introduce org pun blh dpt komisyen 1% dari harga net rumah. Kdg2 dpt referral dr bank, lawyer n syarikat insurans.
Sebenarnya nak mempunyai pendapatan lumayan ni, tak mustahil. Yg penting, kita jual benda yg nampak, bukan jual sistem atau cari org tp produk tak wujud atau kite sendiri tak tahu nak guna produk tu macamana. Dulu masuk Score A tak rasa untung langsung.
Byk duit hilang sbb nak dgr talk pun kena byr RM100.
Sy sdri pun tak tahu macamana nak guna produk tu.

Anonymous said...

Sama pernah terciduk jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...