Thursday, February 10, 2011

Sindiket curi buah ceri dicekup





Laporan: Stipen Cau







BANGI, 9 Februari 2011 - Sebuah kumpulan anti Makcik Joyce telah ditangkap dalam satu operasi di Bangi malam semalam. Kumpulan yang terkenal dengan nama Anti MJ Watson (bukan Mary Jane Watson) telah ditangkap oleh polis peronda kira-kira jam 4 pagi.

Dari kanan, Sandman, Dr. Ock, Green Goblin, dan New Goblin.
Dalam kejadian itu, 4 orang ahli Anti MJ Watson yang dikenali penduduk tempatan sebagai Sandman, Dr. Ock, Green Goblin, dan New Goblin sedang menjalankan operasi 'curi dan lari' ke atas pokok ceri yang berbuah, betul-betul di hadapan kediaman rasmi Makcik Joyce atau nama sebenarnya Mayang Joyah Wirasutra.

Kumpulan itu yang sebelum ini terkenal dengan kes 'rompak dan lari' menukar modus operandinya kepada 'curi dan lari' atas sebab rimanya yang lebih menarik. Tangkapan dibuat betul-betul di hadapan kediaman Makcik Joyce sedang mereka memasukkan buah ceri yang telah dipetik ke dalam guni yang bergambar dacing Barisan Nasional. Dikatakan buah ceri Makcik Joyce adalah yang paling lazat di dunia sehinggakan seorang peminat dan pakar buah ceri dari Amazon, Dr. Ropi Hernandez sanggup datang ke Malaysia semata-mata untuk merasai kelazatan buah ceri Makcik Joyce.

Makcik Joyce menunjukkan buah cerinya yang lazat.
Jurucakap dari Ibupejabat Polis Kontinjen (IPPK) Bangi, Lans Koperal Pornthip Rojanasunando Fernando Torres berkata, pihak polis menerima lebih 10 aduan berkenaan kegiatan rompakan besar-besaran itu sejak 2 hari yang lalu. Kumpulan itu bertindak membuat bising selain membuang air di kawasan perumahan Makcik Joyce yang menyebabkan bau busuk yang teramat apabila pagi menjelma.

Makcik Joyce ketika ditemu bual berkata, beliau tidak akan melepaskan kumpulan itu dan memintak pihak polis membuat tindakan yang sewajarnya terhadap kumpulan tersebut. Tambahnya, ini bukan kali pertama buah ceri nya dirompak, tetapi hampir 100 kali sehinggakan anak lelakinya yang berumur 20 tahun menangis kerana tidak dapat menikmati buah ceri selama 5 bulan.

Keempat-empat ahli kumpulan itu telah dibawa ke Balai Polis Bangi untuk siasatan lanjut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...