Showing posts with label Film reviews. Show all posts
Showing posts with label Film reviews. Show all posts

Monday, December 13, 2010

Film Review: The Social Network

Lu kenal Facebook tak? Kalau tak kenal, gua kasi starlight lu punya dahi.

Lu kenal Mark Zuckerberg tak? Kalau tak kenal takpe. Dimaafkan, sebab dia Yahudi. Tak kenal pun takpe. Tak kenal maka tak cinta. Buat apa bercinta dengan orang putih. Orang Melayu sudah..

Meh tengok filem ni. The Social Network atau dalam Bahasa Melayunya, Rangkaian Sosial.

Lu jangan nak musuh2 dengan gua yaw!

Menceritakan seorang yang loser wannabe. Starting cerita, aku memang satu habuk pun tak paham sebab Mark Zuckerberg (Jesse Eisenberg) cakap laju sangat. Sumpah tak paham. Aku tak tau la nature Mark Zuckerberg memang macam tu ke apa. Dahlah tak hensem (sebab Jesse Eisenberg tak hensem, tapi Mark Zuckerberg boleh tahan hensem). Dol, aku bukan gay, OK.

Zuckerberg dalam filem ni pakai selipar pergi kelas, sweater GAP nye, seluar pendek kadang2, time snowfall pun pakai selipar. Fesyen seorang loser wannabe.

Teka mana satu selipar Zuckerberg?

Lepas 10 minit barulah aku faham cerita dia. Wohoo. Cool gila la Zuckerberg hack. Tang Facemash tu paling best. Kena pilih mana satu hot. Punya la jahat mamat ni. Nasib baik aku tak reti hacking. Kalau tak, habisla semua orang yang aku benci aku taruk dalam Facemash versi aku.

Bhai, lu taruk gambar minah ni bhai. Minah ni tak cun langsung bhai.

Idea mencipta Facebook sebenarnya datang daripada 2 ekor beradik Winklevoss (Cameron dan Tyler). Mamat 2 ekor ni dapat berita yang Facemash rekaan Zuckerberg mendapat 20,000 hit dalam masa 2 jam! 2 jam yaw! Jadi, 2 ekor ni nak bikin bisnes social network la, nak celen Friendster dengan MySpace yang tengah popular waktu tu. Friendster dengan easy-to-use nye, MySpace dengan sebijik gambar komen sampai seribu nye, masing2 ada imej sendiri. So, Zuckerberg pun nak kasi imej tersendiri social network rekaan dia.

Dengan senyap2, Zuckerberg cilok idea 2 ekor ni. Habisla 2 ekor ni tuduh Zuckerberg cilok idea diorang.... Bla bla bla, terjadilah Facebook yang ada sekarang. Habis cerita, Mark Zuckerberg is the winner la kan. Winklevoss dah kalah, walaupun dapat nombor 6 Beijing Olympics untuk rowing event, lu tetap loser la kan.

Orait, itu sepintas lalu sahaja. Nak tau lebih lanjut, tengok la sendiri. 

Overall, filem ni memang best, tak sick (bukan macam The Human Centipede ye). Apa yang penting korang kena faham cerita. Kalau tak faham susah. Tapi, untuk yang tak berminat dengan filem yang banyak dialog daripada action, aku sarankan tak payahla tengok. Ada member2 aku yang kata cerita ni bosan. Kenapa? Sebab banyak sangat dialog. Memang la! Director tu nak minimisekan masa, at the same time nak bagi audience faham cerita tu dengan hanya tumpu pada dialog. Yaw, ni bukan James Bond. Kalau James Bond, scene car chasing takde dialog, pun dah boleh paham.

Rating: 9/10

Tuesday, November 23, 2010

Film Review: The Human Centipede (First Sequence)

Manusia pun boleh jadi lipan sekarang ni

Dah lama aku tak tengok movie. Haritu aku takleh tidur malam, pinjam hard disk Supi jap. Korek2, jumpa la 'The Human Centipede'. Mula2 aku skip2 part cakap2, sembang2. Malas aku nak tengok. Tiba2 aku ter'jump' kat part ni;

My name is Dr. Heiter

So, aku rewind balik, tengok full story. Sebab apa? Tengok gambar belakang mamat tu. Cambest!

Cerita ni bermula dgn 2 ekor perempuan yang tak berapa nak hot la, kena culik dgn mamat kat atas ni. Mamat kat atas ni doktor pakar pisahkan kembar siam. Tapi kali ni dia bukan nak pisahkan, tapi nak sambungkan. Gila tul. Dia culik sekor lagi orang Jepun. 3 ekor tu dia nak sambungkan, jadi lipan manusia, berkongsi satu sistem pencernaan (digestive system). Macam ni;

Kau makan, aku berak. OK?

Lukisan Dr. Heiter. Rancangan bodohnya

Aku tengok cerita ni, aku tak dapat bayangkan apa aku rasa. Seram? Tak sangat. Takut? Ye jugak. Geli? Pun ada. Bila aku bukak Wikipedia, baru aku tau istilah untuk situasi ni.

'Disturbing and sick'

Cerita ni sangat2 disturbing. Dan juga sangat2 sick.

  1. Pelakon menjiwai watak. Dr Heiter ni, tengok muka pun dah cuak beb. Aku cuak sebab tengok muka mamat ni la. Pipi lebar. Kene beguk ke ape.
  2. Disebabkan aku takut darah, takut jarum suntikan, takut pisau bedah, scene masa doktor tu buat incision kat bontot mamat Jepun tu aku rasa nak muntah kejap.
  3. Scene yang paling aku takleh blah, masa mamat Jepun tu berak, minah tengah2 tu terpaksa telan segala najis2 mamat Jepun tu. Eeeeee!
"Tadaa! Comel kan lipan aku," - Dr. Heiter

Diarah oleh Tom Six, seorang pendatang yang agak baru dalam dunia perfileman. Berbangsa Belanda, Tom Six dah buat filem sebelum2 ni tapi tak berapa famous.

Pelakon2 cerita ni semuanya bukan berstatus bintang. Low profile sudah.
  1. Dr Heiter (Dieter Laser, berbangsa Jerman)
  2. Lindsay (Ashley C Williams)
  3. Jenny (Ashlynn Yennie)
  4. Katsuro (Akihiro Kitamura)
Dan beberapa lagi low-profilers.


Sekuel untuk filem ni dijangka keluar pada 2011. Sekuel bertajuk The Human Centipede II: Full Sequence lagi disturbing. 12 orang disambung-sambung jadi lipan gergasi! Sediakan baldi.

Lagi info di sini dan sini.

Rating 8.5/10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...