Showing posts with label Whatever crap. Show all posts
Showing posts with label Whatever crap. Show all posts

Wednesday, September 7, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Assalamualaikum. Fuh fuh. Tiup sikit habuk kat blog aku ni. Sepanjang Ramadhan, aku tak sempat update 1 entry pun. Eh. Sempat la. Entry pasal screenshot tu.

Anyway, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog tak femes aku ni. Aku nak mohon ampun, mohon maaf, sekiranya kandungan dalam blog aku ni telah mencetus rasa tak puas hati korang terhadap aku. Maklumlah, aku manusia, mesti ada silapnya.

Akhir kata, terimalah serangkap pantun Jawa ni;

Bocah cilik mangan sego,
Sego dipangan karo gulo,
Wes suwi arek ngomong Jowo,
Dino royo njalok ngapuro.

Nyimpen jenang nang jero tin,
Arek digowo mareng suro,
Keluputan kulo lahir batin,
Salah silap njalok ngapuro.


Sunday, August 14, 2011

Pengguna Android? Nak screen-capturing app?

Pagi tadi, lepas sahur aku duk geledah Google tu. Cari apps-apps yang boleh mengisi kebosanan aku ni. Eh, orang bulan puasa ni banyakkan la baca al-Quran. Tapi nasib baik aku dah baca. Dah install banyak game dah, cuma tak menyempat nak main. Kadang-kadang bila aku rasa main game ni lagho, aku tak main la.

Anyway, lepas aku geledah punya kaw, aku terjumpa la apps yang aku cari-cari selama ni. Nama app tu No Root Screenshot. Well, since phone aku belum di-root, aku takleh install MAJORITI apps macam ni. Most of these apps required rooted device, while I tried to root it last few weeks but never works. Also, I heard that rooting my phone will voiding the warranty immediately. So...wait until my phone gets its 1st birthday, then I will think about it again.

Nak tau macam mana? OK. Macam ni:

STEP 1















Download 'Screenshot It Enabler' kat sini. Download kat laptop/PC korang dulu. Ini aku cakap pasal download kat PC ye, bukan kat Android korang. Macam gambar kat atas, korang pilih la OS untuk laptop/PC korang dulu kat atas tu. Habis download, install macam biasa application tu kat laptop/PC korang.

STEP 2

Dah install? OK. Sekarang, download apps untuk Android korang pulak. Download kat sini. Dah download, transfer .apk file tu ke Android korang dengan cara yang korang suka. Bluetooth/USB cable/memory card. Aku guna Bluetooth je. Lepas tu, terus install.

STEP 3

Dah install kat Android, nanti korang tak boleh guna terus apps tu. Korang kena setup dulu, synchronise dengan application yang korang dah install dalam laptop/PC korang tu. Next step, korang kene download phone driver pulak. Ni kena download kat laptop/PC ye. Setiap jenis Android phone, driver dia berlainan. So, download kat sini pulak. Cari la brand dan model phone korang. Kalau takde, cari link ni kat webpage tu.


STEP 4

Dah download Android driver? Sekarang, restart phone korang. Lepas restart, connect-kan phone korang dengan laptop/PC through USB. Lepas tu, enable 'USB Debugging' kat Settings > Applications > Development > USB Debugging.

STEP 5

Start apps 'No Root Screenshot It' kat phone korang.

STEP 6

Run 'Screenshot It Enabler' kat laptop/PC korang. Nanti kat laptop/PC korang akan keluar macam ni:


By the time phone korang di-detect, akan ada selection kat 2 button besar bapak atas tu. Klik kat 'Enable Screenshot It'. Kalau tak jadi jugak, restart semula phone dan laptop/PC korang. Lepastu ulang balik bermula dengan langkah 5. Lompat terus je.

Dah siap? Run apps tu kat Android korang. Follow tutorial dia.







Selamat mencuba!

Thursday, June 16, 2011

Science stuff: Will a pendulum stops oscillate on the surface of the Moon?

Dulu masa form 5 (ke form 4?) ada belajar pasal wave. Ada la sub-topic pasal pendulum tu. Masa tu belajar gitu-gitu je, tak mendalam. So, pengetahuan aku pasal pendulum oscillation just on the surface je. Tapi aku ada la tak puas hati dengan otak aku yang mengada-ngada ni. Aku selalu tertanya-tanya, kalau la pendulum ni diletakkan kat atas permukaan bulan, dia oscillate ke tak? Then, dia akan berhenti oscillate atau tidak?

First thing first, kita mesti tau, atas bumi ni ada atmosphere atau dalam Melayunya, atmosfera. Atmosfera terdiri daripada oksigen, nitrogen, argon, karbon dioksida, dan sedikit air. Ini juga bolehlah kita anggap sebagai udara. Udara mempunyai partikel, dan partikel ni memakan ruang (occupy space). Bila memakan ruang, sekecil mana pun partikel tu, ia akan menjadi penghalang kepada apa-apa benda yang bergerak. Contohnya, kita drive kereta laju-laju. 180 km/h. Then kita lepas pedal minyak, tak payah apply brek. Lama-lama berhenti jugak kereta tu kan? Itu adalah kesan daripada rintangan udara, atau air resistance. Selain itu, ayunan bandul juga bergantung kepada tarikan graviti Bumi.

Kalau atas permukaan bulan, udara takde. Bulan juga takde atmosfera. Sebaliknya, bulan adalah satu planet padang pasir yang tandus. Takde atmosfera bermaksud, takde udara, dan juga takde hidupan. Jadi, secara automatiknya, takde rintangan angin macam yang aku cerita dalam perenggan sebelum ni. Atas Bulan ada graviti, tapi terlalu kecil. 1/6 nilainya daripada graviti Bumi. Rough assumption, ataupun anggapan kasar, kita akan buat keputusan;

Kalau ada sebiji bandul dibiarkan berayun, ia tidak akan berhenti kerana tidak ada rintangan angin.

Tapi itu anggapan kasar. Kita belum tengok pada sudut matematik dan fiziknya lagi. OK, aku nak masuk bab fizik khusus, atau dalam Inggerisnya, advanced physics. Kalau korang pening dan tak suka equation-equation melalut, baik berhenti kat sini je ye.

So, persoalan di sini, adakah sebiji bandul akan berhenti berayun di atas permukaan bulan? Ini adalah kajian ringkas aku.

BINGO!

Source: Wikipedia.

Saturday, June 11, 2011

First Class!

Haritu aku tengok filem X-Men: First Class. Memang best la filem dia. Aku kasi 4.5/5.

Tapi aku bukan nak story pasal X-Men: First Class. Ni ha, aku nak story pasal first-class service. Semalam aku melawat dua pupu aku kat Hospital Pantai, Kuala Lumpur. Dekat Jalan Pantai Baharu tu, belakang UM. Hospital ni dulu tempat beranak semua adik aku, selepas aku. Luqman, Aqilah, Atiqah. Aku dengan kakak aku dulu lahir kat sepital kerajaan je yeop. Abah aku kerja kerajaan masa tu. Aku kat Hospital Kuala Lumpur, kakak aku kat Hospital Universiti (sekarang Pusat Perubatan Universiti Malaya atau PPUM). Tahun 1991, abah aku join PETRONAS. 1992, baru la mak aku dapat merasa kenikmatan sepital swasta.

Mak aku ada cerita, masa lahirkan aku kat sepital kerajaan dulu, punya la seksa. Nak deliver dah ni, nurse sempat lagi bersembang. Well, aku taknak la kutuk-kutuk sangat government sector ni kan. Cuma, yang terlibat sila la improve service anda. Golongan pertengahan mana la mampu nak bayar medical expenses kat sepital swasta.

Mak aih panjang lak aku melalut. Kat mana tadi? Haa. Semalam aku pi la Hospital Pantai tu. Dah lain gila. Dulu masa adik aku yang ke 4 dengan 5 lahir, kecik je. Masa adik aku yang Luqman tu lahir, aku terlalu kecik. 2 tahun. Mana la ingat pape. Sampai je kat lobby hospital tu, security tu tolong bukakkan pintu untuk Opah aku. Aku agak "Wow". Lepas tu, aku keluar ambikkan wilcha Opah aku. Security lain pulak tolong bukakkan bonet kereta. Aku agak "Fuh". Bila tanya security tu mana Blok D, dengan sopan dan lemah lembutnya dia jawab "Lalu jalan ni dik.. Lobby tu, lalu sebelah kedai tu. Nanti nampak lif, ambik lif sebelah kiri ye,". Muka bengis, tapi punya la sopan.

Bila aku sampai kat Wad Blok D tu je, ada la pintu kaca berdaun dua. Adik aku Luqman tolong bukakkan 1 daun. Tiba-tiba datang nurse dari kaunter wad tu, berlari bukakkan daun pintu yang lagi 1. Aku pun "Fergh".

Tengah-tengah aku main katil hospital tu (jakun jap), ada pesakit sebelah katil dua pupu aku tu melalak. Huwaa, huwaa. Tak pasal-pasal 7 ORANG NURSE datang pujuk budak tu. Langsung senyap budak India tu. Aku pun "Aaa..".

Bila nak balik, keluar dari Wad 30 Blok D tu, ada la sorang nurse nak lalu. Nampak je aku tolak wilcha Opah aku, langsung nurse tu berhenti, bagi aku jalan. Aku cakap dalam hati, "Ini kalau sepital kerajaan ni, peduli apa nurse nak jalan ke, lari ke, merangkak ke...". Terbaik sungguh la.

Nak balik, aku tunggu kat lobby hospital. Tunggu adik aku pick up. Kereta sampai, security tu tolong bukakkan pintu kereta sekali lagi. Sorang lagi security tolong bukakkan bonet untuk aku masukkan wilcha Opah aku. Aku pun "Wooo".

Jadi, itulah ceritanya. Patut la sesetengah orang tu sanggup bayar beribu-riban semata-mata nak layanan first class macam tu. Kalau aku pun bahagia duduk sepital dilayan macam tu. Nurse-nurse dia dahla semua cun-cun (adik aku yang kata).

Nampak tu pesakit pun tak tunjuk muka masam masuk sepital swasta. 

Thursday, June 9, 2011

Nora Elena punya pasal

Aku adalah seorang yang suka main-main dengan nama. Contohnya, dulu aku banyak kali main-main dengan nama footballers. Hobi aku memang suka main-main dengan nama ni. Tadi, aku main-main dengan nama Seth Tan, watak dalam drama Nora Elena tu. Drama je kot. Aku main-main nama watak die je. Itu pun ada orang tak puas hati. Seth Tan tu bapak kau ke?







The third tweet, I think it's so funny. Taknak mengaku! Kalau taknak ngaku, takyah ler taruk phrase 'illuminati' tu. Tak reti langsung nak hentam orang!

What the hell cakap macam kel...? Ko tu yang ambik serious 100% apa yang aku letak kat status buat ape? Ohh, nak balas dendam kat status Hari Ibu dulu tu ke? Aha. Kesian ko. Belajar dulu hentam orang. Noob.

Ko tak nampak Chicharito ko main bola sekarang, ko takleh duduk diam ke ape? Bukan aku usik nama bapak ko pun.  Then, kata aku butthurt. Sape yang butthurt dulu entah.

Syahid punya komen yang panjang tu paling aku suka. Nanti aku buat separate post untuk Comment of The Day.

Kalau tak suke status aku, tak suke tweet aku, ko ada 3 options:
1. Unfriend aku.
2. Unfollow aku.
3. Shut your mouth.

End.

P/S: Lupe lak. Ko segala benda nak emo.

Wednesday, June 8, 2011

HAHAHAHAHAHAH! #2

Orang tanya lain, Cu jawab lain...



Monday, June 6, 2011

Soal dan jawab - Foundation Physics

As an undergraduate student, aku banyak dapat soalan daripada junior-junior. Kalau aku rasa rajin nak jawab, aku jawab. Kalau malas, aku jawab gitu-gitu je.

Petang tadi aku dapat soalan daripada seorang junior aku kat MRSM Terendak. Dia baru masuk universiti, so dia belajar fizik universiti punya la. Fizik universiti ni fizik high level. Fizik kena otak pick-up. OK, ni soalannya.


Ini jawapan aku.


Understand??


Saturday, May 21, 2011

Some political leaders and their Twitter - which has the most followers?

Haihhh.. Can't close my eyes. It's 0511 hrs already. I should've opened my book instead. Banyak lagi tak study ni. Asek memblog je. Takpe.....


Nasib la kan. Sape suruh buat soalan susah-susah. Ni la kerja puak-puak kapitalis. Buat soalan susah-susah, bila student fail, suruh bayar kalau nak ambik re-sit exam. Asal duit masuk je, jalan. Diskriminasi sana sini. Belajar kuat mana pun, tukang tanda kertas tu pulak pedajal orang Melayu, kasi failed. Memang kapitalis.

Suddenly I feel like I wanna stalk some big names. No, not footie big names anymore. Dah tau dah siapa paling ramai follower. Kaka, Ronaldo, and Rio Ferdinand. Ahah. Asal hensem je, ramai ler follower. Amende laa. This time, I stalked some of the world political leaders and I highlighted how many followers they have (as on 0500 hrs, 21st May 2011). Here they are (randomly sorted).

Prime Minister Abhisit Vejjajiva - Prime Minister of Thailand. 
197,200 followers


President Mahmoud Ahmadinejad - President of The Islamic Republic of Iran
27,399 followers


Anwar Ibrahim - Malaysian Opposition Leader
64,489 followers


President Benigno Aquino - President of The Phillipines
465,953 followers


Prime Minister Julia Gillard - Prime Minister of Australia
101,987 followers


Prime Minister Stephen Harper - Prime Minster of Canada
142,963 followers


Prime Minister John Key - Prime Minister of New Zealand
21,938 followers


Prime Minister Najib Razak - Prime Minister of Malaysia
133,352 followers


President Barack Obama - President of The United States
8,120,027 followers


President Mahmoud Abbas - President of The Palestine Liberation Organisation
1,059 followers


President Susilo Bambang Yudhoyono - President of Indonesia
476 followers


Geert Wilders - Netherlands Party of Freedom Parliamentary Leader a.k.a Islamophobiac
97,356 followers

____________________________________

Barack Obama has the most followers. Yeah. Tweeting some Jews' stuffs, Israel affairs, Islamophobias. There you go.

Who loves to tweet? Anwar Ibrahim! Ahah! Replying his fans' tweets for most.

Err..who is the most 'sombong' one? Yeah, I think 2 people are the 'sombong' one. Geert Wilders and Benigno Aquino. Sekor pun tak pandang! Gila riak.

And last but not least...who is the friendliest? Barack Obama, again! He follows 697,243 people.

Oh, what's the most important is...one of the people that Anwar Ibrahim follows is...me! Ahah. Dia orang first follow aku kat Twitter.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...