Thursday, March 3, 2011

Sudut tak mengarut: Universe timeline






Penulis jemputan: Dr. Heiter







Assalamualaikum WBT.

Blog ini penuh dengan benda mengarut. Saya baca pun nak naik muntah. Tak habis-habis mengarut. Jadi, saya volunteer-kan diri saya untuk menulis sepatah dua kata. Walaupun beribu-ribu kata, tak apalah. Marilah kita sama-sama renungkan, fikirkan di manakah kita.

Jadi hari ini saya ingin bercakap tentang masa. Apa itu masa? Masa adalah masa. Dimensi yang keempat dalam dimensi kita sekarang. Kita hidup dalam 4 dimensi, iaitu dimensi ruang (x,y,z) dan masa (t). Jadi, filem 3D yang kita selalu tonton di panggung wayang itu hanyalah statik. Tak bergerak melainkan ada dimensi yang keempat iaitu masa.

Contohnya, jika kita ada sebuah kereta. Itu terhad kepada dimensi ruang sahaja. Apabilaa kereta kita bergerak, barulah dimensi masa, t diambil kira. Itupun kalau kita diizinkan Allah untuk bergerak.

Dimensi masa adalah sesuatu yang infiniti. Infinity downline pula adalah sesuatu yang mengarut, sama seperti blog ini. Infinity downline juga adalah satu benda yang penipu kerana manusia tidak boleh mencapai jumlah infiniti. Manusia boleh dikira. Ada 8 bilion manusia di muka bumi ini, dan jelas, Infinity Downline adalah tipu.

Mari kita lihat carta universe timeline yang saya curi daripada Wikipedia.


Carta ini terlalu panjang, saya perlu kerat kepada 4 bahagian. Jadi kita tengok. Tengok pada ruang the present day. Hanyalah sebuah pecahan yang sangat kecil jika nak dibandingkan dengan masa keseluruhan yang diambil oleh alam ini. Pecahan kecil ni la yang kita tidur, kita bekerja, kita belajar, kita exam, kita berkeluarga, kita bermain, kita makan. Secara amnya, kita hidup.

Tetapi, fikir lagi. Jika kita hanya hidup lebih kurang 63 tahun, berapakah kiraan sebenar pecahan 'The Present Day' dalam graf di atas? 'The Present Day' itu termasuklah zaman nenek moyang kita, zaman komunis, zaman sebelum merdeka, zaman Kesultanan Melayu Melaka, zaman kerajaan Agraria dan Maritim, dan mungkin pula zaman nabi-nabi terdahulu, termasuklah Nabi Muhammad SAW. Apa sangatlah 63 tahun tu kalau nak dibandingkan dengan umur keseluruhan alam ini. Relate-kan pula dengan masa kita di akhirat nanti. Tak tercapai akal......

Jadi di sini, saya menyeru kepada pembaca-pembaca sekalian...muhasabah diri kita. Di mana kita. Siapa kita. Di mata Allah, kita ni satu-sen-tarak-guna. Langsung. Kita takde, Allah tak rugi. Sikit pun tak rugi. Kita ada pun, kalau kita ingkar, Allah pun tak rugi. Kalau kita taat, Allah pun tak untung. Yang dapat manfaat, yang dapat balasan, hanya kita sendiri.

Wallahua'lam... Segala yang baik datang daripada Allah, dan yang buruk datang daripada diri saya sendiri. Wassalam...

Rujukan:
http://en.wikipedia.org/wiki/Graphical_timeline_of_our_universe

*Dr. Heiter adalah seorang doktor astrofizik, rakan kepada Dr. Stephen Hawking, sepupu kepada Stephen Chow.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...