Penulis: Berus Li
Anda kenal Geert Wilders? Masihkah anda ingat filem pendek bertajuk 'Fitna' yang meletup awal tahun 2008? Geert Wilders adalah pembikinnya!
Well, aku rasa dah banyak website yang menceritakan tentang tokoh-tokoh Islam, tapi tak salah kalau aku menulis tentang musuh-musuh Islam pulak kan?
Hari ini aku nak menceritakan sedikit sebanyak tentang Geert Wilders. Siapa Geert Wilders ni?
Biodata
Nama
Geert Wilders
Tarikh Lahir
6 September 1963
Kerakyatan
Belanda
Kerjaya
Ketua Parlimen untuk Partij voor de Vrijheid (Party of Freedom atau PVV)
Serba sedikit tentang hidupnya
OK, dah kenal? Dah. Kenapa tiba-tiba aku pilih Geert Wilders? Kenapa tak Shimon Peres? Kenapa tak Tzipi Livni? Sebab, mamat ni selalu jadi tajuk utama kalau sentuh bab-bab Islamophobia ni.
Geert Wilders dibesarkan Katolik. Selepas beliau menghabiskan persekolahan menengah, beliau nak sambung belajar la kan. Tapi takde duit. So, beliau hanya melawat negara Israel (aku pun tak tau kenapa mamat ni pilih negara haram ni). Selama beliau di Israel, beliau mengumpul duit daripada pekerjaan sebagai moshav (salah satu bentuk sukarelawan komuniti di Israel) sedikit sebanyak dan menggunakan duit itu untuk melawat negara-negara Arab.
Sekembalinya beliau ke negara asalnya (Belanda), beliau tinggal di Utrecht. Beliau bekerja di sektor industri insurans kesihatan di Utrecht. Minat beliau dalam politik mendorong beliau menjadi penulis ucapan untuk parti PVV. Beliau memulakan kariernya dalam sejarah politik Belanda dengan menjadi seorang pembantu parlimen kepada seorang ketua Parti Liberal, Frits Bolkestein, dalam pengkhususan dasar luar. Beliau memegang jawatan ini dari tahun 1990 hingga 1998. Pada waktu ni la beliau banyak berkunjung ke negara-negara Arab dan mendekati sistem pemerintahan di sana.
Kontroversi
Wilders banyak mencetuskan kontroversi tentang Islam. Sejak beliau memegang jawatan kerajaan, beliau tidak lekang mengutuk dan mencaci Islam. Sebahagian daripada kontroversi yang melibatkan Geert Wilders:
- Beliau mendakwa bahawa beliau "dirampas kehidupan peribadinya kepada kebencian terhadap Islam".
- Seorang 'rapper' Belanda, Mo$heb didenda 80 jam khidmat komuniti dan dua bulan hukuman penjara kerana mengancam Wilders dalam sebuah lagunya yang bertajuk "Wie is de volgende" ("Who's next"). Dalam lirik lagu itu, terdapat satu baris yang bermaksud jika dia menemui Wilders, ia akan menjadi 'bam bam' - membawa makna Wilders akan dibom.
- Kerana kebencian Wilders terhadap Islam, seorang lagi 'rapper' berbangsa Belanda-Morocco, Appa apabila ditemubual untuk sebuah akhbar berkata, "Jika seseorang menembaknya di kepala, saya tak kisah,".
- Wilders juga pernah mengemukakan cadangan di Parlimen Belanda supaya mengharamkan penjualan al-Quran di Belanda kerana mendakwa al-Quran adalah sumber keganasan. Wilders menyuarakan pendapat supaya kerajaan Belanda konsisten dengan undang-undang Belanda yang menyekat sebarang bahan yang menghasut kepada keganasan.
- Beliau memberikan respon terhadap tuduhan masyarakat terhadapnya dengan berkata, "Saya tak benci orang Islam. Saya benci bukunya (al-Quran) dan fahamannya,".
- Pada 11 September 2010, ulangtahun yang ke-9 tragedi runtuhan Pusat Dagangan Dunia, 2,000 penunjuk perasaan berkumpul di kawasan penempatan Islam terancang berdekatan bekas tapak Pusat Dagangan Dunia. Tunjuk perasaan itu diarahkan oleh Wilders sendiri yang datang dari Belanda. Pada tunjuk perasaan itu, Wilders berkata, "Di sinilah kita telah meletakkan garisan. Kita tidak harus memberi muka kepada mereka yang mahu menundukkan kita. Letakkan garisan ini, supaya New York tidak akan sekali-kali menjadi Mekah yang baru,".
- Dalam satu kenyataan, Wilders berkata, "Orang Islam di Belanda patut koyakkan separuh daripada al-Quran jika mereka ingin tinggal di Belanda kerana ia terdapat perkara yang buruk yang Muhammad lakukan - pada masa ini dia memburu sebagai seorang pengganas,".
- Pada 8 Ogos 2007, Wilders menulis sepucuk surat terbuka kepada akhbar Belanda, De Volkskrant, bahawa al-Quran (yang beliau siifatkan sebagai 'buku fasis') patut diharamkan di Belanda seperti buku Mein Kampf yang ditulis oleh Adolf Hitler. Beliau menyebut bahawa "Buku ini menghasut kebencian dan pembunuhan, jadi tidak ada tempat (untuk buku ini disebarkan) di dalam undang-undang kami,".
- Dia juga pernah menyifatkan Nabi Muhammad sebagai 'syaitan'.
- Pada September 2009, Wilders mencadangkan untuk mengenakan cukai sebanyak €1000 kepada perempuan-perempuan Islam yang bertudung dan duit itu boleh digunakan untuk projek lain yang bermanfaat untuk hal-hal kewanitaan yang lain.
- Merujuk kepada pertambahan populasi Islam di Belanda, beliau berkata, "Pergi bersiar-siar di jalanan dan perhatikan apa yang telah berlaku. Anda tidak lagi merasakan bahawa anda duduk di negara anda sendiri. Ada perang yang akan berlaku dan kita harus pertahankan diri kita. Sebelum anda tahu tentangnya, akan ada lebih banyak masjid daripada gereja!".
- Dalam satu ucapan sebelum sesi Parlimen Belanda, beliau memetik, "Islam adalah 'trojan horse' di Eropah. Jika kita tidak menghentikan proses pengislaman itu sekarang, Eurabia dan Netherabia akan wujud. Satu abad yang lepas, hanya ada kira-kira 50 sahaja orang Islam di Belanda. Kini, terdapat lebih 1 juta umat Islam di negara ini. Bilakah ia akan berhenti? Kita menuju kepada pengakhiran tamadun Belanda seperti yang kita sedia maklum. Di mana Perdana Menteri kita dalam hal ini?".
Hubungan dengan Israel
Wilders tinggal di Israel selama dua tahun semasa zaman remaja dan sudah melawat Israel lebih 40 kali dalam 25 tahun.
Wilders bercakap tentang Israel, "Saya sudah melawat banyak negara di Timur Tengah - dari Syria ke Mesir, dari Tunisia ke Turki, dari Cyprus ke Iran - tetapi tidak satupun saya merasakan kelainan seperti yang saya rasa apabila mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion (Lapangan terbang utama Israel),".
Wilders pernah berkata kepada audiens dalam satu ucapan, "Kita (di Barat) adalah semuanya Israel,".
Wilders juga pernah berkata "Israel adalah barisan pertahanan pertama bagi Barat" menentang apa yang beliau maksudkan sebagai pengganas Islam.
Dalam Pilihanraya Umum Belanda 2010, di mana Parti PVV adalah parti ke-3 terbesar, Wilders berkata bahawa Jordan patut menukar nama negara mereka kepada Palestin. "Jordan adalah Palestin. Penukaran nama Jordan kepada Palestin akan mengakhiri konflik di Timur Tengah dan menyediakan penduduk Palestin tanah air alternatif,".
Wilders pernah berkata bahawa Israel berhak menerima status istimewa dalam kerajaan Belanda kerana mereka berjuang untuk 'Jerusalem'. "Jika Jerusalem jatuh ke tangan orang Islam, Athens dan Rom akan ditawan seterusnya. Jadi, Jerusalem adalah barisan pertama yang melindungi Barat. Ia bukanlah konflik tentang wilayah, tetapi lebih kepada konflik perang ideologi, antara Barat dan ideologi barbarism Islam. Sudah ada negara Palestin yang merdeka sejak 1946, dan ia adalah Jordan,".
Bersambung di Bahagian ke-2. Gua sudah ngantuk la.
No comments:
Post a Comment