Showing posts with label Moti-basi. Show all posts
Showing posts with label Moti-basi. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Ayat-ayat orang baru masuk universiti

"Ala.. Nak balik. Bosan la orientasi..."


"Awak.. Tak best la.. Huuuu..."


"Awak... Bila nak habis ni... Wuuwuuu.."


"Waaa.. Lama nye orientasi ni.. Bosan laa..."


"Awak... Lama la nak Jumaat.. Wuuwuuu..."

Mula-mula tu, biasa la kan. Dulu pun aku macam tu jugak. Gila bosan la orientasi Centre For Foundation Studies IIUM. Kejadah la duk ajar nyanyi lagu CFS IIUM tu. Bayangkan la, kumpul ramai-ramai tengah padang, semata-mata nak suruh practice lagu IIUM untuk majlis penutup. Senior-senior kat situ memang nak suruk freshies pecah anak tekak ke apa kan? Annoying gila aku tengok sesetengah senior tu. Ada yang bercekak pinggang dok tengking batch aku sebab degil. Katanya, batch aku paling lambat hafat lagu CFS IIUM tu. Saje psycho je tu kot. Salah rhythm je, ulang balik. Salah rhythm je, ulang dari awal. Masa orientasi memang biasa tidur lewat, bangun awal. Ceh. Bila dah lama duduk situ, tak kesah pun tidur lewat bangun awal.

Tapi orientasi ni, ada la bagusnya. Kenal kawan baru, suasana baru, keadaan baru. Dah tak macam sekolah dah. Nak belajar ke tak, takde siapa nak marah. Lepas ni, nak keluar tak payah mintak sign warden dah. Entah-entah warden pun takde kot. Masa ni la kita nak kenal erti sebenar kehidupan universiti. Macam mana nak hidup sendiri, macam mana nak urus masa sendiri, macam mana nak bahagikan masa dengan betul. Orientation week is just the beginning. There will be more to come when you progress.

So, Anis Shakirin.. Kejap je tu ye. Nanti habis orientasi, nak terjun lombong pun takpe (ayat orang habis exam). Learn about campus life, learn about what you will be facing in the next few years. Your friends are facing the same problem as you did. You are not alone. You'll never walk alone (Liverpool la pulak).

Tinggalkan rumah hati berdebar,
Otak tak tahu ke mana hala,
Minggu orientasi banyakkan bersabar,
Habis orientasi terjun lombong lerr!

Saturday, May 21, 2011

Anwar Ibrahim replied me on Twitter

Bukan senang nak dapat reply Twitter dari ahli politik ni kan? Even kalau tweet kat Najib pun, belum tentu dia reply. Lagipun, bukan dia sorang je yang boleh access accoun Twitter dia. Ada admin dia jugak kalau-kalau dia busy sangat. Tapi Anwar Ibrahim walaupun sibuk dengan kes-kes konspirasi untuk jatuhkan dia, dia tetap reply tweet dengan tangan dia sendiri. Syabas DSAI! Tunjukkan yang anda berjiwa rakyat.




Ignore those political comments. I'm politically-neutral, until I decide to cross which party that I'm interested, which I think better to govern the country, which I think will be the best to accelerate the nation towards the headway.

Aku tweet dia sebelum isyak tadi. Masa aku tengah panas dengan seseorang. I shouldn't tell the story here, as I'm obeying my beloved mum's advice. Let me keep the anger in myself. 

I didn't meant to be mad with you. I'm mad with her. I just can't control my feelings towards her. I'm sorry, mak. 

And thanks to Anis Shakirin for comforting me... :)

Tuesday, May 17, 2011

It is not the end of this world

Specially dedicated to Aniss Shakirin.

Sekarang ni musim result Program Ijazah Luar Negara (PILN) keluar. Macam-macam reaksi. Sedih, gembira, frustrated, disappointed. Beberapa bulan sebelum tu, perasaan yang sama jugak wujud masa result SPM keluar. 

Aku dulu dapat 9A 1B (6A1, 3A2, 1B3). Asalnya, aku nak ambik biotechnology. Masa aku ushar-ushar requirements tu, memang aku target nak fly, selepas percubaan nak masuk UTP gagal. Panel interview buli aku, mana tak nye. Aku fikir, kalau aku nak engineering jugak, apply PILN dengan fizik 3B, memang awal-awal kena reject. Aku call orang tu orang ni, senior tu senior ni. Semua suruh aku ambik biotech. Diorang kata prospect biotech luas kat Malaysia. Senang dapat kerja.

Bila aku nak isi borang PILN tu, hampir-hampir aku nak send borang tu, then came someone. She said that "Tak payah la belajar kat oversea. Kat sana diskriminasi je. Susah tau," she said that to my mum, and my mum delivered it to me. Then my mum persuaded me to continue my study locally. Apa yang kelakar, these days, anak-anak dia seronok melompat-lompat belajar kat luar sana. Mana diskriminasi nye ye? Takkan diskriminasi tu applied on me only? 

So aku apply je PILN, engineering. Memang dah agak, aku tak dapat. Bagaikan menyumpit ke arah pokok, dah tau pokok tu takkan ada pape effect. Yela, slack fizik, sape nak ambik. Dahla nak engineering pulak tu. So impian aku nak fly ranap punah dek kerana seseorang, dek kerana kepercayaan mak aku yang sangat mendalam terhadap orang tu. 

Aku dapat IIUM untuk program UPU. Foundation in engineering. Nak tak nak, kena pergi. Matrik memang aku tak pandang. Susah. Seminggu sebelum aku masuk IIUM, aku dapat call daripada MARA. MARA panggil interview. Aku pun pergi la. Hari Jumaat. Masa interview tu, aku mati-mati ingat interview ni untuk program oversea. Tapi tak. Rupanya program dalam negara je, tapi universiti cawangan luar negara. Alhamdulillah la, oleh kerana aku punya interview group last sekali untuk hari tu, lepas solat Jumaat pulak tu, aku dapat. Asalnya aku nak tolak sebab aku ingatkan universiti ni biasa-biasa je. Rupanya, cawangan yang kat UK tu. Macam UiTM la. Cawangan Melaka, Cawangan Pulau Pinang. Universiti nya tetap sama - UiTM. Sijil, lecturer, semua daripada sana. Kualiti pembelajaran pun sama macam sana. Jadual kelas pun sama macam sana. Jadual exam pun sama macam sana. Belajar management, tak guna RM. Guna GBP. 

Belajar di mana-mana bukanlah pengukur seseorang tu pandai atau tak. Apa yang penting, minat dia terhadap apa yang dia nak ambik tu. Kalau belajar kat Alaska pun, minat tak minat, baik tak payah ye yeop. 

Sekarang ni, berlambak graduan lepasan universiti. Berlambak. Sana sini mesti jumpa. Masuk universiti dah jadi satu kewajipan, bukan lagi 'kepandaian'. Bukan macam dulu. Abah aku masuk UKM tahun 1981. Dalam Kampung Baru Batu 28, Muar, Johor tu, dia antara 2 ORANG yang dapat masuk universiti. Itu tahun 1981. Sekarang, 2011. 30 tahun dulu. Dunia dah berubah. 

Sekalipun kita belajar kat Brazil, kalau kita tak pandai nak bergaul dengan orang ramai, jangan harap nak dapat kerja. Itu ayat seseorang, aku dah lupa. 

Abah aku banyak kali nasihat aku, suruh improve communication skills. Banyak buku pasal communication skill yang dia beli kat rumah tu. Cuma aku je yang malas nak review. Banyak sangat. Abah aku cerita, ramai fresh graduate yang kerja kat PETRONAS tu kena buang, several months after they called for job with PETRONAS. Why? 1 sebab je. Failed communication skills. 

Aniss, if you feel disappointed, sad, frustrated, I feel more than you did - 3 years ago. I know what you have been feeling these days, but that is not something that will stops you. Rezeki awak bukan di luar, tapi di sini. Ingat tu je. Untuk masa ni, I know you will feel a little bit envied, jealous with your friends, but that's not permanent. Kalau seseorang tu dah bergelar 'doktor', orang takkan tambah pertanyaan tu kepada "Doktor graduate mana tu?". Tak. All doctors are subjected to ONE oath - The Hippocratic Oath. That's the uniqueness about this profession. 

Bila semua dah habis belajar nanti, semua dapat gelaran sama - doktor. Belajar la kat mana pun, gelaran tetap sama. Sadly there are no such title for engineers (except for Ir. Itu pun kena buat Ph.D, exam professional itu ini, baru boleh guna).

Fly tak fly, itu Allah bagi rezeki. Rezeki masing-masing, kita takkan tau. Jangan mudah putus asa. Ramai lagi orang yang senasib dengan awak. Yang teruk pun ada. Yang teruk, tapi nak jugak jadi doktor, lagi la. Terpaksa masuk matrik. Matrik tau-tau la macam mana belajar dia.

It's okay to fail, but it's not okay to quit.


_______________________________________

THE HIPPOCRATIC OATH


I swear to fulfill, to the best of my ability and judgment, this covenant:

I will respect the hard-won scientific gains of those physicians in whose steps I walk, and gladly share such knowledge as is mine with those who are to follow.

I will apply, for the benefit of the sick, all measures [that] are required, avoiding those twin traps of overtreatment and therapeutic nihilism.

I will remember that there is art to medicine as well as science, and that warmth, sympathy, and understanding may outweigh the surgeon's knife or the chemist's drug.

I will not be ashamed to say "I know not," nor will I fail to call in my colleagues when the skills of another are needed for a patient's recovery.

I will respect the privacy of my patients, for their problems are not disclosed to me that the world may know. Most especially must I tread with care in matters of life and death. If it is given to me to save a life, all thanks. But it may also be within my power to take a life; this awesome responsibility must be faced with great humbleness and awareness of my own frailty. Above all, I must not play at God.

I will remember that I do not treat a fever chart, a cancerous growth, but a sick human being, whose illness may affect the person's family and economic stability. My responsibility includes these related problems, if I am to care adequately for the sick.

I will prevent disease whenever I can, for prevention is preferable to cure.

I will remember that I remain a member of society, with special obligations to all my fellow human beings, those sound of mind and body as well as the infirm.

If I do not violate this oath, may I enjoy life and art, respected while I live and remembered with affection thereafter. May I always act so as to preserve the finest traditions of my calling and may I long experience the joy of healing those who seek my help.

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru!

Aku rasa malas dah nak tulis notes. Cukuplah 1 chapter malam ni. Rasa nak update blog pulak.

16 Mei setiap tahun, Hari Guru menjelma. Lebih kurang seminggu sebelum tu, Hari Ibu. Hari Ibu aku tak post sebab aku dah wish kat mak aku. Heheee! Comel je haritu aku wish Happy Mother's day kat mak aku.

Well, untuk post kali ni, aku nak cerita pasal cikgu-cikgu yang aku tak boleh lupa sampai sekarang. Banyak cikgu yang aku kenal, tapi yang ni paling aku tak boleh lupa jasa diorang.

_______________________________________________________

1. Puan Halizah binti Hassan (Taski ABIM ar-Raudhah, Taman Yayasan, Segamat)
Cikgu tadika aku. Cikgu yang mengajar aku ABC, 123, tambah tolak darab bahagi. Cikgu yang ajar aku baca doa, hormat ibu bapa, hormat guru. Cikgu yang ajar aku solat, puasa. Tak garang, tapi strict sikit. Budak-budak nakal memang kena marah. Aku dulu jarang kena marah sebab baik (hik!). Paling aku tak boleh lupa, masa tu cikgu tanya budak-budak pasal cita-cita. Ramai yang jawab doktor, bomba, polis, cikgu. Bila dia tanya aku, aku jawab 'ahli astronomi'. Cikgu tu terperanjat. Sekarang nak jadi astronomer memang lari la. Mechanical engineer dengan astronomer jauh tu.

2. Allahyarhamah Puan Ramlah (SK Temenggung Abdul Rahman, Segamat)
Cikgu Bahasa Inggeris, dan guru kelas 1 Delima 1997 kat SK Temenggong Abdul Rahman. Garang gila! Tapi dengan aku dia baik. Tak pernah rotan aku. Yang nakal-nakal je selalu kena rotan. Jasa dia paling aku tak boleh lupa, dia angkat aku jadi Penolong Ketua Kelas. Daripada aku rakyat biasa, takde kuasa pape, dia naikkan pangkat aku. Bila aku jadi penolong, aku buat kerja sehabis baik. Sampaikan ketua kelas pun tak buat macam tu. Several months after that, aku naik pangkat lagi jadi ketua kelas. Woohooo! Kiranya Perdana Menteri Kelas la tu. Semua kuasa aku pegang. Tahun lepas, aku dengar cikgu ni dah meninggal. Serta merta air mata aku jatuh. Aku dah berazam, kalau aku berjaya, cikgu pertama yang aku nak jumpa ialah cikgu ni. Tapi, apakan daya. Allah lebih menyayangi beliau. Al-fatihah...

3. Cik (sekarang Puan) Zanariah binti Jani (SK Temenggung Abdul Rahman, Segamat)
Cikgu Bahasa Melayu, Matematik, dan guru kelas 2 Delima 1998. Cikgu ni garang gila babai. Sepak orang tu dah biasa. Cubit perut tu apetah lagi. Salah buat latihan, dia panggil, cubit perut. Pulas-pulas sikit bagi merah. Memang sakit. Aku yang baik (hik!) ni pun selalu kena. Tampar orang pun dia pernah. Guna kereta Proton Iswara bernombor JEN 2876 dan bersticker P. Sekarang dah CDL la dol. Kalau dia parking kereta dia kat dataran perhimpunan tu, lepas tu hujan, mesti dia kasi kunci kereta kat aku suruh tutup cermin tingkap kereta dia.

4. Ustaz Khalid (Sekolah Agama Bandar Segamat)
Ustaz ni kan, lawak. Ustaz ibadah aku masa kat sekolah agama. Pendek je ustaz ni. Ade sekali tu, aku nyanyi lagu Scorpions - What You Give You Get Back. Aku nyanyi salah lirik. Aku nyanyi macam ni "What you give... You batman...". Ustaz tu panggil aku, tak pasal-pasal kena tampar. Tu la first time aku kena tampar. Gilos doh. Berdesing telinga aku. Tapi kelakar pun ada jugak. Masa tu, denda dia lawak. Diri atas meja. Kadang-kadang diri atas kerusi. Tapi ustaz ni jarang buat macam tu. Dia lagi prefer pembaris dia. Melesing je kerja dia. Songkok tinggi. HAHAHAHA!

5. Puan Ramlah binti Saaid (SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi)
Ni cikgu Sains aku masa tahun 4 Siantan 2000, SK Jalan 3 Bandar Baru Bangi. Dulu masa aku baru pindah sekolah ni, kebetulan aku pindah je, terus periksa pertengahan tahun. Masuk-masuk je terus periksa. Tapi study apa pun tak. Sebab rumah aku kat Bangi masa tu tengah renovate sebab yang duduk sebelum tu student kawan-kawan pakcik aku. Bila dah student duduk, faham-faham jela kan. Yang takleh dipercayai nye, aku dapat nombor 1 dalam kelas! HAHAHAHA! Budak-budak lain bengang je. Tapi cikgu ni banyak puji aku. Dia tanya macam mana aku belajar la. Cess. Sentuh buku pun tak, cikgu! Dia banyak tegur aku itu ini. Kalau aku tak dapat A Sains, dia marah. Tanya itu ini kenapa markah aku teruk la. Memang caring gila la cikgu ni.

6. Encik Hazman bin Abdullah (SK Paka 2, Dungun)
Cikgu ni tinggi. Tinggi gila. Mengajar Bahasa Melayu masa aku 6 Mawar 2002. Suara garau. Tapi baik. Dia mengajar memang best. Ada selit-selit lawak. Dia pakai Proton Iswara kaler merah, bernombor MAS 2087. Lepas tu dia cakap itu Ferrari. Lawak gile. Masa aku form 1, aku dapat MRSM. Masa tu aku kat SMKA Kuala Abang lagi. Tapi MRSM tu tak siap lagi, so masuk lewat. Aku datang sekolah untuk dapatkan tandatangan Guru Besar. Orang pertama aku nak jumpa bukan guru besar, tapi cikgu ni. Dia ucap tahniah bla bla bla. Dia kata dia bangga dengan aku. Wahhh... Kat mane la cikgu sekarang kan.

7. Ustaz Fauzi bin Ali (SMKA Kuala Abang)
Ustaz ni violent. Dia mengajar Pendidikan Islam masa aku kat SMKAKA. Kelas 1MB3. Ada sekali tu, dia punya kereta Wira baru dia kena calar. Tak pasal-pasal aku kena tuduh. Kepala hotak dia! Kaw-kaw dia tuduh aku. Muka baik macam ni pun kena tuduh? Ape kehe? Dia suruh aku mengaku, sampai aku kena tampar dengan buku log aku sendiri. Punya la ganas. Berdesing telinga aku masa tu. Ui aihh.. Memang takleh lupa. Last-last bila dapat tangkap tukang calar tu, dia diam je. Mintak maaf pun tak. Ada la sekali tu kan, masa tu periksa Pendidikan Islam. Dia jadi pengawas. Aku masa tu dah siap, so aku tidur la. Tiba-tiba dia datang dari belakang, hempuk belakang aku. Mak aih! Terkejut beruk aku. Lepas tu dia kata (ayat ni memang aku tak boleh lupa sampai sekarang) "Jawab macam taik! Ada hati nak tidur! Cek jawapan tu!". Tersentak aku kejap. Tengok-tengok, bila result keluar, aku dapat A. I was among 2 or 3 students who managed to get A. Hmmm...

8. Puan Norani binti Hashim (MRSM Kota Putra, Besut)
Ini cikgu homeroom aku. Baik gila. Masa aku form 1-2-3, aku teruk. Malas belajar. Tiap kali exam dapat rendah. Bila homeroom meeting je, memang kena la. Sakit telinga ni. Bla bla bla sejam, habis meeting semua dah hilang. Sampai la PMR. Macam tu jugak. Last-last PMR aku dapat 7A 1B je. Naik form 4, dia jadi cikgu Add Maths aku. Tak buat homework, "I will pinch you!". Berapa banyak pinch dah aku kena. Pinch zooming je belum.

9. Ustaz Mamat bin Ali (MRSM Kota Putra, Besut)
Ustaz lawak gila. Dari form 1 sampai form 4 aku kat situ, 3 tahun dia mengajar Pendidikan Islam. Kecuali form 3 je, Ustaz Adzli ajar. Dalam 3 tahun tu, nama aku punya pendek ni pun dia takleh ingat. Ada ke dia panggil aku 'Saufi'. Mak aih. Aku biarkan jela. Tapi dia baik. Dia ada ilmu. Budak batch aku panggil dia 'Mamat Karut' sebab ada sekali tu dia guna limau nipis, lepas tu cucuk jarum kat limau nipis tu untuk tangkap pencuri. Lawak la diorang ni.

10. Encik Fauzi bin Kamari (MRSM Kota Putra, Besut)
Ini cikgu Bahasa Melayu aku masa form 3. Baik gila cikgu ni. Aku paling suka BM masa form 3 sebab cikgu ni la. Dia mengajar memang best. Masa trial PMR, aku dapat full marks untuk soalan karangan mane tah. Cikgu ni la yang ajar. Aku ikut sebijik-sebijik apa yang dia ajar. Seminggu sebelum PMR, cikgu ni ada kasi semua student pensel. Dia kata "Siapa yang tak pakai pensel cikgu bagi ni masa paper BM, tak dapat A,". Bila exam je, aku lupa nak bawak pensel tu! Aku letak atas meja dalam bilik. Guess what? Aku tak dapat A untuk BM. Masin sungguh mulut cikgu.

11. Cik Zilawati Roslinda binti Mohd Zain (MRSM Terendak, Melaka)
Ini cikgu chemistry aku masa form 5. Gila garang! Dalam kelas memang garang gila. Bila malam-malam, masa prep dia selalu ada kat Jabatan Sains. Time tu dia baik pulak. Macam-macam aku tanya. Kalau lewat masuk kelas, kena bantai dgn pembaris dia. Highly criticised by my fellow classmates because of her approach. Aku dah lupa cara dia mengajar. But for me, it's okay to have such a teacher. Latihan untuk kita kat universiti nanti. Walaupun dia garang, tapi aku tak rasa berat mulut nak tanya itu ini. Alhamdulillah, SPM Chemistry aku dapat A1. Terima kasih cikgu Zila!

12. Puan Noor Aziyah binti Azan (MRSM Terendak, Melaka)
Ini pulak cikgu Physics aku. Aku suka sangat. Mulanya aku kurang suka sebab cikgu ni kuat emo. Memang la, masa tu dia pregnant. Lepas dia bersalin, dia jadi OK. Baik gila. Kalau habis kelas tu, aku la yang paling lewat keluar sebab nak tanya soalan. Dalam kelas, kalau dia tanya "Any questions?", aku la yang angkat tangan. Biar soalan tu bodoh gila pun. Masa trial SPM, aku dapat A2. Madam kata, "Kekalkan prestasi awak. Awak ada potensi dapat A untuk SPM. Saya yakin awak boleh buat,". Gila terharu aku. Bila dapat result je, hampa. Aku dapat B3. Aku jumpa cikgu tu, cikgu tu cakap "Saya agak kecewa la sebab awak adalah orang yang saya target dapat A1. Tapi takpelah. Dah rezeki awak kan,". Time tu rasa nak menangis je sebab tak dapat penuhi hasrat cikgu. Maaf cikgu.

_______________________________________________________

Itu lah dia ceritanya. Pape pun, aku sangat berhutang budi dengan guru-guru, cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku. Tanpa anda semua, siapalah saya. Mungkin mat rempit di jalanan. Mungkin penagih di bawah jambatan. Pengorbanan cikgu amatlah berharga. Aku janji kat diri aku, bila aku dah berjaya aku nak jumpa semua cikgu-cikgu kat atas ni.

TERIMA KASIH CIKGU!

Thursday, January 13, 2011

Exam?


Hampir 4 minggu aku bergelumang dengan nota2, equation2, buku2 yang sangat menyerabutkan kepala hotak aku. Dalam 3 minggu ni jugak, banyak la pengalaman2 yang takkan dapat aku lupakan. Orang ketiga menggapai puncak Gunung Nuang (gunung tertinggi di SELANGOR) adalah kenangan paling berharga (walaupun nak naik base camp tu aku hampir pitam. Cet).

Minggu pertama, bulan pertama, tahun baru ni je dah banyak aku belajar tentang kehidupan. 0228 jam, aku tak tidur lagi. Baru lepas menelaah HG2 M13. Baru lepas men-terbengkalai-kan Fourier Series. Update la kejap blog ni.

Firman Allah;

"Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap2 sesuatu,"

[65:3]

Well, selama 4 minggu ni aku dah usaha sehabis baik. Yang tak faham aku cuba fahamkan, yang dah faham aku cuba fahamkan lagi. 

Macam ayat kat atas, aku takkan dapat sangka apa yang Allah akan bagi kat aku dalam exam kali ni. Either it is bad or good, I wouldn't know. Apa yang aku dapat nanti memang aku takkan sangka, melainkan Allah.

Macam SPM, aku tak sangka aku dapat sebaik itu. Foundation, aku tak sangka aku dapat seteruk itu. First year, aku tak sangka aku dapat seteruk itu. Tak disangka-sangka.

Kalau kita pandai, setiap semester kita dapat bagus, nombor 1 dalam tingkatan, adakah kita akan menyangka, confirm kita akan dapat 10A+/10A1/straight A/whatsoever? Semasa kita menunggu result tu, hanya ada 2 kebarangkalian. Kebarangkalian untuk teruk adalah 0.5, kebarangkalian untuk baik adalah 0.5. Bila kita dapat result, masa tu la kita takkan sangka result yang kita dapat tu.

Tak faham lagi?

OK. Katakan la semester 1 kita dapat 4.00. Semester 2, 3, 4 pun kita dapat 4.00. Adakah CONFIRM untuk semester ke-5 kita akan dapat 4.00? Kalau kita dapat 2.00, adakah kita menyangka, kita akan dapat seteruk itu?

Katakan la semester 1 kita dapat average 80%. Semester 2, 79%. Semster 3, 81%. Semester 4, 80%. Adakah semester 5 kita akan dapat average 79-81%? Kita tau tak?

Semestinya tak! Melainkan Allah sahaja yang tau. 

Dapat result bagus itu adalah satu rezeki. Dapat result tak bagus tu jugak merupakan satu rezeki. Kenapa?

Kalau kita dapat result bagus, mungkin kita akan rasa riak, ujub, takbur. Untuk menghilangkan rasa macam tu, Allah bagi kita result tak bagus. Result teruk. Masa tu baru kita nampak siapa kita. Kat mana kita. Kat mana tahap usaha kita. Tanpa kita sedari, Allah sendiri dah tunjukkan rezeki untuk kita dalam bentuk macam ni la. Allah dah tolong kita elakkan diri dari rasa riak, ujub, takbur tu. Betapa sayangnya Allah kat kita. Astaghfirullah...

Kita takkan menyangka rezeki kita. 

Ada yang 4 tahun belajar engineering. Bila mintak kerja, tak dapat. Bila frust, bukak bisnes ayam golek. Bisnes maju. Ada kita sangka?

Ada yang 7 tahun belajar medic. Jadi doktor, bagi ubat tak betul. Balik kampung, bukak bisnes jual kambing. Bisnes maju, permintaan ramai. Ada kita sangka?

Apa yang kita mampu buat hanyalah berikhtiar, berusaha, dan bertawakkal. Consequence nya, hanya Allah yang tahu.

Wallahua'lam.

P/S: Selamat menjawab peperiksaan kepada Gegena Paraben Eson!

Thursday, November 25, 2010

Dapat banyak A dalam exam, tiket untuk meminta sesuatu?

Hari tu adik aku dapat result UPSR. Alhamdulillah, dia dapat 5A. Walaupun puas kena marah dengan aku sebab Sains dia selalu kantoi (selalu dapat B, C), akhirnya dapat jugak 5A. Tu pun lepas puas kena tengking dengan mak aku sebab dalam ujian2 dia selalu tak perform.

Kawan2 adik aku ramai yang add aku kat Facebook, jadi aku tau la result diorang. Mostly 4A 1B dengan 5A la. Since kawan2 adik aku semua anak2 orang kaya, yang 4A 1B pun demand Blackberry yo! 5A pulak demand iPhone 4! Gilo betul. Aku kalau iPhone 4 tu, nak beli dengan duit sendiri tunggu kerja la beb. Jangan harap abah aku nak bagi hadiah iPhone 4.

Adik aku dapat apa? Aiskrim. Dia kata kat mak aku,

"Mak, kawan2 adik semua dapat henpon. Blackberry la, iPhone la... Adik tak dapat pape pun..."

Oi dik, gi mampos la kawan2 ko tu.

Situasi tu mengingatkan aku masa aku UPSR dulu. Sebelum UPSR, mak aku janji kat aku, kalau aku dapat 5A dia nak hadiahkan Monopoly. Bila result keluar, aku dapat 5A. Aku tak mintak. Aku tunggu je mak aku belikan. Aku tak bising2 melalak2 mintak benda tu. Aku diam je. Lepas 2 3 bulan result keluar, tak dapat2, aku mula tanya mak aku mana Monopoly. Masa tu mak aku tak sihat sebab baru lepas accident. So, aku tanya macam tu je. Mak aku jawab, dapat 5A bukan untuk mintak macam2. Lepas tu aku tak mintak lagi dah.

Macam tu jugak PMR (aku dapat 7A 1B memang tak dapat ape la kan. Lain la 8A), macam tu jugak SPM. Sejak tak dapat apa2 masa UPSR tu, aku decide tak nak mintak apa2 lagi dah. Aku set dalam kepala otak aku, bapak aku bukan orang kaya, keluarga aku bukan orang kaya. So, aku motivasikan diri aku, dapat banyak A tu sebagai ganjaran untuk aku belajar pagi petang siang malam selama ni. Tu je. Alhamdulillah, sampai SPM aku berpegang pada motivasi sendiri aku ni.

Mungkin ada yang cakap,

"Hadiah tu sebagai motivasi untuk berjaya pada masa akan datang...."

"Hadiah tu sebagai pemberi semangat untuk dia usaha lebih gigih...."

Macam2 lagi la.

Tapi bagi aku, sebanyak mana pun ganjaran yang kita dapat bila exam kita bagus, kalau diri sendiri takde motivasi untuk berjaya, tak jadi jugak kan? Asal niat belajar tu dalam diri kita. Mak bapak kita tak boleh nak paksa kita belajar kalau kita taknak.

Aku tak pernah merasa hadiah ape2 dari siapa2, rentetan keputusan peperiksaan aku (melainkan hadiah sehelai baju daripada pakcik aku, dan hadiah berbentuk duit. Tu bukan aku mintak.). So aku rasa sangat pelik bila budak2 sekarang demand macam2 semata-mata kerana diorang dapat cemerlang dalam exam. Mungkin aku lebih selesa dengan motivasi aku sendiri berbanding motivasi daripada orang lain.

Mungkin sebab tindakan abah aku yang taknak aku senang membuatkan aku jadi seperti aku sekarang. Mungkin kalau dulu aku dapat 5A, bapak aku belikan PlayStation, aku leka, malas belajar. Mungkin sekarang aku kat kampung, usahakan kebun abah aku, ataupun kat pasar malam jual sayur.

P/S : Kalau alang2 dah iPhone 4 tu, mintak motor terus la bhai.

Lupakan kisah lama - disiplinkan diri

Haritu aku ada terbaca blog Mantot pasal Tips-Tips Untuk Bangkit Semula Selepas Frust Yang Tidak Diiktiraf. Bagus jugakla pendapat dia. Sependapat dengan aku, tapi aku jugak nak kasi pendapat aku. Ada yang lain sikit.

Since aku baru je gagal dalam benda ni, so aku rasa baik aku kongsikan dengan korang. Memang kadang2 kita rasa susah nak lupa, tapi selagi kita ingat, kita takkan lupa. Bukan bermaksud kita lupa semua pasal dia, tapi sekurang-kurangnya kita tak meratapi 'pemergian' dia la kan.

Aku pun, mula2 rasa susah sangat sebab daily routine selama ni semua berkait dengan dia. Nak tidur mesej dia, nak makan mesej dia, nak berak pun mesej dia. Kawan2 aku takde pun bagi semangat suruh lupa benda2 macam ni, unless aku sendiri yang bagi semangat kat diri aku.

1. Kalau selalunya korang asyik pegang henpon je sebab nak tunggu mesej dia, kali ni cuba korang pegang benda lain. Contoh, pegang kalkulator. Buat la kira2 pasal bajet korang bulan ni ke, bajet korang nak beli kereta ke, bajet korang nak beli barang dapur ke. Asalkan bukan pegang henpon. Dengan ini, korang boleh jauhkan diri daripada pegang henpon, secara tak langsung membantu korang lupakan si dia.

2. Buat benda lain. Kalau aku, aku suka dengar lagu Maher Zain. Ulang lagu sama, tak puas hati dengar kat MP3, carik pulak kat Youtube. Kalau lagu tu sedap, cari lirik dia, sumbat earphone, melalak kuat2. Seriously, time tu memang korang lupa pasal dia.

3. Rapatkan hubungan dengan keluarga sendiri. Kalau tengah bercintun ni, inbox mesej tu konpem la penuh dgn nama balak kan. Takde nye penuh dgn nama mak ke, kakak ke, adik ke. Bukan nak kata "Oo, dah takde awek baru nak ingat family ye..!". Bukan macam tu. Cuma, kalau yang tak rapat dengan family tu, masa ni la nak rapat2kan hubungan. Kalau sebelum ni, ambik henpon, write message, "Hai sayang/Hai abang/Hai baby", kali ni, "Hai dik/Hai kak/Hai mak".

4. Fokus kat benda yang korang patut buat. Kalau korang kerja, fokus pada kerja korang. Kalau korang belajar, fokus pada study korang. Sibukkan diri dengan assignment, coursework, lab report, dsb. Jangan sibukkan diri dengan nak jumpa dia bila, birthday dia bila, bla3.

5. Ubah cara hidup korang. Kalau masa bercinta tu, setiap hari pukul 12 malam je mesej/call, kali ni korang tukar. Kalau aku, aku tukar dengan main Counter Strike. Tembak2, headshot, beli senapang, beli bom, benda tu je dah mampu lupakan dia.

6. Delete dia dari Facebook korang. Kadang2 bila dah putus, ada yang nak sekadar berkawan. Ada yang nak bermusuh, tak nak kawan terus. Yang nak jadi kawan tu, baguslah. Tak payah delete. Tapi yang nak bermusuh tu, baik delete je. Bila delete, post2 yang berkenaan dengan kita, kalau yang buruk2 tu dikira mengumpat la kan? So, korang dapat pahala. Dia dapat dosa. Lagipun, kalau yang nak jadi kawan tu, kan agak horror bila tengok ex korang taruk gambar dgn balak baru dia.

7. Pergi tempat2 yang menyamankan. Contoh; air terjun, pantai, bukit. Dengar bunyi air terjun tu pun dah boleh buat korang rasa aman. Tengok ombak hempas pantai pun sama. Tengok sunset, sunrise. Tengok ciptaan Allah. Tengok alam semulajadi. Daripada tengok muka ex korang, dapat dosa. Tengok alam semulajadi, tak dapat dosa. Harapnye dapat hidayah.

8. Ubah penampilan korang. Kalau dulu, korang asyik control macho/ayu je masa bercinta (maklumlah, nak bagi nampak matang sikit), kali ni korang balik semula kepada perangai asal korang. Kalau korang ni banyak cakap, hidupkan semula perangai banyak cakap tu. Kalau korang ni kuat mengarut (mengarut, bukan mencarut), hidupkan balik perangai kuat mengarut tu. Jangan bagi perangai korang berubah sebab dia.Tapi kalau masa korang bercinta dengan dia, perangai korang lebih baik daripada sebelumnya, teruskan je. Tak payah nak jadi jahat balik.

9. Dekatkan diri dengan Allah. Pergi surau/masjid. Dengar zikir2 munajat, dengar nasyid, dengar lagu Maher Zain. Lagu jiwang kurangkan. Banyakkan baca al-Quran. Baca tafsir sekali. Paling bagus, join tarbiyyah. Itu sangat bagus.

10. Sorok segala benda yang mengingatkan korang kepada dia. Gambar ke, baju ke, surat ke, sorok semua. Kalau yang extreme sikit, bakar. Yang tu lagi bagus. Hilang terus benda yang boleh menggamit kenangan bersama si dia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...