Sunday, February 20, 2011

Suami layan cerita lucu





Laporan: Stipen Cau







KUANTAN, 19 Januari 2011 - “Sepanjang 17 tahun perkahwinan, saya tidak pernah ‘derhaka’ pada suami apatah lagi menamparnya, namun gara-gara terlalu cemburu dengan tabiatnya yang sering menonton cerita lucu menyebabkan saya hilang kewarasan.

“Isteri mana tidak marah atau cemburu jika suaminya diganggu dengan cerita lucu sepanjang masa. Kalau sekali sekala tidak mengapa, tetapi 24 jam sehari suami duduk di hadapan komputer menonton cerita lucu,” kata seorang peniaga apam balik yang mahu dikenali sebagai Mek Pam, 35.
“Perbuatannya itu mengaibkan kami sekeluarga dan seolah-olah saya tak tahu menjaga suami.

“Perbuatan menonton cerita lucu dan ketawa berdekah-dekah sehingga makan pun tak mahu memang melampau. Buang air pun kadang-kadang di depan komputer,” katanya.

Suaminya boleh dikatakan 24 jam duduk di hadapan komputer dan menonton How I Met Your Mother, siri televisyen dari Amerika Syarikat. Selain itu, suaminya juga dikatakan menonton 4 musim siri House tanpa henti. 


Ibu kepada lima anak itu berkata, walaupun suaminya menafikan menonton cerita itu, dia tidak percaya sehingga berlaku pergaduhan besar dengan suaminya.


“Saya perasan suami tidak keluar bilik. Saya bertindak mengetuk pintu biliknya, tetapi tiada jawapan, sebaliknya ketawa berdekah-dekah. Kejadian itu disedari ketika dalam perjalanan untuk melawat anak di asrama di Gambang,” katanya.


Katanya, kejadian itu bagaimanapun dinafikan suami kerana mendakwa tidak suka menonton cerita lucu, selain sanggup menjunjung al-Quran.


“Sebaik mendengar pengakuan suami, saya membuat aduan di Balai Polis Kok Lanas mengenai gangguan pada suami itu pada 6 Februari lalu termasuk perbuatan suami mencuri 'hard disk' jirannya.


Berikutan aduan berkenaan, Zaitun dengan bantuan polis mengatur strategi untuk memerangkap suaminya sendiri supaya kembali kepada kelakuan asal. 


Zaitun berkata, pada masa sama dia juga mengadukan hal itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi belum menerima sebarang jawapan kerana siasatan mengambil masa kira-kira 45 hari.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...