Wednesday, February 2, 2011

Volkswagen Scirocco Mark III dirampas dek skim cepat kaya





 Laporan: Jesen Stetem







Volkswagen Scirocco Mark III yang dirampas awal pagi semalam
SEMENYIH, 1 Februari 2011 - Sebuah Volkswagen Scirocco yang bernilai RM245,000 telah dirampas dalam satu serbuan yang dilakukan pihak polis daerah Semenyih. Serbuan dilakukan kira-kira jam 3 pagi waktu Greenwich tambah 8 jam, di sebuah pub yang terkenal di Taman Tasik Semenyih. Jurucakap Bahagian Maksiat dan Skim Cepat Kaya, Rajasundram A/L Rajagobal berkata, serbuan dilakukan selepas pihak polis menerima banyak aduan tentang penglibatan golongan muda yang disyaki kegiatan pengedaran dadah.

10 buah kereta peronda Proton Inspira berwajah baru menyerbu masuk pub berkenaan dan mendapati kira-kira 13 orang pemuda sedang mendengar ceramah berkaitan skim cepat kaya. Manakala 3 orang lagi yang disyaki 'pioneer' skim cepat kaya itu sedang khusyuk mempromosi skim tersebut.

3 orang 'pioneer' skim cepat kaya yang ditangkap.
Mereka dikenali sebagai Pocoyo, Elly, dan Pato.
Dalam serbuan tersebut, sebuah kereta mewah Volkswagen Scirocco Mark III yang bernombor pendaftaran ACR 123 telah dirampas pihak berkuasa kerana disyaki dicuri. Assisten Superitendan Kamal Attaturk bin Hosni Mubarak berkata, kereta mewah tersebut akan dihantar semula ke kilang Volkswagen di Jerman untuk proses 'overhaul' bagi menghalalkan kereta tersebut yang sebelumnya berstatus haram kerana dicuri.

Seorang penduduk setempat yang dikenali oleh rakan-rakannya sebagai Zhareef Ahah berkata, sejak sebulan yang lalu, hampir setiap malam kegiatan tidal bermoral itu dilakukan di tempat tersebut. Kegiatan mereka mengganggu ketenteraman penduduk setempat. Tambahnya, "Kami kebanyakan di sini adalah pelajar, jadi mereka secara tak langsung telah mengganggu kami untuk study. Ahah!".

Jika disabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan penjara 5 tahun atau denda sehingga RM100,000,000, atau 500 sebatan, atau ketiga-tiganya sekali.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...