Selepas beberapa (beberapa ape kebenda, banyak kot) percubaan gagal, akhirnya aku berjaya menghabiskan game LOL ni dalam masa lebih kurang 8 minit. LOL. Usain Bolt ambik masa kurang 10 saat nak lari 100 meter, tapi QWOP aku ambik masa 8 minit? Macam haremm.
National Hero beb! Ape yang hero ntah. Lari 100 meter dalam masa 8 minit lebih dikira hero ke? Ngek.
Sebab ape aku kata ni game paling LOL? Sebab...
- Kaki sensitif macam jeli. Silap sikit jatuh tersembam.
- Tengah2 balapan tu ade pulak la halangan. Kacau daun betul.
- Cubaan aku sebelum2 ni, aku cuba nak seimbangkan badan je. Tapi bila aku bengang, pegi mati la sama seimbang. Aku lari atas lutut sebelah, kaki sebelah lagi manoeuvre pergerakan. Jadi la QWOP tu mengengsot2 macam siput babi. Pasal ni la aku gelak macam Annoying Orange.
- Bila tak habis, tersembam tengah balapan, nanti dia kata "Showing real courage, you ran: X metres. Everyone is a winner". Sakit hati gua beb.
- Bila terbongkang, kadang2 tu sampai patah kaki, patah tangan.
- Muka QWOP tu memang takde perasaan.
- Dah lari 100 meter macam siput babi pun die boleh kata National Hero. Ceh.
- Muzik latar yang membutkan darah aku naik.
Tak boleh bayang macam mana cara aku buat? Tengok video ni. Sejibik camni la aku buat. Yang bezanya, aku lambat sikit.
Tapi die ni bodoh sikit la. Die drag halangan tu 50 meter sampai garisan penamat. Aku tak drag, aku langkah. Kira aku hebat sikit la kan.
Hah, tengok. Orang ni pun cakap game ni adalah game paling susah di dunia. Kalah game Batman Arkham Asylum tu!
LOL. Sekor2 taruk profile photo gambar QWOP. Tengah demam QWOP la ni..
Dah2, aku nak menelaah benda ni pulak...
Korang tak gelak? Cuba main tengok. Korang gelak ke tak. Klik sini
No comments:
Post a Comment