Tuesday, January 17, 2012

Exam week

Assalamualaikum...

In the meantime, atas coffee table kat ruang tamu ni penuh dengan notes Air Pollution dengan Aircraft Propulsion Systems. Esok (18/1/2012) dah exam. 2 paper pulak tu. Memang tak tidur la aku. Lepas tu, esoknya, Computer Modelling Techniques pulak. Hadoiihhh.. Letih.

Hari tu, masa first paper (Polymer Engineering), aku harapkan soalan senang. Past year questions aku dah try. Bila masuk je exam hall, habis. Soalan macam haram susah! Sadis gila woh. Banyak gila aku tinggal sebab memang aku tak reti nak solve. Aku bajet banyak masuk theory, tapi tiba tiba banyak calculations pulak. Memang &$%#*@!*@& la. Lepas habis exam tu memang menyesal tak sudah aku ambik module ni. Menyumpah nyumpah aku kat module Polymer Engineering ni. Pffff..

Second paper, Material Models and Modes of Failure. Subjek ni memang agak senang, sebab 90% content ni dah belajar masa first year dulu. Tapi ada 1 soalan yang aku tiba tiba blank. Tak ingat apa. Sedih gila. Terpaksa lupakan soalan tu. Tinggal kosong. Harapnya final marks higher than expected la.

Esok pulak, 2 paper. Both are expected to be hard, I can't deny. Dalam seminggu ni, 2 hari je aku tidur malam. Selebihnya, bersengkang mata. Pukul 9 pagi baru tidur. Pukul 3 petang baru bangun. Badan aku pun dah totally out. Bangun je, rasa nak tidur. Biological clock dah totally inverted. Siang mengantuk, malam segar.

Habis exam ni, banyak pulak kerja kena buat. FYP aku dah memanggil manggil dah tu. Not even half way pun. Banyak lagi experiment yang aku kena siapkan. Each experiment takes a minimum of 2 days to be fully completed, and yet I have 75 altogether, 76 to be precise. Just estimate the time that I need to get to complete those experiments. And yeah, I don't have that much. I just have 2 WEEKS to be completed, otherwise I will be blamed all the way by that shitty racist supervisor.

After all, life has meant to be continued. I can't argue much, I have to shut up and work. I have a semester left to be completed before I leave this hell-y university and find some money to live. I really can't wait to reach that point. Really. I knew, the forthcoming life will be harder, but....I don't know. Can't wait to say bye bye to this zombieland, full of zombies.



>Anis Shakirin: You have 5 more years to get the scroll. :P

Friday, December 16, 2011

Just another simple meme comics made by me

Aku suka meme comics. Meme faces tu semua macam haram kelakar. Kalau tengok meme LOL tu, tak tahan gelak aku. Anyway, kat bawah ni adalah sebahagian daripada komik meme yang aku buat sendiri. And one of them masuk www.fuuubook.com, salah satu blog meme berbahasa Melayu. Pandai pandai la cari sendiri yang mane ye.

Cakup Milo

Aku bet ramai yang suka buat macam ni masa kecik dulu.


Betul ke?

How awesome was your childhood?

Assalamualaikum...

Purposely aku sepatutnya siapkan coursework Aircraft Propulsion Systems aku, tapi aku sangat takde mood nak siapkan. Baru nak rehat daripada tidur yang tak cukup selama 3 hari. No, i can't rest actually. Tapi aku tiba tiba teringat zaman kecik dulu. Bestnye kalau dapat balik ke zaman kecik dulu kan?

This week aku ada test (Selasa), FYP progress report submission (Rabu), dan presentation (Khamis). Last week pulak aku ada 2 coursework kena hantar, lab experiment (FYP), meeting dengan supervisor lagi. Memang intense.



Well the other day I was having a conversation with Anis. I asked her,

"OK, bagitau saya apa yang paling awak suka main masa kecik?".

Then dia pun giggle hehehehe dia, jawab macam ni..

"Ermmm... Hehehe.. Dulu saya suka main patung Barbie..".

Aku tanya lagi..

"Lagi..?".

Dia jawab,

"Tu je kot.. Tapi best main patung Barbie.. Hehehe.. Awak suka main apa masa kecik dulu?".

Aku pun jawab panjang lebar.

Dulu aku kecik aku suka main macam macam. Cakap je benda aku tak pernah main. Lego? Pernah. Lori mainan? Pernah sangat. Kereta mainan? Lagi la pernah. Itu semua common. Biasa bagi budak lelaki. Tapi selain daripada yang aku listkan tadi, aku suka main benda benda yang budak budak sekarang mustahil suka main.

Apa bendanya? Pasir. Tanah. Mana nak jumpa budak lelaki umur 6 7 tahun main pasir, main tanah? Well, those days were awesome. Pantang jumpa pasir, pantang jumpa tanah. Ambik cawan dalam rumah tu, sudip ke, senduk ke. bawak keluar rumah. Cedok sana, cedok sini, korek sana, korek sini. Buat istana la, bangunan la. Buat jalan, buat macam macam. Kalau ada taik kucing kat pasir tu, masuk rumah habisla kena marah dengan mak aku. Tanah pun sama. Masuk rumah kaki basah, bertepek tepek kesan tapak kaki aku atas lantai rumah. Any awesome moments than those?

Kalau main tanah tu, aku suka ambik salur paip yang abah aku tak guna dah. Aku suka sumbat sumbat dalam tanah tu, lepas tu berangan nak jadi oil and gas engineer yang buat paip gas tu. Dulu kat Segamat, banyak paip gas ni, so aku pun berangan angan. Biasa la kan..


Selagi tak kena marah, selagi tu duk enjoy main pasir/tanah depan rumah. Bila dah kena marah, masuk rumah buat bodoh jela. Terus masuk bilik air.

Benda lain yang aku suka main masa kecik ialah main air kat luar rumah. Selalu weekend aku mandi luar rumah ni sebab sekali dengan basuh kasut. Kalau ada pasir lagi bagus. Mula la berangan buat tasik la, kolam la. Sampai bertepek tepek tanah dekat pangkin rumah tu. Menjerit mak aku.

Bila jumpa sedara je, habis la merayap tak hengat dunia. Aku ingat lagi masa aku umur 4 ke 5 tahun. Aku pergi 7 Eleven kat rumah opah aku kat Jalan Kelang Lama tu dengan sedara aku. Bila opah aku sedar yang aku dah merayap, mengamuk dia. Dia suruh pakcik aku yang bujang lagi waktu tu cari aku. Last last kantoi tengah jalan nak pergi 7 Eleven. Bila sedara aku pindah Seremban pulak, lagi la best. Main basikal, turun bukit laju-laju, pergi bandar Seremban la, pergi mandi air terjun, pergi mandi swimming pool, main bola atas jalanraya.. Tu aku cakap tadi, cakap je ape benda yang aku tak buat masa kecik. Kadang kadang aku rasa aku ni nakal jugak masa kecik, tapi nak buat macam mana. Budak lelaki yang tak nakal dan tak pernah rasa jadi lasak masa kecik memang tak sempurna hidupnya sebagai seorang kanak kanak. Macam budak sekarang ni. Baru umur 7 tahun dah pandai mintak iPhone. Tak faham aku.

Maybe perempuan punya childhood lain daripada lelaki, tapi aku masih rasakan childhood aku memang yang terbaik. Takde distraction. Takde stress. Nak buat apa pun buat la. Tak cara dah orang lain. Hidup aku je.

Sekarang aku rindu zaman tu.

Tiap tiap hari fikir coursework, fikir itu fikir ini. Fikir macam mana nak cari kerja, fikir macam mana nak kumpul duit beli kereta, beli rumah, kawin....

Haih...

Saturday, December 10, 2011

Nofnqewfiownfioafwpiogfrnoaiwg!


Assalamualaikum...

Serious dah lama gila aku tak update blog. Sejak naik final year ni, tak menyempat-nyempat nak update. Busy dengan FYP, GDP, coursework, presentation..... Aku pun tak tau nak post apa sebenarnya ni.. Aku tengok makin banyak shoutout aku tu. Means ada la orang yang bersimpati berkunjung ke blog aku ni kan. Haaa.. Anyway, thanks a lot, guys!

Aku malas nak taip sebenarnya ni. Aku just korek-korek laptop aku, dan paste je gambar-gambar yang aku rasa kelakar (bagi aku laa). Orait?

Aku main Cleverbot haritu. Bosan. 

Housemate aku trolling Wimax punya technical team. 

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tengah mengigau. Dia tweet ni pukul 1 pagi.

Aku paling suka screenshot ni. Tak berhenti aku gelak baca komen kedua tu. Hewhewhew...

Macam familiar? Korang ke? Aku pun jugak (4 tahun lepas).

Pasangan gay terhot Malaya.. 
Ni dah lama ni. Masa ni aku tengah intern. Rupanya ada jugak staff yang main Dota masa kerja ye....

Wednesday, September 7, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Assalamualaikum. Fuh fuh. Tiup sikit habuk kat blog aku ni. Sepanjang Ramadhan, aku tak sempat update 1 entry pun. Eh. Sempat la. Entry pasal screenshot tu.

Anyway, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog tak femes aku ni. Aku nak mohon ampun, mohon maaf, sekiranya kandungan dalam blog aku ni telah mencetus rasa tak puas hati korang terhadap aku. Maklumlah, aku manusia, mesti ada silapnya.

Akhir kata, terimalah serangkap pantun Jawa ni;

Bocah cilik mangan sego,
Sego dipangan karo gulo,
Wes suwi arek ngomong Jowo,
Dino royo njalok ngapuro.

Nyimpen jenang nang jero tin,
Arek digowo mareng suro,
Keluputan kulo lahir batin,
Salah silap njalok ngapuro.


Sunday, August 14, 2011

Pengguna Android? Nak screen-capturing app?

Pagi tadi, lepas sahur aku duk geledah Google tu. Cari apps-apps yang boleh mengisi kebosanan aku ni. Eh, orang bulan puasa ni banyakkan la baca al-Quran. Tapi nasib baik aku dah baca. Dah install banyak game dah, cuma tak menyempat nak main. Kadang-kadang bila aku rasa main game ni lagho, aku tak main la.

Anyway, lepas aku geledah punya kaw, aku terjumpa la apps yang aku cari-cari selama ni. Nama app tu No Root Screenshot. Well, since phone aku belum di-root, aku takleh install MAJORITI apps macam ni. Most of these apps required rooted device, while I tried to root it last few weeks but never works. Also, I heard that rooting my phone will voiding the warranty immediately. So...wait until my phone gets its 1st birthday, then I will think about it again.

Nak tau macam mana? OK. Macam ni:

STEP 1















Download 'Screenshot It Enabler' kat sini. Download kat laptop/PC korang dulu. Ini aku cakap pasal download kat PC ye, bukan kat Android korang. Macam gambar kat atas, korang pilih la OS untuk laptop/PC korang dulu kat atas tu. Habis download, install macam biasa application tu kat laptop/PC korang.

STEP 2

Dah install? OK. Sekarang, download apps untuk Android korang pulak. Download kat sini. Dah download, transfer .apk file tu ke Android korang dengan cara yang korang suka. Bluetooth/USB cable/memory card. Aku guna Bluetooth je. Lepas tu, terus install.

STEP 3

Dah install kat Android, nanti korang tak boleh guna terus apps tu. Korang kena setup dulu, synchronise dengan application yang korang dah install dalam laptop/PC korang tu. Next step, korang kene download phone driver pulak. Ni kena download kat laptop/PC ye. Setiap jenis Android phone, driver dia berlainan. So, download kat sini pulak. Cari la brand dan model phone korang. Kalau takde, cari link ni kat webpage tu.


STEP 4

Dah download Android driver? Sekarang, restart phone korang. Lepas restart, connect-kan phone korang dengan laptop/PC through USB. Lepas tu, enable 'USB Debugging' kat Settings > Applications > Development > USB Debugging.

STEP 5

Start apps 'No Root Screenshot It' kat phone korang.

STEP 6

Run 'Screenshot It Enabler' kat laptop/PC korang. Nanti kat laptop/PC korang akan keluar macam ni:


By the time phone korang di-detect, akan ada selection kat 2 button besar bapak atas tu. Klik kat 'Enable Screenshot It'. Kalau tak jadi jugak, restart semula phone dan laptop/PC korang. Lepastu ulang balik bermula dengan langkah 5. Lompat terus je.

Dah siap? Run apps tu kat Android korang. Follow tutorial dia.







Selamat mencuba!

Saturday, August 13, 2011

3 miserable weeks, but the product is overwhelming!

Assalamualaikum.. Dah berhabuk dah blog aku ni. Busy. Tak sempat update. Weekend aku allocate untuk cover tidur aku. Tak pun lepak Semenyih. Tidur kat rumah nanti kena marah dengan abah aku. Tidur kat Semenyih takde sape nak marah.

Anyway, 3 minggu lepas daripada Toyota Skills Contest tu memang 3 minggu yang miserable. Aku kena buat 5S Standardisation untuk office division aku, dengan technical store. Memang mati. Penat gila dow. Sedetik aku rasa macam kerja aku ni bukan macam kerja engineer. Bapak bosan. Print, gunting, laminate, tampal. Itu jela. Dah terdetik dah hati ni nak resign. Tapi mikio pasal intern, tak jadi la boss.

Ade sekali tu, aku buat labelling untuk file cabinet. Bila siap, Kak Isma (assistant manager aku) tak puas hati. Die suruh aku buat balik. Penat bai aku buat. Buat, print, buat, print. Bukan boleh print guna PC kat workstation aku pun. Kena pinjam PC staff lain.



Asalnya, file label ni warna merah. Tapi, Kak Isma nak standardise-kan semua dengan label-label yang aku dah buat sebelum ni. Warna cream. Lawa jugak warna ni. Yang sticker oren tu dia yang letak. Yang file label tu, semua aku print. Cuma sesetengah je Kak Rohaizan print.


Ini pun aku yang buat. Yang gambar kartun tu idea manager (En. Abdul Rashit Omar). Before this gambar sebelah kiri. Tapi manager nak aku kaizen (improve) kan benda ni, so aku taruk belah kanan. Name stand sebelum ni kosong. Plain. Ni baru la nampak ceria sikit kan.


Paper tray ni asalnya kosong. Takde label pape. Tapi ade certain staff yang dah ada label in dengan out. Yang tu aku kena cabut, tampal yang pattern ni. Penat dow print, laminate, taruk double sided tape, pastu tampal.


Ni la file cabinet yang aku maksudkan. Tu ha die label yang aku buat. Kemas kan? Ahaaa. Ini saje, 2 minggu lebih baru boleh siap. Seminggu straight tu, duk kerjakan mendalah ni. Fail-fail tu, sebelum re-label, kena kecah dulu. Yang lama-lama kena taruk kat archive. Yang baru je boleh taruk dalam fail. Then. buat label baru. Habis satu, buat satu fail lagi. Macam tu la hari-hari kerja aku.


Dan ini adalah salah satu kerja aku yang aku sendiri bangga. Sebab banyak dapat pujian daripada cercaan. Ahaaa. Sebelum ni takde camni. Diorang main balun je cop-cop tu. Ambik, tengok cop apa. Dah bazir masa. Aku pun menyedari hal ini, dan aku pun mengambil tindakan yang sewajarnya. Hasilnya....awesome jugakla kan..


Discussion Board ada 3. Label atas tu semua aku buat. Sekali dengan PIC (Person In Charge). Sebelum ni, tak ber-label. Kosong.


Haaa. Ni pun antara kebanggaan aku. Cuba cari mana nama aku? Yang label warna putih tepi tu, removable. Belakang tu ada magnet. Tapi tu idea Kak Isma. Smart pulak aku tengok lama-lama.


Board ni asalnya guna kertas hitam je. Yang layout biru tu sebenarnya kain nipis. Kak Isma punya idea. Yang tolong buat ni ramai. Pakcik Bakar, Encik Man, Encik Mat, dengan Encik Rashid pun sama tolong.

So, itulah hasil kerja aku. Macam Kak Isma kata, 'so overwhelming'. Walaupun ambik masa hampir sebulan, tapi hasilnya, sangat memberangsangkan. Actually, ini adalah sebahagian daripada assignment aku untuk internship ni. Cuma aku terlalu emo pikir mende ni remeh, sebab tu hampir nak resign tu. Anyway, aku nak kasi double thumbs up untuk diri aku. Hehehe..

Sekarang tempoh intern aku berbaki sebulan dan 2 minggu. Assignment kedua aku - jadi trainer kepada technician Toyota, atau nak senang faham, cikgu la. Itu je yang aku belum buat. Next week, aku kena ikut Pakcik Bakar ke branch Seksyen 19 untuk training air-cond. Since aku belajar pasal air-cond ni masa 2nd year, aku takde hal sangat la. Cuma kena study sikit sebelum mengajar technician-technician tu.


Saturday, July 23, 2011

Serious takde keje

Malas nak update, nah aku kasi gambar staff-staff Service Operations Training.


Azhar Ismail


Zakaria Salleh


Mohd Azman Shah Abdul Karim


Abdul Rashid Abdul Hamid


Noor Jamzurida Jamaluddin


Nizana Kamaruddin


Abu Bakar Abu Samah


Abdul Halim Mat Daud


Mohammad Mansur


Muhammad Nazli Hizam 


Mohd Khairuddin Harun


Mohd Khairul Irfan


Rohaizan Shahrudin


Mohammad Morsani Jaybrah

Tuesday, July 19, 2011

Lawak yang tak direka-reka

Ada di antara korang yang suka sangat stalk profile orang lain. Tapi, bila stalk, apa yang korang tengok sebenarnya? Gambar dia ke? Wall dia ke? Relationship status dia ke? Whatever la. Tapi aku, aku bila stalk orang, aku suka tengok part 'Info' dia. Terkekeh-kekeh aku ketawa tengok sesetengah profile info. Lawak yang tak direka-reka. Seriously. Tak caya? Meh tengok.


Tengok, jangan tak tengok. Baca betul-betul. HAHAHAHAHAHAHAHA! Bapak segala bapak punye lawak ni. Annoying pun ada. 'Baled'? 'WTW'? 'Full taken'? HAHAHAHAHAHA! Full taken tu paling takleh blah. 

By the way, 'trismas' tu monyet spesis ape kak? Siap 'F*CK' lagi tu. Tak padan dengan perempuan. Sorry la ye, aku ni anti betul dengan perempuan yang suka memaki-maki macam ni. Selalunye perempuan macam ni tak makan saman. Selalunya la. Jangan ada yang terasa pulak. Ini pendapat aku.

Nak lagi? Adaaa.. Ni lagi best. Essay siap. 


HAHAHAHAHAHAHA! Yang ni aku rasa straight Google Translate ni. Adoi makkk... Banyak benor kalau aku nak highlightkan. Tapi yang paling terbaik sekali...'Edification'! HAHAHAHAHAHA! Waduhhhhhh!

Sorry ye tuan empunya profile. Aku memang jahat.

Kalau nak tulis about me tu, tulis simple sudah. Nak tulis macam essay buat ape? Aku anti benar dengan perempuan yang suka taruk 'pre-conditions' panjang-panjang kat column about me tu. Taknak sangat strangers add ko, tulis je "AKU TAK SUKA STRANGERS ADD AKU". Straight to the point. Takde melalut-lalut, meleret-leret macam ular sawa. Memang la untuk keselamatan, tapi tak payah nak over sangat la. Sampaikan "Bila aku approve, aku paling tak suka orang tak ucap terima kasih or whatever". Kejadahnye tu? Perlu ke?

Moral of the story: Pesbuk bukan kertas Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris SPM.

Sunday, July 17, 2011

Minggu gila sawan

Minggu ni (11 - 17 Julai 2011) adalah minggu paling huru hara tahun ni. Kenapa huru hara? Sebab huru hara la. Gile betul. Dari hari Isnin sampai Ahad, aku tak rehat langsung siang. Malam terus tidur. Gara-gara Toyota Skills Contest la ni.

Isnin, aku tolong Encik Mat susun barang untuk shipping ke Toyota Puchong Jaya. Lepas tu petang aku berangkat ke Puchong Jaya untuk susun barang-barang tu.

Selasa, aku tolong Pakcik Bakar pergi branch Sg. Rasah untuk ambik barang Body and Paint die kat sane. Tolong jugak Pakcik Bakar gilap trofi. Lenguh tangan dow.

Rabu pulak, aku tolong Pakcik Bakar buat soalan Body and Paint dia. Last-last minute pun belum siap. Orang tua kan, biasa la. Lambat la sikit speed nye. Tak pasal-pasal kena marah dengan bos. Aku balik rumah pukul 8 malam.

Khamis, tolong transfer kan kereta branch yang nak digunakan untuk contest tu ke Toyota Puchong Jaya. Aku deliver Avanza 2 bijik. 1 dari Klang, 1 dari Subang Jaya.

Jumaat, tolong angkat barang-barang besar untuk contest tu ke lori. Lepas solat Jumaat je, terus ke Puchong Jaya, prepare untuk contest Sabtu. Buat faulty untuk 8 Toyota Vios. Dengan harapan bila contestant datang, suruh baiki. Tapi....haram tak repair. Aku balik pukul 11:30 malam.

Sabtu! Toyota Skills Contest Grand Final 2011. Aku jadi quality control inspector. Penat dow diri. Macam haram lenguh kaki aku. Panas pulak tu. Kena lari sana, lari sini. Lepas tu, bila contest tu dah habis, kena kemas balik barang-barang tu. Susun balik. Angkut naik lori. Aku lepas contest tu, mata dah kuyu dah. Lotih wei.

Seminggu ni, aku tak cukup tidur. Meh kita kira sama-sama.

Sehari, aku start tidur malam pukul 1. Bangun pukul 6. So, 5 jam sehari aku tidur. 


5 x 5 = 25 jam untuk hari bekerja


Sepatutnya, tempoh optimum untuk seorang manusia tidur sehari adalah 8 jam.


8 x 5 = 40 jam untuk hari bekerja.

Tengok? 15 jam aku melayang. Patut la letih macam haram...

Jom photo travel kejap...

Hujung sana tu Wak Morsani. Yang duduk kepala tak botak tu Encik Man. Yang kepala botak tu, Encik Halim. Yang berdiri tu technician. Lupa dah nama dia. Besi belakang technician tu, barang paling berat nak mati. Jenuh nak angkut 5 bijik naik lori. Huhhhhhhh.

Ini sifu-sifu aku. Kepala semua masuk air. Dari kiri, Encik Mat, Encik Halim, Encik Nazli, Encik Man. Encik Nazli belanja makan megi goreng. 

"Hoist up!" Masa nak kemas petang Jumaat tu.

Bila 4 buah Vios dah ready. Ni sume aku yang parking ni. Yang lain sume tu Cik Jam yang buat. Aku kan pemalas. Masa ni dah siap buat faulty. Tukar spark plug rosak, adjust parking brake, bakar fius, dengan adjust timing belt. Bila start enjin, bunyik 'kriuk kriuk kriuk'. 

Ni aku yang buat ni. Tak caye sudah. Asmah yang update. Budak practical jugak.

Contestants. Sebelum di-introduce oleh MC yang macam haram. MC = Macam Cipan.

Dari kiri, Wak Morsani, Lupa Nama, Encik Irfan, Encik Halim, Cik Jamzurida. 

Ni la Service Advisors dia. Kak Zana pulak interframe.


GS Technician: Junior Category. Muka ganas-ganas...

Sekian.... Banyak lagi sebenarnya gambar, tapi aku malas nak upload. Hnnggghhhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...