Friday, December 16, 2011

How awesome was your childhood?

Assalamualaikum...

Purposely aku sepatutnya siapkan coursework Aircraft Propulsion Systems aku, tapi aku sangat takde mood nak siapkan. Baru nak rehat daripada tidur yang tak cukup selama 3 hari. No, i can't rest actually. Tapi aku tiba tiba teringat zaman kecik dulu. Bestnye kalau dapat balik ke zaman kecik dulu kan?

This week aku ada test (Selasa), FYP progress report submission (Rabu), dan presentation (Khamis). Last week pulak aku ada 2 coursework kena hantar, lab experiment (FYP), meeting dengan supervisor lagi. Memang intense.



Well the other day I was having a conversation with Anis. I asked her,

"OK, bagitau saya apa yang paling awak suka main masa kecik?".

Then dia pun giggle hehehehe dia, jawab macam ni..

"Ermmm... Hehehe.. Dulu saya suka main patung Barbie..".

Aku tanya lagi..

"Lagi..?".

Dia jawab,

"Tu je kot.. Tapi best main patung Barbie.. Hehehe.. Awak suka main apa masa kecik dulu?".

Aku pun jawab panjang lebar.

Dulu aku kecik aku suka main macam macam. Cakap je benda aku tak pernah main. Lego? Pernah. Lori mainan? Pernah sangat. Kereta mainan? Lagi la pernah. Itu semua common. Biasa bagi budak lelaki. Tapi selain daripada yang aku listkan tadi, aku suka main benda benda yang budak budak sekarang mustahil suka main.

Apa bendanya? Pasir. Tanah. Mana nak jumpa budak lelaki umur 6 7 tahun main pasir, main tanah? Well, those days were awesome. Pantang jumpa pasir, pantang jumpa tanah. Ambik cawan dalam rumah tu, sudip ke, senduk ke. bawak keluar rumah. Cedok sana, cedok sini, korek sana, korek sini. Buat istana la, bangunan la. Buat jalan, buat macam macam. Kalau ada taik kucing kat pasir tu, masuk rumah habisla kena marah dengan mak aku. Tanah pun sama. Masuk rumah kaki basah, bertepek tepek kesan tapak kaki aku atas lantai rumah. Any awesome moments than those?

Kalau main tanah tu, aku suka ambik salur paip yang abah aku tak guna dah. Aku suka sumbat sumbat dalam tanah tu, lepas tu berangan nak jadi oil and gas engineer yang buat paip gas tu. Dulu kat Segamat, banyak paip gas ni, so aku pun berangan angan. Biasa la kan..


Selagi tak kena marah, selagi tu duk enjoy main pasir/tanah depan rumah. Bila dah kena marah, masuk rumah buat bodoh jela. Terus masuk bilik air.

Benda lain yang aku suka main masa kecik ialah main air kat luar rumah. Selalu weekend aku mandi luar rumah ni sebab sekali dengan basuh kasut. Kalau ada pasir lagi bagus. Mula la berangan buat tasik la, kolam la. Sampai bertepek tepek tanah dekat pangkin rumah tu. Menjerit mak aku.

Bila jumpa sedara je, habis la merayap tak hengat dunia. Aku ingat lagi masa aku umur 4 ke 5 tahun. Aku pergi 7 Eleven kat rumah opah aku kat Jalan Kelang Lama tu dengan sedara aku. Bila opah aku sedar yang aku dah merayap, mengamuk dia. Dia suruh pakcik aku yang bujang lagi waktu tu cari aku. Last last kantoi tengah jalan nak pergi 7 Eleven. Bila sedara aku pindah Seremban pulak, lagi la best. Main basikal, turun bukit laju-laju, pergi bandar Seremban la, pergi mandi air terjun, pergi mandi swimming pool, main bola atas jalanraya.. Tu aku cakap tadi, cakap je ape benda yang aku tak buat masa kecik. Kadang kadang aku rasa aku ni nakal jugak masa kecik, tapi nak buat macam mana. Budak lelaki yang tak nakal dan tak pernah rasa jadi lasak masa kecik memang tak sempurna hidupnya sebagai seorang kanak kanak. Macam budak sekarang ni. Baru umur 7 tahun dah pandai mintak iPhone. Tak faham aku.

Maybe perempuan punya childhood lain daripada lelaki, tapi aku masih rasakan childhood aku memang yang terbaik. Takde distraction. Takde stress. Nak buat apa pun buat la. Tak cara dah orang lain. Hidup aku je.

Sekarang aku rindu zaman tu.

Tiap tiap hari fikir coursework, fikir itu fikir ini. Fikir macam mana nak cari kerja, fikir macam mana nak kumpul duit beli kereta, beli rumah, kawin....

Haih...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...