Saturday, June 25, 2011

Internship!

Akhirnya, aku dapat jugak intern. Dapat kat UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. Headquarters kat Seksyen 15, Shah Alam. First day, gila kekok. Memang la, baru first time kerja dalam professional sector. Dulu kerja kat F&B sector, kerja main-main je. Sekarang takleh main-main dah. Mati la kalau main-main.

Aku di-assign-kan position sebagai student internship. Dalam HQ tu, ada budak-budak practical yang datang dari IPT-IPT macam Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Politeknik, dan macam-macam lagi la. Diorang tu lain pulak. Diorang tu training untuk jadi technician Toyota. Aku ni, pangkat lagi tinggi daripada diorang. Itu yang paling kelakar. Bila aku turun bawah (ground floor adalah bengkel), diorang ni anggap aku sebagai orang atasan. Ahak! Orang atasan, tapi badan kecik tuek. Siap panggil aku 'Encik Lutfi' lagi. Wah!!

Kat ID tag aku, memang tak boleh distinguish antara ID tag permanent employee dengan student intern. Dia tulis department je. Kat ID tag aku, tulis nama, dengan department yang aku attached, iaitu Toyota Knowledge Development Centre (TKDC). Bangga jugak la kan. He he he.

Buruknya muka aku..

Aku rapat dengan Pakcik Bakar. Pakcik Bakar ni umurnya 55 tahun. Ada anak dia umur baya aku. Aku punya 1st assignment ni, under supervision dia. 1st assignment aku, arrange technical store (technical store ni adalah stor yang menyimpan segala equipment-equipment yang diperlukan dalam pembelajaran para technician seperti simulator enjin, simulator brek, dsb). Masa ni, technical store ni punye la serabut gila. Boss aku, Encik Abdul Rashid Omar atau ARO kasi aku 4 minggu untuk arrange technical store ni mengikut kriteria 5S. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, Shitsuke. Kalau tak tau menatang apa 5S tu, pegi Google.

Hari tu ada la sorang colleague aku ni. Nama dia Nizana. Aku panggil Kak Zana. Dia sembang-sembang dengan Pakcik Bakar ni pasal nak buat pot luck Isnin ni. Macam ni perbualan dia:

Kak Zana: Encik Bakar, Isnin ni ingat nak buat pot luck la. ARO dah bawah spaghetti. Encik Bakar nak bawak apa??

Pakcik Bakar: Buat?

Kak Zana: Haah la. 

Pakcik Bakar: Haa.. Aku nak buat tak tau.

Kak Zana: Pulak dah...

Aku pun gelak terbahak-bahak. Lepas tu Kak Zana tanya aku pulak:

Kak Zana: Amboi ko...sedapnya gelak. Ko nak bawak apa Isnin ni?

Aku: Saya kak? Saya nak buat tak tau.

Kak Zana: Ha, eloklah ko ikut Pakcik Bakar tu. Sifu ko.


Sehari aku duduk situ, tak sah kalau aku tak gelak tengok kerenah diorang. Serious lawak.

Thursday, June 16, 2011

Science stuff: Will a pendulum stops oscillate on the surface of the Moon?

Dulu masa form 5 (ke form 4?) ada belajar pasal wave. Ada la sub-topic pasal pendulum tu. Masa tu belajar gitu-gitu je, tak mendalam. So, pengetahuan aku pasal pendulum oscillation just on the surface je. Tapi aku ada la tak puas hati dengan otak aku yang mengada-ngada ni. Aku selalu tertanya-tanya, kalau la pendulum ni diletakkan kat atas permukaan bulan, dia oscillate ke tak? Then, dia akan berhenti oscillate atau tidak?

First thing first, kita mesti tau, atas bumi ni ada atmosphere atau dalam Melayunya, atmosfera. Atmosfera terdiri daripada oksigen, nitrogen, argon, karbon dioksida, dan sedikit air. Ini juga bolehlah kita anggap sebagai udara. Udara mempunyai partikel, dan partikel ni memakan ruang (occupy space). Bila memakan ruang, sekecil mana pun partikel tu, ia akan menjadi penghalang kepada apa-apa benda yang bergerak. Contohnya, kita drive kereta laju-laju. 180 km/h. Then kita lepas pedal minyak, tak payah apply brek. Lama-lama berhenti jugak kereta tu kan? Itu adalah kesan daripada rintangan udara, atau air resistance. Selain itu, ayunan bandul juga bergantung kepada tarikan graviti Bumi.

Kalau atas permukaan bulan, udara takde. Bulan juga takde atmosfera. Sebaliknya, bulan adalah satu planet padang pasir yang tandus. Takde atmosfera bermaksud, takde udara, dan juga takde hidupan. Jadi, secara automatiknya, takde rintangan angin macam yang aku cerita dalam perenggan sebelum ni. Atas Bulan ada graviti, tapi terlalu kecil. 1/6 nilainya daripada graviti Bumi. Rough assumption, ataupun anggapan kasar, kita akan buat keputusan;

Kalau ada sebiji bandul dibiarkan berayun, ia tidak akan berhenti kerana tidak ada rintangan angin.

Tapi itu anggapan kasar. Kita belum tengok pada sudut matematik dan fiziknya lagi. OK, aku nak masuk bab fizik khusus, atau dalam Inggerisnya, advanced physics. Kalau korang pening dan tak suka equation-equation melalut, baik berhenti kat sini je ye.

So, persoalan di sini, adakah sebiji bandul akan berhenti berayun di atas permukaan bulan? Ini adalah kajian ringkas aku.

BINGO!

Source: Wikipedia.

Saturday, June 11, 2011

First Class!

Haritu aku tengok filem X-Men: First Class. Memang best la filem dia. Aku kasi 4.5/5.

Tapi aku bukan nak story pasal X-Men: First Class. Ni ha, aku nak story pasal first-class service. Semalam aku melawat dua pupu aku kat Hospital Pantai, Kuala Lumpur. Dekat Jalan Pantai Baharu tu, belakang UM. Hospital ni dulu tempat beranak semua adik aku, selepas aku. Luqman, Aqilah, Atiqah. Aku dengan kakak aku dulu lahir kat sepital kerajaan je yeop. Abah aku kerja kerajaan masa tu. Aku kat Hospital Kuala Lumpur, kakak aku kat Hospital Universiti (sekarang Pusat Perubatan Universiti Malaya atau PPUM). Tahun 1991, abah aku join PETRONAS. 1992, baru la mak aku dapat merasa kenikmatan sepital swasta.

Mak aku ada cerita, masa lahirkan aku kat sepital kerajaan dulu, punya la seksa. Nak deliver dah ni, nurse sempat lagi bersembang. Well, aku taknak la kutuk-kutuk sangat government sector ni kan. Cuma, yang terlibat sila la improve service anda. Golongan pertengahan mana la mampu nak bayar medical expenses kat sepital swasta.

Mak aih panjang lak aku melalut. Kat mana tadi? Haa. Semalam aku pi la Hospital Pantai tu. Dah lain gila. Dulu masa adik aku yang ke 4 dengan 5 lahir, kecik je. Masa adik aku yang Luqman tu lahir, aku terlalu kecik. 2 tahun. Mana la ingat pape. Sampai je kat lobby hospital tu, security tu tolong bukakkan pintu untuk Opah aku. Aku agak "Wow". Lepas tu, aku keluar ambikkan wilcha Opah aku. Security lain pulak tolong bukakkan bonet kereta. Aku agak "Fuh". Bila tanya security tu mana Blok D, dengan sopan dan lemah lembutnya dia jawab "Lalu jalan ni dik.. Lobby tu, lalu sebelah kedai tu. Nanti nampak lif, ambik lif sebelah kiri ye,". Muka bengis, tapi punya la sopan.

Bila aku sampai kat Wad Blok D tu je, ada la pintu kaca berdaun dua. Adik aku Luqman tolong bukakkan 1 daun. Tiba-tiba datang nurse dari kaunter wad tu, berlari bukakkan daun pintu yang lagi 1. Aku pun "Fergh".

Tengah-tengah aku main katil hospital tu (jakun jap), ada pesakit sebelah katil dua pupu aku tu melalak. Huwaa, huwaa. Tak pasal-pasal 7 ORANG NURSE datang pujuk budak tu. Langsung senyap budak India tu. Aku pun "Aaa..".

Bila nak balik, keluar dari Wad 30 Blok D tu, ada la sorang nurse nak lalu. Nampak je aku tolak wilcha Opah aku, langsung nurse tu berhenti, bagi aku jalan. Aku cakap dalam hati, "Ini kalau sepital kerajaan ni, peduli apa nurse nak jalan ke, lari ke, merangkak ke...". Terbaik sungguh la.

Nak balik, aku tunggu kat lobby hospital. Tunggu adik aku pick up. Kereta sampai, security tu tolong bukakkan pintu kereta sekali lagi. Sorang lagi security tolong bukakkan bonet untuk aku masukkan wilcha Opah aku. Aku pun "Wooo".

Jadi, itulah ceritanya. Patut la sesetengah orang tu sanggup bayar beribu-riban semata-mata nak layanan first class macam tu. Kalau aku pun bahagia duduk sepital dilayan macam tu. Nurse-nurse dia dahla semua cun-cun (adik aku yang kata).

Nampak tu pesakit pun tak tunjuk muka masam masuk sepital swasta. 

Thursday, June 9, 2011

Comment of the day #4

Ye adik-adik, tema kita hari ini ialah Seth Tan. Bukan Setan ye. Nanti ada orang emo tak tentu pasal.


And...the Comment of The Day (9th June 2011) is..

Mohd Syahid: ah..mcm takde name lain...
seth chow..
seth lau...
seth mao...

nape seth tan jugak?propaganda.bodoh punye penerbit.bangang.merosakkan org melayu.harus dihapuskan!huh!

HAR HAR HAR!


Nora Elena punya pasal

Aku adalah seorang yang suka main-main dengan nama. Contohnya, dulu aku banyak kali main-main dengan nama footballers. Hobi aku memang suka main-main dengan nama ni. Tadi, aku main-main dengan nama Seth Tan, watak dalam drama Nora Elena tu. Drama je kot. Aku main-main nama watak die je. Itu pun ada orang tak puas hati. Seth Tan tu bapak kau ke?







The third tweet, I think it's so funny. Taknak mengaku! Kalau taknak ngaku, takyah ler taruk phrase 'illuminati' tu. Tak reti langsung nak hentam orang!

What the hell cakap macam kel...? Ko tu yang ambik serious 100% apa yang aku letak kat status buat ape? Ohh, nak balas dendam kat status Hari Ibu dulu tu ke? Aha. Kesian ko. Belajar dulu hentam orang. Noob.

Ko tak nampak Chicharito ko main bola sekarang, ko takleh duduk diam ke ape? Bukan aku usik nama bapak ko pun.  Then, kata aku butthurt. Sape yang butthurt dulu entah.

Syahid punya komen yang panjang tu paling aku suka. Nanti aku buat separate post untuk Comment of The Day.

Kalau tak suke status aku, tak suke tweet aku, ko ada 3 options:
1. Unfriend aku.
2. Unfollow aku.
3. Shut your mouth.

End.

P/S: Lupe lak. Ko segala benda nak emo.

Wednesday, June 8, 2011

HAHAHAHAHAHAH! #2

Orang tanya lain, Cu jawab lain...



Monday, June 6, 2011

Soal dan jawab - Foundation Physics

As an undergraduate student, aku banyak dapat soalan daripada junior-junior. Kalau aku rasa rajin nak jawab, aku jawab. Kalau malas, aku jawab gitu-gitu je.

Petang tadi aku dapat soalan daripada seorang junior aku kat MRSM Terendak. Dia baru masuk universiti, so dia belajar fizik universiti punya la. Fizik universiti ni fizik high level. Fizik kena otak pick-up. OK, ni soalannya.


Ini jawapan aku.


Understand??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...