Saturday, July 23, 2011

Serious takde keje

Malas nak update, nah aku kasi gambar staff-staff Service Operations Training.


Azhar Ismail


Zakaria Salleh


Mohd Azman Shah Abdul Karim


Abdul Rashid Abdul Hamid


Noor Jamzurida Jamaluddin


Nizana Kamaruddin


Abu Bakar Abu Samah


Abdul Halim Mat Daud


Mohammad Mansur


Muhammad Nazli Hizam 


Mohd Khairuddin Harun


Mohd Khairul Irfan


Rohaizan Shahrudin


Mohammad Morsani Jaybrah

Tuesday, July 19, 2011

Lawak yang tak direka-reka

Ada di antara korang yang suka sangat stalk profile orang lain. Tapi, bila stalk, apa yang korang tengok sebenarnya? Gambar dia ke? Wall dia ke? Relationship status dia ke? Whatever la. Tapi aku, aku bila stalk orang, aku suka tengok part 'Info' dia. Terkekeh-kekeh aku ketawa tengok sesetengah profile info. Lawak yang tak direka-reka. Seriously. Tak caya? Meh tengok.


Tengok, jangan tak tengok. Baca betul-betul. HAHAHAHAHAHAHAHA! Bapak segala bapak punye lawak ni. Annoying pun ada. 'Baled'? 'WTW'? 'Full taken'? HAHAHAHAHAHA! Full taken tu paling takleh blah. 

By the way, 'trismas' tu monyet spesis ape kak? Siap 'F*CK' lagi tu. Tak padan dengan perempuan. Sorry la ye, aku ni anti betul dengan perempuan yang suka memaki-maki macam ni. Selalunye perempuan macam ni tak makan saman. Selalunya la. Jangan ada yang terasa pulak. Ini pendapat aku.

Nak lagi? Adaaa.. Ni lagi best. Essay siap. 


HAHAHAHAHAHAHA! Yang ni aku rasa straight Google Translate ni. Adoi makkk... Banyak benor kalau aku nak highlightkan. Tapi yang paling terbaik sekali...'Edification'! HAHAHAHAHAHA! Waduhhhhhh!

Sorry ye tuan empunya profile. Aku memang jahat.

Kalau nak tulis about me tu, tulis simple sudah. Nak tulis macam essay buat ape? Aku anti benar dengan perempuan yang suka taruk 'pre-conditions' panjang-panjang kat column about me tu. Taknak sangat strangers add ko, tulis je "AKU TAK SUKA STRANGERS ADD AKU". Straight to the point. Takde melalut-lalut, meleret-leret macam ular sawa. Memang la untuk keselamatan, tapi tak payah nak over sangat la. Sampaikan "Bila aku approve, aku paling tak suka orang tak ucap terima kasih or whatever". Kejadahnye tu? Perlu ke?

Moral of the story: Pesbuk bukan kertas Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris SPM.

Sunday, July 17, 2011

Minggu gila sawan

Minggu ni (11 - 17 Julai 2011) adalah minggu paling huru hara tahun ni. Kenapa huru hara? Sebab huru hara la. Gile betul. Dari hari Isnin sampai Ahad, aku tak rehat langsung siang. Malam terus tidur. Gara-gara Toyota Skills Contest la ni.

Isnin, aku tolong Encik Mat susun barang untuk shipping ke Toyota Puchong Jaya. Lepas tu petang aku berangkat ke Puchong Jaya untuk susun barang-barang tu.

Selasa, aku tolong Pakcik Bakar pergi branch Sg. Rasah untuk ambik barang Body and Paint die kat sane. Tolong jugak Pakcik Bakar gilap trofi. Lenguh tangan dow.

Rabu pulak, aku tolong Pakcik Bakar buat soalan Body and Paint dia. Last-last minute pun belum siap. Orang tua kan, biasa la. Lambat la sikit speed nye. Tak pasal-pasal kena marah dengan bos. Aku balik rumah pukul 8 malam.

Khamis, tolong transfer kan kereta branch yang nak digunakan untuk contest tu ke Toyota Puchong Jaya. Aku deliver Avanza 2 bijik. 1 dari Klang, 1 dari Subang Jaya.

Jumaat, tolong angkat barang-barang besar untuk contest tu ke lori. Lepas solat Jumaat je, terus ke Puchong Jaya, prepare untuk contest Sabtu. Buat faulty untuk 8 Toyota Vios. Dengan harapan bila contestant datang, suruh baiki. Tapi....haram tak repair. Aku balik pukul 11:30 malam.

Sabtu! Toyota Skills Contest Grand Final 2011. Aku jadi quality control inspector. Penat dow diri. Macam haram lenguh kaki aku. Panas pulak tu. Kena lari sana, lari sini. Lepas tu, bila contest tu dah habis, kena kemas balik barang-barang tu. Susun balik. Angkut naik lori. Aku lepas contest tu, mata dah kuyu dah. Lotih wei.

Seminggu ni, aku tak cukup tidur. Meh kita kira sama-sama.

Sehari, aku start tidur malam pukul 1. Bangun pukul 6. So, 5 jam sehari aku tidur. 


5 x 5 = 25 jam untuk hari bekerja


Sepatutnya, tempoh optimum untuk seorang manusia tidur sehari adalah 8 jam.


8 x 5 = 40 jam untuk hari bekerja.

Tengok? 15 jam aku melayang. Patut la letih macam haram...

Jom photo travel kejap...

Hujung sana tu Wak Morsani. Yang duduk kepala tak botak tu Encik Man. Yang kepala botak tu, Encik Halim. Yang berdiri tu technician. Lupa dah nama dia. Besi belakang technician tu, barang paling berat nak mati. Jenuh nak angkut 5 bijik naik lori. Huhhhhhhh.

Ini sifu-sifu aku. Kepala semua masuk air. Dari kiri, Encik Mat, Encik Halim, Encik Nazli, Encik Man. Encik Nazli belanja makan megi goreng. 

"Hoist up!" Masa nak kemas petang Jumaat tu.

Bila 4 buah Vios dah ready. Ni sume aku yang parking ni. Yang lain sume tu Cik Jam yang buat. Aku kan pemalas. Masa ni dah siap buat faulty. Tukar spark plug rosak, adjust parking brake, bakar fius, dengan adjust timing belt. Bila start enjin, bunyik 'kriuk kriuk kriuk'. 

Ni aku yang buat ni. Tak caye sudah. Asmah yang update. Budak practical jugak.

Contestants. Sebelum di-introduce oleh MC yang macam haram. MC = Macam Cipan.

Dari kiri, Wak Morsani, Lupa Nama, Encik Irfan, Encik Halim, Cik Jamzurida. 

Ni la Service Advisors dia. Kak Zana pulak interframe.


GS Technician: Junior Category. Muka ganas-ganas...

Sekian.... Banyak lagi sebenarnya gambar, tapi aku malas nak upload. Hnnggghhhh..

Thursday, July 7, 2011

Lama gila tak update blog!

Assalamualaikum...

Since summer break ni, blog posts aku dah makin slow. Masa exam dulu punya la rajin update. Sekarang dah malas. Lagipun busy. Masuk office pukul 8, habis pukul 5:30. Balik dah penat. Tidur awal. Takpela. Aku update jugak. Nak cakap pasal ape eh? Orait, aku nak cakap pasal internship la.

Aku di-appointed-kan as a trainee in Service Operations Training (SOT) department, yang mana department ni bertanggungjawab mengajar dan melatih technician (atau kalau nak senang faham, mekanik) Toyota. Sepatutnya dalam ID tag aku tu bukannya TKDC (Toyota Knowledge Development Centre), tapi SOT. Sebab sebelum aku masuk, SOT ni bawah TKDC. Aku masuk je, SOT kena separate office. Dapat office kecik sikit.

Meh kita photo travel jap.


Ni la workstation aku. Tapi aku jarang duduk sini. Sebab aku selalu lepak kat training room tengok technician training. PC tu dah berkurun lama dah. Microsoft Office guna 97 punya. Gila la. Banyak features takde.


Haa.. Ni la technician-technician nye. Masa ni kelas Pro Technician: Chassis. Belajar pasal chassis, gearbox, dengan transmission. Diorang diberikan sebijik gearbox, lepastu kena disassemble, bila nak habis kelas kena assemble balik. Lepas assemble tu, langsung punah gearbox tu tak boleh nak masuk certain gear. Ganas tul diorang ni.

Minggu ni aku masuk kelas Toyota Prius: New Model Familiarisation and Introduction. Since Prius ni model baru, SOT kena buat training untuk technician. Seminggu training dia. Biasanya training paling lama pun 4 hari je, tapi pasal Prius ni amatlah complicated dan advanced dari segi teknologinya, kena la buat 5 hari...sampai Jumaat (esok). Best kelas ni. Memang kena la dengan aku punya interest. Aku minat hybrid car. 


Itu diaa... Hybrid SD atau Hybrid Synergy Drive. Toyota Prius adalah kereta hybrid paling reliable dalam dunia ni. Kereta hybrid paling ramai guna la.


Ni cabin dia. Spacious, futuristic. Aku paling suka dia punya gear tu. Serious canggih! Selalunya kalau gear auto, kata la kita nak masuk gear D. Masuk je, dia stay kat D kan? Kalau ni, dia macam analog controller kat PlayStation tu. Masuk D, kat multi information display tu ada indicator 'D', then tombol tu back to its original position. Cool blog gila dow. Lepas tu, biasanya kalau nak masuk gear P kena tolak tombol gear tu ke posisi paling depan kan? Yang ni takyah. Ada suis untuk gear P. Memang drive-by-wire la. Oh, speedometer dia fully digital. Siap ada HUD lagi. Tak tau apa tu HUD? Tengok sini. 



Ini aku rasa part paling best. Part kopak bonet belakang, tengok bateri yang kasi power kat motor dia. Benda yang enclosed dalam metal cover tu la bateri dia. Kalau bateri kereta biasa, voltage dia 12V je kan? Yang ni.... 201.6V! Terbaik! Kalau taruk 12V jugak, camne la nak gerakkan kereta tu..

Nak tengok camne dalam metal cover tu?? Ada....


Haaa! Inilah dia bateri yang menggerakkan motor elektrik Prius. Mempunyai 168 nickel metal hydride (Ni-MH) dry cell, yang setiap 1 slot tu mempunyai 6 sel. Supplying 201.6V voltage, and rechargeable by regenerative braking and dynamic movement. Semmmart dow. Nak operate mendalah ni bukan boleh suka-suka nak operate. Kena well-trained technician yang operate. Siap kena pakai insulated gloves lagi tu.

Banyak lagi la features yang membuatkan aku ternganga. Macam keyless engine start, keyless entry, enjin senyap gila, security features, dan banyak lagi.

Esok hari terakhir training. Ada test drive dengan final test untuk technician tu. Aku takde la. Sebab aku boss diorang. Diorang panggil aku 'Encik Lutfi'.

So, untuk minggu ni, tema aku adalah Toyota Prius. Apa-apa status Pesbuk aku, semuanya pasal Prius. Sungguh berharga pengalaman ni. Bajet sungguh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...