Saturday, December 25, 2010

LOL #4 - Game paling LOL!

Entri aku sebelum ni pasal Game Paling Susah Dalam Dunia. Memang susah pun. Tapi, lepas aku bersengkang mata menelaah menatang ni daripada menelaah Laplace Transform, baru aku sedar game ni sangat LOL! Tak pernah aku main game2 sebelum2 ni sampai meleleh air mata aku gelak.

Selepas beberapa (beberapa ape kebenda, banyak kot) percubaan gagal, akhirnya aku berjaya menghabiskan game LOL ni dalam masa lebih kurang 8 minit. LOL. Usain Bolt ambik masa kurang 10 saat nak lari 100 meter, tapi QWOP aku ambik masa 8 minit? Macam haremm.


National Hero beb! Ape yang hero ntah. Lari 100 meter dalam masa 8 minit lebih dikira hero ke? Ngek.

Sebab ape aku kata ni game paling LOL? Sebab...
  • Kaki sensitif macam jeli. Silap sikit jatuh tersembam.
  • Tengah2 balapan tu ade pulak la halangan. Kacau daun betul.
  • Cubaan aku sebelum2 ni, aku cuba nak seimbangkan badan je. Tapi bila aku bengang, pegi mati la sama seimbang. Aku lari atas lutut sebelah, kaki sebelah lagi manoeuvre pergerakan. Jadi la QWOP tu mengengsot2 macam siput babi. Pasal ni la aku gelak macam Annoying Orange.
  • Bila tak habis, tersembam tengah balapan, nanti dia kata "Showing real courage, you ran: X metres. Everyone is a winner". Sakit hati gua beb.
  • Bila terbongkang, kadang2 tu sampai patah kaki, patah tangan. 
  • Muka QWOP tu memang takde perasaan.
  • Dah lari 100 meter macam siput babi pun die boleh kata National Hero. Ceh.
  • Muzik latar yang membutkan darah aku naik.

Tak boleh bayang macam mana cara aku buat? Tengok video ni. Sejibik camni la aku buat. Yang bezanya, aku lambat sikit.


Tapi die ni bodoh sikit la. Die drag halangan tu 50 meter sampai garisan penamat. Aku tak drag, aku langkah. Kira aku hebat sikit la kan.

Hah, tengok. Orang ni pun cakap game ni adalah game paling susah di dunia. Kalah game Batman Arkham Asylum tu!



LOL. Sekor2 taruk profile photo gambar QWOP. Tengah demam QWOP la ni..


Dah2, aku nak menelaah benda ni pulak...


Korang tak gelak? Cuba main tengok. Korang gelak ke tak. Klik sini

Thursday, December 23, 2010

Game paling susah dalam dunia

Apa game yang paling susah gila korang main? Dota? Counter-Strike? FarmVille? Kalau korang rasa game2 yang korang main sekarang ni dah susah, ada lagi yang lagi susah. Paling tak boleh blah (TBB), game tu dibina hanya menggunakan Flash je!

Nama game tu QWOP. Sebab korang kena kawal atlet tu guna QWOP je. QW untuk gerakkan thighs (Melayunya paha) dan OP untuk gerakkan calves (Melayunya aku dah lupa. Tapi bahagian bawah paha tu la). Ni screenshot game tu.

Homescreen.

Ni baru nak start. On your mark....

Bila dah lost control, sume terbongkang. Kadang2 tu sampai patah tangan kaki sume.

Paling tak tahan, ayat menganjing "everyone is a winner". Pergh. Sakit hati gua beb.

Nak try? Game paling susah dalam dunia.

Tuesday, December 21, 2010

LOL #1 - Mengorat Failed

Aku memang suka stalk profile orang. Hobi aku. Dekat News Feed tu, kawan2 aku yang baru je add friends atau approve friends, semua aku stalk. Sorry la kalau sape2 yang kena stalk dan termasuk dalam blog aku ni.

Ni aku jumpa kat komen gambar sorang minah ni. Kelakar.


Punya la berkobar-kobar Ahmad Zawawi tu kasi nombor telepon. Minah ni langsung tak layan. Kwang kwang kwang. Takpe bang, bunga bukan sekuntum. Cuba lagi.

Pergi la bertapa dengan mamat2 yang pandai mengorat. Playboy ke. Moymoy Palaboy ke. Jangan cari aku sudah. Aku tak reti mengorat. Aku reti mengarut.

P/S: Flirting people is now becoming more advance, oldfags?

Drama Indon? Oh My Guard...


Aku pun tak tau la sejak bila drama Indon ni bertapak kat Malaysia ni. Sekarang ni, berlambak-lambak drama Indon. Siap ada channel khas lagi untuk drama Indon. Ape best drama Indon? Cerita meleret-leret, mengarut tak sudah. Itu pun ada yang fanatik. Pelik aku.

Dulu aku ada minat la kan satu drama Indon ni. Bawang Putih Bawang Merah (ke terbalik? Mampos ah). Aku tengok sampai episod berape entah, lepas tu aku malas tengok dah. Setiap episod mesti ada je yang tak kena. Dah tu bila tengah2 best bahagia, seronok, ada je yang spoil kan kebahagiaan tu.

Apa yang aku benci pasal drama Indon?

  1. Cerita meleret-leret. Makin lama cerita tu, makin mengarut. Makin banyak episod, makin cerita tu jadi lame ass.
  2. Episod sampai 100 lebih, bazirkan masa nak tengok muka bancuh simen berlakon.
  3. Banyak sangat part zoom muka bila part suspense. Benci aku.
  4. Watak utama semua cantik2, hensem2. Sampai je watak sampingan, semua stok2 bancuh simen, buat jalanraya.
  5. Indonesia adalah sebuah negara miskin. Tapi dalam drama, langsung tak tunjuk kemiskinan tu. Kereta Mercedes, BMW. Rumah bapak besar.
  6. Kalau scene melibatkan polis Indonesia, memang failed la. Polis kayu, kaku. Dialog macam baca skrip.
  7. Monolog dalaman banyak sangat. Macam cakap sorang2. Nyampah.
  8. Mengarut tak sudah-sudah. Contohnya, Bawang Merah Bawang Putih tu. Ade lak pari-pari. Nak mintak ape2, mintak pari-pari tu. Syirik bhai. Bangang pun ye jugak.
  9. Kata je negara paling ramai penduduk Islam, tapi bab drama macam ni, pakaiannye mengalahkan pelakon Hollywood. Nasib baik Maria Ozawa tak di-offer berlakon dalam sinetron.
  10. Dah memang drama bancuh simen, tak pelik la kalau aku menyampah
Banyak lagi la. Aku malas nak anti sangat la kan. Sebab aku tau ramai yang minat drama Indon. OK, point yang ke-10 tu aku dah takde idea. Nak cukupkan bilangan je.

Kalau nak diikutkan, drama Melayu ada la iras2 dengan beberapa point yang aku listkan kat atas ni. Tapi aku rasa, drama Melayu yang bukan produksi RTM, ok sikit la daripada drama Indon.

Bagi aku, selagi namanya DRAMA, aku menyampah. Kasi la pelakon handalan sape pun, aku tetap menyampah dengan hiburan yang berbentuk macam ni.

P/S: Nia Ramadhani serius hot. Tapi aku benci.

Friday, December 17, 2010

Encik Google Sudah Mereng

Semua kenal Facebook kan? Laman sosial paling popular di dunia ciptaan seorang Yahudi genius bernama Mark Zuckerberg. Tapi bukan 1 je social network yang ada kat dunia ni. Sebelum aku memulakan sesi mengkantoikan Google, meh tengok kejap benda ni.


Ini adalah visualisasi rangkaian Facebook di seluruh dunia. Dicipta oleh Paul Butler, seorang jurutera rangkaian di Facebook Inc. Bloody cool yaw! Kawasan yang terang adalah kawasan yang mana Facebook digunakan. Tapi, dalam banyak2 negara yang guna Facebook, nampak tak kawasan Rusia macam kosong? Kenapa??

Haaaa.. Untuk pengetahun korang, Rusia ada social networking dia sendiri. Macam Facebook. Warna biru jugak. Nama dia VKontakte. VKontakte ni paling banyak digunakan di Rusia dan Ukraine. Patutla kat gambar atas tu, Rusia macam kosong je.


Ini login page dia, dalam Bahasa Rusia. Oleh kerana aku tak faham Bahasa Rusia, aku pun memohon perkhidmatan Google Translate daripada Google. Sebelum tu, tumpukan pada perkataan yang bertanda merah yang membawa maksud 'VKontakte'. Bila di-translate, jadi macam ni;


Perasan tak apa yang tak kena? Tengok bila perkataan 'VKontakte' tu di-translate. Jadi apa? Facebook! Ni apahal Encik Google ni? Bila masa VKontakte bermaksud Facebook ni?

Nampaknya Encik Google dah menganak-emaskan Facebook dan menganak-tirikan VKontakte. Tau orang Rusia, tau tukang buat VKontakte ni pasal ni, memang mati ah Google.

P/S: Padahal boleh je klik kat option bahasa 'English' kat bawah tu. Saja je aku nak try sejauh mana kehebatan Google Translator.

Sumber; Alexa, Facebook Engineering - Visualising Friendships, VKontakte.

Thursday, December 16, 2010

Aku, MLM dan Score A

Tau MLM tak? Kalau tak tau meh aku hantar gi Amazon. Kat sana ada MLM versi piranha.


Aku sebenarnya bukanlah lama sangat dengan MLM ni. Baru sangat pun tak. Aku kenal MLM masa aku baru habis foundation. Ada la sorang kawan aku ni, dia ajak buat bisnes MLM. Bisnes MLM kedai makan. Aku pun mula2 tak tau ape bende la kan. Member aku tu belanja makan best2, sambil explain pasal mendalah tu. Bayar sekian2, nanti goyang kaki, dapat sekian2. Ada la beberapa orang kawan aku join on the spot. Habis makan je, withdraw duit. 

Tak lama beberapa bulan lepas tu, dengar kisah MLM tu lingkup. Ape ade hal. Nama pun MLM.

Tahun 2010, aku kenal pulak bisnes MLM Score A daripada sorang senior aku. Bagi aku, bisnes ni boleh tahan bagus, sebab sebelum2 ni aku dengar pun, bisnes pasal ubat, pasal minyak wangi, pasal supplement. Tapi yang ni pasal pendidikan. E-pendidikan namanya. Kalau difikirkan, pendidikan memang takkan berakhir kat dunia ni, melainkan dunia ni sendiri kiamat. So, itu point tukang jalan bisnes Score A ni untuk tarik minat untuk join. Aku join dengan membeli sebijik portal untuk adik2 aku, harganya RM596 (sekarang dah naik harga. RM796), dan aku dapat 1 akaun untuk diusahakan.


Kerana percaya kat MLM ni dari percaya kat belajar aku, aku buat benda ni. Aku decide nak buat 2 in 1. Belajar sambil jalan MLM. Sampai je dapat result 1st year aku, aku kiok. Teruk! Then mak aku pesan, kalau nak teruskan benda ni, 2nd year kena score. Habisla aku.. So aku decide nak tinggalkan benda ni.

MLM adalah satu cabang perniagaan (yes). Itu sudah pasti. Perniagaan. Nabi Muhammad SAW dulu berniaga, tapi buka berniaga macam sekarang. Perniagaan ada banyak jenis. Sistem barter tu pun boleh dikira perniagaan. MLM ni dicipta oleh orang Barat amnya (aku dengar orang Yahudi cipta benda ni, tapi aku tak pasti sejauh mana kesahihan statement tu). Orang Melayu fikir MLM adalah perniagaan. Betul tu. Tapi, perniagaan yang diterima oleh Allah adalah perniagaan yang halal. 

Halal macam mana? Duit yang datang kat kita tu, dari sumber yang halal. Duit yang kita bagi orang tu, dari sumber yang halal jugak.

Sejak aku baca blog Aidid Muaddib, aku banyak belajar apa itu MLM. Dulu aku percaya, MLM ada yang halal, ada yang haram. Memang tak dinafikan. Tetapi, yang dari segi syariahnya halal tu, boleh jugak jadi haram. Contohnya;

MLM Score A tu jual portal pendidikan. Hasrat Kenshido Sdn. Bhd. (Syarikat yang mengendali portal Score A) adalah untuk membantu memacu kemajuan teknologi e-pendidikan kat Malaysia dengan memperkenalkan portal online Score A kepada pelajar2 sekolah. Jadi, yang join MLM Score A ni jugak mestilah bermatlamat macam tu. Niat nak join bisnes tu untuk jual benda tu je. Sekiranya niat kita lari, misalnya kita lebih menumpukan untuk mencari downline daripada jual produk, hukum kita join tu boleh jatuh haram. 

Ini aku dapat daripada mana entah. Haritu aku ada terbaca. Tapi aku lupa kat mana. Cari2 tak jumpa link dia.

Sekarang faham kan?

Masuk je 2nd year, aku dah tawar hati gila2 nak jalan bisnes ni. Aku dah tak percaya lagi dah. Walaupun awal2 dulu aku punya la enthusiastic nak angkat kereta baru. Lepas setahun, tayar kereta pun takde. Sebab apa? Sebab aku malas dan malas dan malas nak berbisnes. Ini penyakit aku. Duit aku nak, tapi bisnes aku taknak. Sebab otak aku bukan otak bisnes!

Sekarang aku hanya percaya kat usaha aku sendiri je. Aku tengah belajar, aku tengah study. Selangkah je lagi aku nak berpindah ke alam lain; alam pekerjaan. Aku fikir, kenapa aku nak kejar benda yang aku tak patut kejar? Cita2 aku bukanlah nak berduit banyak, tapi cita2 aku dari kecik, aku nak jadi seorang engineer. Kenapa aku terlalu mengejar benda yang pada hakikatnya aku tak suka pun buat benda tu?? Aku nak buat benda yang aku suka, aku enjoy. Tapi kalau buat dengan desperation, memang takkan jadi.

Baik aku tumpu pada study aku, bila dah graduate, cari kerja bagus2. Duit halal 100%, takde keraguan. Walaupun makan gaji. 

P/S: Aku tak meremeh-remehkan Score A. Just my 2 cents.

Monday, December 13, 2010

Film Review: The Social Network

Lu kenal Facebook tak? Kalau tak kenal, gua kasi starlight lu punya dahi.

Lu kenal Mark Zuckerberg tak? Kalau tak kenal takpe. Dimaafkan, sebab dia Yahudi. Tak kenal pun takpe. Tak kenal maka tak cinta. Buat apa bercinta dengan orang putih. Orang Melayu sudah..

Meh tengok filem ni. The Social Network atau dalam Bahasa Melayunya, Rangkaian Sosial.

Lu jangan nak musuh2 dengan gua yaw!

Menceritakan seorang yang loser wannabe. Starting cerita, aku memang satu habuk pun tak paham sebab Mark Zuckerberg (Jesse Eisenberg) cakap laju sangat. Sumpah tak paham. Aku tak tau la nature Mark Zuckerberg memang macam tu ke apa. Dahlah tak hensem (sebab Jesse Eisenberg tak hensem, tapi Mark Zuckerberg boleh tahan hensem). Dol, aku bukan gay, OK.

Zuckerberg dalam filem ni pakai selipar pergi kelas, sweater GAP nye, seluar pendek kadang2, time snowfall pun pakai selipar. Fesyen seorang loser wannabe.

Teka mana satu selipar Zuckerberg?

Lepas 10 minit barulah aku faham cerita dia. Wohoo. Cool gila la Zuckerberg hack. Tang Facemash tu paling best. Kena pilih mana satu hot. Punya la jahat mamat ni. Nasib baik aku tak reti hacking. Kalau tak, habisla semua orang yang aku benci aku taruk dalam Facemash versi aku.

Bhai, lu taruk gambar minah ni bhai. Minah ni tak cun langsung bhai.

Idea mencipta Facebook sebenarnya datang daripada 2 ekor beradik Winklevoss (Cameron dan Tyler). Mamat 2 ekor ni dapat berita yang Facemash rekaan Zuckerberg mendapat 20,000 hit dalam masa 2 jam! 2 jam yaw! Jadi, 2 ekor ni nak bikin bisnes social network la, nak celen Friendster dengan MySpace yang tengah popular waktu tu. Friendster dengan easy-to-use nye, MySpace dengan sebijik gambar komen sampai seribu nye, masing2 ada imej sendiri. So, Zuckerberg pun nak kasi imej tersendiri social network rekaan dia.

Dengan senyap2, Zuckerberg cilok idea 2 ekor ni. Habisla 2 ekor ni tuduh Zuckerberg cilok idea diorang.... Bla bla bla, terjadilah Facebook yang ada sekarang. Habis cerita, Mark Zuckerberg is the winner la kan. Winklevoss dah kalah, walaupun dapat nombor 6 Beijing Olympics untuk rowing event, lu tetap loser la kan.

Orait, itu sepintas lalu sahaja. Nak tau lebih lanjut, tengok la sendiri. 

Overall, filem ni memang best, tak sick (bukan macam The Human Centipede ye). Apa yang penting korang kena faham cerita. Kalau tak faham susah. Tapi, untuk yang tak berminat dengan filem yang banyak dialog daripada action, aku sarankan tak payahla tengok. Ada member2 aku yang kata cerita ni bosan. Kenapa? Sebab banyak sangat dialog. Memang la! Director tu nak minimisekan masa, at the same time nak bagi audience faham cerita tu dengan hanya tumpu pada dialog. Yaw, ni bukan James Bond. Kalau James Bond, scene car chasing takde dialog, pun dah boleh paham.

Rating: 9/10

Sunday, December 5, 2010

MySpace yang banyak Space

Tadi aku tergerak hati nak login MySpace aku. Dah bertahun (berbulan?) tak login. Kalau login, memang confirm ntah hape2. Serabut aku tengok. Sebab dah selalu guna Facebook, so dah tak biasa guna MySpace.

Aku printscreen MySpace home aku.

(Klik gambar untuk saiz lebih besar)

Kat situ aku highlightkan 3 benda yang buat aku terkejut.

Sebelum tu, nak cakap sikit pasal MySpace ni. Dalam tahun 2005-2009, MySpace mendominasi penggunaan laman web sosial di seluruh dunia. Start 2009 dan keatas, MySpace kalah kepada Facebook. Kenapa? Sebab MySpace guna HTML (Hypertext Mark-Up Language). Tu pasal yang korang boleh hide info la, hide itu hide ini, taruk bling2 kat profile korang. Tapi sejak kedatangan Facebook dan Twitter yang jauh lebih simple, senang, laju, populariti MySpace dalam kalangan populasi Malaysia jatuh merudum. Kenapa? Leceh la beb! Nak kena decorate profile, taruk lagu sikit, bling2 sikit. Baru la laku profile tu.

By the way, Facebook dan Twitter tak guna HTML, sebab tu Facebook dan Twitter loading tak lembab macam MySpace.

1. Logo MySpace. Ni apa ni? My tempat kosong? My Kosong? My Empty? Aku rasa logo MySpace yang dulu dah OK kot. Ni kalau manusia dari hutan ceruk ulu baru kenal MySpace ni, mesti dia ingat nama benda ni My je. My ape benda ntah..

2. Last comment received, 338 DAYS AGO! Nak dekat setahun tu. Punya la lama aku tak bukak. Ni satu lagi kelemahan MySpace. Seperti jugak Friendster, MySpace kena pergi kat profile orang tu kalau nak reply komen. Leceh. Kalau connection macam siput, memang lembab. Nak load bling2 lagi, nak load widget itu widget ini, lepas tu baru boleh reply komen. Kalau Facebook, reply kat situ jugak. Senang.

3. Takde orang online pun! Friends aku ada 400 lebih. Takde sekor pun online? Nampak sangat tak ambik tau dah MySpace ni. Dah jadi space dah. Kosong.

Toolbar kat atas tu pun dah tukar warna. Kalau sebelum ni, MySpace punya toolbar atas tu warna biru pekat, sekarang dah tukar warna hitam (?). Sebab nak membezakan antara Facebook dan Twitter, yang kedua-dua ni pun guna warna biru walaupun perbezaannya hanya biru terang dan biru tua sikit. Dulu masa permulaan laman web sosial, semua warna biru! Friendster, MySpace. Sekarang Friendster dah warna hijau. Memang kebudak-budakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...