Saturday, June 25, 2011

Internship!

Akhirnya, aku dapat jugak intern. Dapat kat UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. Headquarters kat Seksyen 15, Shah Alam. First day, gila kekok. Memang la, baru first time kerja dalam professional sector. Dulu kerja kat F&B sector, kerja main-main je. Sekarang takleh main-main dah. Mati la kalau main-main.

Aku di-assign-kan position sebagai student internship. Dalam HQ tu, ada budak-budak practical yang datang dari IPT-IPT macam Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Politeknik, dan macam-macam lagi la. Diorang tu lain pulak. Diorang tu training untuk jadi technician Toyota. Aku ni, pangkat lagi tinggi daripada diorang. Itu yang paling kelakar. Bila aku turun bawah (ground floor adalah bengkel), diorang ni anggap aku sebagai orang atasan. Ahak! Orang atasan, tapi badan kecik tuek. Siap panggil aku 'Encik Lutfi' lagi. Wah!!

Kat ID tag aku, memang tak boleh distinguish antara ID tag permanent employee dengan student intern. Dia tulis department je. Kat ID tag aku, tulis nama, dengan department yang aku attached, iaitu Toyota Knowledge Development Centre (TKDC). Bangga jugak la kan. He he he.

Buruknya muka aku..

Aku rapat dengan Pakcik Bakar. Pakcik Bakar ni umurnya 55 tahun. Ada anak dia umur baya aku. Aku punya 1st assignment ni, under supervision dia. 1st assignment aku, arrange technical store (technical store ni adalah stor yang menyimpan segala equipment-equipment yang diperlukan dalam pembelajaran para technician seperti simulator enjin, simulator brek, dsb). Masa ni, technical store ni punye la serabut gila. Boss aku, Encik Abdul Rashid Omar atau ARO kasi aku 4 minggu untuk arrange technical store ni mengikut kriteria 5S. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, Shitsuke. Kalau tak tau menatang apa 5S tu, pegi Google.

Hari tu ada la sorang colleague aku ni. Nama dia Nizana. Aku panggil Kak Zana. Dia sembang-sembang dengan Pakcik Bakar ni pasal nak buat pot luck Isnin ni. Macam ni perbualan dia:

Kak Zana: Encik Bakar, Isnin ni ingat nak buat pot luck la. ARO dah bawah spaghetti. Encik Bakar nak bawak apa??

Pakcik Bakar: Buat?

Kak Zana: Haah la. 

Pakcik Bakar: Haa.. Aku nak buat tak tau.

Kak Zana: Pulak dah...

Aku pun gelak terbahak-bahak. Lepas tu Kak Zana tanya aku pulak:

Kak Zana: Amboi ko...sedapnya gelak. Ko nak bawak apa Isnin ni?

Aku: Saya kak? Saya nak buat tak tau.

Kak Zana: Ha, eloklah ko ikut Pakcik Bakar tu. Sifu ko.


Sehari aku duduk situ, tak sah kalau aku tak gelak tengok kerenah diorang. Serious lawak.

5 comments:

n.h.h said...

:) internship = add friends and experiences. :)

ayie said...

macamane nak apply internship kat situ?

wani said...

i got internship kat umw jugak, lg 2 mggu start. but seriously takut. ada sedikit nasihat or tunjuk ajar tak? thanks.

Unknown said...

macam mana nak apply internship dkt situ? tengah mencari tempat intern ni..

Unknown said...

internship bahagian akaun ada x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...