Tuesday, May 31, 2011

Ayat-ayat orang baru masuk universiti

"Ala.. Nak balik. Bosan la orientasi..."


"Awak.. Tak best la.. Huuuu..."


"Awak... Bila nak habis ni... Wuuwuuu.."


"Waaa.. Lama nye orientasi ni.. Bosan laa..."


"Awak... Lama la nak Jumaat.. Wuuwuuu..."

Mula-mula tu, biasa la kan. Dulu pun aku macam tu jugak. Gila bosan la orientasi Centre For Foundation Studies IIUM. Kejadah la duk ajar nyanyi lagu CFS IIUM tu. Bayangkan la, kumpul ramai-ramai tengah padang, semata-mata nak suruh practice lagu IIUM untuk majlis penutup. Senior-senior kat situ memang nak suruk freshies pecah anak tekak ke apa kan? Annoying gila aku tengok sesetengah senior tu. Ada yang bercekak pinggang dok tengking batch aku sebab degil. Katanya, batch aku paling lambat hafat lagu CFS IIUM tu. Saje psycho je tu kot. Salah rhythm je, ulang balik. Salah rhythm je, ulang dari awal. Masa orientasi memang biasa tidur lewat, bangun awal. Ceh. Bila dah lama duduk situ, tak kesah pun tidur lewat bangun awal.

Tapi orientasi ni, ada la bagusnya. Kenal kawan baru, suasana baru, keadaan baru. Dah tak macam sekolah dah. Nak belajar ke tak, takde siapa nak marah. Lepas ni, nak keluar tak payah mintak sign warden dah. Entah-entah warden pun takde kot. Masa ni la kita nak kenal erti sebenar kehidupan universiti. Macam mana nak hidup sendiri, macam mana nak urus masa sendiri, macam mana nak bahagikan masa dengan betul. Orientation week is just the beginning. There will be more to come when you progress.

So, Anis Shakirin.. Kejap je tu ye. Nanti habis orientasi, nak terjun lombong pun takpe (ayat orang habis exam). Learn about campus life, learn about what you will be facing in the next few years. Your friends are facing the same problem as you did. You are not alone. You'll never walk alone (Liverpool la pulak).

Tinggalkan rumah hati berdebar,
Otak tak tahu ke mana hala,
Minggu orientasi banyakkan bersabar,
Habis orientasi terjun lombong lerr!

Monday, May 30, 2011

Physics Coursework aku masa form 4

Macam biasa, bangun awal. Dapat mesej Anis pukul 0510, aku reply sekali je, lepas tu aku sambung tidur. Pukul 0545 bangun, dengar azan. Balik surau, aku godek-godek la e-mail Yahoo aku ni. Godek-godek....bukak folder sana sini. Dah lama tak godek. Bila aku bukak folder 'Sent' je, aku tiba-tiba excited. Soft copy kerja kursus Fizik aku masa form 4 yang aku forward kat sorang member aku ada lagi! Huwaaaaa! Memories!

Masa tu rumah aku masih lagi pakai dial-up. Ingat lagi. Nak attach semua file-file tu punya la lama. 2 3 jam. Padahal tak sampai 30 KB pun sebijik tu. Hai laa.. Kenangan. 

Anyway, ini la kerja aku masa form 4. Aku kena buat coursework mind map pasal chapter form 5 kalau tak silap. Masa ni terbengkalai lagi. Oh, by the way, e-mail tersebut bertarikh....


Dan ini la benda yang aku maksudkan tu...
















Serius...ini kenangan. 5 tahun dah ada dalam e-mail tu. Flashback balik, dah macam-macam aku lalui. Sekarang dah 2011, aku dah 21. Dalam 5 tahun ni, hidup aku bagaikan roket STS yang lift off kat Cape Canaveral tu, yang bergerak pada kelajuan 'escape velocity' untuk melawan daya tarikan graviti Bumi. Plain crap.

Sekarang, semua benda kat atas ni aku masih lagi belajar, dan semakin susah, semakin kompleks. Pressure Law, Boyle's Law, Gas Law, Charles' Law tu baru sikit. Laws of Thermodynamics lagi memeningkan kepala hotak aku. Denis Law je yang tak pening.


Sunday, May 29, 2011

Kenapa orang sekarang ni susah nak menghafal sesuatu?

Korang pernah terfikir tak kenapa, kadang-kadang susah sangat nak menghafal atau mengingat sesuatu? Kadang-kadang nama kawan kita pun kita susah nak ingat, biar pun nama dia ada seketul perkataan je (macam aku). Exam haritu, especially Management Studies 1, aku kena banyak menghafal dan mengingat. Memang 2 3 days before the exam, satu cabaran bagi aku untuk hafal semua management dan business stuffs tu. Memang susah. 

Kita dulu belajar Pendidikan Islam masa SPM kan? Ada kan bahagian tokoh-tokoh Islam tu. Sumbangan diorang, cara hidup diorang, kejayaan diorang. Paling aku kagum, diorang boleh kuasai macam-macam ilmu sains, dalam masa yang sama, ilmu agama seperti hadis-hadis nabi, ilmu al-Quran, pun diorang boleh kuasai. Even diorang hafal 1 al-Quran! Al-Khawarizmi, al-Biruni, Ibnu Sina...nama-nama yang tersohor. 

Dulu aku pernah duduk tahfiz al-Quran masa akhir tahun form 1. Aku duduk situ seminggu (ke sebulan, aku dah lupa). Dalam masa seminggu tu, aku kena hafal 2 surah. Surah Yaasin, dan Surah as-Sajadah. Mulanya, aku ata dalam hati "Gila ke apa???!" nak hafal 2 surah tu dalam masa seminggu? Then, bila hari kedua aku duduk situ, barulah aku sedar kenapa budak-budak kat situ senang nak menghafal al-Quran. Rules dia simple je. 

1. Jangan buat benda lagho
Benda lagho. Ape tu benda lagho? Banyak. Dalam zaman internet ni, TERLALU banyak benda lagho, sampaikan kadang-kadang kita tak tau pun benda tu lagho. Antara contoh benda lagho, Pesbuk, Twitter, game. Kalau yang bukan internet-related pulak, bersembang, bergosip, tidur yang keterlaluan. Itu semua lagho. Jadi, budak-budak kat tahfiz tu, dalam 24 jam sehari, boleh kira berapa jam je diorang tak berpisah dengan al-Quran. Mandi, main bola petang, dan ke tandas. Itu je. The rest, always with that divine book. How awesome they are. Diorang even tak bersembang panjang-panjang, bukan macam kita bersembang. Kalau boleh nak sampai terburai perut gelak. 

2. Jangan ketawa
Ketawa kadang-kadang membawa parah jugak. Orang kata, banyak ketawa, hati mati. Tau apa tu hati mati? Google sendiri. Kita ni, sepanjang hari duk gelak huhahuha. Maharaja Lawak la, Maharaja itu ini la, Mr. Bean la. Macam-macam. Boleh kata sehari kalau tak gelak, orang panggil kita gila. Masa aku kat tahfiz tu, budak-budak kat situ sangat serious. Berapa kali je aku tengok diorang ketawa dalam sehari. Even time makan ramai-ramai, diorang sembang, bila ketawa diorang tutup mulut. Ketawa 3 saat, habis. Itu je. As simple as that kalau dah biasa. Bukanla aku nak kata tak boleh ketawa kan, tapi berpada-pada.

3. Jangan tengok aurat perempuan
Ha! Aku pun tak lari daripada masalah ni (kantoi). Sekarang ni zaman internet. Mana-mana pun, kita mesti nampak aurat perempuan. Pesbuk, kawan perempuan kita taruk gambar mengancam sikit. Appear kat news feed kita, kita tertengok. Aurat. Haaa.. Susah kan zaman sekarang ni? Aku pun tak nafikan yang aku memang tak boleh lari daripada masalah ni, unless aku pi duduk dalam hutan sorang-sorang, takde internet, takde ape. Tak boleh la macam tu kan. Salah satu budak kat tahfiz tu kata kat aku (aku masih ingat kata-ata dia ni), "Sekali kau tengok aurat perempuan, 1 ayat Quran dalam kepala hotak kau hilang,". Mendalam tu. Sangat mendalam. Kat tahfiz tu, nak tengok perempuan pun susah. Yang ada, bini ustaz. Itu pun jarang keluar. Hmm.... Dunia semakin mencabar.

See? 3 rules, as simple as that. Obey those rules, you will make it. Tapi dengan zaman macam ni, benda-benda tu dianggap mustahil bagi sesetengah orang. Susah jugak kadang-kadang kan. Aku tak fikir benda ni mustahil sebab.....memang achievable kalau kita kuat. Cumanya, pengaruh dan nafsu yang buat kita fikir "Gila apa??".

Aku nasihat untuk diri aku sendiri sebab diri aku pun sangat lemah dalam hal-hal ni. Cuma nak kongsi pengalaman aku kat tahfiz tu. 

Bila habis program tahfiz tu, aku dapat hafal sampai habis surah Yaasin, dan 3/4 surah as-Sajadah. Sekarang, surah as-Sajadah tu suku pun belum tentu aku ingat. Haihhhh.. Teruk gila aku ni.


Saturday, May 28, 2011

Comment of the day #3

Exam dah habis! Terjun lombong!!

Today's comment of the day is...
Sufi Su Fi: pergh...ak baru bgn tido..ak ingt lah tadi


LOL! Pengkomen paling selamba dalam rumah ni.

Monday, May 23, 2011

Comment of the day #2

Isu berbangkit pasal meatball IKEA ada daging babi kan...

And the Comment of the day for today (23rd May 2011) is...


Myna Myra a.k.a Aminah Amirah Hanani: (^o_o^)

Walaupun macam tak lawak, tapi aku gelak. Aha. Comel pulak smiley rupa babi tu.

*Dah memang namanye 'babi', kiranya aku tak mencarut la ni kan?

Sunday, May 22, 2011

Comment of the day #1

OK, mulai hari ni, aku akan buat satu label, khas untuk komen yang paling buat aku gelak, in other words, komen paling aku suke la kan.

Comment of the day for today (22nd May 2011) is..


Izzat Ab Rahim: pak guard tgh exam security engineering kot..

Sakit perut aku gelak tadi... Nice one, Ijat..


Saturday, May 21, 2011

Some political leaders and their Twitter - which has the most followers?

Haihhh.. Can't close my eyes. It's 0511 hrs already. I should've opened my book instead. Banyak lagi tak study ni. Asek memblog je. Takpe.....


Nasib la kan. Sape suruh buat soalan susah-susah. Ni la kerja puak-puak kapitalis. Buat soalan susah-susah, bila student fail, suruh bayar kalau nak ambik re-sit exam. Asal duit masuk je, jalan. Diskriminasi sana sini. Belajar kuat mana pun, tukang tanda kertas tu pulak pedajal orang Melayu, kasi failed. Memang kapitalis.

Suddenly I feel like I wanna stalk some big names. No, not footie big names anymore. Dah tau dah siapa paling ramai follower. Kaka, Ronaldo, and Rio Ferdinand. Ahah. Asal hensem je, ramai ler follower. Amende laa. This time, I stalked some of the world political leaders and I highlighted how many followers they have (as on 0500 hrs, 21st May 2011). Here they are (randomly sorted).

Prime Minister Abhisit Vejjajiva - Prime Minister of Thailand. 
197,200 followers


President Mahmoud Ahmadinejad - President of The Islamic Republic of Iran
27,399 followers


Anwar Ibrahim - Malaysian Opposition Leader
64,489 followers


President Benigno Aquino - President of The Phillipines
465,953 followers


Prime Minister Julia Gillard - Prime Minister of Australia
101,987 followers


Prime Minister Stephen Harper - Prime Minster of Canada
142,963 followers


Prime Minister John Key - Prime Minister of New Zealand
21,938 followers


Prime Minister Najib Razak - Prime Minister of Malaysia
133,352 followers


President Barack Obama - President of The United States
8,120,027 followers


President Mahmoud Abbas - President of The Palestine Liberation Organisation
1,059 followers


President Susilo Bambang Yudhoyono - President of Indonesia
476 followers


Geert Wilders - Netherlands Party of Freedom Parliamentary Leader a.k.a Islamophobiac
97,356 followers

____________________________________

Barack Obama has the most followers. Yeah. Tweeting some Jews' stuffs, Israel affairs, Islamophobias. There you go.

Who loves to tweet? Anwar Ibrahim! Ahah! Replying his fans' tweets for most.

Err..who is the most 'sombong' one? Yeah, I think 2 people are the 'sombong' one. Geert Wilders and Benigno Aquino. Sekor pun tak pandang! Gila riak.

And last but not least...who is the friendliest? Barack Obama, again! He follows 697,243 people.

Oh, what's the most important is...one of the people that Anwar Ibrahim follows is...me! Ahah. Dia orang first follow aku kat Twitter.


Anwar Ibrahim replied me on Twitter

Bukan senang nak dapat reply Twitter dari ahli politik ni kan? Even kalau tweet kat Najib pun, belum tentu dia reply. Lagipun, bukan dia sorang je yang boleh access accoun Twitter dia. Ada admin dia jugak kalau-kalau dia busy sangat. Tapi Anwar Ibrahim walaupun sibuk dengan kes-kes konspirasi untuk jatuhkan dia, dia tetap reply tweet dengan tangan dia sendiri. Syabas DSAI! Tunjukkan yang anda berjiwa rakyat.




Ignore those political comments. I'm politically-neutral, until I decide to cross which party that I'm interested, which I think better to govern the country, which I think will be the best to accelerate the nation towards the headway.

Aku tweet dia sebelum isyak tadi. Masa aku tengah panas dengan seseorang. I shouldn't tell the story here, as I'm obeying my beloved mum's advice. Let me keep the anger in myself. 

I didn't meant to be mad with you. I'm mad with her. I just can't control my feelings towards her. I'm sorry, mak. 

And thanks to Anis Shakirin for comforting me... :)

Friday, May 20, 2011

Selective screen captures

Aku banyak screen-capture benda-benda pelik kat laptop aku ni. Ade kat Pesbuk, ade kat Twitter. Ade jugak event-event pelik dalam laptop aku ni yang aku capture. Tapi kat bawah ni termasuk jugak screen capture aku kacau orang. Aku post ni sebab malas nak menaip. Penat dow exam tadi. Dengan blackout nak dekat 10 kali nye. Sape la main transformer ni. Tau la filem Transformer 3 tak lama lagi.

Kalau tak clear image ni, sila klik.

Word verification paling best.


Kejadah la page-page lagho macam ni? Memang kena la dengan aku.



Ni sebijik lagi. Kena lagi la nampaknye.



Kadang-kadang bengang jugak aku dengan Google ni. Aku duk cari kat Ampang je, die gi susah-susah cari sampai Germany buat ape?



What do you notice? @anisshakirin know the answer. 


Sepanjang aku hidup, tak pernah aku dengar istilah 'floopy disk'. Tiba-tiba kamus ni ada istilah tu. Apa senggama? Kamus Lamanmini.



Terbo? Terbang? Jual Audi A4 lak tu, tapi spelling salah. Tak prestige dah.


HAHAHAHAHAHAH! Hensem la bang. Dah hensem, takyah nak nak bertanding sana sini. Duk diam-diam kan boleh.



HAHAHAHAHAHAHAH! Lagi sorang. Kemaruk nak jadi hensem. Tak sedor diri.



Ini adik aku punya kerja. Berdakwah.


Longest document name maybe???



Sila translate-kan untuk aku? Ini tulisan ape ni? Greek Coptic ke ape?


#PROBLEM?

Tuesday, May 17, 2011

It is not the end of this world

Specially dedicated to Aniss Shakirin.

Sekarang ni musim result Program Ijazah Luar Negara (PILN) keluar. Macam-macam reaksi. Sedih, gembira, frustrated, disappointed. Beberapa bulan sebelum tu, perasaan yang sama jugak wujud masa result SPM keluar. 

Aku dulu dapat 9A 1B (6A1, 3A2, 1B3). Asalnya, aku nak ambik biotechnology. Masa aku ushar-ushar requirements tu, memang aku target nak fly, selepas percubaan nak masuk UTP gagal. Panel interview buli aku, mana tak nye. Aku fikir, kalau aku nak engineering jugak, apply PILN dengan fizik 3B, memang awal-awal kena reject. Aku call orang tu orang ni, senior tu senior ni. Semua suruh aku ambik biotech. Diorang kata prospect biotech luas kat Malaysia. Senang dapat kerja.

Bila aku nak isi borang PILN tu, hampir-hampir aku nak send borang tu, then came someone. She said that "Tak payah la belajar kat oversea. Kat sana diskriminasi je. Susah tau," she said that to my mum, and my mum delivered it to me. Then my mum persuaded me to continue my study locally. Apa yang kelakar, these days, anak-anak dia seronok melompat-lompat belajar kat luar sana. Mana diskriminasi nye ye? Takkan diskriminasi tu applied on me only? 

So aku apply je PILN, engineering. Memang dah agak, aku tak dapat. Bagaikan menyumpit ke arah pokok, dah tau pokok tu takkan ada pape effect. Yela, slack fizik, sape nak ambik. Dahla nak engineering pulak tu. So impian aku nak fly ranap punah dek kerana seseorang, dek kerana kepercayaan mak aku yang sangat mendalam terhadap orang tu. 

Aku dapat IIUM untuk program UPU. Foundation in engineering. Nak tak nak, kena pergi. Matrik memang aku tak pandang. Susah. Seminggu sebelum aku masuk IIUM, aku dapat call daripada MARA. MARA panggil interview. Aku pun pergi la. Hari Jumaat. Masa interview tu, aku mati-mati ingat interview ni untuk program oversea. Tapi tak. Rupanya program dalam negara je, tapi universiti cawangan luar negara. Alhamdulillah la, oleh kerana aku punya interview group last sekali untuk hari tu, lepas solat Jumaat pulak tu, aku dapat. Asalnya aku nak tolak sebab aku ingatkan universiti ni biasa-biasa je. Rupanya, cawangan yang kat UK tu. Macam UiTM la. Cawangan Melaka, Cawangan Pulau Pinang. Universiti nya tetap sama - UiTM. Sijil, lecturer, semua daripada sana. Kualiti pembelajaran pun sama macam sana. Jadual kelas pun sama macam sana. Jadual exam pun sama macam sana. Belajar management, tak guna RM. Guna GBP. 

Belajar di mana-mana bukanlah pengukur seseorang tu pandai atau tak. Apa yang penting, minat dia terhadap apa yang dia nak ambik tu. Kalau belajar kat Alaska pun, minat tak minat, baik tak payah ye yeop. 

Sekarang ni, berlambak graduan lepasan universiti. Berlambak. Sana sini mesti jumpa. Masuk universiti dah jadi satu kewajipan, bukan lagi 'kepandaian'. Bukan macam dulu. Abah aku masuk UKM tahun 1981. Dalam Kampung Baru Batu 28, Muar, Johor tu, dia antara 2 ORANG yang dapat masuk universiti. Itu tahun 1981. Sekarang, 2011. 30 tahun dulu. Dunia dah berubah. 

Sekalipun kita belajar kat Brazil, kalau kita tak pandai nak bergaul dengan orang ramai, jangan harap nak dapat kerja. Itu ayat seseorang, aku dah lupa. 

Abah aku banyak kali nasihat aku, suruh improve communication skills. Banyak buku pasal communication skill yang dia beli kat rumah tu. Cuma aku je yang malas nak review. Banyak sangat. Abah aku cerita, ramai fresh graduate yang kerja kat PETRONAS tu kena buang, several months after they called for job with PETRONAS. Why? 1 sebab je. Failed communication skills. 

Aniss, if you feel disappointed, sad, frustrated, I feel more than you did - 3 years ago. I know what you have been feeling these days, but that is not something that will stops you. Rezeki awak bukan di luar, tapi di sini. Ingat tu je. Untuk masa ni, I know you will feel a little bit envied, jealous with your friends, but that's not permanent. Kalau seseorang tu dah bergelar 'doktor', orang takkan tambah pertanyaan tu kepada "Doktor graduate mana tu?". Tak. All doctors are subjected to ONE oath - The Hippocratic Oath. That's the uniqueness about this profession. 

Bila semua dah habis belajar nanti, semua dapat gelaran sama - doktor. Belajar la kat mana pun, gelaran tetap sama. Sadly there are no such title for engineers (except for Ir. Itu pun kena buat Ph.D, exam professional itu ini, baru boleh guna).

Fly tak fly, itu Allah bagi rezeki. Rezeki masing-masing, kita takkan tau. Jangan mudah putus asa. Ramai lagi orang yang senasib dengan awak. Yang teruk pun ada. Yang teruk, tapi nak jugak jadi doktor, lagi la. Terpaksa masuk matrik. Matrik tau-tau la macam mana belajar dia.

It's okay to fail, but it's not okay to quit.


_______________________________________

THE HIPPOCRATIC OATH


I swear to fulfill, to the best of my ability and judgment, this covenant:

I will respect the hard-won scientific gains of those physicians in whose steps I walk, and gladly share such knowledge as is mine with those who are to follow.

I will apply, for the benefit of the sick, all measures [that] are required, avoiding those twin traps of overtreatment and therapeutic nihilism.

I will remember that there is art to medicine as well as science, and that warmth, sympathy, and understanding may outweigh the surgeon's knife or the chemist's drug.

I will not be ashamed to say "I know not," nor will I fail to call in my colleagues when the skills of another are needed for a patient's recovery.

I will respect the privacy of my patients, for their problems are not disclosed to me that the world may know. Most especially must I tread with care in matters of life and death. If it is given to me to save a life, all thanks. But it may also be within my power to take a life; this awesome responsibility must be faced with great humbleness and awareness of my own frailty. Above all, I must not play at God.

I will remember that I do not treat a fever chart, a cancerous growth, but a sick human being, whose illness may affect the person's family and economic stability. My responsibility includes these related problems, if I am to care adequately for the sick.

I will prevent disease whenever I can, for prevention is preferable to cure.

I will remember that I remain a member of society, with special obligations to all my fellow human beings, those sound of mind and body as well as the infirm.

If I do not violate this oath, may I enjoy life and art, respected while I live and remembered with affection thereafter. May I always act so as to preserve the finest traditions of my calling and may I long experience the joy of healing those who seek my help.

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru!

Aku rasa malas dah nak tulis notes. Cukuplah 1 chapter malam ni. Rasa nak update blog pulak.

16 Mei setiap tahun, Hari Guru menjelma. Lebih kurang seminggu sebelum tu, Hari Ibu. Hari Ibu aku tak post sebab aku dah wish kat mak aku. Heheee! Comel je haritu aku wish Happy Mother's day kat mak aku.

Well, untuk post kali ni, aku nak cerita pasal cikgu-cikgu yang aku tak boleh lupa sampai sekarang. Banyak cikgu yang aku kenal, tapi yang ni paling aku tak boleh lupa jasa diorang.

_______________________________________________________

1. Puan Halizah binti Hassan (Taski ABIM ar-Raudhah, Taman Yayasan, Segamat)
Cikgu tadika aku. Cikgu yang mengajar aku ABC, 123, tambah tolak darab bahagi. Cikgu yang ajar aku baca doa, hormat ibu bapa, hormat guru. Cikgu yang ajar aku solat, puasa. Tak garang, tapi strict sikit. Budak-budak nakal memang kena marah. Aku dulu jarang kena marah sebab baik (hik!). Paling aku tak boleh lupa, masa tu cikgu tanya budak-budak pasal cita-cita. Ramai yang jawab doktor, bomba, polis, cikgu. Bila dia tanya aku, aku jawab 'ahli astronomi'. Cikgu tu terperanjat. Sekarang nak jadi astronomer memang lari la. Mechanical engineer dengan astronomer jauh tu.

2. Allahyarhamah Puan Ramlah (SK Temenggung Abdul Rahman, Segamat)
Cikgu Bahasa Inggeris, dan guru kelas 1 Delima 1997 kat SK Temenggong Abdul Rahman. Garang gila! Tapi dengan aku dia baik. Tak pernah rotan aku. Yang nakal-nakal je selalu kena rotan. Jasa dia paling aku tak boleh lupa, dia angkat aku jadi Penolong Ketua Kelas. Daripada aku rakyat biasa, takde kuasa pape, dia naikkan pangkat aku. Bila aku jadi penolong, aku buat kerja sehabis baik. Sampaikan ketua kelas pun tak buat macam tu. Several months after that, aku naik pangkat lagi jadi ketua kelas. Woohooo! Kiranya Perdana Menteri Kelas la tu. Semua kuasa aku pegang. Tahun lepas, aku dengar cikgu ni dah meninggal. Serta merta air mata aku jatuh. Aku dah berazam, kalau aku berjaya, cikgu pertama yang aku nak jumpa ialah cikgu ni. Tapi, apakan daya. Allah lebih menyayangi beliau. Al-fatihah...

3. Cik (sekarang Puan) Zanariah binti Jani (SK Temenggung Abdul Rahman, Segamat)
Cikgu Bahasa Melayu, Matematik, dan guru kelas 2 Delima 1998. Cikgu ni garang gila babai. Sepak orang tu dah biasa. Cubit perut tu apetah lagi. Salah buat latihan, dia panggil, cubit perut. Pulas-pulas sikit bagi merah. Memang sakit. Aku yang baik (hik!) ni pun selalu kena. Tampar orang pun dia pernah. Guna kereta Proton Iswara bernombor JEN 2876 dan bersticker P. Sekarang dah CDL la dol. Kalau dia parking kereta dia kat dataran perhimpunan tu, lepas tu hujan, mesti dia kasi kunci kereta kat aku suruh tutup cermin tingkap kereta dia.

4. Ustaz Khalid (Sekolah Agama Bandar Segamat)
Ustaz ni kan, lawak. Ustaz ibadah aku masa kat sekolah agama. Pendek je ustaz ni. Ade sekali tu, aku nyanyi lagu Scorpions - What You Give You Get Back. Aku nyanyi salah lirik. Aku nyanyi macam ni "What you give... You batman...". Ustaz tu panggil aku, tak pasal-pasal kena tampar. Tu la first time aku kena tampar. Gilos doh. Berdesing telinga aku. Tapi kelakar pun ada jugak. Masa tu, denda dia lawak. Diri atas meja. Kadang-kadang diri atas kerusi. Tapi ustaz ni jarang buat macam tu. Dia lagi prefer pembaris dia. Melesing je kerja dia. Songkok tinggi. HAHAHAHA!

5. Puan Ramlah binti Saaid (SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi)
Ni cikgu Sains aku masa tahun 4 Siantan 2000, SK Jalan 3 Bandar Baru Bangi. Dulu masa aku baru pindah sekolah ni, kebetulan aku pindah je, terus periksa pertengahan tahun. Masuk-masuk je terus periksa. Tapi study apa pun tak. Sebab rumah aku kat Bangi masa tu tengah renovate sebab yang duduk sebelum tu student kawan-kawan pakcik aku. Bila dah student duduk, faham-faham jela kan. Yang takleh dipercayai nye, aku dapat nombor 1 dalam kelas! HAHAHAHA! Budak-budak lain bengang je. Tapi cikgu ni banyak puji aku. Dia tanya macam mana aku belajar la. Cess. Sentuh buku pun tak, cikgu! Dia banyak tegur aku itu ini. Kalau aku tak dapat A Sains, dia marah. Tanya itu ini kenapa markah aku teruk la. Memang caring gila la cikgu ni.

6. Encik Hazman bin Abdullah (SK Paka 2, Dungun)
Cikgu ni tinggi. Tinggi gila. Mengajar Bahasa Melayu masa aku 6 Mawar 2002. Suara garau. Tapi baik. Dia mengajar memang best. Ada selit-selit lawak. Dia pakai Proton Iswara kaler merah, bernombor MAS 2087. Lepas tu dia cakap itu Ferrari. Lawak gile. Masa aku form 1, aku dapat MRSM. Masa tu aku kat SMKA Kuala Abang lagi. Tapi MRSM tu tak siap lagi, so masuk lewat. Aku datang sekolah untuk dapatkan tandatangan Guru Besar. Orang pertama aku nak jumpa bukan guru besar, tapi cikgu ni. Dia ucap tahniah bla bla bla. Dia kata dia bangga dengan aku. Wahhh... Kat mane la cikgu sekarang kan.

7. Ustaz Fauzi bin Ali (SMKA Kuala Abang)
Ustaz ni violent. Dia mengajar Pendidikan Islam masa aku kat SMKAKA. Kelas 1MB3. Ada sekali tu, dia punya kereta Wira baru dia kena calar. Tak pasal-pasal aku kena tuduh. Kepala hotak dia! Kaw-kaw dia tuduh aku. Muka baik macam ni pun kena tuduh? Ape kehe? Dia suruh aku mengaku, sampai aku kena tampar dengan buku log aku sendiri. Punya la ganas. Berdesing telinga aku masa tu. Ui aihh.. Memang takleh lupa. Last-last bila dapat tangkap tukang calar tu, dia diam je. Mintak maaf pun tak. Ada la sekali tu kan, masa tu periksa Pendidikan Islam. Dia jadi pengawas. Aku masa tu dah siap, so aku tidur la. Tiba-tiba dia datang dari belakang, hempuk belakang aku. Mak aih! Terkejut beruk aku. Lepas tu dia kata (ayat ni memang aku tak boleh lupa sampai sekarang) "Jawab macam taik! Ada hati nak tidur! Cek jawapan tu!". Tersentak aku kejap. Tengok-tengok, bila result keluar, aku dapat A. I was among 2 or 3 students who managed to get A. Hmmm...

8. Puan Norani binti Hashim (MRSM Kota Putra, Besut)
Ini cikgu homeroom aku. Baik gila. Masa aku form 1-2-3, aku teruk. Malas belajar. Tiap kali exam dapat rendah. Bila homeroom meeting je, memang kena la. Sakit telinga ni. Bla bla bla sejam, habis meeting semua dah hilang. Sampai la PMR. Macam tu jugak. Last-last PMR aku dapat 7A 1B je. Naik form 4, dia jadi cikgu Add Maths aku. Tak buat homework, "I will pinch you!". Berapa banyak pinch dah aku kena. Pinch zooming je belum.

9. Ustaz Mamat bin Ali (MRSM Kota Putra, Besut)
Ustaz lawak gila. Dari form 1 sampai form 4 aku kat situ, 3 tahun dia mengajar Pendidikan Islam. Kecuali form 3 je, Ustaz Adzli ajar. Dalam 3 tahun tu, nama aku punya pendek ni pun dia takleh ingat. Ada ke dia panggil aku 'Saufi'. Mak aih. Aku biarkan jela. Tapi dia baik. Dia ada ilmu. Budak batch aku panggil dia 'Mamat Karut' sebab ada sekali tu dia guna limau nipis, lepas tu cucuk jarum kat limau nipis tu untuk tangkap pencuri. Lawak la diorang ni.

10. Encik Fauzi bin Kamari (MRSM Kota Putra, Besut)
Ini cikgu Bahasa Melayu aku masa form 3. Baik gila cikgu ni. Aku paling suka BM masa form 3 sebab cikgu ni la. Dia mengajar memang best. Masa trial PMR, aku dapat full marks untuk soalan karangan mane tah. Cikgu ni la yang ajar. Aku ikut sebijik-sebijik apa yang dia ajar. Seminggu sebelum PMR, cikgu ni ada kasi semua student pensel. Dia kata "Siapa yang tak pakai pensel cikgu bagi ni masa paper BM, tak dapat A,". Bila exam je, aku lupa nak bawak pensel tu! Aku letak atas meja dalam bilik. Guess what? Aku tak dapat A untuk BM. Masin sungguh mulut cikgu.

11. Cik Zilawati Roslinda binti Mohd Zain (MRSM Terendak, Melaka)
Ini cikgu chemistry aku masa form 5. Gila garang! Dalam kelas memang garang gila. Bila malam-malam, masa prep dia selalu ada kat Jabatan Sains. Time tu dia baik pulak. Macam-macam aku tanya. Kalau lewat masuk kelas, kena bantai dgn pembaris dia. Highly criticised by my fellow classmates because of her approach. Aku dah lupa cara dia mengajar. But for me, it's okay to have such a teacher. Latihan untuk kita kat universiti nanti. Walaupun dia garang, tapi aku tak rasa berat mulut nak tanya itu ini. Alhamdulillah, SPM Chemistry aku dapat A1. Terima kasih cikgu Zila!

12. Puan Noor Aziyah binti Azan (MRSM Terendak, Melaka)
Ini pulak cikgu Physics aku. Aku suka sangat. Mulanya aku kurang suka sebab cikgu ni kuat emo. Memang la, masa tu dia pregnant. Lepas dia bersalin, dia jadi OK. Baik gila. Kalau habis kelas tu, aku la yang paling lewat keluar sebab nak tanya soalan. Dalam kelas, kalau dia tanya "Any questions?", aku la yang angkat tangan. Biar soalan tu bodoh gila pun. Masa trial SPM, aku dapat A2. Madam kata, "Kekalkan prestasi awak. Awak ada potensi dapat A untuk SPM. Saya yakin awak boleh buat,". Gila terharu aku. Bila dapat result je, hampa. Aku dapat B3. Aku jumpa cikgu tu, cikgu tu cakap "Saya agak kecewa la sebab awak adalah orang yang saya target dapat A1. Tapi takpelah. Dah rezeki awak kan,". Time tu rasa nak menangis je sebab tak dapat penuhi hasrat cikgu. Maaf cikgu.

_______________________________________________________

Itu lah dia ceritanya. Pape pun, aku sangat berhutang budi dengan guru-guru, cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku. Tanpa anda semua, siapalah saya. Mungkin mat rempit di jalanan. Mungkin penagih di bawah jambatan. Pengorbanan cikgu amatlah berharga. Aku janji kat diri aku, bila aku dah berjaya aku nak jumpa semua cikgu-cikgu kat atas ni.

TERIMA KASIH CIKGU!

Saturday, May 14, 2011

Nak kenal mangkuk? Ini la nama nya mangkuk!

Semalam, baru habis exam, aku geram. Geram sebab baca banyak, tapi sikit je yang aku boleh muntahkan. Entah kenapa la, aku masuk-masuk je dewan exam tu, bukak paper, habis semua ilmu-ilmu aku. Seriously rasa nak nangis. Gilos tol. Istighfar jap 5 minit, then baru aku boleh jawab sikit-sikit (still, banyak rompong).

Balik tu aku pi makan ABC kat Noi Corner dgn Lah, Syahid. Walaupun cuaca dah tak cukup panas nak pekena ABC, pekena jugak la. ABC nya lazat deh! Lazaaat! Ape benda la aku melalut ni. Ha! Ni nak cerita. Pagi semalam (pulak dah!), masa aku tengah study kan, aku ada la ternampak satu link ni. Pasal biodisc. Ini MLM jugak ler ni. Benda ni Abang Aidid Mu'addib dah cerita. Boleh tengok kat sini.

OK, ceritanya begini. Dah lepas aku nampak tu, aku klik la kan kat link tu. Link tu pi la kat album sorang mamat ni. Nama dia Redzuan Amira Devo (devil?). Uih, dah kawin. Dah kawin, cha. Berkopiah. Uih, berkopiah, cha. Bini pakai purdah. Uih, bini pakai purdah, cha. Pastu kan, macam-macam la gambar keluar. Ada gambar snowflake, ada gambar brochure QuestNet tu, ada gambar merapu entah hapekebende ler dol. Memang merapu! Aku stalk komen dia pulak. Sekor-sekor dok memuji biodisc ni. Komen-komen dia semua dok la puji biodisc ni. Nak tengok?

Jimat elektrik sehingga 40%?? Seriously dol? HAHAHAHAHAHAHA! 



Lepas tu aku klik la kat sekor lagi mamat ni. Ape tah nama dia aku lupa. Ha, Kamal Ibrahim Devo. View album dia pulak. Sama je. Dok mencanang biodisc dia tu. Ada gambar snowflake. Lepas tu dia letak caption lebih kurang macam ni "Molekul air no.1 air zam2.". Then aku pun pelik ler. Setahu aku, molekul air pape jela, air teh ke, air sungai ke, air sirap bandung ke, air mata air ke, semua ada 2 hydrogen, 1 oxygen. So aku komen la. Ni aku screen-capture;


Yang ni tak penuh... Aku tak sempat screen-capture yang penuh punya sebab shortly after that, he blocked me! Erghhhh!



So then, aku bengang gile. Time-time dia block aku tu, dia start tunjuk belang. Kasi link itu ini. Tiba-tiba lak si Redzuan Amira ni datang kasi link merapu. Ade ke dia kasi link Google search 'molekul air zam-zam'? HAHAHAHAHAHAHAHAH! 

Bang, bang. Meh nak kasi tau meh. Meh sini, duduk dekat-dekat... Meh sini klik link ni jap. Lepas dah klik, tampar muka abang 100 kali sampai lebam ye. Susah sangat nak faham.

(Thanks Hakimin Abdullah for the link)

OK, dah baca? Dah kan? OK. Sekarang meh saya pulak nak cerita. 


Ini namanya 'water molecule model' bang. Model molekul air dalam bahasa kampungnya kan. Saya ni orang kampung je. Abang minum la air zam-zam, macam ni gak struktur atom dia bang. 2 hydrogen, 1 oxygen. Tu nampak tu? Nampak tak? Abang pi kodai mamak, tengok bola nanti, Manchester United vs FC Barcelona, order air teh 'o' ais limau. Glup glup glup, yang masuk dalam usus perut abang tu, macam ni la struktur atom dia bang. Ni abang pi mancing kat Empangan Semenyih ni, dapek ikan. Ikan tu duduk dalam air, macam ni la struktur atom air tu bang. Abang rasa panas, pi terjun Sungai Congkak. Struktur atom air kat Sungai Congkak tu, macam ni la jugak bang. Abang rasa nak mandi laut la pulak. Abang pi Port Dickson, berendam dalam air laut. Macam ni jugak struktur air nye bang. Dah faham dah bang?


Eh, macam kenal? HAHAHAHAHAH! Macam 'molekul air' zam-zam yang abang duk canang tu? Bang, ini namanya 'snowflake' bang. Snowflake ye, bukan cornflake. Cornflake tu yang abang buat beskut cornflake honey masa raya tu... Itu lain bang. Snowflake ni boleh dapek kat snow, atau bahasa kampungnya, ais. Ais bang. Tau tak ais? Tu ha, abang bukak peti ais rumah abang tu, abang korek la sikit ais. Lepas tu beli mikroskop, teropong benda ni. Memang sama bang. Cuma corak je lain. Snowflake bang, bukan molekul air. 

Then abang kata saya kacau bisnes abang pulak kenapa? Itu baru saya sentuh sikit tu. Belum saya sentuh lagi macam mana boleh jimat minyak kalau guna biodisc tu? HAHAHAHAHAHAHAHAHAH! Ape merapu abang ni dol? Kang aku masuk bab thermodynamics kang, ternganga pulak mulut ko. Then boleh aku sumbat biodisc tu masuk mulut ko, biar takleh tutup. 

(Bagi yang terpinga-pinga, cuba cek brochure kat atas tu. Ada gambar pam minyak, lepas tu perhati kat tepi hose pam minyak tu ada apa. HAHAHAHAHAHAH!)

Aduhai, aduhai. Ape la ko caya sangat benda merapu ni. Bila aku mintak research paper Dr. Imoto tu, ko bagi alasan doktor tu susah nak contact. Ape kejadahnya tu? Kalau pun hebat sangat biodisc ko tu, mesti la dah siap semua scientific research nye. Ini tak. Copy paste dari website mana entah. Aku nak research paper tu, faham tak?! Haishhhhh!

Yang lawak gila sampai pecah perut nye, dia takleh terima itu snowflake! HAHAHAHAHAHAHA! Sampaikan bantai aku kata aku budak kecik tak tau pape. Oi bang. Sape yang tak tau pape sekarang ni? Bila aku mintak research paper, kasi alasan. Bisnes la konon. Haiya! 

Benda basic tu pun tak boleh nak faham, inikan nak baca research paper. Cetpodah! Boleh jalan dah! Benda tu budak darjah 1 pun belajar tau. Kalau ko failed bab tu, pi masuk darjah 1 balik ler dol.

Kamal Ibrahim Devo, ko (aku tak patut panggil ko 'abang' sebab aku dah hilang respek kat ko) dah kalah. Sekarang ko boleh terjun gaung ke, terjun Niagara Falls ke, terjun KLCC ke... Tak pun terjun dari tingkat atas sekali pejabat SPRM pun boleh. Aku lagi suka.

P/S: Aku cuba nak tiru gaya penulisan bro Aidid. Tapi tak jadi. Bro Aidid lagi hebat. Keh keh keh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...