Sunday, February 20, 2011

Buat sang sahabat





Oleh: Mundo Pocoyo al-Jokerberg
Entri khas buat seorang kawan






Aku tau ko ada sikit terasa dgn aku. Aku tau ko ada masalah, tapi aku tak pasti apa masalah ko. Yang aku pasti, salah satunya ialah masalah belajar.

Well, aku bukanlah pandai sangat nak kasi ko cara-cara efektif untuk belajar, sebab aku sendiri down-to-earth dengan result aku. Walaupun aku dah usaha sehabis daya aku, result aku tetap tak memberangsangkan. Aku tak pandai nak kasi nasihat itu ini kat ko sebab aku sendiri bukan orang pandai. Yang pandai pun tak reti nak nasihat, apetah lagi aku kan.

Hanya satu je yang aku boleh nasihat. Tentang rohani ko. Ko kena ingat, manusia diciptakan untuk dilantik menjadi khalifah di muka bumi ni. Khalifah. Ketua. Tak kisahlah kalau ta jadi PM ke, sultan ke, jadi ayah/suami tu pun dikira ketua sebab mengetuai keluarga. Manusia jugak diciptakan semata-mata untuk beribadah. Jadi, ape2 yang kita buat mestilah berniatkan kerana Allah. Makan kerana Allah. Tidur kerana Allah. Belajar kerana Allah. Mati kerana Allah.

Pasal result, I can't say much. Itu Allah bagi. Allah nak tengok sejauh mana kesabaran kita, sejauh mana keupayaan kita tempuhi ujian ni. Result aku teruk jugak bro. Tapi aku redha. Aku serahkan semua tu kepada yang memberi. Mungkin Allah kasi ko result macam tu sebab Dia tau, kalau ko dapat result gempak pun, mungkin ko akan riak. Bila riak, dapat pulak dosa.

Kita hanya ada setengah meter je untuk sujud. Sujudlah. Sujudlah kerana Tuhanmu.

Ko kena muhasabah diri. Kena tengok balik mana silap ko. Mungkin ko tercuri barang siapa2. Mungkin ko ada menyakiti hati sesiapa. Mungkin ko ada termakan barang haram. Mungkin ko ada terbuat silap yang membuatkan ilmu susah nak masuk. Banyak kemungkinan. Aku tak nafikan, yang aku sendiri banyak buat benda mungkar dulu2. Banyak sangat. Aku sedar semua tu, aku berazam untuk bertaubat. Dan aku jugak rasa, sebab2 yang tu la aku susah nak dapat ilmu. Sesusah yang aku tak dapat sangkakan. Tak dapat bayangkan.

Jangan ingat kita dapat result teruk sebab kita bodoh. Kalau kita dah usaha, tawakkal, Allah tetap akan bagi. Kalau Allah tak bagi jugak, dia akan bagi benda lain. Tak pun mungkin ada something wrong somewhere.

Aku tak tau sampai line ni ko faham ke tak apa yang aku nak sampaikan. Tapi point aku, apa2 yang berlaku, reflect pada diri sendiri, kembali pada Allah. Solat tolong jangan tinggal (walaupun subuh aku paling teruk gila babai), tapi cuba, cuba, cuba jangan tinggal. Solat kalau boleh (mesti) pada awal waktu. Baca al-Quran, paling koman pun setengah muka sehari. Setengah muka je bro. 5 minit tak sampai.

Paling aku sarankan, cuba solat kat surau/masjid. Kalau ko betul2 menghayati solat tu, ko akan rasa solat di surau/masjid lebih tenang. Sangat tenang. Aku bersyukur sebab ada ahli rumah ni yang ikut aku solat kat surau. Ko cuba la. Aku gembira tengok diorang solat kat surau. Kalau aku nampak ko ke surau, 1000 kali gembira aku rasa. Aku tak tau nak berdakwah face-to-face, tapi itu sebahagian daripada cara aku. Tiap kali aku melangkah ke surau tu, aku selalu berdoa supaya Allah bukakkan pintu hati korang untuk ke surau. Rasa sendiri nikmat solat tu di surau/masjid.

Akhir kata, aku harap ko faham apa yang aku melalut ni. Aku tau ko tak tidur lagi. Aku dengar ko duk sembur Shieldtox tu. Tapi aku nak ko tau, walaupun aku senyap, tak banyak cakap dgn ko, tak bermakna aku ignore you completely. Dalam hati aku, aku selalu doa kawan2 aku berubah. Sebab aku tak tau macam mana nak approach orang jenis macam ko. Maaf.

0442, 20/02/2011.

Suami layan cerita lucu





Laporan: Stipen Cau







KUANTAN, 19 Januari 2011 - “Sepanjang 17 tahun perkahwinan, saya tidak pernah ‘derhaka’ pada suami apatah lagi menamparnya, namun gara-gara terlalu cemburu dengan tabiatnya yang sering menonton cerita lucu menyebabkan saya hilang kewarasan.

“Isteri mana tidak marah atau cemburu jika suaminya diganggu dengan cerita lucu sepanjang masa. Kalau sekali sekala tidak mengapa, tetapi 24 jam sehari suami duduk di hadapan komputer menonton cerita lucu,” kata seorang peniaga apam balik yang mahu dikenali sebagai Mek Pam, 35.
“Perbuatannya itu mengaibkan kami sekeluarga dan seolah-olah saya tak tahu menjaga suami.

“Perbuatan menonton cerita lucu dan ketawa berdekah-dekah sehingga makan pun tak mahu memang melampau. Buang air pun kadang-kadang di depan komputer,” katanya.

Suaminya boleh dikatakan 24 jam duduk di hadapan komputer dan menonton How I Met Your Mother, siri televisyen dari Amerika Syarikat. Selain itu, suaminya juga dikatakan menonton 4 musim siri House tanpa henti. 


Ibu kepada lima anak itu berkata, walaupun suaminya menafikan menonton cerita itu, dia tidak percaya sehingga berlaku pergaduhan besar dengan suaminya.


“Saya perasan suami tidak keluar bilik. Saya bertindak mengetuk pintu biliknya, tetapi tiada jawapan, sebaliknya ketawa berdekah-dekah. Kejadian itu disedari ketika dalam perjalanan untuk melawat anak di asrama di Gambang,” katanya.


Katanya, kejadian itu bagaimanapun dinafikan suami kerana mendakwa tidak suka menonton cerita lucu, selain sanggup menjunjung al-Quran.


“Sebaik mendengar pengakuan suami, saya membuat aduan di Balai Polis Kok Lanas mengenai gangguan pada suami itu pada 6 Februari lalu termasuk perbuatan suami mencuri 'hard disk' jirannya.


Berikutan aduan berkenaan, Zaitun dengan bantuan polis mengatur strategi untuk memerangkap suaminya sendiri supaya kembali kepada kelakuan asal. 


Zaitun berkata, pada masa sama dia juga mengadukan hal itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi belum menerima sebarang jawapan kerana siasatan mengambil masa kira-kira 45 hari.


Friday, February 18, 2011

Tiga kembar bertemu setelah 30 tahun berpisah (Episod 1)






Laporan: Berus Li






Kembar seiras mungkin menarik, mungkin juga menjengkelkan. Tetapi kembar seiras yang wajahnya benar-benar seiras yang tidak pernah berjumpa antara satu sama lain adalah sangat menyayat hati. Apatah lagi apabila semua anggota kembar seiras itu telah berjaya di menara gading dengan bidang yang masing-masing ceburi.

Itulah yang berlaku kepada sepasang kembar tiga, Jason Statham, Josep Guardiola, dan Raul Meireles. Tiga nama yang tidak asing lagi di kaca televisyen, mahupun di atas padang bola sepak Eropah.

Mereka berkongsi ibu dan bapa yang sama. Tetapi dengan kemiskinan yang melanda keluarga, ibu dan bapa mereka terpaksa menghantar ketiga-tiga anak kembar mereka ke rumah anak yatim sewaktu mereka reti buang air dalam lampin pakai buang lagi.

Si ayah bernama Thierry Henry IV, berketurunan Perancis, tinggal di perkampungan Bani Sardin di Pulau Sardinia. Si ibu pula bernama Oprah Winfrey Henry IV, berasal dari Bulawayo, Zimbabwe.

Mereka bekerja menjual tahi lembu untuk dibuat syampu. penduduk Pulau Sardinia amat menggemari tahi lembu. Tetapi nasib tidak menyebelahi mereka. Mereka dibuang negeri ke England kerana didakwa menentang kerajaan Sardinia atas isu sardin dalam tin.

Di England, mereka tidak bekerja kerana peluang pekerjaan amatlah susah untuk dicari. Apatah lagi dengan kos hidup yang tinggi. Mereka hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pada Disember 1966, Oprah disahkan hamil.

Tanggal 12 September 1967, Oprah selamat melahirkan kembar tiga.


Sulung: Jason Statham
Kerjaya: Aktor/pelakon

Jason Statham amat popular di kalangan peminat filem-filem aksi seperti The Transporter, The Bank Job, Death Race, The Expendables, dan sebagainya. Menjadikan rambut botak sebagai ikon dirinya. Beberapa kali dikhabar-anginkan bahawa beliau akan menggantikan Daniel Craig sebagai James Bond (kerana Craig tak hensem langsung. Muka kerepot nak mampos), tetapi ditolak kerana James Bond tidak sesuai berambut botak.







Kedua: Josep Guardiola
Kerjaya: Pengurus pasukan Dewa Planet Namek

Pengurus pasukan Dewa Planet Namek paling berjaya, menggondol pelbagai kemenangan di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Rambut botak menjadi ikon pengurus muda ini, mengikut jejak langkah abang sulungnya. Pernah menjadi kapten pasukan Dewa Planet Namek.









Bongsu: Raul Meireles
Kerjaya: Pemain tengah di kelab Cap Ayam FC

Memulakan karier seniornya di Aves, sebuah kelab di Portugal. Kehebatannya merancang permainan menyebabkan FC Porto membeli khidmatnya pada tahun 2004. Pada tahun 2010, Cap Ayam FC pula memerlukan khidmatnya. Setakat ini telah menjaringkan 8 gol untuk Cap Ayam FC dalam semua kejohanan.









Nantikan episod kedua!

P/S: Bab mengarut nak kaw2.

Thursday, February 17, 2011

Meriam Buluh vs Dewa Planet Namek (1st Leg)




Laporan: Ses Febreges
Live from The Emirates Stadium, London.







LONDON UTARA, 16 Januari 2011 - Meriam Buluh dengan bergayanya telah mengalahkan pasukan paling terhebat di alam semesta, Dewa Planet Namek dengan dua gol berbalas satu.

Dewa Planet Namek membuka jaringan seawal minit ke-26 hasil umpanan hebat Lionel Messi dan disempurnakan oleh David Villa. Dewa Planet Namek melancarkan serangan bertali arus tetapi dengan kecekapan penjaga gol Meriam Buluh, Wojciech Szczesny (memang nama kampung betul la mamat ni. Lu pehal nama kampung sangat?), kebanyakan rembatan berjaya diselamatkan dengan stylo-nya.

Pada babak kedua permainan, Meriam Buluh menguasai bola dan tampak lebih tajam, tetapi tiada hasil cubaan yang menarik. Sehinggalah pada minit ke-78, Robin van Persie menyempurnakan sepakan paling hebat dari sudut yang sempit hasil umpanan Gael Clichy. Lima minit kemudian, Meriam Buluh melancarkan counter-attack. Cesc Fabregas melakukan hantaran jauh kepada Samir Nasri lantas disempurnakan oleh pemain gantian, Andrei Arshavin.

Pemain kanak-kanak, Jack Wilshere telah dipilih sebagai Man of The Match atas permainan yang menarik. Pemain yang baru belajar ABC itu telah menenggelamkan nama-nama besar seperti Xavi Hernandez dan Andres Iniesta. Tamat perlawanan, beliau meminta Arsene Wenger sebatang gula-gula Chupa Chups dan sebiji aiskrim Cornetto.

Pengurus pasukan Meriam Buluh, Arsene Wenger yakin anak buahnya akan mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan timbal-balik di Nou Camp, 3 minggu akan datang. Tambahnya, "Walaupun pasukan kami bernama Meriam Buluh, tidak semestinya meriam kami diperbuat daripada buluh. Malahan meriam kami diperbuat daripada bahan komposit berteknologi super tinggi,".

Man of The Match - Jack Wilshere. Difahamkan beliau tidak kenal 
huruf selain A, B, C, D, E, F, G, dan H.



Dewa of The Match - Lionel Messi

Penjaga gol Dewa Planet Namek yang diserang senggugut pada 
perlawanan malam semalam.

Penjaga gol Meriam Buluh yang baru belajar mengira ini ternyata tidak gentar 
berhadapan dengan Dewa Planet Namek.

Thursday, February 10, 2011

Sindiket curi buah ceri dicekup





Laporan: Stipen Cau







BANGI, 9 Februari 2011 - Sebuah kumpulan anti Makcik Joyce telah ditangkap dalam satu operasi di Bangi malam semalam. Kumpulan yang terkenal dengan nama Anti MJ Watson (bukan Mary Jane Watson) telah ditangkap oleh polis peronda kira-kira jam 4 pagi.

Dari kanan, Sandman, Dr. Ock, Green Goblin, dan New Goblin.
Dalam kejadian itu, 4 orang ahli Anti MJ Watson yang dikenali penduduk tempatan sebagai Sandman, Dr. Ock, Green Goblin, dan New Goblin sedang menjalankan operasi 'curi dan lari' ke atas pokok ceri yang berbuah, betul-betul di hadapan kediaman rasmi Makcik Joyce atau nama sebenarnya Mayang Joyah Wirasutra.

Kumpulan itu yang sebelum ini terkenal dengan kes 'rompak dan lari' menukar modus operandinya kepada 'curi dan lari' atas sebab rimanya yang lebih menarik. Tangkapan dibuat betul-betul di hadapan kediaman Makcik Joyce sedang mereka memasukkan buah ceri yang telah dipetik ke dalam guni yang bergambar dacing Barisan Nasional. Dikatakan buah ceri Makcik Joyce adalah yang paling lazat di dunia sehinggakan seorang peminat dan pakar buah ceri dari Amazon, Dr. Ropi Hernandez sanggup datang ke Malaysia semata-mata untuk merasai kelazatan buah ceri Makcik Joyce.

Makcik Joyce menunjukkan buah cerinya yang lazat.
Jurucakap dari Ibupejabat Polis Kontinjen (IPPK) Bangi, Lans Koperal Pornthip Rojanasunando Fernando Torres berkata, pihak polis menerima lebih 10 aduan berkenaan kegiatan rompakan besar-besaran itu sejak 2 hari yang lalu. Kumpulan itu bertindak membuat bising selain membuang air di kawasan perumahan Makcik Joyce yang menyebabkan bau busuk yang teramat apabila pagi menjelma.

Makcik Joyce ketika ditemu bual berkata, beliau tidak akan melepaskan kumpulan itu dan memintak pihak polis membuat tindakan yang sewajarnya terhadap kumpulan tersebut. Tambahnya, ini bukan kali pertama buah ceri nya dirompak, tetapi hampir 100 kali sehinggakan anak lelakinya yang berumur 20 tahun menangis kerana tidak dapat menikmati buah ceri selama 5 bulan.

Keempat-empat ahli kumpulan itu telah dibawa ke Balai Polis Bangi untuk siasatan lanjut.

Thursday, February 3, 2011

Ada jugak artis yang se-annoying ini?


Haritu aku jumpa Heliza. Ala Heliza yang korang suka sangat tu. Konon cun sangat. Aku tengok depan2 biasa je. Hamster kat rumah sewa aku tu lagi cun. Putih pun putih. Wei aku bukan nak cakap die cun ke tak. Aku nak tunjuk something really annoyed me! Holy crap!

Heliza perlu belajar ABC semula....

Seriously, aku geli dengan manusia2 yang suka taip macam ni. 'Cetewusnya'? 'Cemua'? 'Macing'? Ingat bacing ape? Haiya! Lu artis maa! Tunjuk la matang sikit. Umur lu 25, tunjuk perangai umur 25 la! Ada lagi...

Heliza perlu belajar K for kentut, T for tahi semula.....

Oh please... 'Tetenyangan'? Hadoii.. Ape nak jadi. Walaupun dalam Facebook, ko tu tetap artis. Orang pandang ko. Ko public figure. Ape benda ko buat semua ade tendency orang awam nak tiru. Alhamdulillah la kan ko tak post benda2 yang tak patut atau gambar2 yang bukan sepatutnya, tapi tolong la perbaiki cara taip tu. Geli bhai. Nak kata budak 5 tahun, tak jugak.

P/S: Heliza pun join Score A jugak beb. Aku sebagai bekas 'usahawan' Score A berasa amat...Kwang kwang kwang....

Wednesday, February 2, 2011

Seorang doktor mati dipukul pesakit





Laporan: Berus Li

 





KUALA LUMPUR, 2 Februari 2011 - Seorang doktor pakar bedah Hospital Tung Shin, Jalan Pudu, Bill Goats mati dipukul oleh seorang pesakitnya sendiri. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 pagi sewaktu azan berkumandang.

Dr. Bill Goats dan produk terbarunya, Jus Soli.
Besi katil yang dipatahkan suspek
Kejadian itu berlaku gara-gara doktor tersebut bertindak memberi anastetik dengan dos yang berlebihan sehingga suspek tertidur dengan nyenyaknya. Sewaktu pesakit tersebut tidur, dia bertindak ganas dengan memukul doktor itu dengan menggunakan besi katil yang dipatahkannya sendiri.

Doktor Goats cedera parah di bahagian kepala, manakala kemaluannya ditusuk besi yang dipatahkan oleh suspek. Pakar forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Rosmah binti Mansoura berkata, mangsa meninggal dunia disebabkan oleh pendarahan yang teruk di bahagian kepala.

Nintendo Wii yang dikatakan suspek
Suspek ditahan di Balai Polis Bukit Aman untuk siasatan lanjut. Berdasarkan keterangan suspek, suspek dikatakan sedang bermimpi bermain permainan video arked tenis Nintendo Wii yang memerlukan pukulan sebenar, bukan sekadar menekan butang joystick. Disebabkan kandungan dos anastetik yang tinggi, suspek langsung tidak sedarkan diri dan mendakwa dia sedang tidur nyenyak di dalam dewan bedah itu. - Beruknama

Volkswagen Scirocco Mark III dirampas dek skim cepat kaya





 Laporan: Jesen Stetem







Volkswagen Scirocco Mark III yang dirampas awal pagi semalam
SEMENYIH, 1 Februari 2011 - Sebuah Volkswagen Scirocco yang bernilai RM245,000 telah dirampas dalam satu serbuan yang dilakukan pihak polis daerah Semenyih. Serbuan dilakukan kira-kira jam 3 pagi waktu Greenwich tambah 8 jam, di sebuah pub yang terkenal di Taman Tasik Semenyih. Jurucakap Bahagian Maksiat dan Skim Cepat Kaya, Rajasundram A/L Rajagobal berkata, serbuan dilakukan selepas pihak polis menerima banyak aduan tentang penglibatan golongan muda yang disyaki kegiatan pengedaran dadah.

10 buah kereta peronda Proton Inspira berwajah baru menyerbu masuk pub berkenaan dan mendapati kira-kira 13 orang pemuda sedang mendengar ceramah berkaitan skim cepat kaya. Manakala 3 orang lagi yang disyaki 'pioneer' skim cepat kaya itu sedang khusyuk mempromosi skim tersebut.

3 orang 'pioneer' skim cepat kaya yang ditangkap.
Mereka dikenali sebagai Pocoyo, Elly, dan Pato.
Dalam serbuan tersebut, sebuah kereta mewah Volkswagen Scirocco Mark III yang bernombor pendaftaran ACR 123 telah dirampas pihak berkuasa kerana disyaki dicuri. Assisten Superitendan Kamal Attaturk bin Hosni Mubarak berkata, kereta mewah tersebut akan dihantar semula ke kilang Volkswagen di Jerman untuk proses 'overhaul' bagi menghalalkan kereta tersebut yang sebelumnya berstatus haram kerana dicuri.

Seorang penduduk setempat yang dikenali oleh rakan-rakannya sebagai Zhareef Ahah berkata, sejak sebulan yang lalu, hampir setiap malam kegiatan tidal bermoral itu dilakukan di tempat tersebut. Kegiatan mereka mengganggu ketenteraman penduduk setempat. Tambahnya, "Kami kebanyakan di sini adalah pelajar, jadi mereka secara tak langsung telah mengganggu kami untuk study. Ahah!".

Jika disabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan penjara 5 tahun atau denda sehingga RM100,000,000, atau 500 sebatan, atau ketiga-tiganya sekali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...