Monday, January 31, 2011

Disebabkan kau hodoh/tak hensem/tak lawa, jangan harap aku nak like status ko

Hoi. Kasar gila tajuk. Rilek. Sebenarnya dah lama aku nak post benda ni tapi tak sempat2. Kadang2 time modal tengah ada, aku away from keyboard. Depan keyboard, modal tu hilang pulak. Sekarang ni modal ada, tapi rasanya tak banyak.

OK, back to the topic. Nak bercerita sikit. Ini pandangan aku la kan. Dalam Facebook tu ada macam2 orang. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Ada yang hensem, ada yang tak hensem. Ada yang cun, ada yang kurang cun. Ada yang eksyen, ada yang mengarut, ada yang perasan. Boleh kata Facebook ni adalah satu populasi di mana manusia2 berinteraksi secara maya. Macam2 boleh buat. Sembang, ketuk (poke), gaduh, bertumbuk (?), like, whatever la. Post ni aku nak kecikkan skop pada fungsi 'like' di Facebook.

Aku (aku tekankan, aku!) kelaskan orang 'like' status update kat Facebook tu kepada...

  1. Like sebab orang tu cun/hensem
  2. Like sebab orang tu tak cun/hensem tapi popular
  3. Like sebab orang tu punya status update best/lawak
  4. Like sebab orang tu punya status update mengarut
  5. Like sebab orang tu punya status update bodoh tahap cipan
  6. Like sebab orang tu punya status update jiwang tahap ayam hutan

Kes 1: Like sebab orang tu cun/hensem

Yang ni aku rasa agak ramai. Disebabkan orang tu cun/hensem, ramai je orang like status update dia. Walaupun dia update status dia mengarut tahap mangkuk sekalipun, sampai ada yang rasa benda tu tak patut di-like, orang tetap like. Contoh;

"Weyh aku hensem ta? Haha..."

* trend baru chloroform shortform zaman sekarang, huruf 'k' hilang kat belakang. 'Tak' jadi 'ta', 'nak' jadi 'na'.

atau yang paling bangang hamjad sekali...

":)"

YNWA? 101 people like this. 

Kalau korang perasan korang hensem/cun, jangan risau. Se-ntahpape status update korang, tetap ada orang like walaupun sorang.

Kes 2: Like sebab orang tu tak cun/hensem tapi popular

Kes ni pulak, kebanyakkannya artis la kan. Muka tak cun/hensem pun, tapi punya la ramai orang like. Kononnya bila kita like, bajet artis tu tengok profile kita la kot. Contoh;

"Assalamualaikum! Hari ni sangat penat. Shooting sana, shooting sini. Terima kasih kepada fans yg tak henti2 menyokong karier saya..."

ataupun...

"Alhamdulillah, berkat usaha dan doa saya dan juga peminat, trofi Anugerah Bintang Popular ni telah berada dalam genggaman saya..."

Dang! 199 people like this.

Jadi artis purkinje terkinja sana sini, alhamdulillah?

Kes 3: Like sebab orang tu punya status update best/lawak

Konon la kan, korang tengah tensen tahap hamster. Tiba2 seorang daripada friends korang dalam Facebook tu update status;

Alamak tak reti la pulak aku nak buat contoh status lawak. Senang cerita, status update tu lawak gila nak mampos, sampai korang ROTFLMAO. 

Dang! 51 people like this.

Kadang2 orang macam ni dia happy-go-lucky. Takde awek/pakwe, takde nak jiwang2 bagai.

Kes 4: Like sebab orang tu punya status update mengarut

Macam mana mengarut tu? Agaknya status tu tak terpikir dek akal korang, tapi kawan korang tu boleh pulak terpikir. Macam ni kot;

"Cuba teka kentut siapa paling wangi? Kentut aku laa..."

Bang! 40 people like this.

Tak tau la kan kalau korang fikir benda tu tak mengarut.

Kes 5: Like sebab orang tu punya status update bodoh tahap cipan

Macam mana eh status update bodoh tahap cipan? Cipan bodoh ke? Selalunya yang suka buat status bodoh tahap cipan ni, biasanya terlibat dengan Kes 3. Tapi ada jugak yang terror buat status bodoh cipan, tapi tak reti nak buat status lawak. Contohnya;

"Hari ni aku terkencing dalam seluar dalam kereta tadi..."

Jeng jeng jenggg... 41 people like this.

Kes 6: Like sebab orang tu punya status update jiwang tahap ayam hutan

Woh. Jiwang ni la yang paling best. Kadang2 ter-rindu kat awek/pakwe, update kat status. Nak call tak boleh sebab takde telipon kredit. Jadi, bagi menyahut seruan kerajaan, kita guna lah IT.

"Sayang, abang rindu kat sayang ni. TC. <3 <3 <3 <3..."

ataupun...

"Whatever seasons passed through my life, I always love you, dear Aminah binti Suparjo..."

Tadaa! 33 people like this.


Yang mana satukah anda agaknya? Ada yang terkena??

Sunday, January 23, 2011

Fact: Mobile Phones

Anda pengguna telefon bimbit a.k.a handphone a.k.a cellphone a.k.a henpon a.k.a henset? Meh menimba ilmu sikit.
  1. 1956, first fully automatic mobile phone system, was developed by Ericsson.
  2. 1960, the first partly automatic car phone system.
  3. 1964, Motorola launched first car phone.
  4. April 3, 1973; the first mobile phone call from Sixth Avenue to Alliance Capital Building, New York.
  5. 1973, the first handheld phone, Motorola DynaTac 8000X, more than a foot long, weighed nearly 2 pounds, and sold for USD 3,995. Its equivalent to USD 19,300 today!
  6. 1992, the first smartphone launched. It's called Simon.
  7. 2009, there are 1.2 billion mobile phones worldwide were sold.
  8. January - March 2010, 314.7 million phones were sold, 54.3 million were smartphones, 19% of all phones sold now are smartphones.
  9. 2010, mobile subscribers surpassed 5 billion.
  10. Over 70% of the world's population now have a mobile phone.
  11. 85% of children own a phone while only 73% own books at home.
  12. In the US, 9 out of 10 of every man, woman and child have a phone.
  13. Total number of iPhones sold so far (from the launching date January 9, 2007) 59,634,000.
  14. In the first three days of selling the iPhone 4 it sold 1.7 million units.
  15. By the end of 2010, 53% of companies will have deployed iPhones.
  16. In July 2008, Apple launched the Appstore. It launched with 500 apps, by June 2010, 225,000+ Apps were available. Over 3,000,000,000 Apps have been downloaded to date.
  17. In October 2008, Google launched Android. Android is now the number 4 smartphones behind iPhone, and growing 886% year on year.
  18. 160,000 new Android smartphones are being activated each day.
  19. There are now 60 Android powered-devices available in 49 countries.
  20. 2010, we will see 3 times more companies deploy Android.
  21. 2009, USD 4.2 billion was spent on apps.
  22. 2013, an estimated USD 29.5 billion will be spent on apps.
  23. In the first three months of 2010, 1.475 trillion messages were sent worldwide.
  24. By the end of 2010, 6.5 trillion messages will have been sent.
  25. On the day Obama was elected, 1.2 billion SMS messages were sent in the US between 4 pm and 9 pm PST.
  26. In the next five years, more people will connect to the internet via a mobile vs a PC.

What do you expect mobile phone's capabilities in the next 5 years?

Source: Click here and here.

Saturday, January 22, 2011

Menggamit memori silam

Exam dah habis! Freedom untuk 2 minggu je. 6/2/2011 dah masuk semester 2. Takleh dah nak enjoy kalau nak score 60% above.

Sebelum paper Materials In Design haritu, aku memang cari nahas. Aku scroll down wall Facebook aku sampai habis! Sampai kat bawah tu dia tulis "There are no more posts to show". Memang takde kerja, padahal ada 11 chapter aku kena khatam. Memang cari nahas!

On the way nak sampai bawah tu, macam2 aku jumpa. Lawak, sedih, gembira, takleh blah, semua ada. Memang menggamit memori silam. Dulu aku ingatkan aku bukak akaun Facebook bulan 1/2009. Rupanya 26/3/2009. Bulan 3 ni genap 2 tahun Facebook aku! Yeehaa!

1. The beginning
Status pertama aku; "account baru beb, add aku,"
Kawan pertama aku; Mohd Syahid bin Kasman
Kawan bukan rakyat Malaysia pertama aku; Adil Ahsan (Saudi Arabian)
Wall post pertama ditulis oleh; Mohd Syahid bin Kasman


2. Last paper - Foundation Programme

3. First time kerja

4. Kena sound dengan Hanis a.k.a Supervisor
Kena sound sebab tak potong sayur dengan buat tuna untuk syif petang. Dahla baru first time jadi cashier kitchen, satu haram pun aku tak tau. Budak2 lama mana nak ajar aku. Hamjad.


5. Ditawarkan naik gaji selepas hanya 3 hari bekerja
Area Manager panggil aku masa aku tengah lap meja. Tak pasal2 tanya aku nak naik gaji tak. Takkan baru 3 hari kerja dah nampak kredibiliti aku? Hamjad.


6. Brand training di Dunkin' Donuts Headquarters, Hulu Kelang
Brand Training yang bosan. Ngantuk. Tapi best sebab dapat makan donat keras fresh. Baru lepas goreng aku terus celup coklat, telan. Memang mashuk!


7. Tengok Transformers 2 sorang2

8. Ditukarkan ke KL Sentral serta merta
Entah kenapa aku kena tukar ke KL Sentral. Aku kerja elok je. Lepas aku kena tukar, baru manager outlet Mid Valley berebut2 nak aku balik. Boleh blah.


9. Cashier - duit short
Cakap je taknak jadi cashier tu. Sampai aku resign pun, position aku cashier je. Tapi bila short aku bayar 100% la. Takde kongsi2 ni. Pergi mati la, aku nak gaji haram halal.


10. Kena puji dengan orang atasan Dunkin Donuts
Ni gara-gara hal overring slip la ni. Selalunya, overring slip tu, cashier2 sebelum ni tulis "Customer cancel order". Tapi aku rasa macam bodoh lak tulis ayat sama. Aku pun buat essay bodoh pendek. Sampai kat area manager, dia terberak ternganga. Dia bawak slip tu pergi HQ, tunjuk kat orang2 atasan. Orang2 atasan photostat slip yang aku tulis tu, edar kat semua outlet. BERGH! Manager pun decide nak naikkan gaji aku.


11. Kompilasi - buli Kak Siti
Gelagat Kak Siti yang mencuit hati. Taknak kerja cakapla taknak kerja. Ni tak, buat alasan duit tinggal RM5 la, sakit gigi la, nak pengsan la, baru balik kelab malam la. Aku, Naz dengan Faiz duk gelak tak habis2.

Downstore tu, ayat die la tu. Masa tu ada la orang putih datang kedai. Dia tanya aku, kat mana ada kedai henpon yang jual SIM card DIGI. Aku baru je nak bersuara, Kak Siti tu dah membebel.

"Hello.. You want to find handphone? You can go downstore, there a lot of handphone shop. Yes, yes. Downstore..." Aku diam je. Nak gelak, tak sampai hati kan.


12. Buih cappucino tinggi sejengkal (aku yang buat ye)
Aku kerja sementara je kat Sg. Wang Plaza tu. Kebetulan masa tu DD KL Sentral terlebih pekerja, DD Sg. Wang takde pekerja. Aku sampai sana, semua peralatan baru. Even mop lantai pun baru. Yela kan, baru bukak. 

Ada la 3 ekor orang putih datang. Mintak cappucino. Aku pun buat. Mesin kopi dia sama macam kat outlet KL Sentral, tapi entah kenapa bila aku steam susu tu buih dia naik semacam. Bila aku tuang susu tu kat kopi yang dah dibancuh, memang menaik la buih susu tu. Tinggi KLCC sejengkal oohhhhhh!!!!!

Bila aku serve kat orang putih tu, dia siap ambik gambar dengan DSLR dia beb!!!!!


13. Last day kerja
Manager (Kak Ain) tak bagi aku resign, sebab masa tu outlet KL Sentral kekurangan pekerja. Ramai dah resign. Tapi aku tak peduli dah. Aku dah takde semangat nak kerja sebab seminggu sebelum tu, aku punya jadual straight 2 minggu opening (kena bukak kedai pagi pukul 6!). Mane tak bengang kan. Pergi mati la sama kerja.

P/S: Dulu aku suka sangat buat smiley. Sekarang ni aku rasa menyampah dengan smiley. Macam fake je.

Thursday, January 13, 2011

Exam?


Hampir 4 minggu aku bergelumang dengan nota2, equation2, buku2 yang sangat menyerabutkan kepala hotak aku. Dalam 3 minggu ni jugak, banyak la pengalaman2 yang takkan dapat aku lupakan. Orang ketiga menggapai puncak Gunung Nuang (gunung tertinggi di SELANGOR) adalah kenangan paling berharga (walaupun nak naik base camp tu aku hampir pitam. Cet).

Minggu pertama, bulan pertama, tahun baru ni je dah banyak aku belajar tentang kehidupan. 0228 jam, aku tak tidur lagi. Baru lepas menelaah HG2 M13. Baru lepas men-terbengkalai-kan Fourier Series. Update la kejap blog ni.

Firman Allah;

"Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap2 sesuatu,"

[65:3]

Well, selama 4 minggu ni aku dah usaha sehabis baik. Yang tak faham aku cuba fahamkan, yang dah faham aku cuba fahamkan lagi. 

Macam ayat kat atas, aku takkan dapat sangka apa yang Allah akan bagi kat aku dalam exam kali ni. Either it is bad or good, I wouldn't know. Apa yang aku dapat nanti memang aku takkan sangka, melainkan Allah.

Macam SPM, aku tak sangka aku dapat sebaik itu. Foundation, aku tak sangka aku dapat seteruk itu. First year, aku tak sangka aku dapat seteruk itu. Tak disangka-sangka.

Kalau kita pandai, setiap semester kita dapat bagus, nombor 1 dalam tingkatan, adakah kita akan menyangka, confirm kita akan dapat 10A+/10A1/straight A/whatsoever? Semasa kita menunggu result tu, hanya ada 2 kebarangkalian. Kebarangkalian untuk teruk adalah 0.5, kebarangkalian untuk baik adalah 0.5. Bila kita dapat result, masa tu la kita takkan sangka result yang kita dapat tu.

Tak faham lagi?

OK. Katakan la semester 1 kita dapat 4.00. Semester 2, 3, 4 pun kita dapat 4.00. Adakah CONFIRM untuk semester ke-5 kita akan dapat 4.00? Kalau kita dapat 2.00, adakah kita menyangka, kita akan dapat seteruk itu?

Katakan la semester 1 kita dapat average 80%. Semester 2, 79%. Semster 3, 81%. Semester 4, 80%. Adakah semester 5 kita akan dapat average 79-81%? Kita tau tak?

Semestinya tak! Melainkan Allah sahaja yang tau. 

Dapat result bagus itu adalah satu rezeki. Dapat result tak bagus tu jugak merupakan satu rezeki. Kenapa?

Kalau kita dapat result bagus, mungkin kita akan rasa riak, ujub, takbur. Untuk menghilangkan rasa macam tu, Allah bagi kita result tak bagus. Result teruk. Masa tu baru kita nampak siapa kita. Kat mana kita. Kat mana tahap usaha kita. Tanpa kita sedari, Allah sendiri dah tunjukkan rezeki untuk kita dalam bentuk macam ni la. Allah dah tolong kita elakkan diri dari rasa riak, ujub, takbur tu. Betapa sayangnya Allah kat kita. Astaghfirullah...

Kita takkan menyangka rezeki kita. 

Ada yang 4 tahun belajar engineering. Bila mintak kerja, tak dapat. Bila frust, bukak bisnes ayam golek. Bisnes maju. Ada kita sangka?

Ada yang 7 tahun belajar medic. Jadi doktor, bagi ubat tak betul. Balik kampung, bukak bisnes jual kambing. Bisnes maju, permintaan ramai. Ada kita sangka?

Apa yang kita mampu buat hanyalah berikhtiar, berusaha, dan bertawakkal. Consequence nya, hanya Allah yang tahu.

Wallahua'lam.

P/S: Selamat menjawab peperiksaan kepada Gegena Paraben Eson!

Monday, January 3, 2011

2010 in short

Pejam celik pejam celik, dah masuk 2011. Rasanya baru je masuk 2010. Tapi kalau nak dipendekkan, aku rasa tahun 2010 la tahun yang banyak mengajar aku jadi seorang manusia yang berfikiran rasional. Memang sangat banyak peristiwa yang membuatkan aku belajar daripadanya.

Malas nak cakap panjang. Aku sort cerita aku ikut bulan.

JANUARI 2010
  1. Dapat elaun MARA setelah 4 bulan menunggu. Joli sakan elaun tu.
  2. Beli henpon baru, Nokia 5800 XpressMusic.
  3. Bazirkan duit aku belikan henpon untuk seseorang.
FEBRUARI 2010
  1. Cubaan berani mati - mengutarakan proposal nak kawin (gila) kat parents aku. Diorang tak bagi.
  2. Setelah sekian lama bawak kereta ke kampus, aku terpaksa guna motor sebab abah aku dah hilang kepercayaan kat aku untuk guna kereta. Pinjam motor pakcik aku. BJW 8416.
  3. Join bisnes Score A.
MAC 2010
  1. Tak pasal2 rasa tak puas hati dengan henpon XpressMusic aku. Trade-in, angkat Sony Ericsson T707.
  2. First time attend preview Score A.
APRIL 2010
  1. Umur aku mencecah 20 tahun. Bukan lagi remaja pada hakikatnya.
  2. Professional Studies presentation. Done well. Alhamdulillah.
MEI 2010
  1. Final exam 1st year mechanical engineering. Susah gila nak mampos.
  2. First time tengok mak aku kena rasuk dengan jin. Wargh!
  3. Summer break begins.
JUN 2010
  1. Fabrication lab for spring cart project.
  2. Jaulah 2010 Terengganu. 1380.5 km aku drive. Rehat hanya 5 jam. Itupun tidur2 ayam.
  3. FIFA World Cup South Africa. I picked Netherlands as my favourite.
JULAI 2010
  1. Final match FIFA World Cup South Africa 2010. Netherlands 0 - 1 Spain (aet). Kecewa.
  2. Dapat result untuk first year. Teruk gila. Double kecewa. DANG!
OGOS 2010
  1. Picnic di Port Dickson bersama Syahid, Lah, Daniel. Bawak Mercedes Benz, kacau org tengah buat projek malam2.
  2. Kenal Farah Hanin dlm Facebook yang kemudiannye menjadi kontroversi antara aku dgn X (malas nak cakap). I don't know what she thought. I'm just putting Farah Hanin as my friend. I don't know where was my fault then. 
  3. Ramadhan 1431.
SEPTEMBER 2010
  1. Beli henpon baru. Sony Ericsson C901 Greenheart.
  2. Aidilfitri 1431. Beraya di rumah dulu, petang tu balik Muar. Baju raya tahun ni kaler biru.
  3. Sepupu berangkat ke Jordan. Yang pertama dalam keluarga besar aku. Aku bila la lagi.
  4. Berpindah ke rumah sewa baru di Taman Tasik Semenyih. Ehsan Syahid Marley. Perfect house.
OKTOBER 2010
  1. Kelas pertama, 2nd year mechanical engineering bermula.
  2. Hubungan yang kononnya bahagia, runtuh disebabkan isu open house. Lepas tu aku dah tak berminat lagi dah. Aku lebih gembira single macam ni. Takde distraction.
  3. Picnic di Port Dickson bersama Syahid, Sufi, Naz, Lah, Rahman, Idy.
  4. Terjumpa semula kawan semasa di SMKA Kuala Abang 7 tahun dulu. Syarifah Farhana Syed Mohamad. Dulu tak cakap sepatah haram pun sebab malu2. Sekarang, cakap macam dah lama kenal (memang lama pun).
  5. Pakcik dan makcik aku berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji.
NOVEMBER 2010
  1. Bermulanya minggu kesengsaraan pertama dalam tahun kedua.
  2. Kenal pulak Nurfarhanah binti Roslan dalam Facebook. Junior aku masa aku form 5. 
DISEMBER 2010
  1. Open table nasi Arab kat Cyberjaya dengan member2.
  2. Minggu kesengsaraan kedua.
  3. PIKOM Digital Lifestyle di KL Convention Centre.
  4. Bercuti bersama keluarga tercinta di Terengganu. Sangat best sebab sepanjang perjalanan, abah aku asyik buat lawak je. Aku yang drive pun asyik tergelak.
  5. Sambut tahun baru 2011 di base camp Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor. Orang ke-3 sampai puncak.
2010 mengajar aku bahawa, tak perlu mengejar apa yang bukan pasti jadi milik aku dan aku tak perlu campur urusan Allah. Sebaliknya, aku kena kejar benda yang pasti jadi milik aku kalau aku sungguh2 berusaha.

2010 mengajar aku, keluarga adalah segala-galanya.

2010 jugak mengajar aku jenis2 perempuan yang ada dalam dunia ni.

Terima kasih 2010.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...