Showing posts with label Mengarut. Show all posts
Showing posts with label Mengarut. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Lawak yang tak direka-reka

Ada di antara korang yang suka sangat stalk profile orang lain. Tapi, bila stalk, apa yang korang tengok sebenarnya? Gambar dia ke? Wall dia ke? Relationship status dia ke? Whatever la. Tapi aku, aku bila stalk orang, aku suka tengok part 'Info' dia. Terkekeh-kekeh aku ketawa tengok sesetengah profile info. Lawak yang tak direka-reka. Seriously. Tak caya? Meh tengok.


Tengok, jangan tak tengok. Baca betul-betul. HAHAHAHAHAHAHAHA! Bapak segala bapak punye lawak ni. Annoying pun ada. 'Baled'? 'WTW'? 'Full taken'? HAHAHAHAHAHA! Full taken tu paling takleh blah. 

By the way, 'trismas' tu monyet spesis ape kak? Siap 'F*CK' lagi tu. Tak padan dengan perempuan. Sorry la ye, aku ni anti betul dengan perempuan yang suka memaki-maki macam ni. Selalunye perempuan macam ni tak makan saman. Selalunya la. Jangan ada yang terasa pulak. Ini pendapat aku.

Nak lagi? Adaaa.. Ni lagi best. Essay siap. 


HAHAHAHAHAHAHA! Yang ni aku rasa straight Google Translate ni. Adoi makkk... Banyak benor kalau aku nak highlightkan. Tapi yang paling terbaik sekali...'Edification'! HAHAHAHAHAHA! Waduhhhhhh!

Sorry ye tuan empunya profile. Aku memang jahat.

Kalau nak tulis about me tu, tulis simple sudah. Nak tulis macam essay buat ape? Aku anti benar dengan perempuan yang suka taruk 'pre-conditions' panjang-panjang kat column about me tu. Taknak sangat strangers add ko, tulis je "AKU TAK SUKA STRANGERS ADD AKU". Straight to the point. Takde melalut-lalut, meleret-leret macam ular sawa. Memang la untuk keselamatan, tapi tak payah nak over sangat la. Sampaikan "Bila aku approve, aku paling tak suka orang tak ucap terima kasih or whatever". Kejadahnye tu? Perlu ke?

Moral of the story: Pesbuk bukan kertas Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris SPM.

Saturday, June 25, 2011

Internship!

Akhirnya, aku dapat jugak intern. Dapat kat UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. Headquarters kat Seksyen 15, Shah Alam. First day, gila kekok. Memang la, baru first time kerja dalam professional sector. Dulu kerja kat F&B sector, kerja main-main je. Sekarang takleh main-main dah. Mati la kalau main-main.

Aku di-assign-kan position sebagai student internship. Dalam HQ tu, ada budak-budak practical yang datang dari IPT-IPT macam Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Politeknik, dan macam-macam lagi la. Diorang tu lain pulak. Diorang tu training untuk jadi technician Toyota. Aku ni, pangkat lagi tinggi daripada diorang. Itu yang paling kelakar. Bila aku turun bawah (ground floor adalah bengkel), diorang ni anggap aku sebagai orang atasan. Ahak! Orang atasan, tapi badan kecik tuek. Siap panggil aku 'Encik Lutfi' lagi. Wah!!

Kat ID tag aku, memang tak boleh distinguish antara ID tag permanent employee dengan student intern. Dia tulis department je. Kat ID tag aku, tulis nama, dengan department yang aku attached, iaitu Toyota Knowledge Development Centre (TKDC). Bangga jugak la kan. He he he.

Buruknya muka aku..

Aku rapat dengan Pakcik Bakar. Pakcik Bakar ni umurnya 55 tahun. Ada anak dia umur baya aku. Aku punya 1st assignment ni, under supervision dia. 1st assignment aku, arrange technical store (technical store ni adalah stor yang menyimpan segala equipment-equipment yang diperlukan dalam pembelajaran para technician seperti simulator enjin, simulator brek, dsb). Masa ni, technical store ni punye la serabut gila. Boss aku, Encik Abdul Rashid Omar atau ARO kasi aku 4 minggu untuk arrange technical store ni mengikut kriteria 5S. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, Shitsuke. Kalau tak tau menatang apa 5S tu, pegi Google.

Hari tu ada la sorang colleague aku ni. Nama dia Nizana. Aku panggil Kak Zana. Dia sembang-sembang dengan Pakcik Bakar ni pasal nak buat pot luck Isnin ni. Macam ni perbualan dia:

Kak Zana: Encik Bakar, Isnin ni ingat nak buat pot luck la. ARO dah bawah spaghetti. Encik Bakar nak bawak apa??

Pakcik Bakar: Buat?

Kak Zana: Haah la. 

Pakcik Bakar: Haa.. Aku nak buat tak tau.

Kak Zana: Pulak dah...

Aku pun gelak terbahak-bahak. Lepas tu Kak Zana tanya aku pulak:

Kak Zana: Amboi ko...sedapnya gelak. Ko nak bawak apa Isnin ni?

Aku: Saya kak? Saya nak buat tak tau.

Kak Zana: Ha, eloklah ko ikut Pakcik Bakar tu. Sifu ko.


Sehari aku duduk situ, tak sah kalau aku tak gelak tengok kerenah diorang. Serious lawak.

Saturday, June 11, 2011

First Class!

Haritu aku tengok filem X-Men: First Class. Memang best la filem dia. Aku kasi 4.5/5.

Tapi aku bukan nak story pasal X-Men: First Class. Ni ha, aku nak story pasal first-class service. Semalam aku melawat dua pupu aku kat Hospital Pantai, Kuala Lumpur. Dekat Jalan Pantai Baharu tu, belakang UM. Hospital ni dulu tempat beranak semua adik aku, selepas aku. Luqman, Aqilah, Atiqah. Aku dengan kakak aku dulu lahir kat sepital kerajaan je yeop. Abah aku kerja kerajaan masa tu. Aku kat Hospital Kuala Lumpur, kakak aku kat Hospital Universiti (sekarang Pusat Perubatan Universiti Malaya atau PPUM). Tahun 1991, abah aku join PETRONAS. 1992, baru la mak aku dapat merasa kenikmatan sepital swasta.

Mak aku ada cerita, masa lahirkan aku kat sepital kerajaan dulu, punya la seksa. Nak deliver dah ni, nurse sempat lagi bersembang. Well, aku taknak la kutuk-kutuk sangat government sector ni kan. Cuma, yang terlibat sila la improve service anda. Golongan pertengahan mana la mampu nak bayar medical expenses kat sepital swasta.

Mak aih panjang lak aku melalut. Kat mana tadi? Haa. Semalam aku pi la Hospital Pantai tu. Dah lain gila. Dulu masa adik aku yang ke 4 dengan 5 lahir, kecik je. Masa adik aku yang Luqman tu lahir, aku terlalu kecik. 2 tahun. Mana la ingat pape. Sampai je kat lobby hospital tu, security tu tolong bukakkan pintu untuk Opah aku. Aku agak "Wow". Lepas tu, aku keluar ambikkan wilcha Opah aku. Security lain pulak tolong bukakkan bonet kereta. Aku agak "Fuh". Bila tanya security tu mana Blok D, dengan sopan dan lemah lembutnya dia jawab "Lalu jalan ni dik.. Lobby tu, lalu sebelah kedai tu. Nanti nampak lif, ambik lif sebelah kiri ye,". Muka bengis, tapi punya la sopan.

Bila aku sampai kat Wad Blok D tu je, ada la pintu kaca berdaun dua. Adik aku Luqman tolong bukakkan 1 daun. Tiba-tiba datang nurse dari kaunter wad tu, berlari bukakkan daun pintu yang lagi 1. Aku pun "Fergh".

Tengah-tengah aku main katil hospital tu (jakun jap), ada pesakit sebelah katil dua pupu aku tu melalak. Huwaa, huwaa. Tak pasal-pasal 7 ORANG NURSE datang pujuk budak tu. Langsung senyap budak India tu. Aku pun "Aaa..".

Bila nak balik, keluar dari Wad 30 Blok D tu, ada la sorang nurse nak lalu. Nampak je aku tolak wilcha Opah aku, langsung nurse tu berhenti, bagi aku jalan. Aku cakap dalam hati, "Ini kalau sepital kerajaan ni, peduli apa nurse nak jalan ke, lari ke, merangkak ke...". Terbaik sungguh la.

Nak balik, aku tunggu kat lobby hospital. Tunggu adik aku pick up. Kereta sampai, security tu tolong bukakkan pintu kereta sekali lagi. Sorang lagi security tolong bukakkan bonet untuk aku masukkan wilcha Opah aku. Aku pun "Wooo".

Jadi, itulah ceritanya. Patut la sesetengah orang tu sanggup bayar beribu-riban semata-mata nak layanan first class macam tu. Kalau aku pun bahagia duduk sepital dilayan macam tu. Nurse-nurse dia dahla semua cun-cun (adik aku yang kata).

Nampak tu pesakit pun tak tunjuk muka masam masuk sepital swasta. 

Wednesday, June 8, 2011

HAHAHAHAHAHAH! #2

Orang tanya lain, Cu jawab lain...



Friday, May 20, 2011

Selective screen captures

Aku banyak screen-capture benda-benda pelik kat laptop aku ni. Ade kat Pesbuk, ade kat Twitter. Ade jugak event-event pelik dalam laptop aku ni yang aku capture. Tapi kat bawah ni termasuk jugak screen capture aku kacau orang. Aku post ni sebab malas nak menaip. Penat dow exam tadi. Dengan blackout nak dekat 10 kali nye. Sape la main transformer ni. Tau la filem Transformer 3 tak lama lagi.

Kalau tak clear image ni, sila klik.

Word verification paling best.


Kejadah la page-page lagho macam ni? Memang kena la dengan aku.



Ni sebijik lagi. Kena lagi la nampaknye.



Kadang-kadang bengang jugak aku dengan Google ni. Aku duk cari kat Ampang je, die gi susah-susah cari sampai Germany buat ape?



What do you notice? @anisshakirin know the answer. 


Sepanjang aku hidup, tak pernah aku dengar istilah 'floopy disk'. Tiba-tiba kamus ni ada istilah tu. Apa senggama? Kamus Lamanmini.



Terbo? Terbang? Jual Audi A4 lak tu, tapi spelling salah. Tak prestige dah.


HAHAHAHAHAHAH! Hensem la bang. Dah hensem, takyah nak nak bertanding sana sini. Duk diam-diam kan boleh.



HAHAHAHAHAHAHAH! Lagi sorang. Kemaruk nak jadi hensem. Tak sedor diri.



Ini adik aku punya kerja. Berdakwah.


Longest document name maybe???



Sila translate-kan untuk aku? Ini tulisan ape ni? Greek Coptic ke ape?


#PROBLEM?

Wednesday, May 11, 2011

Tak baik mengata orang. Meh aku hentam ko balik.

Hiyaaarrrghhhhh! 7 petala awan. Tak pasal-pasal.

Tadi kan aku stalk la Pesbuk adik aku (amende la adik sendiri pun nak stalk? Apa punya orang?). Aku ushar la gambor-gambor adik aku, pastu aku ketawa sorang-sorang. Sebab bila aku tengok muka adik aku je, aku tergelak. Kenapa? Sebab aku teringat nak cucuk lobang hidung dia.

Ceritanya begini. Ada la sorang kawan adik aku ni. Nama dia Dharnisha Nur Amelda binti Dharma (Hafal? Ohh, adik aku yang bagitau). Kan kan. Lepas tu daddy nye ni dulunya Hindu, masuk Islam. Alhamdulillah. Oleh kerana ayahnya berketurunan India, semua adik-beradiknya ikut kulit daddy dia. Faham-faham jela kan.

Ini aku bukan nak cerita pasal keburukan dia ni. Bukan nak racist. Tapi meh tengok dulu gambor ni.


Ha, nampok dok? Si Dharnisha ni yang nombor 2 dari bawah tu. Tengok bila aku gerakkan mouse tu kat muka dia, apa tubik?

Tak baik la menganjing macam tu. Takde adab punye orang. Ni kawan-kawan laki adik aku yang buat ni. Tau sangat. Aku nak gelak, tapi macam tak sampai hati (walaupun dah gelak). Aku pun jahat jugak sebenarnya tapi takde la sampai nak kata orang tambi.

Nah, ni untuk ko yang buat kerja dajal nih.

Saturday, April 30, 2011

Old blog content reposted: Knocking down Dunkin' Donuts.

Reposted. Post dated 14th December 2009. This is from my old blog. I have deleted it already. I'm sorry for the foul words. I was still a bad boy during that time. 

Cube tgk betol2. Ade kumbang.

Aku tak tau kenapa sejak aku post pasal DD tu, aku suke sangat nak reveal hal-hal dalaman DD. Padahal aku dapat gaji dari situ. Tapi aku semacam tak puas hati dgn produk-produk DD. Serious. 3 bulan aku kerja, macam-macam la hal-hal dalaman DD yang aku tau.

Dulu masa aku baru kerja kat DD Mid Valley, aku anggap DD ni satu francais makanan segera yang sangat berkualiti (setanding KFC, McDonald's laa). Tapi, bile dah 2 3 minggu kerja, aku rase ade benda tak kena dgn DD ni. Mmg sedeh kalau aku reveal, tapi aku nak reveal jugak. (gelak jahat).

Ade skali tu, aku shift pagi. Donat sampai dari kilang dalam pukul 8.30 pagi. Habis susun donat, aku buat munchkin (munchkin ni, lebihan lubang donat yang ditebuk. Takdela sedap sangat pun). DD Mid Valley mmg tak ramai sangat org time-time weekdays. So, aku pun lepak la. Masa tu, aku, dgn 2 org staff (termasuk 1 manager baju merah), on duty.

Agak-agak dlm pukul 2.30 tu, mula ramai dtg. Time ramai-ramai tu la, lipas buat hal. Lipas duk menari-nari kat tray donat sampai customer tegur. Aku cakap la dgn Kak N***a, ade lipas kat donat. Kak N***a suruh aku bwk tray pi blkg. Dlm kepala otak aku, aku pk Kak N***a nak buang sume donat-donat tu. Die suruh letak atas meja kat blkg. Aku letak la. Aku gi dpn balik, layan customer.

Bile customer dah kurang, aku pi blkg, tnye Kak N***a, ape nak buat dgn donat2 ni. Die dengan selambanye jwb, "Ko letak balik kat planogram..". Mak aih. Berlakon rupenye. Donat yang dah kotor, dijual balik. Nasib baikla customer lepas tu tak tau. Kalau diorang tau, mmg mampus DD.

Point aku kat sini, DD bukanlah francais makanan segera yang baik. Tak elok sebenarnye, walaupun donat2nye digoreng dgn kurang 2% lemak trans. Sbb ape, sbb walau macam mane sihat pun donat tu, tapi rasa macam haram, ade ke orang nak beli?

Amek contoh, Big Apple. Donat penuh minyak. Tapi, ramai je org beli. Sebab ape? Sebab sedap. Biar staf Big Apple macam sial pun, tp tetap top selling sbb donat sedap. Staf Big Apple serious macam sial. Ade yang tak reti cakap BM. Speaking pun macam nak haram. Tp, ramai je org beli. Customer tak pentingkan LAYANAN, tapi lebih mementingkan RASA. Ko layan la taraf 100 bintang pun, tapi kalau makanan rase macam pasir, customer takkan pandang.

Aku pegi training DD kat Ulu Kelang, pergh. Punyela hebat die brainwash suruh be polite time layan customer. Siap ade step-step lagi tu. Senyum, ucap selamat, sopan, bla bla bla... Boleh gi mampos la step-step ko tuh.

Satu lagi kenapa aku kurang suka dgn DD sbb, donat yang sangat BASIC. Takde variety. Meh aku senaraikan antara donat-donat DD dgn topping/filling die;

1. Choc Frost - Ring donut + choc topping

2. Crunchy Choc - Ring donut + choc topping + cookies (tak rase ape pun cookies tuh)

3. Black Forest - Ring Donut + choc topping + choc rice (rasa lebeh kurang mcm Choc Frost)

4. Swiss Milk Choc - Ring Donut + Cadbury choc topping + orange rice (kurang dpt sambutan)

5. Bendera - Ring donut + vanilla topping + blue and pink rice (tah macam mane dpt nama Bendera tah)

6. Bavarian - Filled donut + custard filling

7. Mr. Smiley - Filled donut + custard filling + banana topping

8. Boston Cream - Filled donut + custard filling + chocolate topping (kononnye paling sedap la ni)

9. Raspberry - Filled donut + strawberry jam

10. Straw filled - Filled donut + strawberry filled

11. Choc Pudding - Filled donut + choc filling (ni pun kononnye paling sedap la ni)

12. Big Orange - Filled donut + choc filling + orange topping

Korang dapat nampak tak ape slack nye? Bahan2 yang diorang ade, CHOCOLATE, RICE, CUSTARD FILLING, CHOCOLATE FILLING, dgn TOPPING yang ntah pape. Bavarian, Boston Cream, dgn Mr. Smiley beza nye hanye lah TOPPING. Hape bende variety ntah.

Daripada pengalaman 3 bulan aku kerja kat francais ni, orang2 atasan akan push manager2 untuk push customer untuk (bape banyak untuk ni) beli RM11 dalam satu resit. Bodoh! Nak suruh customer bazirkan duet semata-mata nak telan donat bangang ni?


Ko kalau nak suruh sangat customer beli donat ko, KASI SEDAP DONAT KO DULU! Baru belajar maen push-push. Kalau ko push-push, tapi customer tak puas hati langsung dgn donat ko, sampai mampos la ko takkan dapat naekkan sales.

Jangan mimpi nak jadi competitor Big Apple, Krispy Kreme, dgn J.Co kalau donat ko macam pasir.

[Nyanyi lagu Bengang (Akim) jap. Bengang nih!]

.....menambah bengang rasa hampa
Runsingnya diriku terasaaaa.....

[Old blog content end here]

Sometimes, it's good for you to work with food franchises. You will know their secret. You will know their management. You will know their tricks. Their bosses want to hear only one word - money. They will do anything to make sure their business run smoothly, while the money flows continuously. 

It's a good experience for me actually. Moral of the story, if you want to run a food business, make sure you prioritise your food and customer satisfaction. No matter how cheap you sell your foods, if your foods are full of dissatisfaction, you will lost. It's all about quality, not quantity.

Flaws, flaws, and flaws. They were disgraceful.

Old blog content reposted: Trolling Dunkin' Donuts.

Content altered. Some F-words were removed for safety (uik!) purposes. However, the originality is somehow, maintained for the authenticity of the fun itself.

Yeahhh! Dunkin Donuts sangat sedap!

Dulu, mase aku baru resign kerja Dunkin Donuts dulu, aku agak bengang la dengan DD ni. Sebab dahla donat tak sedap, tapi pakse customer beli donat banyak-banyak. Nak paksa customer muntah ke?

Time aku dah resign tu, aku plan la kerja bertanduk sikit. Aku taip email panjang gila, sepanjang karangan SPM. Aku buat la cerita aku tak puas hati dengan donat DD yang keras dan tak sedap tu. Aku cakapla aku ni bukan peminat setia DD, tapi peminat setia Big Apple. Ewah!

Tak sampai 5 minit, die reply. Dia kata, tolong rahsiakan semua maklumat ni. Dia akan bagi RM30 voucher kalau aku rahsiakan maklumat ni. Ceh, dahla donat tak sedap, suruh lagi aku telan donat bangang tu. Memang tak la kan.

Nak suruh aku mati makan donat batu tu hari-hari ye Peter Yu? Kau makanla sorang-sorang, aku TAK HINGIN!

Kepada sesiapa yang teringin sangat nak makan donat DD yang free, reka karangan yang hebat lagi bertenaga. Seterusnya, hantarkan ke comments@dunkindonuts.com.my. Tunggu 5 minit, anda akan dapat RM30 voucher free! Apa tunggu lagi, cari komputer dan mulakan tugas anda!

[Kalu cirit birit jangan cari aku!!!]


[Ini yang dia reply sebaik sahaja aku hantar. You can see the lower part of this reply is my complaint. How bad my English was!]

Dear Valued Customer,

You feedback is valuable to us in enticing the DUNKIN' EXPERIENCE within the hearts of Malaysian.

Henceforth we would conduct an internal investigation in regards to your concerns.

However, in order to smoothen the investigation process, we, hereby would like to seek for your kind assistance in providing us the following:

1) Venue of Outlet
2) Date & Time of Incident
3) Name or Description of Staff Involved
4) Other Relevant Details

Thank you for your valuable feedback & we are looking forward to sort your concerns in the least amount of time.


****** ******
Marketing Executive
Dunkin' Donuts
DID        : +6012 2*** ***
Email    : ******@dunkindonuts.com.my


This message is intended for the sole use of the employee(s) of Golden Donuts Sdn. Bhd. and/or entity to whom it is addressed, and may contain information that is legally privileged, confidential and exempt from disclosure under applicable law. If you are not the intended addressee, nor authorized to receive for the intended addressee, you are hereby notified that dissemination, distribution, copying or disclosure of this information is strictly prohibited
---------- Forwarded message ----------
From: *************** <***********__****@yahoo.com.au>
Date: Wed, Aug 26, 2009 at 12:28 AM
Subject: Several complaints
To: comments@dunkindonuts.com.my


Hello.

I just want to make some complaints about your outlet, somewhere in the Central Region of Malaysia.

Last time, I visited this outlet (since I never step-in to the Dunkin Donuts before), and picked several donuts. I picked 4, then, i brought it to the counter, near the donut showcase. I saw the price of 1 donut is RM2.20, so I randomly calculated the total amount of the donuts. I handed them to your staff, then your staff asked me to pick another 2, to make it 5 free 1. He (the staff) said that, 5 free 1 is more better because the price of a piece of donut would become cheaper. I asked him, how much? He said, RM11.55.  For me, it's ok to pick another 2 because it could be my additional snacks when I'm aboard. So, i picked another 2 donuts. I brought it to the counter, and your staff packed it into the box. He then asked me to pick a bottle drink, so I picked it since I thought it was a free gift for me. He assembled my order, and he mentioned the price. I was quite shocked after that. Total amount, RM14.50. WHAT? Just now he said, it is RM11.55. What is this? It's RM3 more than he mentioned.

I'm so sorry to make some remarks about your products.

I often visited Big Apple Donuts, and bought some of them. They were so tasty, Theirs made me addicted. But when I ate yours, I didn't think it's a donut. It is more like a biscuit. Sorry to say that. Additionally, if i picked 5 donuts at Big Apple, none of their staff pushed me to pick 6. Note that.

1. Where are your varieties? I picked Choc Frost, then I saw it haven't any distinguishing features that make it different from Crunchy Choc and Nutty Choc. The taste is almost similar.

2. Why your donuts could 'transform' into a biscuit for about 1 hour after purchased? What happen?

3. Where is your pride? I would say, your pride should be donuts, not sandwiches. If you used to promote sandwiches, more than you used to promote your donuts, I would suggest you to change your outlet name into 'Dunkin Sandwiches'.

I'm so sorry if i make you unhappy about my complaints. As a customer, I have rights to give some opinion to any unpleasant issues.

Thank you.


[Tak lama lepas dia hantar mail kat atas, dia hantar lagi]

Dear Valued Customer,

We deeply regret on your unfavorable experience at one of our outlet in your recent patronage.

As a gesture of appreciation, we would like to recompense your dissatisfaction. In view of this, we would like to compensate you with a RM30 Dunkin' Donuts Cash Voucher.

Please furnish us your name, contact details & postal address for us to proceed with mailing you the vouchers.

Once again, we apologize for your unfavorable experience & we look forward to see you again.

Thanks.



****** ******
Marketing Executive
Dunkin' Donuts
DID        : +6012 2*** ***
Email    : ******@dunkindonuts.com.my


This message is intended for the sole use of the employee(s) of Golden Donuts Sdn. Bhd. and/or entity to whom it is addressed, and may contain information that is legally privileged, confidential and exempt from disclosure under applicable law. If you are not the intended addressee, nor authorized to receive for the intended addressee, you are hereby notified that dissemination, distribution, copying or disclosure of this information is strictly prohibited.

Yang tak tahan nye, ayat aku tuh. Aku tak reply balik lepas tu. Tujuan aku troll DD ni adalah semata-mata untuk tengok management dia macam mana. Are they really care about their customers' complaints? No, they weren't.

[OK. Original blog post end here]

If they really care, they will ask for my phone number and ask me a few questions regarding the incident. Just how Pizza Hut did to me a year later (that was a different story)!

See how they responded. Give vouchers to shut my mouth from spreading this flaws to others? If that's the only way you care about your customers, no matter Dunkin' Donuts is no way to challenge Big Apple, Krispy Kreme, and J.Co donuts. You are thinking about your survival in business but you are not considering customer complaints, the way you should consider. I'm not surprised, by the way. 

You have opened your first outlet in Malaysia, several decades ago, but until now, you still don't have your own website. Your Facebook page, somewhat, useless. Promotion failed! How pathetic!

#PROBLEM?

Selective Tweets

Tak tau nak post apa. Ni jela yang aku rajin nak post. Enjoy.

First time Obe reply tweet aku. Aku rasa agak teruja la sebab Obe ni famous blogger. Tapi aku masih menunggu Jack Wilshere atau Robin van Persie reply tweet aku. Haritu masa birthday aku, aku ada tweet diorang, tapi sekor pun tak retweet. Chaittttt.

Second time Obe reply tweet aku, aku dimaki! HAHAHA! Ni aku ejek tabiat typo dia, tak memasal kena balik kat aku. Hiyaaarrrgghhhhh!


3rd time Obe reply, kali ni sebab aku tanya informative question sikit kan. Since aku dulu bekas pekerja Dunkin' Donuts.

Nothing funny actually. Just a little bit sarcasm.


MATLAB punya Twitter sangat WIN! Aku tak faham soalan assignment aku haritu, dah buntu sangat. Aku pi la tweet kat Twitter MATLAB ni. Tak sangka dia reply!  4 kali aku tweet, 4 kali dia reply. 

Well, dalam Twitter, kalau seseorang 'retweet' tweet korang, korang akan rasa sangat....sangat ape eh? Best la kot.

Jack Wilshere masih tinggal dengan mak dia rupanya... Dah jadi star pun masih hidup besederhana. Bagus mamat ni. Keep it up, lad!

Reaksi Jack Wilshere dan Robin van Persie selepas match Barcelona vs Arsenal, yang berkesudahan 4-3 pada agregat. The dismissal of van Persie in the second half left so many questions. Then recently, Jose Mourinho sparked a controversial statement, claiming that "Barcelona, under Pep Guardiola NEVER won Champions League 'cleanly' through the tournament,". Then he faced proper conduct from UEFA (still to come, I haven't checked the news).

Tweet from Zaid Ibrahim. Aku tak follow dia, ini Obe yang retweet. So, aku pun retweet balik. Aku rasa macam stylo je orang politik ni tengok bola. 

That's it. See you next time.

Saturday, April 16, 2011

Yeah! Aku dah cakap dah, Idy.

Ohai.. Hai-O. Heish, dah sekian lama aku tak tulis pasal event around me. Asyik cerita pasal facts je. By the way, happy birthday to me! Owww, blueberry, my favourite. Dah 21 dah aku ye. Boleh mengundi dah lepas ni.

Kali ni entry aku lain sikit la. Pasal EM EL EM. Amende tuh? MLM la. Tapi aku spesifikkan entry aku ni pada satu MLM ni je - Score A. Rilek ye Idy. Dulu aku pun pernah kena jugak. Dia MLM ni, chance nak kena tipu tu bergantung kepada berapa downlines yang kena cari. Uik! Rilek dulu. Itu nanti aku cerita kemudian dalam post ni.

(Click photo to enlarge)

Ini printscreen status kawan aku yg suatu masa dulu rapat dengan aku. Muhammad Nor Izdihar. Well, asalnya, dulu aku yang terjebak dulu dengan menatang haram MLM ni. Tapi dalam tempoh aku join benda tu, aku terasa macam benda ni tak bawak satu kebaikan pun! 

Actually dulu aku pernah ajak Idy ni join Score A (waktu aku bebal dulu). Tapi dia tak join. Takde sekor pun join bawah aku sebab aku pun buat kerja sambil lewa. Malas nak all out. Tak macam mangkuk-mangkuk Score A yang selalu lepak kat Damansara (HQ Edata Network) tu tiap-tiap Sabtu Ahad. All out diorang tu semua. All out head-hunting downlines. All out mengemis.

Based on Aidid Muaddib's informative blog entry, MLM ni adalah satu bisnes piramid. Skim piramid. Bisnes yang dimulakan dari atas, dan berkembang ke bawah. Bisnes atau perniagaan ni, mana la boleh mula dari atas. Kena mula dari bawah. Tapak, foundation, fundamental. Tapak dah kukuh, dah kuat, baru bisnes boleh maju. Contoh la, ko nak buat piramid. Ko start dari atas. Ko tau tak berapa tinggi nak taruk batu apa semua sampai bawah, berapa biji nak taruk, etc? Unless kalau ko start dari bawah, ko akan boleh bajet berapa tinggi ko nak buat bangunan ko tu. Betul tak?

OK, aku rasa semua dah tau yang MLM ni kerja dia bukan jual barang, tapi lebih kepada cari orang. Why? Dey, kalau la ko pergi talk dia, apa yang 'jutawan-jutawan' dia cakap kat speech? 'Macam mana nak cari downline'. What the hell is that? Well, walaupun ada yang kasi cakap pasal 'Kehebatan produk kami', hebat ke masalahnya? Sudah menjadi lumrah sesebuah syarikat MLM untuk mencanang dan mengagung-agungkan produknya sendiri. Macam la produk dia tu datang dari galaksi lain. Contohla kan (since aku dah pernah join Score A), asyik duk mengagung-agungkan produk dia je. Aku pergi talk dia, speaker dia cakap "Hebat produk kita tuan puan, hebat,". Pastu muka sengih mintak penampar. Pastu ulang ayat tu jela ulang kali. Amende? Dey kalau la produk ko tu hebat gila pun, jual tepi jalan pun ada orang nak beli. Buat advert gempak-gempak macam advert Audi, macam advert Volkswagen. Volkswagen tu ada teknologi Park Assist tau? Masuk gear, kereta parking sendiri. Tak payah MLM pun?

Daripada blog Aidid Muaddib ni. Aku ekstrak sikit content dia. 

1 downlines 2, kadar kerugian > 50%
1 downlines 3, kadar kerugian > 67%
1 downlines 4, kadar kerugian > 75%
1 downlines 5, kadar kerugian > 80%
1 downlines 6, kadar kerugian > 83%
1 downlines 7, kadar kerugian > 86%
1 downlines 8, kadar kerugian > 88%
1 downlines 9, kadar kerugian > 89%
1 downlines 10, kadar kerugian > 90%
1 downlines 11, kadar kerugian > 91%
1 downlines 12, kadar kerugian > 92%

Score A kena cari berapa orang? 4. Berapa kadar kerugian? 75%. Maknanya, mangkuk-mangkuk (termasuk aku, DULU) yang join Score A ni, 75% tak dapat balik modal! Mana lagi 25%? Haaa. 25% tu yang tiap-tiap minggu kasi talk, kononnya jutawan la kan. Itu la diorang. Macam kat Score A, 25% tu terdiri daripada Hanif Azmi Edata dan bini, Tuan Haji Imran Apokobondo Tah, Si Botak Aku Lupo Namo Eh, dan mangkuk-mangkuk jutawan yang lain.

Itu baru 1 cari 4. Score A baru 1 cari 4. Kalau Gelang AC yang 1 cari 12 tu? Hambek kau! 92% loss. 8% je yang untung. 92% duit downlines tu ada kat mangkuk-mangkuk dalam 8% tu la...! Oh, patut la AC Mangkuk Hayun boleh beli Bentley! Ingat murah ape Bentley tu.

Walaupun fatwa kat Malaysia ni meletakkan MLM sebagai harus, tapi aku tetap tak nampak mana harusnya tu. Mana harusnya? Head-hunting downlines tiap-tiap hari, bukan tumpu pada jual produk pun. Siap ada kursus lagi macam mana nak tarik downlines. Suruh pinjam sikit duit kat mak bapak adik abang kakak nenek  sedara kawan apa semua. And then bila bisnes dah 'maju', bayar balik duit tu. Ini nak jual produk ke, nak head-hunting downlines?

Kalau mangkuk-mangkuk Score A, duk mencanang la diorang yang bisnes diorang ni patuh syariah. Patuh syariah kalau korang baca Manual Kepatuhan Syariah dia tu. Berapa peratus je la yang ikut apa yang manual tu cakap? Satu lagi, duk guna hadis ayat al-Quran apa semua. What the hell is that? Nak rompak duit orang, guna hadis, ayat al-Quran? Betul ke tu? Ada sekali tu, speaker tu kata nak sebarkan MLM Score A ni macam dakwah Rasulullah. Sebar kat orang terdekat dulu, baru kawan-kawan. Amende la woi. Hadoi... Takde benda lain semulia dakwah Rasulullah tau? Nak samakan rompak duit member dengan dakwah Rasulullah tu apekehe nye yeop?

Kalau korang perasan la, mangkuk-mangkuk MLM ni, ayat sama je diorang guna. Contohnya,

"Kalau aku dah berjaya, korang bila lagi? Takkan nak tengok je aku berjaya sorang-sorang? Jomla buat sama-sama.."

"Peluang hanya datang sekali. Kalau ko tak ambik peluang tu, bila lagi dia nak datang?"

"Buat dulu, baru tahu bro. Aku dah buat, untung. Setakat aku yang cikai ni, menjadi, ko tu apatah lagi kan,"

"Aku takkan rugi kalau ko tak join. Ko fikir la sendiri,"

Dan ayat-ayat lain.

Amende kasi ayat-ayat macam tu? Ayat desperate namanya tu. Dah orang taknak join, taknak la. Duk pujuk peluang datang sekali la, dah buat la, amende? Apekehe? 

75% bukan sikit bhai. Banyak. 100 orang yang join, 75 jadi taik, 25 jadi jutawan. Yang 25 jadi jutawan tu mana dapat duit sampai jadi jutawan? Mana lagi, duit yang 75 tu la! Lepas tu blah macam tu je bila sistem piramid tu dah crash. Oh lupa nak cerita pasal crash.

OK, skim piramid ni kan start dari atas. Dari sorang, cari 4 orang. 4 cari 16. 16 cari 64. Macam ni:

1
4
16
64
256
1,024
4,096
16,384
65,536
262,144
1,048,576
4,194,304
16,777,216                     
67,108,864                      [lebih dari penduduk Malaysia]
264,435,456                  
1,073,741,824                 [lebih dari penduduk Amerika Syarikat]
4,294,967,296               
17,179,869,180               [lebih dari penduduk dunia!]
...
...
dan seterusnya.

Or.. Like this can ah?
Exactly like what I said just now!

"The chart shows how pyramid schemes can become impossible to sustain,". Oh yeah, you got the point, dude. Dude, Where's My Money? Sweet!

Kalau Score A ni, atas sekali yang sekor tu, Jason Kok. Jason Kok cari 4 orang. Jason Cock, Jason Cockroach, Jason Peacock, Jason Cockpit. And then, Jason Cock, Jason Cockroach, Jason Peacock, Jason Cockpit cari lagi 4 orang kok/cock. Bawah tu, cari lagi, cari lagi, cari lagi dan lagi dan lagi.

Penduduk Malaysia ada 28 juta. Kalau la semua 28 juta orang Malaysia join, head-hunting tiap-tiap hari, kat level 14 dah crash! Maknanya, dah takde stok downlines baru. So, money flow dah takde, sistem crash la. Collapse. Yang duk atas-atas tu banyak la duit dapat. Yang bawah? Macam aku cakap tadi, jadi tahi! Itu pasal, mangkuk-mangkuk MLM ni selalu cakap, "First come first serve,". Ini la maksud dia. Aku tak tau la mangkuk-mangkuk tu dah already ada ilmu ni kan, tapi mangkuk-mangkuk MLM ni join MLM sebab duit je. Sebab produk tu memang nombor berapa entah. Takde kot. Itu baru Malaysia, dah ada potential nak crash. Kalau dunia?

Aku join (terjoin) Score A dulu, ada satu sesi perkongsian ni la. Speaker dia ex-student UTP. Ambik mechanical engineering pulak tu. Buat malu mechanical engineer je. Dia kata, bisnes Score A ni sesuai untuk pelajar. Kenapa? Sebab (dia kata) students kan ada pinjam PTPTN, loan MARA, apa semua. Then, cukup ke semua tu untuk sebulan? Cukup ke semua tu untuk kita? Ceh. Mata duitan macam ko tu la yang tak cukup. Macam haram. Brainwash nak kasi kaw-kaw suruh join. What the hell la mangkuk-mangkuk MLM ni. 

Kononnya la, kalau student IPT ni mak bapak pandang tinggi sebab nak suruh anak dia masuk IPT nanti bila dah besar. So, boleh market sikit kan. Market kepala hotak kau la. E-learning consultant konon.

Orang yang takde ilmu, takkan tau MLM ni akan crash jugak satu hari nanti. Crash bila takde money flow dari bawah. Aidid Muaddib dah berbuih mulut kasi ilmu, tapi masih ada lagi mangkuk yang tak faham! Masih lagi nak defend sistem MLM yang penuh dengan flaws ni.

Satu lagi pasal MLM kalau korang perasan, produk dia mahal nak mati! Contoh la, portal Score A tu. RM796 untuk setahun? RM796? Score A hanya memerlukan komputer, internet, server, dan kepakaran dalam programming. Itu je. Takde kos bahan api, takde kos mesin, takde kos manufacture, takde kos yang kebanyakannya industri pening kepala mikio nye. Yang ada, kos elektrik, kos internet. Ada la kos-kos sampingan yang lain. Tapi takkan nak balik modal, kena jual sampai RM796?

Kepada yang tak tau, meh aku nak kasi tau. Itu RM796, harga portal tu paling mahal pun RM100++ je. Mana lagi RM696? Itu kasi upline la! Upline! Yang ajak korang join tu. Yang berbuih mulut bersembur air liur ajak korang jadi e-Learning consultant tu. Itu ler. Kalau la bagus sangat portal Score A ni, kalau la ikhlas nak tolong budak-budak belajar, jual je tepi jalan dengan harga RM90. Kasi tau pasal features yang kononnya hebat tu, buat bunting, buat flyers. Tak payah MLM. Sure ramai yang beli. Nak suruh anak berjaya la katakan. Ini tak. Nak suruh anak berjaya, ajak join MLM. "Anak Skor A, Ibubapa Skor RM". What the hell? Nak makan penampar? Why must ada phrase "Skor RM" kat belakang? Ikhlas ke tak nak tolong budak-budak belajar ni?

Aku adalah pengikut setia blog Aidid Muaddib. Entry ni kiranya overview je untuk isu MLM. Kat blog Aidid Muaddib tu lagi banyak info. Melimpah-limpah info dia.

Dah banyak aku membebel. Bagi siapa-siapa yang tergerak hati nak join MLM sebab duit tak cukup tiap-tiap bulan tu, aku nasihatkan.....tak payah la. Jangan buang masa dengan cari downlines bodoh tu. Jangan buat muka tak malu, mengemis duit cara MLM. Berbuih mulut pujuk orang semata-mata nakkan duit dia. Bodoh namanya kan? Banyak lagi cara untuk dapat duit, itu jugak yang dipilihnya.

#Problem MLMfags? You jelly?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...