Thursday, January 13, 2011

Exam?


Hampir 4 minggu aku bergelumang dengan nota2, equation2, buku2 yang sangat menyerabutkan kepala hotak aku. Dalam 3 minggu ni jugak, banyak la pengalaman2 yang takkan dapat aku lupakan. Orang ketiga menggapai puncak Gunung Nuang (gunung tertinggi di SELANGOR) adalah kenangan paling berharga (walaupun nak naik base camp tu aku hampir pitam. Cet).

Minggu pertama, bulan pertama, tahun baru ni je dah banyak aku belajar tentang kehidupan. 0228 jam, aku tak tidur lagi. Baru lepas menelaah HG2 M13. Baru lepas men-terbengkalai-kan Fourier Series. Update la kejap blog ni.

Firman Allah;

"Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap2 sesuatu,"

[65:3]

Well, selama 4 minggu ni aku dah usaha sehabis baik. Yang tak faham aku cuba fahamkan, yang dah faham aku cuba fahamkan lagi. 

Macam ayat kat atas, aku takkan dapat sangka apa yang Allah akan bagi kat aku dalam exam kali ni. Either it is bad or good, I wouldn't know. Apa yang aku dapat nanti memang aku takkan sangka, melainkan Allah.

Macam SPM, aku tak sangka aku dapat sebaik itu. Foundation, aku tak sangka aku dapat seteruk itu. First year, aku tak sangka aku dapat seteruk itu. Tak disangka-sangka.

Kalau kita pandai, setiap semester kita dapat bagus, nombor 1 dalam tingkatan, adakah kita akan menyangka, confirm kita akan dapat 10A+/10A1/straight A/whatsoever? Semasa kita menunggu result tu, hanya ada 2 kebarangkalian. Kebarangkalian untuk teruk adalah 0.5, kebarangkalian untuk baik adalah 0.5. Bila kita dapat result, masa tu la kita takkan sangka result yang kita dapat tu.

Tak faham lagi?

OK. Katakan la semester 1 kita dapat 4.00. Semester 2, 3, 4 pun kita dapat 4.00. Adakah CONFIRM untuk semester ke-5 kita akan dapat 4.00? Kalau kita dapat 2.00, adakah kita menyangka, kita akan dapat seteruk itu?

Katakan la semester 1 kita dapat average 80%. Semester 2, 79%. Semster 3, 81%. Semester 4, 80%. Adakah semester 5 kita akan dapat average 79-81%? Kita tau tak?

Semestinya tak! Melainkan Allah sahaja yang tau. 

Dapat result bagus itu adalah satu rezeki. Dapat result tak bagus tu jugak merupakan satu rezeki. Kenapa?

Kalau kita dapat result bagus, mungkin kita akan rasa riak, ujub, takbur. Untuk menghilangkan rasa macam tu, Allah bagi kita result tak bagus. Result teruk. Masa tu baru kita nampak siapa kita. Kat mana kita. Kat mana tahap usaha kita. Tanpa kita sedari, Allah sendiri dah tunjukkan rezeki untuk kita dalam bentuk macam ni la. Allah dah tolong kita elakkan diri dari rasa riak, ujub, takbur tu. Betapa sayangnya Allah kat kita. Astaghfirullah...

Kita takkan menyangka rezeki kita. 

Ada yang 4 tahun belajar engineering. Bila mintak kerja, tak dapat. Bila frust, bukak bisnes ayam golek. Bisnes maju. Ada kita sangka?

Ada yang 7 tahun belajar medic. Jadi doktor, bagi ubat tak betul. Balik kampung, bukak bisnes jual kambing. Bisnes maju, permintaan ramai. Ada kita sangka?

Apa yang kita mampu buat hanyalah berikhtiar, berusaha, dan bertawakkal. Consequence nya, hanya Allah yang tahu.

Wallahua'lam.

P/S: Selamat menjawab peperiksaan kepada Gegena Paraben Eson!

1 comment:

ainShahajar said...

good..

betol.. kita takkan sangka rezeki kita camne..

sentiasa kena kuat.. itu sahaja..

salam perkanalan
nice blog =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...