Malas nak cakap panjang. Aku sort cerita aku ikut bulan.
JANUARI 2010
- Dapat elaun MARA setelah 4 bulan menunggu. Joli sakan elaun tu.
- Beli henpon baru, Nokia 5800 XpressMusic.
- Bazirkan duit aku belikan henpon untuk seseorang.
FEBRUARI 2010
- Cubaan berani mati - mengutarakan proposal nak kawin (gila) kat parents aku. Diorang tak bagi.
- Setelah sekian lama bawak kereta ke kampus, aku terpaksa guna motor sebab abah aku dah hilang kepercayaan kat aku untuk guna kereta. Pinjam motor pakcik aku. BJW 8416.
- Join bisnes Score A.
MAC 2010
- Tak pasal2 rasa tak puas hati dengan henpon XpressMusic aku. Trade-in, angkat Sony Ericsson T707.
- First time attend preview Score A.
APRIL 2010
- Umur aku mencecah 20 tahun. Bukan lagi remaja pada hakikatnya.
- Professional Studies presentation. Done well. Alhamdulillah.
MEI 2010
- Final exam 1st year mechanical engineering. Susah gila nak mampos.
- First time tengok mak aku kena rasuk dengan jin. Wargh!
- Summer break begins.
JUN 2010
- Fabrication lab for spring cart project.
- Jaulah 2010 Terengganu. 1380.5 km aku drive. Rehat hanya 5 jam. Itupun tidur2 ayam.
- FIFA World Cup South Africa. I picked Netherlands as my favourite.
JULAI 2010
- Final match FIFA World Cup South Africa 2010. Netherlands 0 - 1 Spain (aet). Kecewa.
- Dapat result untuk first year. Teruk gila. Double kecewa. DANG!
OGOS 2010
- Picnic di Port Dickson bersama Syahid, Lah, Daniel. Bawak Mercedes Benz, kacau org tengah buat projek malam2.
- Kenal Farah Hanin dlm Facebook yang kemudiannye menjadi kontroversi antara aku dgn X (malas nak cakap). I don't know what she thought. I'm just putting Farah Hanin as my friend. I don't know where was my fault then.
- Ramadhan 1431.
SEPTEMBER 2010
- Beli henpon baru. Sony Ericsson C901 Greenheart.
- Aidilfitri 1431. Beraya di rumah dulu, petang tu balik Muar. Baju raya tahun ni kaler biru.
- Sepupu berangkat ke Jordan. Yang pertama dalam keluarga besar aku. Aku bila la lagi.
- Berpindah ke rumah sewa baru di Taman Tasik Semenyih. Ehsan Syahid Marley. Perfect house.
OKTOBER 2010
- Kelas pertama, 2nd year mechanical engineering bermula.
- Hubungan yang kononnya bahagia, runtuh disebabkan isu open house. Lepas tu aku dah tak berminat lagi dah. Aku lebih gembira single macam ni. Takde distraction.
- Picnic di Port Dickson bersama Syahid, Sufi, Naz, Lah, Rahman, Idy.
- Terjumpa semula kawan semasa di SMKA Kuala Abang 7 tahun dulu. Syarifah Farhana Syed Mohamad. Dulu tak cakap sepatah haram pun sebab malu2. Sekarang, cakap macam dah lama kenal (memang lama pun).
- Pakcik dan makcik aku berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji.
NOVEMBER 2010
- Bermulanya minggu kesengsaraan pertama dalam tahun kedua.
- Kenal pulak Nurfarhanah binti Roslan dalam Facebook. Junior aku masa aku form 5.
DISEMBER 2010
- Open table nasi Arab kat Cyberjaya dengan member2.
- Minggu kesengsaraan kedua.
- PIKOM Digital Lifestyle di KL Convention Centre.
- Bercuti bersama keluarga tercinta di Terengganu. Sangat best sebab sepanjang perjalanan, abah aku asyik buat lawak je. Aku yang drive pun asyik tergelak.
- Sambut tahun baru 2011 di base camp Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor. Orang ke-3 sampai puncak.
2010 mengajar aku, keluarga adalah segala-galanya.
2010 jugak mengajar aku jenis2 perempuan yang ada dalam dunia ni.
Terima kasih 2010.
1 comment:
detail.. gle.
herm... ppe pn..
mabruk. nmpk dah berubah!
Post a Comment