Saturday, January 22, 2011

Menggamit memori silam

Exam dah habis! Freedom untuk 2 minggu je. 6/2/2011 dah masuk semester 2. Takleh dah nak enjoy kalau nak score 60% above.

Sebelum paper Materials In Design haritu, aku memang cari nahas. Aku scroll down wall Facebook aku sampai habis! Sampai kat bawah tu dia tulis "There are no more posts to show". Memang takde kerja, padahal ada 11 chapter aku kena khatam. Memang cari nahas!

On the way nak sampai bawah tu, macam2 aku jumpa. Lawak, sedih, gembira, takleh blah, semua ada. Memang menggamit memori silam. Dulu aku ingatkan aku bukak akaun Facebook bulan 1/2009. Rupanya 26/3/2009. Bulan 3 ni genap 2 tahun Facebook aku! Yeehaa!

1. The beginning
Status pertama aku; "account baru beb, add aku,"
Kawan pertama aku; Mohd Syahid bin Kasman
Kawan bukan rakyat Malaysia pertama aku; Adil Ahsan (Saudi Arabian)
Wall post pertama ditulis oleh; Mohd Syahid bin Kasman


2. Last paper - Foundation Programme

3. First time kerja

4. Kena sound dengan Hanis a.k.a Supervisor
Kena sound sebab tak potong sayur dengan buat tuna untuk syif petang. Dahla baru first time jadi cashier kitchen, satu haram pun aku tak tau. Budak2 lama mana nak ajar aku. Hamjad.


5. Ditawarkan naik gaji selepas hanya 3 hari bekerja
Area Manager panggil aku masa aku tengah lap meja. Tak pasal2 tanya aku nak naik gaji tak. Takkan baru 3 hari kerja dah nampak kredibiliti aku? Hamjad.


6. Brand training di Dunkin' Donuts Headquarters, Hulu Kelang
Brand Training yang bosan. Ngantuk. Tapi best sebab dapat makan donat keras fresh. Baru lepas goreng aku terus celup coklat, telan. Memang mashuk!


7. Tengok Transformers 2 sorang2

8. Ditukarkan ke KL Sentral serta merta
Entah kenapa aku kena tukar ke KL Sentral. Aku kerja elok je. Lepas aku kena tukar, baru manager outlet Mid Valley berebut2 nak aku balik. Boleh blah.


9. Cashier - duit short
Cakap je taknak jadi cashier tu. Sampai aku resign pun, position aku cashier je. Tapi bila short aku bayar 100% la. Takde kongsi2 ni. Pergi mati la, aku nak gaji haram halal.


10. Kena puji dengan orang atasan Dunkin Donuts
Ni gara-gara hal overring slip la ni. Selalunya, overring slip tu, cashier2 sebelum ni tulis "Customer cancel order". Tapi aku rasa macam bodoh lak tulis ayat sama. Aku pun buat essay bodoh pendek. Sampai kat area manager, dia terberak ternganga. Dia bawak slip tu pergi HQ, tunjuk kat orang2 atasan. Orang2 atasan photostat slip yang aku tulis tu, edar kat semua outlet. BERGH! Manager pun decide nak naikkan gaji aku.


11. Kompilasi - buli Kak Siti
Gelagat Kak Siti yang mencuit hati. Taknak kerja cakapla taknak kerja. Ni tak, buat alasan duit tinggal RM5 la, sakit gigi la, nak pengsan la, baru balik kelab malam la. Aku, Naz dengan Faiz duk gelak tak habis2.

Downstore tu, ayat die la tu. Masa tu ada la orang putih datang kedai. Dia tanya aku, kat mana ada kedai henpon yang jual SIM card DIGI. Aku baru je nak bersuara, Kak Siti tu dah membebel.

"Hello.. You want to find handphone? You can go downstore, there a lot of handphone shop. Yes, yes. Downstore..." Aku diam je. Nak gelak, tak sampai hati kan.


12. Buih cappucino tinggi sejengkal (aku yang buat ye)
Aku kerja sementara je kat Sg. Wang Plaza tu. Kebetulan masa tu DD KL Sentral terlebih pekerja, DD Sg. Wang takde pekerja. Aku sampai sana, semua peralatan baru. Even mop lantai pun baru. Yela kan, baru bukak. 

Ada la 3 ekor orang putih datang. Mintak cappucino. Aku pun buat. Mesin kopi dia sama macam kat outlet KL Sentral, tapi entah kenapa bila aku steam susu tu buih dia naik semacam. Bila aku tuang susu tu kat kopi yang dah dibancuh, memang menaik la buih susu tu. Tinggi KLCC sejengkal oohhhhhh!!!!!

Bila aku serve kat orang putih tu, dia siap ambik gambar dengan DSLR dia beb!!!!!


13. Last day kerja
Manager (Kak Ain) tak bagi aku resign, sebab masa tu outlet KL Sentral kekurangan pekerja. Ramai dah resign. Tapi aku tak peduli dah. Aku dah takde semangat nak kerja sebab seminggu sebelum tu, aku punya jadual straight 2 minggu opening (kena bukak kedai pagi pukul 6!). Mane tak bengang kan. Pergi mati la sama kerja.

P/S: Dulu aku suka sangat buat smiley. Sekarang ni aku rasa menyampah dengan smiley. Macam fake je.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...