Aku start guna henpon maa Form 1, masa tu aku kat MRSM Kota Putra. Masa baru masuk, parents diberi taklimat daripada Pengetua waktu tu, Haji Idhan bin Mamat. Dia kata, student boleh guna henpon, tapi kalau hilang, tanggungjawab sendiri. Kawan2 aku masa tu boleh kata ramai jugak la yang dah ada henpon. Masa tu mak aku nak belikan sebijik, tapi oleh kerana abah aku taknak bagi aku senang sangat, die taknak belikan. Ada kawan aku yang beli on the spot dekat pekan Jerteh lepas je Pengetua bagi kebenaran. Gila.
1. Nokia 3315 (2003)

Aku angkat henpon ni dengan harga RM290. Masa tu paling murah henpon ni la. SIM card dia aku beli TMTouch, harga RM50 lebih. Total dalam RM300 lebih. Bergaya la aku kejap lepas tu.
2. Motorola T190 (2003)

Bila dah guna henpon ni, aku rasa menyesal sikit. Sebab keypad dia getah lembut. Taip mesej bunyik "ketak ketak ketak". Lembut gila pulak tu. Lepas tu, nombor atas keypad tu cepat tertanggal.
Agak lama jugak la aku guna henpon ni. Hampir setahun. Aku beli masa aku akhir tahun Form 1, habis guna masa akhir tahun Form 2 sebab rosak.
3. Sony Ericsson T100 (2005)
Kalau sebelum2 ni aku beli sendiri, kali ni abah aku belikan. Tiba2 je. Abah aku baru balik outstation kat Kuantan, terus hulur kat aku kotak henpon. Terkejut gak aku. Bukak2 tengok henpon ni. Masa tu Sony Ericsson tak famous lagi. Selalunya abah aku suka barang2 famous, tapi kali ni tak tau kenapa tiba2 die beli brand yang kurang famous.

Yang tak best pasal henpon ni banyak. Butang cancel dia kat tengah2 navigation tu ha. Selalunya kat tengah2 tu ada navigation pad.
Masa tu navigation pad ada 2 je. Atas dan bawah. Dia punya navigation pad, atas kat sebelah kiri, bawah kat sebelah kanan. Susah jugak la bila nak taip mesej.
Paling takleh blah, bila nak taip mesej, space dia kat butang 1. What the hell??
4. Motorola C380 (2005)
Setelah bosan guna Sony Ericcson T100 tu, aku rasa nak beli baru la pulak. Asyik duk pikir mana nak cari duit. Last2 dapat jugak 'funding' daripada seseorang (tak payah la aku cerita sebab bahaya sikit). Aku angkat Motorola C380. Macam biasa, aku beli kat pekan Jerteh je. Hari Sabtu outing, beli menatang ni.

Malangnya, aku sempat guna menatang ni beberapa bulan je. Bila habis PMR (masa tu memang sehari sebelum angkut barang semua balik KL), henpon aku telah dicuri oleh seseorang. Aku tengah charge, selit bawah bantal. Tah macam mana aku tak perasan dia seluk bantal aku. Aku tau siapa pencuriknye. Aku kenal sangat. Ada khabar angin mengatakan dia ambik result PMR, bergaya dengan henpon aku. Ceh.
5. Nokia 2300 (2005)

Aku pilih la henpon ni. Cikai je. Paling2 pun ada radio. Tapi keypad dia best. Nokia kan. Display dia pun terang (lampu putih). Ringtone dia polyphonic, tapi bila compose, bunyik "tung tung tung" je. Aku pakai henpon ni tak sampai 4 bulan rasanya. Lepastu? Beli baru laa.
6. Nokia 3120 (2005)

Henpon ni pun best. Keypad dia best, biasalah Nokia kan. Display dia terang. Taip mesej pun laju. Aku guna henpon ni sampai pertengahan tahun Form 4.
Lepas tu, henpon ni hilang. Hilang seminggu sebelum aku pindah MRSM Terendak. Sama kes macam time aku Form 3, hilang masa aku tengah cas, tengah tidur, selit bawah tilam. Kali ni aku tak tau siapa pencuriknya.
7. Sony Ericsson J200i (2006)

Henpon ni memang tak best, sama macam Sony Ericsson T100 aku dulu. Taip mesej bunyi "ketak, ketak, ketak". Keras. Tak smooth.
Henpon ni best satu je. Ringtone dia. Polyphonic 64 channel. Macam Samsung la.
Aku guna henpon ni sampai aku habis Form 4.
8. Sony Ericsson T630 (2007)
Ini henpon kamera aku yang pertama. Aku beli kat Jalan Masjid India. Masa tu aku jalan2 dgn adik aku, ushar2 kedai henpon. Lepas tu ternampak henpon ni kat satu kedai tu. Nampak macam baru, murah pulak tu. Bila tanya, second hand rupanya. Ceh. Tapi aku angkat jugak. Henpon kamera kan. Excited la sikit.

Ada jugak MusicDJ (boleh buat ringtone sendiri).
Aku guna henpon ni sampai habis SPM. Henpon ni la yang hampir2 kena rampas dengan Ustaz Wahab dalam spot check. Henpon ni aku taruk dalam loker je. Tak expect pulak petang tu ada spot check lepas assembly. So, aku escape spot check tu, nyorok dalam tandas blok akademik. Bila warden tanya, aku suruh roommate aku cakap aku pergi klinik. Bapak jahat.
9. Nokia 6670 (2007)

Mak aku pun bagi la. COD kat Giant depan rumah aku. Dapat je henpon ni, excited gila aku. Ambik gambar sana sini, ambik gambar adik aku. Jakun kan. Biasalah.
Henpon ni pun best. Kiranya ni smartphone pertama aku la kan (sebab Nokia 6670 guna Symbian OS).
Aku guna henpon ni pun sekejap je. 5-6 bulan macam tu je. Lepas tu? Takkan tak tau..
10. Nokia 5300 XpressMusic (2008)

Henpon ni pun best. Henpon slide pertama aku. Nak dengar lagu, tekan je butang 'play' kat tepi tu. Nak tukar, tekan je butang 'forward' atau 'rewind'.
Kamera dia je kurang best. 1.3 megapixel je. Kalau ambik gambar dalam keadaan kurang cahaya, gambar tu berbintik2. Tak lawa jadi.
Aku guna henpon ni pun beberapa bulan je. Bukan sebab bosan. Sebab adik aku bawak pergi asrama dia, lepas tu hilang masa study dalam surau. Dalam surau pun nak jadi setan ke??
11. Nokia N78 (2008)
Aku beli henpon ni sebelum raya 2008. Masa ni henpon ni fresh lagi. Model baru Nokia. Mulanya aku target nak angkat Nokia N73. Bila survey kat Low Yat, mostly penjual henpon rekomen aku angkat N78 (nak untung kan, ape ada hal) sebab model tu baru, lagi advanced. Aku pun terpukau la dengan kata2 penjual tu kan. Masa tu harga dia RM1100. Tambah tu tambah ni, semuanya RM1170 tak silap aku. Gila.
Balik rumah je, mak aku macam takut nak pegang henpon tu sebab mahal sangat. Mana tak nye, seribu lebih beb.
Henpon ni agak best. Ada WiFi. Kamera 3.2 megapixel, Carl Zeiss Optic Lens, auto focus. Masyukk. Symbian OS 3rd edition (paling latest masa tu).
Aku beraya dengan henpon baru. Ambik gambar raya pun pakai henpon ni je. Takde kamera2 digital lagi dah. Tak peduli aku.
Aku guna henpon ni setahun lebih. Paling lama la dalam banyak2 henpon yang aku beli. Maklumlah, dah mahal. Mesti mau kasi puas guna kan.
12. Nokia 5800 XpressMusic (2010)
Ada sekali tu, masa tu baru dapat elaun MARA. RM4000 lebih. Ape lagi, joli ah. Aku pergi Low Yat, jalan2. Tak tau nak beli apa. Pusing2, terlopong tengok gajet2 cool. Aku pun ushar la henpon Ushar je, takde niat pun nak beli. Ushar2, tanya tu tanya ni kat tauke kedai tu. Last2 aku rasa nak angkat pulak Nokia 5800 XpressMusic ni. Nafsu.

Ni la henpon aku yang paling advanced feature dia. Kamera 3.2 mega pixel auto focus, Carl Zeiss Optic Lens, LED flash, geo-tagging, touch screen, bla3....
Henpon ni adalah henpon yang PALING MAHAL pernah aku beli. Tapi, henpon ni adalah henpon yang PALING SEKEJAP aku guna. 2 bulan je!
13. Sony Ericsson T707 (2010)
Masa aku guna Nokia 5800 tu, aku rasa ada benda yang aku tak puas hati pasal henpon ni. Aku tak tau apa yang aku tak puas hati. Puas aku belek2 henpon tu, tak jumpa tang mana yang aku tak puas hati. So, aku decide nak jual henpon tu sebab aku tak rasa enjoy guna henpon tu. Aku berkenan dengan henpon ni pulak; Sony Ericsson T707. Survey2, harga henpon ni dalam RM500++. Aku jual Nokia 5800 tu kat member aku sendiri (Idy) dengan harga RM650 je! Separuh aku rugi beb! 2 bulan lak tu.

Apa yang best nye henpon ni? Aku pun tak tau. Berkenan je. Aku suka corak bulat depan dia tu je. Lagipun, ni henpon clamshell. Aku nak jugak try guna henpon clamshell kan. Satu je yang best. Gesture control. Apa benda tu? Google la sendiri.
Aku guna henpon ni 2 bulan. Lepas tu.....? Malas cerita.
14. Sony Ericsson C901 Greenheart (2010)

Aku beli henpon ni sebelum raya hari tu. Nak bergaya dengan henpon baru masa raya la kan. Macam tak tau. Aku beli dengan harga RM550, AP set. Boleh je mintak lagi murah, tapi kalau murah sangat tauke tu kata waranti untuk skrin die kasi sebulan je. RM480. Alah, tambah RM70 je, dapat waranti skrin setahun.
Apa yang best henpon ni? Kamera 5 megapixel Cyber-Shot, xenon flash (bukan LED flash ye!), accelerometer, banyak lagi la. Malas aku cerita. Yang pastinya, henpon ni tak sehebat iPhone atau Blackberry.
P/S : Mak, nanti orang dah kerja orang belikan mak Blackberry sebijik ye!
1 comment:
Samo la ngan aku.. henset c380 kena curik.. x pasal2 kene beli lg satu..hihi
Post a Comment