Sunday, July 17, 2011

Minggu gila sawan

Minggu ni (11 - 17 Julai 2011) adalah minggu paling huru hara tahun ni. Kenapa huru hara? Sebab huru hara la. Gile betul. Dari hari Isnin sampai Ahad, aku tak rehat langsung siang. Malam terus tidur. Gara-gara Toyota Skills Contest la ni.

Isnin, aku tolong Encik Mat susun barang untuk shipping ke Toyota Puchong Jaya. Lepas tu petang aku berangkat ke Puchong Jaya untuk susun barang-barang tu.

Selasa, aku tolong Pakcik Bakar pergi branch Sg. Rasah untuk ambik barang Body and Paint die kat sane. Tolong jugak Pakcik Bakar gilap trofi. Lenguh tangan dow.

Rabu pulak, aku tolong Pakcik Bakar buat soalan Body and Paint dia. Last-last minute pun belum siap. Orang tua kan, biasa la. Lambat la sikit speed nye. Tak pasal-pasal kena marah dengan bos. Aku balik rumah pukul 8 malam.

Khamis, tolong transfer kan kereta branch yang nak digunakan untuk contest tu ke Toyota Puchong Jaya. Aku deliver Avanza 2 bijik. 1 dari Klang, 1 dari Subang Jaya.

Jumaat, tolong angkat barang-barang besar untuk contest tu ke lori. Lepas solat Jumaat je, terus ke Puchong Jaya, prepare untuk contest Sabtu. Buat faulty untuk 8 Toyota Vios. Dengan harapan bila contestant datang, suruh baiki. Tapi....haram tak repair. Aku balik pukul 11:30 malam.

Sabtu! Toyota Skills Contest Grand Final 2011. Aku jadi quality control inspector. Penat dow diri. Macam haram lenguh kaki aku. Panas pulak tu. Kena lari sana, lari sini. Lepas tu, bila contest tu dah habis, kena kemas balik barang-barang tu. Susun balik. Angkut naik lori. Aku lepas contest tu, mata dah kuyu dah. Lotih wei.

Seminggu ni, aku tak cukup tidur. Meh kita kira sama-sama.

Sehari, aku start tidur malam pukul 1. Bangun pukul 6. So, 5 jam sehari aku tidur. 


5 x 5 = 25 jam untuk hari bekerja


Sepatutnya, tempoh optimum untuk seorang manusia tidur sehari adalah 8 jam.


8 x 5 = 40 jam untuk hari bekerja.

Tengok? 15 jam aku melayang. Patut la letih macam haram...

Jom photo travel kejap...

Hujung sana tu Wak Morsani. Yang duduk kepala tak botak tu Encik Man. Yang kepala botak tu, Encik Halim. Yang berdiri tu technician. Lupa dah nama dia. Besi belakang technician tu, barang paling berat nak mati. Jenuh nak angkut 5 bijik naik lori. Huhhhhhhh.

Ini sifu-sifu aku. Kepala semua masuk air. Dari kiri, Encik Mat, Encik Halim, Encik Nazli, Encik Man. Encik Nazli belanja makan megi goreng. 

"Hoist up!" Masa nak kemas petang Jumaat tu.

Bila 4 buah Vios dah ready. Ni sume aku yang parking ni. Yang lain sume tu Cik Jam yang buat. Aku kan pemalas. Masa ni dah siap buat faulty. Tukar spark plug rosak, adjust parking brake, bakar fius, dengan adjust timing belt. Bila start enjin, bunyik 'kriuk kriuk kriuk'. 

Ni aku yang buat ni. Tak caye sudah. Asmah yang update. Budak practical jugak.

Contestants. Sebelum di-introduce oleh MC yang macam haram. MC = Macam Cipan.

Dari kiri, Wak Morsani, Lupa Nama, Encik Irfan, Encik Halim, Cik Jamzurida. 

Ni la Service Advisors dia. Kak Zana pulak interframe.


GS Technician: Junior Category. Muka ganas-ganas...

Sekian.... Banyak lagi sebenarnya gambar, tapi aku malas nak upload. Hnnggghhhh..

Thursday, July 7, 2011

Lama gila tak update blog!

Assalamualaikum...

Since summer break ni, blog posts aku dah makin slow. Masa exam dulu punya la rajin update. Sekarang dah malas. Lagipun busy. Masuk office pukul 8, habis pukul 5:30. Balik dah penat. Tidur awal. Takpela. Aku update jugak. Nak cakap pasal ape eh? Orait, aku nak cakap pasal internship la.

Aku di-appointed-kan as a trainee in Service Operations Training (SOT) department, yang mana department ni bertanggungjawab mengajar dan melatih technician (atau kalau nak senang faham, mekanik) Toyota. Sepatutnya dalam ID tag aku tu bukannya TKDC (Toyota Knowledge Development Centre), tapi SOT. Sebab sebelum aku masuk, SOT ni bawah TKDC. Aku masuk je, SOT kena separate office. Dapat office kecik sikit.

Meh kita photo travel jap.


Ni la workstation aku. Tapi aku jarang duduk sini. Sebab aku selalu lepak kat training room tengok technician training. PC tu dah berkurun lama dah. Microsoft Office guna 97 punya. Gila la. Banyak features takde.


Haa.. Ni la technician-technician nye. Masa ni kelas Pro Technician: Chassis. Belajar pasal chassis, gearbox, dengan transmission. Diorang diberikan sebijik gearbox, lepastu kena disassemble, bila nak habis kelas kena assemble balik. Lepas assemble tu, langsung punah gearbox tu tak boleh nak masuk certain gear. Ganas tul diorang ni.

Minggu ni aku masuk kelas Toyota Prius: New Model Familiarisation and Introduction. Since Prius ni model baru, SOT kena buat training untuk technician. Seminggu training dia. Biasanya training paling lama pun 4 hari je, tapi pasal Prius ni amatlah complicated dan advanced dari segi teknologinya, kena la buat 5 hari...sampai Jumaat (esok). Best kelas ni. Memang kena la dengan aku punya interest. Aku minat hybrid car. 


Itu diaa... Hybrid SD atau Hybrid Synergy Drive. Toyota Prius adalah kereta hybrid paling reliable dalam dunia ni. Kereta hybrid paling ramai guna la.


Ni cabin dia. Spacious, futuristic. Aku paling suka dia punya gear tu. Serious canggih! Selalunya kalau gear auto, kata la kita nak masuk gear D. Masuk je, dia stay kat D kan? Kalau ni, dia macam analog controller kat PlayStation tu. Masuk D, kat multi information display tu ada indicator 'D', then tombol tu back to its original position. Cool blog gila dow. Lepas tu, biasanya kalau nak masuk gear P kena tolak tombol gear tu ke posisi paling depan kan? Yang ni takyah. Ada suis untuk gear P. Memang drive-by-wire la. Oh, speedometer dia fully digital. Siap ada HUD lagi. Tak tau apa tu HUD? Tengok sini. 



Ini aku rasa part paling best. Part kopak bonet belakang, tengok bateri yang kasi power kat motor dia. Benda yang enclosed dalam metal cover tu la bateri dia. Kalau bateri kereta biasa, voltage dia 12V je kan? Yang ni.... 201.6V! Terbaik! Kalau taruk 12V jugak, camne la nak gerakkan kereta tu..

Nak tengok camne dalam metal cover tu?? Ada....


Haaa! Inilah dia bateri yang menggerakkan motor elektrik Prius. Mempunyai 168 nickel metal hydride (Ni-MH) dry cell, yang setiap 1 slot tu mempunyai 6 sel. Supplying 201.6V voltage, and rechargeable by regenerative braking and dynamic movement. Semmmart dow. Nak operate mendalah ni bukan boleh suka-suka nak operate. Kena well-trained technician yang operate. Siap kena pakai insulated gloves lagi tu.

Banyak lagi la features yang membuatkan aku ternganga. Macam keyless engine start, keyless entry, enjin senyap gila, security features, dan banyak lagi.

Esok hari terakhir training. Ada test drive dengan final test untuk technician tu. Aku takde la. Sebab aku boss diorang. Diorang panggil aku 'Encik Lutfi'.

So, untuk minggu ni, tema aku adalah Toyota Prius. Apa-apa status Pesbuk aku, semuanya pasal Prius. Sungguh berharga pengalaman ni. Bajet sungguh.


Saturday, June 25, 2011

Internship!

Akhirnya, aku dapat jugak intern. Dapat kat UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. Headquarters kat Seksyen 15, Shah Alam. First day, gila kekok. Memang la, baru first time kerja dalam professional sector. Dulu kerja kat F&B sector, kerja main-main je. Sekarang takleh main-main dah. Mati la kalau main-main.

Aku di-assign-kan position sebagai student internship. Dalam HQ tu, ada budak-budak practical yang datang dari IPT-IPT macam Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Politeknik, dan macam-macam lagi la. Diorang tu lain pulak. Diorang tu training untuk jadi technician Toyota. Aku ni, pangkat lagi tinggi daripada diorang. Itu yang paling kelakar. Bila aku turun bawah (ground floor adalah bengkel), diorang ni anggap aku sebagai orang atasan. Ahak! Orang atasan, tapi badan kecik tuek. Siap panggil aku 'Encik Lutfi' lagi. Wah!!

Kat ID tag aku, memang tak boleh distinguish antara ID tag permanent employee dengan student intern. Dia tulis department je. Kat ID tag aku, tulis nama, dengan department yang aku attached, iaitu Toyota Knowledge Development Centre (TKDC). Bangga jugak la kan. He he he.

Buruknya muka aku..

Aku rapat dengan Pakcik Bakar. Pakcik Bakar ni umurnya 55 tahun. Ada anak dia umur baya aku. Aku punya 1st assignment ni, under supervision dia. 1st assignment aku, arrange technical store (technical store ni adalah stor yang menyimpan segala equipment-equipment yang diperlukan dalam pembelajaran para technician seperti simulator enjin, simulator brek, dsb). Masa ni, technical store ni punye la serabut gila. Boss aku, Encik Abdul Rashid Omar atau ARO kasi aku 4 minggu untuk arrange technical store ni mengikut kriteria 5S. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, Shitsuke. Kalau tak tau menatang apa 5S tu, pegi Google.

Hari tu ada la sorang colleague aku ni. Nama dia Nizana. Aku panggil Kak Zana. Dia sembang-sembang dengan Pakcik Bakar ni pasal nak buat pot luck Isnin ni. Macam ni perbualan dia:

Kak Zana: Encik Bakar, Isnin ni ingat nak buat pot luck la. ARO dah bawah spaghetti. Encik Bakar nak bawak apa??

Pakcik Bakar: Buat?

Kak Zana: Haah la. 

Pakcik Bakar: Haa.. Aku nak buat tak tau.

Kak Zana: Pulak dah...

Aku pun gelak terbahak-bahak. Lepas tu Kak Zana tanya aku pulak:

Kak Zana: Amboi ko...sedapnya gelak. Ko nak bawak apa Isnin ni?

Aku: Saya kak? Saya nak buat tak tau.

Kak Zana: Ha, eloklah ko ikut Pakcik Bakar tu. Sifu ko.


Sehari aku duduk situ, tak sah kalau aku tak gelak tengok kerenah diorang. Serious lawak.

Thursday, June 16, 2011

Science stuff: Will a pendulum stops oscillate on the surface of the Moon?

Dulu masa form 5 (ke form 4?) ada belajar pasal wave. Ada la sub-topic pasal pendulum tu. Masa tu belajar gitu-gitu je, tak mendalam. So, pengetahuan aku pasal pendulum oscillation just on the surface je. Tapi aku ada la tak puas hati dengan otak aku yang mengada-ngada ni. Aku selalu tertanya-tanya, kalau la pendulum ni diletakkan kat atas permukaan bulan, dia oscillate ke tak? Then, dia akan berhenti oscillate atau tidak?

First thing first, kita mesti tau, atas bumi ni ada atmosphere atau dalam Melayunya, atmosfera. Atmosfera terdiri daripada oksigen, nitrogen, argon, karbon dioksida, dan sedikit air. Ini juga bolehlah kita anggap sebagai udara. Udara mempunyai partikel, dan partikel ni memakan ruang (occupy space). Bila memakan ruang, sekecil mana pun partikel tu, ia akan menjadi penghalang kepada apa-apa benda yang bergerak. Contohnya, kita drive kereta laju-laju. 180 km/h. Then kita lepas pedal minyak, tak payah apply brek. Lama-lama berhenti jugak kereta tu kan? Itu adalah kesan daripada rintangan udara, atau air resistance. Selain itu, ayunan bandul juga bergantung kepada tarikan graviti Bumi.

Kalau atas permukaan bulan, udara takde. Bulan juga takde atmosfera. Sebaliknya, bulan adalah satu planet padang pasir yang tandus. Takde atmosfera bermaksud, takde udara, dan juga takde hidupan. Jadi, secara automatiknya, takde rintangan angin macam yang aku cerita dalam perenggan sebelum ni. Atas Bulan ada graviti, tapi terlalu kecil. 1/6 nilainya daripada graviti Bumi. Rough assumption, ataupun anggapan kasar, kita akan buat keputusan;

Kalau ada sebiji bandul dibiarkan berayun, ia tidak akan berhenti kerana tidak ada rintangan angin.

Tapi itu anggapan kasar. Kita belum tengok pada sudut matematik dan fiziknya lagi. OK, aku nak masuk bab fizik khusus, atau dalam Inggerisnya, advanced physics. Kalau korang pening dan tak suka equation-equation melalut, baik berhenti kat sini je ye.

So, persoalan di sini, adakah sebiji bandul akan berhenti berayun di atas permukaan bulan? Ini adalah kajian ringkas aku.

BINGO!

Source: Wikipedia.

Saturday, June 11, 2011

First Class!

Haritu aku tengok filem X-Men: First Class. Memang best la filem dia. Aku kasi 4.5/5.

Tapi aku bukan nak story pasal X-Men: First Class. Ni ha, aku nak story pasal first-class service. Semalam aku melawat dua pupu aku kat Hospital Pantai, Kuala Lumpur. Dekat Jalan Pantai Baharu tu, belakang UM. Hospital ni dulu tempat beranak semua adik aku, selepas aku. Luqman, Aqilah, Atiqah. Aku dengan kakak aku dulu lahir kat sepital kerajaan je yeop. Abah aku kerja kerajaan masa tu. Aku kat Hospital Kuala Lumpur, kakak aku kat Hospital Universiti (sekarang Pusat Perubatan Universiti Malaya atau PPUM). Tahun 1991, abah aku join PETRONAS. 1992, baru la mak aku dapat merasa kenikmatan sepital swasta.

Mak aku ada cerita, masa lahirkan aku kat sepital kerajaan dulu, punya la seksa. Nak deliver dah ni, nurse sempat lagi bersembang. Well, aku taknak la kutuk-kutuk sangat government sector ni kan. Cuma, yang terlibat sila la improve service anda. Golongan pertengahan mana la mampu nak bayar medical expenses kat sepital swasta.

Mak aih panjang lak aku melalut. Kat mana tadi? Haa. Semalam aku pi la Hospital Pantai tu. Dah lain gila. Dulu masa adik aku yang ke 4 dengan 5 lahir, kecik je. Masa adik aku yang Luqman tu lahir, aku terlalu kecik. 2 tahun. Mana la ingat pape. Sampai je kat lobby hospital tu, security tu tolong bukakkan pintu untuk Opah aku. Aku agak "Wow". Lepas tu, aku keluar ambikkan wilcha Opah aku. Security lain pulak tolong bukakkan bonet kereta. Aku agak "Fuh". Bila tanya security tu mana Blok D, dengan sopan dan lemah lembutnya dia jawab "Lalu jalan ni dik.. Lobby tu, lalu sebelah kedai tu. Nanti nampak lif, ambik lif sebelah kiri ye,". Muka bengis, tapi punya la sopan.

Bila aku sampai kat Wad Blok D tu je, ada la pintu kaca berdaun dua. Adik aku Luqman tolong bukakkan 1 daun. Tiba-tiba datang nurse dari kaunter wad tu, berlari bukakkan daun pintu yang lagi 1. Aku pun "Fergh".

Tengah-tengah aku main katil hospital tu (jakun jap), ada pesakit sebelah katil dua pupu aku tu melalak. Huwaa, huwaa. Tak pasal-pasal 7 ORANG NURSE datang pujuk budak tu. Langsung senyap budak India tu. Aku pun "Aaa..".

Bila nak balik, keluar dari Wad 30 Blok D tu, ada la sorang nurse nak lalu. Nampak je aku tolak wilcha Opah aku, langsung nurse tu berhenti, bagi aku jalan. Aku cakap dalam hati, "Ini kalau sepital kerajaan ni, peduli apa nurse nak jalan ke, lari ke, merangkak ke...". Terbaik sungguh la.

Nak balik, aku tunggu kat lobby hospital. Tunggu adik aku pick up. Kereta sampai, security tu tolong bukakkan pintu kereta sekali lagi. Sorang lagi security tolong bukakkan bonet untuk aku masukkan wilcha Opah aku. Aku pun "Wooo".

Jadi, itulah ceritanya. Patut la sesetengah orang tu sanggup bayar beribu-riban semata-mata nak layanan first class macam tu. Kalau aku pun bahagia duduk sepital dilayan macam tu. Nurse-nurse dia dahla semua cun-cun (adik aku yang kata).

Nampak tu pesakit pun tak tunjuk muka masam masuk sepital swasta. 

Thursday, June 9, 2011

Comment of the day #4

Ye adik-adik, tema kita hari ini ialah Seth Tan. Bukan Setan ye. Nanti ada orang emo tak tentu pasal.


And...the Comment of The Day (9th June 2011) is..

Mohd Syahid: ah..mcm takde name lain...
seth chow..
seth lau...
seth mao...

nape seth tan jugak?propaganda.bodoh punye penerbit.bangang.merosakkan org melayu.harus dihapuskan!huh!

HAR HAR HAR!


Nora Elena punya pasal

Aku adalah seorang yang suka main-main dengan nama. Contohnya, dulu aku banyak kali main-main dengan nama footballers. Hobi aku memang suka main-main dengan nama ni. Tadi, aku main-main dengan nama Seth Tan, watak dalam drama Nora Elena tu. Drama je kot. Aku main-main nama watak die je. Itu pun ada orang tak puas hati. Seth Tan tu bapak kau ke?







The third tweet, I think it's so funny. Taknak mengaku! Kalau taknak ngaku, takyah ler taruk phrase 'illuminati' tu. Tak reti langsung nak hentam orang!

What the hell cakap macam kel...? Ko tu yang ambik serious 100% apa yang aku letak kat status buat ape? Ohh, nak balas dendam kat status Hari Ibu dulu tu ke? Aha. Kesian ko. Belajar dulu hentam orang. Noob.

Ko tak nampak Chicharito ko main bola sekarang, ko takleh duduk diam ke ape? Bukan aku usik nama bapak ko pun.  Then, kata aku butthurt. Sape yang butthurt dulu entah.

Syahid punya komen yang panjang tu paling aku suka. Nanti aku buat separate post untuk Comment of The Day.

Kalau tak suke status aku, tak suke tweet aku, ko ada 3 options:
1. Unfriend aku.
2. Unfollow aku.
3. Shut your mouth.

End.

P/S: Lupe lak. Ko segala benda nak emo.

Wednesday, June 8, 2011

HAHAHAHAHAHAH! #2

Orang tanya lain, Cu jawab lain...



Monday, June 6, 2011

Soal dan jawab - Foundation Physics

As an undergraduate student, aku banyak dapat soalan daripada junior-junior. Kalau aku rasa rajin nak jawab, aku jawab. Kalau malas, aku jawab gitu-gitu je.

Petang tadi aku dapat soalan daripada seorang junior aku kat MRSM Terendak. Dia baru masuk universiti, so dia belajar fizik universiti punya la. Fizik universiti ni fizik high level. Fizik kena otak pick-up. OK, ni soalannya.


Ini jawapan aku.


Understand??


Tuesday, May 31, 2011

Ayat-ayat orang baru masuk universiti

"Ala.. Nak balik. Bosan la orientasi..."


"Awak.. Tak best la.. Huuuu..."


"Awak... Bila nak habis ni... Wuuwuuu.."


"Waaa.. Lama nye orientasi ni.. Bosan laa..."


"Awak... Lama la nak Jumaat.. Wuuwuuu..."

Mula-mula tu, biasa la kan. Dulu pun aku macam tu jugak. Gila bosan la orientasi Centre For Foundation Studies IIUM. Kejadah la duk ajar nyanyi lagu CFS IIUM tu. Bayangkan la, kumpul ramai-ramai tengah padang, semata-mata nak suruh practice lagu IIUM untuk majlis penutup. Senior-senior kat situ memang nak suruk freshies pecah anak tekak ke apa kan? Annoying gila aku tengok sesetengah senior tu. Ada yang bercekak pinggang dok tengking batch aku sebab degil. Katanya, batch aku paling lambat hafat lagu CFS IIUM tu. Saje psycho je tu kot. Salah rhythm je, ulang balik. Salah rhythm je, ulang dari awal. Masa orientasi memang biasa tidur lewat, bangun awal. Ceh. Bila dah lama duduk situ, tak kesah pun tidur lewat bangun awal.

Tapi orientasi ni, ada la bagusnya. Kenal kawan baru, suasana baru, keadaan baru. Dah tak macam sekolah dah. Nak belajar ke tak, takde siapa nak marah. Lepas ni, nak keluar tak payah mintak sign warden dah. Entah-entah warden pun takde kot. Masa ni la kita nak kenal erti sebenar kehidupan universiti. Macam mana nak hidup sendiri, macam mana nak urus masa sendiri, macam mana nak bahagikan masa dengan betul. Orientation week is just the beginning. There will be more to come when you progress.

So, Anis Shakirin.. Kejap je tu ye. Nanti habis orientasi, nak terjun lombong pun takpe (ayat orang habis exam). Learn about campus life, learn about what you will be facing in the next few years. Your friends are facing the same problem as you did. You are not alone. You'll never walk alone (Liverpool la pulak).

Tinggalkan rumah hati berdebar,
Otak tak tahu ke mana hala,
Minggu orientasi banyakkan bersabar,
Habis orientasi terjun lombong lerr!

Monday, May 30, 2011

Physics Coursework aku masa form 4

Macam biasa, bangun awal. Dapat mesej Anis pukul 0510, aku reply sekali je, lepas tu aku sambung tidur. Pukul 0545 bangun, dengar azan. Balik surau, aku godek-godek la e-mail Yahoo aku ni. Godek-godek....bukak folder sana sini. Dah lama tak godek. Bila aku bukak folder 'Sent' je, aku tiba-tiba excited. Soft copy kerja kursus Fizik aku masa form 4 yang aku forward kat sorang member aku ada lagi! Huwaaaaa! Memories!

Masa tu rumah aku masih lagi pakai dial-up. Ingat lagi. Nak attach semua file-file tu punya la lama. 2 3 jam. Padahal tak sampai 30 KB pun sebijik tu. Hai laa.. Kenangan. 

Anyway, ini la kerja aku masa form 4. Aku kena buat coursework mind map pasal chapter form 5 kalau tak silap. Masa ni terbengkalai lagi. Oh, by the way, e-mail tersebut bertarikh....


Dan ini la benda yang aku maksudkan tu...
















Serius...ini kenangan. 5 tahun dah ada dalam e-mail tu. Flashback balik, dah macam-macam aku lalui. Sekarang dah 2011, aku dah 21. Dalam 5 tahun ni, hidup aku bagaikan roket STS yang lift off kat Cape Canaveral tu, yang bergerak pada kelajuan 'escape velocity' untuk melawan daya tarikan graviti Bumi. Plain crap.

Sekarang, semua benda kat atas ni aku masih lagi belajar, dan semakin susah, semakin kompleks. Pressure Law, Boyle's Law, Gas Law, Charles' Law tu baru sikit. Laws of Thermodynamics lagi memeningkan kepala hotak aku. Denis Law je yang tak pening.


Sunday, May 29, 2011

Kenapa orang sekarang ni susah nak menghafal sesuatu?

Korang pernah terfikir tak kenapa, kadang-kadang susah sangat nak menghafal atau mengingat sesuatu? Kadang-kadang nama kawan kita pun kita susah nak ingat, biar pun nama dia ada seketul perkataan je (macam aku). Exam haritu, especially Management Studies 1, aku kena banyak menghafal dan mengingat. Memang 2 3 days before the exam, satu cabaran bagi aku untuk hafal semua management dan business stuffs tu. Memang susah. 

Kita dulu belajar Pendidikan Islam masa SPM kan? Ada kan bahagian tokoh-tokoh Islam tu. Sumbangan diorang, cara hidup diorang, kejayaan diorang. Paling aku kagum, diorang boleh kuasai macam-macam ilmu sains, dalam masa yang sama, ilmu agama seperti hadis-hadis nabi, ilmu al-Quran, pun diorang boleh kuasai. Even diorang hafal 1 al-Quran! Al-Khawarizmi, al-Biruni, Ibnu Sina...nama-nama yang tersohor. 

Dulu aku pernah duduk tahfiz al-Quran masa akhir tahun form 1. Aku duduk situ seminggu (ke sebulan, aku dah lupa). Dalam masa seminggu tu, aku kena hafal 2 surah. Surah Yaasin, dan Surah as-Sajadah. Mulanya, aku ata dalam hati "Gila ke apa???!" nak hafal 2 surah tu dalam masa seminggu? Then, bila hari kedua aku duduk situ, barulah aku sedar kenapa budak-budak kat situ senang nak menghafal al-Quran. Rules dia simple je. 

1. Jangan buat benda lagho
Benda lagho. Ape tu benda lagho? Banyak. Dalam zaman internet ni, TERLALU banyak benda lagho, sampaikan kadang-kadang kita tak tau pun benda tu lagho. Antara contoh benda lagho, Pesbuk, Twitter, game. Kalau yang bukan internet-related pulak, bersembang, bergosip, tidur yang keterlaluan. Itu semua lagho. Jadi, budak-budak kat tahfiz tu, dalam 24 jam sehari, boleh kira berapa jam je diorang tak berpisah dengan al-Quran. Mandi, main bola petang, dan ke tandas. Itu je. The rest, always with that divine book. How awesome they are. Diorang even tak bersembang panjang-panjang, bukan macam kita bersembang. Kalau boleh nak sampai terburai perut gelak. 

2. Jangan ketawa
Ketawa kadang-kadang membawa parah jugak. Orang kata, banyak ketawa, hati mati. Tau apa tu hati mati? Google sendiri. Kita ni, sepanjang hari duk gelak huhahuha. Maharaja Lawak la, Maharaja itu ini la, Mr. Bean la. Macam-macam. Boleh kata sehari kalau tak gelak, orang panggil kita gila. Masa aku kat tahfiz tu, budak-budak kat situ sangat serious. Berapa kali je aku tengok diorang ketawa dalam sehari. Even time makan ramai-ramai, diorang sembang, bila ketawa diorang tutup mulut. Ketawa 3 saat, habis. Itu je. As simple as that kalau dah biasa. Bukanla aku nak kata tak boleh ketawa kan, tapi berpada-pada.

3. Jangan tengok aurat perempuan
Ha! Aku pun tak lari daripada masalah ni (kantoi). Sekarang ni zaman internet. Mana-mana pun, kita mesti nampak aurat perempuan. Pesbuk, kawan perempuan kita taruk gambar mengancam sikit. Appear kat news feed kita, kita tertengok. Aurat. Haaa.. Susah kan zaman sekarang ni? Aku pun tak nafikan yang aku memang tak boleh lari daripada masalah ni, unless aku pi duduk dalam hutan sorang-sorang, takde internet, takde ape. Tak boleh la macam tu kan. Salah satu budak kat tahfiz tu kata kat aku (aku masih ingat kata-ata dia ni), "Sekali kau tengok aurat perempuan, 1 ayat Quran dalam kepala hotak kau hilang,". Mendalam tu. Sangat mendalam. Kat tahfiz tu, nak tengok perempuan pun susah. Yang ada, bini ustaz. Itu pun jarang keluar. Hmm.... Dunia semakin mencabar.

See? 3 rules, as simple as that. Obey those rules, you will make it. Tapi dengan zaman macam ni, benda-benda tu dianggap mustahil bagi sesetengah orang. Susah jugak kadang-kadang kan. Aku tak fikir benda ni mustahil sebab.....memang achievable kalau kita kuat. Cumanya, pengaruh dan nafsu yang buat kita fikir "Gila apa??".

Aku nasihat untuk diri aku sendiri sebab diri aku pun sangat lemah dalam hal-hal ni. Cuma nak kongsi pengalaman aku kat tahfiz tu. 

Bila habis program tahfiz tu, aku dapat hafal sampai habis surah Yaasin, dan 3/4 surah as-Sajadah. Sekarang, surah as-Sajadah tu suku pun belum tentu aku ingat. Haihhhh.. Teruk gila aku ni.


Saturday, May 28, 2011

Comment of the day #3

Exam dah habis! Terjun lombong!!

Today's comment of the day is...
Sufi Su Fi: pergh...ak baru bgn tido..ak ingt lah tadi


LOL! Pengkomen paling selamba dalam rumah ni.

Monday, May 23, 2011

Comment of the day #2

Isu berbangkit pasal meatball IKEA ada daging babi kan...

And the Comment of the day for today (23rd May 2011) is...


Myna Myra a.k.a Aminah Amirah Hanani: (^o_o^)

Walaupun macam tak lawak, tapi aku gelak. Aha. Comel pulak smiley rupa babi tu.

*Dah memang namanye 'babi', kiranya aku tak mencarut la ni kan?

Sunday, May 22, 2011

Comment of the day #1

OK, mulai hari ni, aku akan buat satu label, khas untuk komen yang paling buat aku gelak, in other words, komen paling aku suke la kan.

Comment of the day for today (22nd May 2011) is..


Izzat Ab Rahim: pak guard tgh exam security engineering kot..

Sakit perut aku gelak tadi... Nice one, Ijat..


Saturday, May 21, 2011

Some political leaders and their Twitter - which has the most followers?

Haihhh.. Can't close my eyes. It's 0511 hrs already. I should've opened my book instead. Banyak lagi tak study ni. Asek memblog je. Takpe.....


Nasib la kan. Sape suruh buat soalan susah-susah. Ni la kerja puak-puak kapitalis. Buat soalan susah-susah, bila student fail, suruh bayar kalau nak ambik re-sit exam. Asal duit masuk je, jalan. Diskriminasi sana sini. Belajar kuat mana pun, tukang tanda kertas tu pulak pedajal orang Melayu, kasi failed. Memang kapitalis.

Suddenly I feel like I wanna stalk some big names. No, not footie big names anymore. Dah tau dah siapa paling ramai follower. Kaka, Ronaldo, and Rio Ferdinand. Ahah. Asal hensem je, ramai ler follower. Amende laa. This time, I stalked some of the world political leaders and I highlighted how many followers they have (as on 0500 hrs, 21st May 2011). Here they are (randomly sorted).

Prime Minister Abhisit Vejjajiva - Prime Minister of Thailand. 
197,200 followers


President Mahmoud Ahmadinejad - President of The Islamic Republic of Iran
27,399 followers


Anwar Ibrahim - Malaysian Opposition Leader
64,489 followers


President Benigno Aquino - President of The Phillipines
465,953 followers


Prime Minister Julia Gillard - Prime Minister of Australia
101,987 followers


Prime Minister Stephen Harper - Prime Minster of Canada
142,963 followers


Prime Minister John Key - Prime Minister of New Zealand
21,938 followers


Prime Minister Najib Razak - Prime Minister of Malaysia
133,352 followers


President Barack Obama - President of The United States
8,120,027 followers


President Mahmoud Abbas - President of The Palestine Liberation Organisation
1,059 followers


President Susilo Bambang Yudhoyono - President of Indonesia
476 followers


Geert Wilders - Netherlands Party of Freedom Parliamentary Leader a.k.a Islamophobiac
97,356 followers

____________________________________

Barack Obama has the most followers. Yeah. Tweeting some Jews' stuffs, Israel affairs, Islamophobias. There you go.

Who loves to tweet? Anwar Ibrahim! Ahah! Replying his fans' tweets for most.

Err..who is the most 'sombong' one? Yeah, I think 2 people are the 'sombong' one. Geert Wilders and Benigno Aquino. Sekor pun tak pandang! Gila riak.

And last but not least...who is the friendliest? Barack Obama, again! He follows 697,243 people.

Oh, what's the most important is...one of the people that Anwar Ibrahim follows is...me! Ahah. Dia orang first follow aku kat Twitter.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...