16 Mei setiap tahun, Hari Guru menjelma. Lebih kurang seminggu sebelum tu, Hari Ibu. Hari Ibu aku tak post sebab aku dah wish kat mak aku. Heheee! Comel je haritu aku wish Happy Mother's day kat mak aku.
Well, untuk post kali ni, aku nak cerita pasal cikgu-cikgu yang aku tak boleh lupa sampai sekarang. Banyak cikgu yang aku kenal, tapi yang ni paling aku tak boleh lupa jasa diorang.
_______________________________________________________
1. Puan Halizah binti Hassan (Taski ABIM ar-Raudhah, Taman Yayasan, Segamat)
Cikgu tadika aku. Cikgu yang mengajar aku ABC, 123, tambah tolak darab bahagi. Cikgu yang ajar aku baca doa, hormat ibu bapa, hormat guru. Cikgu yang ajar aku solat, puasa. Tak garang, tapi strict sikit. Budak-budak nakal memang kena marah. Aku dulu jarang kena marah sebab baik (hik!). Paling aku tak boleh lupa, masa tu cikgu tanya budak-budak pasal cita-cita. Ramai yang jawab doktor, bomba, polis, cikgu. Bila dia tanya aku, aku jawab 'ahli astronomi'. Cikgu tu terperanjat. Sekarang nak jadi astronomer memang lari la. Mechanical engineer dengan astronomer jauh tu.
2. Allahyarhamah Puan Ramlah (SK Temenggung Abdul Rahman, Segamat)
Cikgu Bahasa Inggeris, dan guru kelas 1 Delima 1997 kat SK Temenggong Abdul Rahman. Garang gila! Tapi dengan aku dia baik. Tak pernah rotan aku. Yang nakal-nakal je selalu kena rotan. Jasa dia paling aku tak boleh lupa, dia angkat aku jadi Penolong Ketua Kelas. Daripada aku rakyat biasa, takde kuasa pape, dia naikkan pangkat aku. Bila aku jadi penolong, aku buat kerja sehabis baik. Sampaikan ketua kelas pun tak buat macam tu. Several months after that, aku naik pangkat lagi jadi ketua kelas. Woohooo! Kiranya Perdana Menteri Kelas la tu. Semua kuasa aku pegang. Tahun lepas, aku dengar cikgu ni dah meninggal. Serta merta air mata aku jatuh. Aku dah berazam, kalau aku berjaya, cikgu pertama yang aku nak jumpa ialah cikgu ni. Tapi, apakan daya. Allah lebih menyayangi beliau. Al-fatihah...
3. Cik (sekarang Puan) Zanariah binti Jani (SK Temenggung Abdul Rahman, Segamat)
Cikgu Bahasa Melayu, Matematik, dan guru kelas 2 Delima 1998. Cikgu ni garang gila babai. Sepak orang tu dah biasa. Cubit perut tu apetah lagi. Salah buat latihan, dia panggil, cubit perut. Pulas-pulas sikit bagi merah. Memang sakit. Aku yang baik (hik!) ni pun selalu kena. Tampar orang pun dia pernah. Guna kereta Proton Iswara bernombor JEN 2876 dan bersticker P. Sekarang dah CDL la dol. Kalau dia parking kereta dia kat dataran perhimpunan tu, lepas tu hujan, mesti dia kasi kunci kereta kat aku suruh tutup cermin tingkap kereta dia.
4. Ustaz Khalid (Sekolah Agama Bandar Segamat)
Ustaz ni kan, lawak. Ustaz ibadah aku masa kat sekolah agama. Pendek je ustaz ni. Ade sekali tu, aku nyanyi lagu Scorpions - What You Give You Get Back. Aku nyanyi salah lirik. Aku nyanyi macam ni "What you give... You batman...". Ustaz tu panggil aku, tak pasal-pasal kena tampar. Tu la first time aku kena tampar. Gilos doh. Berdesing telinga aku. Tapi kelakar pun ada jugak. Masa tu, denda dia lawak. Diri atas meja. Kadang-kadang diri atas kerusi. Tapi ustaz ni jarang buat macam tu. Dia lagi prefer pembaris dia. Melesing je kerja dia. Songkok tinggi. HAHAHAHA!
5. Puan Ramlah binti Saaid (SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi)
Ni cikgu Sains aku masa tahun 4 Siantan 2000, SK Jalan 3 Bandar Baru Bangi. Dulu masa aku baru pindah sekolah ni, kebetulan aku pindah je, terus periksa pertengahan tahun. Masuk-masuk je terus periksa. Tapi study apa pun tak. Sebab rumah aku kat Bangi masa tu tengah renovate sebab yang duduk sebelum tu student kawan-kawan pakcik aku. Bila dah student duduk, faham-faham jela kan. Yang takleh dipercayai nye, aku dapat nombor 1 dalam kelas! HAHAHAHA! Budak-budak lain bengang je. Tapi cikgu ni banyak puji aku. Dia tanya macam mana aku belajar la. Cess. Sentuh buku pun tak, cikgu! Dia banyak tegur aku itu ini. Kalau aku tak dapat A Sains, dia marah. Tanya itu ini kenapa markah aku teruk la. Memang caring gila la cikgu ni.
6. Encik Hazman bin Abdullah (SK Paka 2, Dungun)
Cikgu ni tinggi. Tinggi gila. Mengajar Bahasa Melayu masa aku 6 Mawar 2002. Suara garau. Tapi baik. Dia mengajar memang best. Ada selit-selit lawak. Dia pakai Proton Iswara kaler merah, bernombor MAS 2087. Lepas tu dia cakap itu Ferrari. Lawak gile. Masa aku form 1, aku dapat MRSM. Masa tu aku kat SMKA Kuala Abang lagi. Tapi MRSM tu tak siap lagi, so masuk lewat. Aku datang sekolah untuk dapatkan tandatangan Guru Besar. Orang pertama aku nak jumpa bukan guru besar, tapi cikgu ni. Dia ucap tahniah bla bla bla. Dia kata dia bangga dengan aku. Wahhh... Kat mane la cikgu sekarang kan.
7. Ustaz Fauzi bin Ali (SMKA Kuala Abang)
Ustaz ni violent. Dia mengajar Pendidikan Islam masa aku kat SMKAKA. Kelas 1MB3. Ada sekali tu, dia punya kereta Wira baru dia kena calar. Tak pasal-pasal aku kena tuduh. Kepala hotak dia! Kaw-kaw dia tuduh aku. Muka baik macam ni pun kena tuduh? Ape kehe? Dia suruh aku mengaku, sampai aku kena tampar dengan buku log aku sendiri. Punya la ganas. Berdesing telinga aku masa tu. Ui aihh.. Memang takleh lupa. Last-last bila dapat tangkap tukang calar tu, dia diam je. Mintak maaf pun tak. Ada la sekali tu kan, masa tu periksa Pendidikan Islam. Dia jadi pengawas. Aku masa tu dah siap, so aku tidur la. Tiba-tiba dia datang dari belakang, hempuk belakang aku. Mak aih! Terkejut beruk aku. Lepas tu dia kata (ayat ni memang aku tak boleh lupa sampai sekarang) "Jawab macam taik! Ada hati nak tidur! Cek jawapan tu!". Tersentak aku kejap. Tengok-tengok, bila result keluar, aku dapat A. I was among 2 or 3 students who managed to get A. Hmmm...
8. Puan Norani binti Hashim (MRSM Kota Putra, Besut)
Ini cikgu homeroom aku. Baik gila. Masa aku form 1-2-3, aku teruk. Malas belajar. Tiap kali exam dapat rendah. Bila homeroom meeting je, memang kena la. Sakit telinga ni. Bla bla bla sejam, habis meeting semua dah hilang. Sampai la PMR. Macam tu jugak. Last-last PMR aku dapat 7A 1B je. Naik form 4, dia jadi cikgu Add Maths aku. Tak buat homework, "I will pinch you!". Berapa banyak pinch dah aku kena. Pinch zooming je belum.
9. Ustaz Mamat bin Ali (MRSM Kota Putra, Besut)
Ustaz lawak gila. Dari form 1 sampai form 4 aku kat situ, 3 tahun dia mengajar Pendidikan Islam. Kecuali form 3 je, Ustaz Adzli ajar. Dalam 3 tahun tu, nama aku punya pendek ni pun dia takleh ingat. Ada ke dia panggil aku 'Saufi'. Mak aih. Aku biarkan jela. Tapi dia baik. Dia ada ilmu. Budak batch aku panggil dia 'Mamat Karut' sebab ada sekali tu dia guna limau nipis, lepas tu cucuk jarum kat limau nipis tu untuk tangkap pencuri. Lawak la diorang ni.
10. Encik Fauzi bin Kamari (MRSM Kota Putra, Besut)
Ini cikgu Bahasa Melayu aku masa form 3. Baik gila cikgu ni. Aku paling suka BM masa form 3 sebab cikgu ni la. Dia mengajar memang best. Masa trial PMR, aku dapat full marks untuk soalan karangan mane tah. Cikgu ni la yang ajar. Aku ikut sebijik-sebijik apa yang dia ajar. Seminggu sebelum PMR, cikgu ni ada kasi semua student pensel. Dia kata "Siapa yang tak pakai pensel cikgu bagi ni masa paper BM, tak dapat A,". Bila exam je, aku lupa nak bawak pensel tu! Aku letak atas meja dalam bilik. Guess what? Aku tak dapat A untuk BM. Masin sungguh mulut cikgu.
11. Cik Zilawati Roslinda binti Mohd Zain (MRSM Terendak, Melaka)
Ini cikgu chemistry aku masa form 5. Gila garang! Dalam kelas memang garang gila. Bila malam-malam, masa prep dia selalu ada kat Jabatan Sains. Time tu dia baik pulak. Macam-macam aku tanya. Kalau lewat masuk kelas, kena bantai dgn pembaris dia. Highly criticised by my fellow classmates because of her approach. Aku dah lupa cara dia mengajar. But for me, it's okay to have such a teacher. Latihan untuk kita kat universiti nanti. Walaupun dia garang, tapi aku tak rasa berat mulut nak tanya itu ini. Alhamdulillah, SPM Chemistry aku dapat A1. Terima kasih cikgu Zila!
12. Puan Noor Aziyah binti Azan (MRSM Terendak, Melaka)
Ini pulak cikgu Physics aku. Aku suka sangat. Mulanya aku kurang suka sebab cikgu ni kuat emo. Memang la, masa tu dia pregnant. Lepas dia bersalin, dia jadi OK. Baik gila. Kalau habis kelas tu, aku la yang paling lewat keluar sebab nak tanya soalan. Dalam kelas, kalau dia tanya "Any questions?", aku la yang angkat tangan. Biar soalan tu bodoh gila pun. Masa trial SPM, aku dapat A2. Madam kata, "Kekalkan prestasi awak. Awak ada potensi dapat A untuk SPM. Saya yakin awak boleh buat,". Gila terharu aku. Bila dapat result je, hampa. Aku dapat B3. Aku jumpa cikgu tu, cikgu tu cakap "Saya agak kecewa la sebab awak adalah orang yang saya target dapat A1. Tapi takpelah. Dah rezeki awak kan,". Time tu rasa nak menangis je sebab tak dapat penuhi hasrat cikgu. Maaf cikgu.
_______________________________________________________
Itu lah dia ceritanya. Pape pun, aku sangat berhutang budi dengan guru-guru, cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku. Tanpa anda semua, siapalah saya. Mungkin mat rempit di jalanan. Mungkin penagih di bawah jambatan. Pengorbanan cikgu amatlah berharga. Aku janji kat diri aku, bila aku dah berjaya aku nak jumpa semua cikgu-cikgu kat atas ni.
TERIMA KASIH CIKGU!
No comments:
Post a Comment