"Ala.. Nak balik. Bosan la orientasi..."
"Awak.. Tak best la.. Huuuu..."
"Awak... Bila nak habis ni... Wuuwuuu.."
"Waaa.. Lama nye orientasi ni.. Bosan laa..."
"Awak... Lama la nak Jumaat.. Wuuwuuu..."
Mula-mula tu, biasa la kan. Dulu pun aku macam tu jugak. Gila bosan la orientasi Centre For Foundation Studies IIUM. Kejadah la duk ajar nyanyi lagu CFS IIUM tu. Bayangkan la, kumpul ramai-ramai tengah padang, semata-mata nak suruh practice lagu IIUM untuk majlis penutup. Senior-senior kat situ memang nak suruk freshies pecah anak tekak ke apa kan? Annoying gila aku tengok sesetengah senior tu. Ada yang bercekak pinggang dok tengking batch aku sebab degil. Katanya, batch aku paling lambat hafat lagu CFS IIUM tu. Saje psycho je tu kot. Salah rhythm je, ulang balik. Salah rhythm je, ulang dari awal. Masa orientasi memang biasa tidur lewat, bangun awal. Ceh. Bila dah lama duduk situ, tak kesah pun tidur lewat bangun awal.
Tapi orientasi ni, ada la bagusnya. Kenal kawan baru, suasana baru, keadaan baru. Dah tak macam sekolah dah. Nak belajar ke tak, takde siapa nak marah. Lepas ni, nak keluar tak payah mintak sign warden dah. Entah-entah warden pun takde kot. Masa ni la kita nak kenal erti sebenar kehidupan universiti. Macam mana nak hidup sendiri, macam mana nak urus masa sendiri, macam mana nak bahagikan masa dengan betul. Orientation week is just the beginning. There will be more to come when you progress.
So, Anis Shakirin.. Kejap je tu ye. Nanti habis orientasi, nak terjun lombong pun takpe (ayat orang habis exam). Learn about campus life, learn about what you will be facing in the next few years. Your friends are facing the same problem as you did. You are not alone. You'll never walk alone (Liverpool la pulak).
Tinggalkan rumah hati berdebar,
Otak tak tahu ke mana hala,
Minggu orientasi banyakkan bersabar,
Habis orientasi terjun lombong lerr!
1 comment:
She'll be alright ain't in that oriantasi week..Herm..If that orientasi week habis confem dia menjerit dgn penuh kegembiraan :)
Post a Comment