Isnin, aku tolong Encik Mat susun barang untuk shipping ke Toyota Puchong Jaya. Lepas tu petang aku berangkat ke Puchong Jaya untuk susun barang-barang tu.
Selasa, aku tolong Pakcik Bakar pergi branch Sg. Rasah untuk ambik barang Body and Paint die kat sane. Tolong jugak Pakcik Bakar gilap trofi. Lenguh tangan dow.
Rabu pulak, aku tolong Pakcik Bakar buat soalan Body and Paint dia. Last-last minute pun belum siap. Orang tua kan, biasa la. Lambat la sikit speed nye. Tak pasal-pasal kena marah dengan bos. Aku balik rumah pukul 8 malam.
Khamis, tolong transfer kan kereta branch yang nak digunakan untuk contest tu ke Toyota Puchong Jaya. Aku deliver Avanza 2 bijik. 1 dari Klang, 1 dari Subang Jaya.
Jumaat, tolong angkat barang-barang besar untuk contest tu ke lori. Lepas solat Jumaat je, terus ke Puchong Jaya, prepare untuk contest Sabtu. Buat faulty untuk 8 Toyota Vios. Dengan harapan bila contestant datang, suruh baiki. Tapi....haram tak repair. Aku balik pukul 11:30 malam.
Sabtu! Toyota Skills Contest Grand Final 2011. Aku jadi quality control inspector. Penat dow diri. Macam haram lenguh kaki aku. Panas pulak tu. Kena lari sana, lari sini. Lepas tu, bila contest tu dah habis, kena kemas balik barang-barang tu. Susun balik. Angkut naik lori. Aku lepas contest tu, mata dah kuyu dah. Lotih wei.
Seminggu ni, aku tak cukup tidur. Meh kita kira sama-sama.
Sehari, aku start tidur malam pukul 1. Bangun pukul 6. So, 5 jam sehari aku tidur.
5 x 5 = 25 jam untuk hari bekerja
Sepatutnya, tempoh optimum untuk seorang manusia tidur sehari adalah 8 jam.
8 x 5 = 40 jam untuk hari bekerja.
Tengok? 15 jam aku melayang. Patut la letih macam haram...
Jom photo travel kejap...
Ini sifu-sifu aku. Kepala semua masuk air. Dari kiri, Encik Mat, Encik Halim, Encik Nazli, Encik Man. Encik Nazli belanja makan megi goreng. |
"Hoist up!" Masa nak kemas petang Jumaat tu. |
Ni aku yang buat ni. Tak caye sudah. Asmah yang update. Budak practical jugak. |
Contestants. Sebelum di-introduce oleh MC yang macam haram. MC = Macam Cipan. |
Dari kiri, Wak Morsani, Lupa Nama, Encik Irfan, Encik Halim, Cik Jamzurida. |
Ni la Service Advisors dia. Kak Zana pulak interframe. |
GS Technician: Junior Category. Muka ganas-ganas... |
Sekian.... Banyak lagi sebenarnya gambar, tapi aku malas nak upload. Hnnggghhhh..
No comments:
Post a Comment