Thursday, November 25, 2010

Lupakan kisah lama - disiplinkan diri

Haritu aku ada terbaca blog Mantot pasal Tips-Tips Untuk Bangkit Semula Selepas Frust Yang Tidak Diiktiraf. Bagus jugakla pendapat dia. Sependapat dengan aku, tapi aku jugak nak kasi pendapat aku. Ada yang lain sikit.

Since aku baru je gagal dalam benda ni, so aku rasa baik aku kongsikan dengan korang. Memang kadang2 kita rasa susah nak lupa, tapi selagi kita ingat, kita takkan lupa. Bukan bermaksud kita lupa semua pasal dia, tapi sekurang-kurangnya kita tak meratapi 'pemergian' dia la kan.

Aku pun, mula2 rasa susah sangat sebab daily routine selama ni semua berkait dengan dia. Nak tidur mesej dia, nak makan mesej dia, nak berak pun mesej dia. Kawan2 aku takde pun bagi semangat suruh lupa benda2 macam ni, unless aku sendiri yang bagi semangat kat diri aku.

1. Kalau selalunya korang asyik pegang henpon je sebab nak tunggu mesej dia, kali ni cuba korang pegang benda lain. Contoh, pegang kalkulator. Buat la kira2 pasal bajet korang bulan ni ke, bajet korang nak beli kereta ke, bajet korang nak beli barang dapur ke. Asalkan bukan pegang henpon. Dengan ini, korang boleh jauhkan diri daripada pegang henpon, secara tak langsung membantu korang lupakan si dia.

2. Buat benda lain. Kalau aku, aku suka dengar lagu Maher Zain. Ulang lagu sama, tak puas hati dengar kat MP3, carik pulak kat Youtube. Kalau lagu tu sedap, cari lirik dia, sumbat earphone, melalak kuat2. Seriously, time tu memang korang lupa pasal dia.

3. Rapatkan hubungan dengan keluarga sendiri. Kalau tengah bercintun ni, inbox mesej tu konpem la penuh dgn nama balak kan. Takde nye penuh dgn nama mak ke, kakak ke, adik ke. Bukan nak kata "Oo, dah takde awek baru nak ingat family ye..!". Bukan macam tu. Cuma, kalau yang tak rapat dengan family tu, masa ni la nak rapat2kan hubungan. Kalau sebelum ni, ambik henpon, write message, "Hai sayang/Hai abang/Hai baby", kali ni, "Hai dik/Hai kak/Hai mak".

4. Fokus kat benda yang korang patut buat. Kalau korang kerja, fokus pada kerja korang. Kalau korang belajar, fokus pada study korang. Sibukkan diri dengan assignment, coursework, lab report, dsb. Jangan sibukkan diri dengan nak jumpa dia bila, birthday dia bila, bla3.

5. Ubah cara hidup korang. Kalau masa bercinta tu, setiap hari pukul 12 malam je mesej/call, kali ni korang tukar. Kalau aku, aku tukar dengan main Counter Strike. Tembak2, headshot, beli senapang, beli bom, benda tu je dah mampu lupakan dia.

6. Delete dia dari Facebook korang. Kadang2 bila dah putus, ada yang nak sekadar berkawan. Ada yang nak bermusuh, tak nak kawan terus. Yang nak jadi kawan tu, baguslah. Tak payah delete. Tapi yang nak bermusuh tu, baik delete je. Bila delete, post2 yang berkenaan dengan kita, kalau yang buruk2 tu dikira mengumpat la kan? So, korang dapat pahala. Dia dapat dosa. Lagipun, kalau yang nak jadi kawan tu, kan agak horror bila tengok ex korang taruk gambar dgn balak baru dia.

7. Pergi tempat2 yang menyamankan. Contoh; air terjun, pantai, bukit. Dengar bunyi air terjun tu pun dah boleh buat korang rasa aman. Tengok ombak hempas pantai pun sama. Tengok sunset, sunrise. Tengok ciptaan Allah. Tengok alam semulajadi. Daripada tengok muka ex korang, dapat dosa. Tengok alam semulajadi, tak dapat dosa. Harapnye dapat hidayah.

8. Ubah penampilan korang. Kalau dulu, korang asyik control macho/ayu je masa bercinta (maklumlah, nak bagi nampak matang sikit), kali ni korang balik semula kepada perangai asal korang. Kalau korang ni banyak cakap, hidupkan semula perangai banyak cakap tu. Kalau korang ni kuat mengarut (mengarut, bukan mencarut), hidupkan balik perangai kuat mengarut tu. Jangan bagi perangai korang berubah sebab dia.Tapi kalau masa korang bercinta dengan dia, perangai korang lebih baik daripada sebelumnya, teruskan je. Tak payah nak jadi jahat balik.

9. Dekatkan diri dengan Allah. Pergi surau/masjid. Dengar zikir2 munajat, dengar nasyid, dengar lagu Maher Zain. Lagu jiwang kurangkan. Banyakkan baca al-Quran. Baca tafsir sekali. Paling bagus, join tarbiyyah. Itu sangat bagus.

10. Sorok segala benda yang mengingatkan korang kepada dia. Gambar ke, baju ke, surat ke, sorok semua. Kalau yang extreme sikit, bakar. Yang tu lagi bagus. Hilang terus benda yang boleh menggamit kenangan bersama si dia.

1 comment:

Hamizah said...

baguss. kita sependapat !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...