Post kali ni berkaitan dengan sejarah aku sikit. Oleh kerana aku ni jenis yang suka tukar2 henpon, so aku rasa nak post benda ni.
Aku start guna henpon maa Form 1, masa tu aku kat MRSM Kota Putra. Masa baru masuk, parents diberi taklimat daripada Pengetua waktu tu, Haji Idhan bin Mamat. Dia kata, student boleh guna henpon, tapi kalau hilang, tanggungjawab sendiri. Kawan2 aku masa tu boleh kata ramai jugak la yang dah ada henpon. Masa tu mak aku nak belikan sebijik, tapi oleh kerana abah aku taknak bagi aku senang sangat, die taknak belikan. Ada kawan aku yang beli on the spot dekat pekan Jerteh lepas je Pengetua bagi kebenaran. Gila.
1. Nokia 3315 (2003)
Aku beli henpon ni senyap2 je. Tak bagi tau parents aku pun sebab konpem kalau diorang tau, memang aku kena marah. Aku korek sikit duit BSN (masa tu duit BSN aku banyak lagi. Ada la dalam RM500++), aku beli menatang ni kat pekan Jerteh. Memang cuak jugakla nak beli sebab henpon kan. Tak tau ape, tak survey ape2 terus pergi beli.
Aku angkat henpon ni dengan harga RM290. Masa tu paling murah henpon ni la. SIM card dia aku beli TMTouch, harga RM50 lebih. Total dalam RM300 lebih. Bergaya la aku kejap lepas tu.
2. Motorola T190 (2003)
Beberapa bulan lepas aku guna henpon Nokia 3315 tu, aku rasa tak puas hati. Besar bapak, masuk poket terbonjol nampak. Lepas tu aku berkenan pulak dengan Motorola T190 ni. Kecik sikit walaupun ada antenna. Aku trade in Nokia 3315 tu, dapat la RM100 lebih. Tambah sikit, angkat Motorola tu. Agak mahal jugak la, aku dah lupa berapa aku angkat. Bergaya lagi sekali la kan aku. Henpon kecik sikit, besar tapak tangan je.
Bila dah guna henpon ni, aku rasa menyesal sikit. Sebab keypad dia getah lembut. Taip mesej bunyik "ketak ketak ketak". Lembut gila pulak tu. Lepas tu, nombor atas keypad tu cepat tertanggal.
Agak lama jugak la aku guna henpon ni. Hampir setahun. Aku beli masa aku akhir tahun Form 1, habis guna masa akhir tahun Form 2 sebab rosak.
3. Sony Ericsson T100 (2005)
Kalau sebelum2 ni aku beli sendiri, kali ni abah aku belikan. Tiba2 je. Abah aku baru balik outstation kat Kuantan, terus hulur kat aku kotak henpon. Terkejut gak aku. Bukak2 tengok henpon ni. Masa tu Sony Ericsson tak famous lagi. Selalunya abah aku suka barang2 famous, tapi kali ni tak tau kenapa tiba2 die beli brand yang kurang famous.
Aku naik Form 3 dengan henpon baru. Bergaya la sikit kan. Nipis je henpon ni, antara yang paling nipis masa tu.
Yang tak best pasal henpon ni banyak. Butang cancel dia kat tengah2 navigation tu ha. Selalunya kat tengah2 tu ada navigation pad.
Masa tu navigation pad ada 2 je. Atas dan bawah. Dia punya navigation pad, atas kat sebelah kiri, bawah kat sebelah kanan. Susah jugak la bila nak taip mesej.
Paling takleh blah, bila nak taip mesej, space dia kat butang 1. What the hell??
4. Motorola C380 (2005)
Setelah bosan guna Sony Ericcson T100 tu, aku rasa nak beli baru la pulak. Asyik duk pikir mana nak cari duit. Last2 dapat jugak 'funding' daripada seseorang (tak payah la aku cerita sebab bahaya sikit). Aku angkat Motorola C380. Macam biasa, aku beli kat pekan Jerteh je. Hari Sabtu outing, beli menatang ni.
Best henpon ni. Boleh kata ni henpon colour aku yang pertama la kan. Game2 dia best. Boleh download. Ada theme, boleh tukar2 theme colour. Taip mesej pun senang, keypad lembut.
Malangnya, aku sempat guna menatang ni beberapa bulan je. Bila habis PMR (masa tu memang sehari sebelum angkut barang semua balik KL), henpon aku telah dicuri oleh seseorang. Aku tengah charge, selit bawah bantal. Tah macam mana aku tak perasan dia seluk bantal aku. Aku tau siapa pencuriknye. Aku kenal sangat. Ada khabar angin mengatakan dia ambik result PMR, bergaya dengan henpon aku. Ceh.
5. Nokia 2300 (2005)
Habis PMR, aku duduk rumah je. Takde henpon. Bosan gila. Aku pun mintak mak aku duit nak beli henpon baru. Aku cakap dgn mak aku, nak beli yang cikai2 je. Takyah colour, takyah kamera. Mak aku mulanya keberatan sebab kalau beli, takut expense barang dapur tak cukup. Lepas kira2, mak aku pun setuju nak belikan (kesian mak aku. Aku menangis kalau teringat hal ni).
Aku pilih la henpon ni. Cikai je. Paling2 pun ada radio. Tapi keypad dia best. Nokia kan. Display dia pun terang (lampu putih). Ringtone dia polyphonic, tapi bila compose, bunyik "tung tung tung" je. Aku pakai henpon ni tak sampai 4 bulan rasanya. Lepastu? Beli baru laa.
6. Nokia 3120 (2005)
Aku beli henpon ni masa teman kakak aku beli henpon kat Plaza Sg. Wang. Masa tu aku tak expect pun nak angkat henpon baru sebab mak aku dah kata, jangan beli henpon baru lagi. Bila tengok kakak aku beli henpon baru, aku mane boleh tahan beb. Aku round Sg. Wang tu, tanya henpon apa murah, best. Dia suggest kat aku Nokia 3120 ni, tapi 2nd hand la. Baru guna 6 bulan kot. Harga dia aku tak ingat. Tapi masa aku beli tu dah ada calar2 kat body henpon tu.
Henpon ni pun best. Keypad dia best, biasalah Nokia kan. Display dia terang. Taip mesej pun laju. Aku guna henpon ni sampai pertengahan tahun Form 4.
Lepas tu, henpon ni hilang. Hilang seminggu sebelum aku pindah MRSM Terendak. Sama kes macam time aku Form 3, hilang masa aku tengah cas, tengah tidur, selit bawah tilam. Kali ni aku tak tau siapa pencuriknya.
7. Sony Ericsson J200i (2006)
Henpon ni pulak, bukan aku beli. Tapi abah aku punya. Dia tak guna dah, so aku guna. Aku pindah MRSM Terendak bawak henpon ni. Tak pernah kantoi dengan warden.
Henpon ni memang tak best, sama macam Sony Ericsson T100 aku dulu. Taip mesej bunyi "ketak, ketak, ketak". Keras. Tak smooth.
Henpon ni best satu je. Ringtone dia. Polyphonic 64 channel. Macam Samsung la.
Aku guna henpon ni sampai aku habis Form 4.
8. Sony Ericsson T630 (2007)
Ini henpon kamera aku yang pertama. Aku beli kat Jalan Masjid India. Masa tu aku jalan2 dgn adik aku, ushar2 kedai henpon. Lepas tu ternampak henpon ni kat satu kedai tu. Nampak macam baru, murah pulak tu. Bila tanya, second hand rupanya. Ceh. Tapi aku angkat jugak. Henpon kamera kan. Excited la sikit.
Tak macam Sony Ericsson yang aku guna sebelum2 ni, yang ni punya model bagus sikit. Keypad dia tak keras. Taip mesej pun senang. Ada Bluetooth, ada kamera. Yang takde memory card je.
Ada jugak MusicDJ (boleh buat ringtone sendiri).
Aku guna henpon ni sampai habis SPM. Henpon ni la yang hampir2 kena rampas dengan Ustaz Wahab dalam spot check. Henpon ni aku taruk dalam loker je. Tak expect pulak petang tu ada spot check lepas assembly. So, aku escape spot check tu, nyorok dalam tandas blok akademik. Bila warden tanya, aku suruh roommate aku cakap aku pergi klinik. Bapak jahat.
9. Nokia 6670 (2007)
Habis SPM, aku duduk rumah je. Banyak online. Aku banyak la jugak survey2 pasal henpon ni. Ade sekali tu aku tersurvey henpon kat eBay. Nokia ape tah, 3G. Second hand, murah. Macam pakcik aku punya. Aku ambik nombor telepon penjual tu, aku tanya dia macam2. Last2 dia rekomen aku Nokia 6670. Baru guna setahun. Dia jual RM380. Aku pujuk mak aku nak beli henpon ni. Aku cakap nanti aku kerja aku bayar balik. Kesian mak aku.
Mak aku pun bagi la. COD kat Giant depan rumah aku. Dapat je henpon ni, excited gila aku. Ambik gambar sana sini, ambik gambar adik aku. Jakun kan. Biasalah.
Henpon ni pun best. Kiranya ni smartphone pertama aku la kan (sebab Nokia 6670 guna Symbian OS).
Aku guna henpon ni pun sekejap je. 5-6 bulan macam tu je. Lepas tu? Takkan tak tau..
10. Nokia 5300 XpressMusic (2008)
Bila dah bosan guna Nokia 6670, aku rasa nak tukar lagi. Masa tu aku dapat tawaran masuk UIA, foundation engineering. Kiranya nak masuk universiti ni, henpon pun nak baru jugakla. Seminggu sebelum masuk, aku angkat henpon ni. Aku trade in Nokia 6670 tu, dapat la RM150. Tambah lagi berapa ratus entah. Masa tu henpon ni mahal lagi. Dalam RM500 lebih.
Henpon ni pun best. Henpon slide pertama aku. Nak dengar lagu, tekan je butang 'play' kat tepi tu. Nak tukar, tekan je butang 'forward' atau 'rewind'.
Kamera dia je kurang best. 1.3 megapixel je. Kalau ambik gambar dalam keadaan kurang cahaya, gambar tu berbintik2. Tak lawa jadi.
Aku guna henpon ni pun beberapa bulan je. Bukan sebab bosan. Sebab adik aku bawak pergi asrama dia, lepas tu hilang masa study dalam surau. Dalam surau pun nak jadi setan ke??
11. Nokia N78 (2008)
Aku beli henpon ni sebelum raya 2008. Masa ni henpon ni fresh lagi. Model baru Nokia. Mulanya aku target nak angkat Nokia N73. Bila survey kat Low Yat, mostly penjual henpon rekomen aku angkat N78 (nak untung kan, ape ada hal) sebab model tu baru, lagi advanced. Aku pun terpukau la dengan kata2 penjual tu kan. Masa tu harga dia RM1100. Tambah tu tambah ni, semuanya RM1170 tak silap aku. Gila.
Balik rumah je, mak aku macam takut nak pegang henpon tu sebab mahal sangat. Mana tak nye, seribu lebih beb.
Henpon ni agak best. Ada WiFi. Kamera 3.2 megapixel, Carl Zeiss Optic Lens, auto focus. Masyukk. Symbian OS 3rd edition (paling latest masa tu).
Aku beraya dengan henpon baru. Ambik gambar raya pun pakai henpon ni je. Takde kamera2 digital lagi dah. Tak peduli aku.
Aku guna henpon ni setahun lebih. Paling lama la dalam banyak2 henpon yang aku beli. Maklumlah, dah mahal. Mesti mau kasi puas guna kan.
12. Nokia 5800 XpressMusic (2010)
Ada sekali tu, masa tu baru dapat elaun MARA. RM4000 lebih. Ape lagi, joli ah. Aku pergi Low Yat, jalan2. Tak tau nak beli apa. Pusing2, terlopong tengok gajet2 cool. Aku pun ushar la henpon Ushar je, takde niat pun nak beli. Ushar2, tanya tu tanya ni kat tauke kedai tu. Last2 aku rasa nak angkat pulak Nokia 5800 XpressMusic ni. Nafsu.
Tauke tu jual RM1200 lebih. Tambah tu tambah ni, total RM1318 (fuh, ingat beb). Bangga beb. Touch screen. Henpon touch screen pertama aku. Cet. Siap install Garmin GPS, game semua. Pergh.
Ni la henpon aku yang paling advanced feature dia. Kamera 3.2 mega pixel auto focus, Carl Zeiss Optic Lens, LED flash, geo-tagging, touch screen, bla3....
Henpon ni adalah henpon yang PALING MAHAL pernah aku beli. Tapi, henpon ni adalah henpon yang PALING SEKEJAP aku guna. 2 bulan je!
13. Sony Ericsson T707 (2010)
Masa aku guna Nokia 5800 tu, aku rasa ada benda yang aku tak puas hati pasal henpon ni. Aku tak tau apa yang aku tak puas hati. Puas aku belek2 henpon tu, tak jumpa tang mana yang aku tak puas hati. So, aku decide nak jual henpon tu sebab aku tak rasa enjoy guna henpon tu. Aku berkenan dengan henpon ni pulak; Sony Ericsson T707. Survey2, harga henpon ni dalam RM500++. Aku jual Nokia 5800 tu kat member aku sendiri (Idy) dengan harga RM650 je! Separuh aku rugi beb! 2 bulan lak tu.
Aku carik henpon ni kat Low Yat, semua tak pakejkan memory stick. Puas aku carik. Last2 aku carik kat Plaza Sg. Wang. Ada la satu kedai tu. Sekali dengan memory stick, RM580 (tak silap aku). Warna hitam. Sebenarnya aku nak warna hijau. Tapi kedai tu ada warna hitam je. Takpelah.
Apa yang best nye henpon ni? Aku pun tak tau. Berkenan je. Aku suka corak bulat depan dia tu je. Lagipun, ni henpon clamshell. Aku nak jugak try guna henpon clamshell kan. Satu je yang best. Gesture control. Apa benda tu? Google la sendiri.
Aku guna henpon ni 2 bulan. Lepas tu.....? Malas cerita.
14. Sony Ericsson C901 Greenheart (2010)
Lepas kecewa dengan henpon tu, aku decide nak angkat henpon baru. Aku dah lama berkenan dengan henpon ni. Patut la aku tak happy guna Nokia 5800 XpressMusic dulu. Sebab masa aku beli Nokia 5800 tu, aku berkenan kat henpon ni tapi entah kenapa aku pergi tanya pasal Nokia 5800 kat tauke tu.
Aku beli henpon ni sebelum raya hari tu. Nak bergaya dengan henpon baru masa raya la kan. Macam tak tau. Aku beli dengan harga RM550, AP set. Boleh je mintak lagi murah, tapi kalau murah sangat tauke tu kata waranti untuk skrin die kasi sebulan je. RM480. Alah, tambah RM70 je, dapat waranti skrin setahun.
Apa yang best henpon ni? Kamera 5 megapixel Cyber-Shot, xenon flash (bukan LED flash ye!), accelerometer, banyak lagi la. Malas aku cerita. Yang pastinya, henpon ni tak sehebat iPhone atau Blackberry.
P/S : Mak, nanti orang dah kerja orang belikan mak Blackberry sebijik ye!
1 comment:
Samo la ngan aku.. henset c380 kena curik.. x pasal2 kene beli lg satu..hihi
Post a Comment