Kawan2 adik aku ramai yang add aku kat Facebook, jadi aku tau la result diorang. Mostly 4A 1B dengan 5A la. Since kawan2 adik aku semua anak2 orang kaya, yang 4A 1B pun demand Blackberry yo! 5A pulak demand iPhone 4! Gilo betul. Aku kalau iPhone 4 tu, nak beli dengan duit sendiri tunggu kerja la beb. Jangan harap abah aku nak bagi hadiah iPhone 4.
Adik aku dapat apa? Aiskrim. Dia kata kat mak aku,
"Mak, kawan2 adik semua dapat henpon. Blackberry la, iPhone la... Adik tak dapat pape pun..."
Oi dik, gi mampos la kawan2 ko tu.
Situasi tu mengingatkan aku masa aku UPSR dulu. Sebelum UPSR, mak aku janji kat aku, kalau aku dapat 5A dia nak hadiahkan Monopoly. Bila result keluar, aku dapat 5A. Aku tak mintak. Aku tunggu je mak aku belikan. Aku tak bising2 melalak2 mintak benda tu. Aku diam je. Lepas 2 3 bulan result keluar, tak dapat2, aku mula tanya mak aku mana Monopoly. Masa tu mak aku tak sihat sebab baru lepas accident. So, aku tanya macam tu je. Mak aku jawab, dapat 5A bukan untuk mintak macam2. Lepas tu aku tak mintak lagi dah.
Macam tu jugak PMR (aku dapat 7A 1B memang tak dapat ape la kan. Lain la 8A), macam tu jugak SPM. Sejak tak dapat apa2 masa UPSR tu, aku decide tak nak mintak apa2 lagi dah. Aku set dalam kepala otak aku, bapak aku bukan orang kaya, keluarga aku bukan orang kaya. So, aku motivasikan diri aku, dapat banyak A tu sebagai ganjaran untuk aku belajar pagi petang siang malam selama ni. Tu je. Alhamdulillah, sampai SPM aku berpegang pada motivasi sendiri aku ni.
Mungkin ada yang cakap,
"Hadiah tu sebagai motivasi untuk berjaya pada masa akan datang...."
"Hadiah tu sebagai pemberi semangat untuk dia usaha lebih gigih...."
Macam2 lagi la.
Tapi bagi aku, sebanyak mana pun ganjaran yang kita dapat bila exam kita bagus, kalau diri sendiri takde motivasi untuk berjaya, tak jadi jugak kan? Asal niat belajar tu dalam diri kita. Mak bapak kita tak boleh nak paksa kita belajar kalau kita taknak.
Aku tak pernah merasa hadiah ape2 dari siapa2, rentetan keputusan peperiksaan aku (melainkan hadiah sehelai baju daripada pakcik aku, dan hadiah berbentuk duit. Tu bukan aku mintak.). So aku rasa sangat pelik bila budak2 sekarang demand macam2 semata-mata kerana diorang dapat cemerlang dalam exam. Mungkin aku lebih selesa dengan motivasi aku sendiri berbanding motivasi daripada orang lain.
Mungkin sebab tindakan abah aku yang taknak aku senang membuatkan aku jadi seperti aku sekarang. Mungkin kalau dulu aku dapat 5A, bapak aku belikan PlayStation, aku leka, malas belajar. Mungkin sekarang aku kat kampung, usahakan kebun abah aku, ataupun kat pasar malam jual sayur.
P/S : Kalau alang2 dah iPhone 4 tu, mintak motor terus la bhai.
1 comment:
bagus doh ko ni... btul dak2 sekang dah trlampau mewah kan...
Post a Comment