Tapi aku bukan nak story pasal X-Men: First Class. Ni ha, aku nak story pasal first-class service. Semalam aku melawat dua pupu aku kat Hospital Pantai, Kuala Lumpur. Dekat Jalan Pantai Baharu tu, belakang UM. Hospital ni dulu tempat beranak semua adik aku, selepas aku. Luqman, Aqilah, Atiqah. Aku dengan kakak aku dulu lahir kat sepital kerajaan je yeop. Abah aku kerja kerajaan masa tu. Aku kat Hospital Kuala Lumpur, kakak aku kat Hospital Universiti (sekarang Pusat Perubatan Universiti Malaya atau PPUM). Tahun 1991, abah aku join PETRONAS. 1992, baru la mak aku dapat merasa kenikmatan sepital swasta.
Mak aku ada cerita, masa lahirkan aku kat sepital kerajaan dulu, punya la seksa. Nak deliver dah ni, nurse sempat lagi bersembang. Well, aku taknak la kutuk-kutuk sangat government sector ni kan. Cuma, yang terlibat sila la improve service anda. Golongan pertengahan mana la mampu nak bayar medical expenses kat sepital swasta.
Mak aih panjang lak aku melalut. Kat mana tadi? Haa. Semalam aku pi la Hospital Pantai tu. Dah lain gila. Dulu masa adik aku yang ke 4 dengan 5 lahir, kecik je. Masa adik aku yang Luqman tu lahir, aku terlalu kecik. 2 tahun. Mana la ingat pape. Sampai je kat lobby hospital tu, security tu tolong bukakkan pintu untuk Opah aku. Aku agak "Wow". Lepas tu, aku keluar ambikkan wilcha Opah aku. Security lain pulak tolong bukakkan bonet kereta. Aku agak "Fuh". Bila tanya security tu mana Blok D, dengan sopan dan lemah lembutnya dia jawab "Lalu jalan ni dik.. Lobby tu, lalu sebelah kedai tu. Nanti nampak lif, ambik lif sebelah kiri ye,". Muka bengis, tapi punya la sopan.
Bila aku sampai kat Wad Blok D tu je, ada la pintu kaca berdaun dua. Adik aku Luqman tolong bukakkan 1 daun. Tiba-tiba datang nurse dari kaunter wad tu, berlari bukakkan daun pintu yang lagi 1. Aku pun "Fergh".
Tengah-tengah aku main katil hospital tu (jakun jap), ada pesakit sebelah katil dua pupu aku tu melalak. Huwaa, huwaa. Tak pasal-pasal 7 ORANG NURSE datang pujuk budak tu. Langsung senyap budak India tu. Aku pun "Aaa..".
Bila nak balik, keluar dari Wad 30 Blok D tu, ada la sorang nurse nak lalu. Nampak je aku tolak wilcha Opah aku, langsung nurse tu berhenti, bagi aku jalan. Aku cakap dalam hati, "Ini kalau sepital kerajaan ni, peduli apa nurse nak jalan ke, lari ke, merangkak ke...". Terbaik sungguh la.
Nak balik, aku tunggu kat lobby hospital. Tunggu adik aku pick up. Kereta sampai, security tu tolong bukakkan pintu kereta sekali lagi. Sorang lagi security tolong bukakkan bonet untuk aku masukkan wilcha Opah aku. Aku pun "Wooo".
Jadi, itulah ceritanya. Patut la sesetengah orang tu sanggup bayar beribu-riban semata-mata nak layanan first class macam tu. Kalau aku pun bahagia duduk sepital dilayan macam tu. Nurse-nurse dia dahla semua cun-cun (adik aku yang kata).
Nampak tu pesakit pun tak tunjuk muka masam masuk sepital swasta. |
No comments:
Post a Comment