Assalamualaikum...
Since summer break ni, blog posts aku dah makin slow. Masa exam dulu punya la rajin update. Sekarang dah malas. Lagipun busy. Masuk office pukul 8, habis pukul 5:30. Balik dah penat. Tidur awal. Takpela. Aku update jugak. Nak cakap pasal ape eh? Orait, aku nak cakap pasal internship la.
Aku di-appointed-kan as a trainee in Service Operations Training (SOT) department, yang mana department ni bertanggungjawab mengajar dan melatih technician (atau kalau nak senang faham, mekanik) Toyota. Sepatutnya dalam ID tag aku tu bukannya TKDC (Toyota Knowledge Development Centre), tapi SOT. Sebab sebelum aku masuk, SOT ni bawah TKDC. Aku masuk je, SOT kena separate office. Dapat office kecik sikit.
Meh kita photo travel jap.
Ni la workstation aku. Tapi aku jarang duduk sini. Sebab aku selalu lepak kat training room tengok technician training. PC tu dah berkurun lama dah. Microsoft Office guna 97 punya. Gila la. Banyak features takde.
Haa.. Ni la technician-technician nye. Masa ni kelas Pro Technician: Chassis. Belajar pasal chassis, gearbox, dengan transmission. Diorang diberikan sebijik gearbox, lepastu kena disassemble, bila nak habis kelas kena assemble balik. Lepas assemble tu, langsung punah gearbox tu tak boleh nak masuk certain gear. Ganas tul diorang ni.
Minggu ni aku masuk kelas Toyota Prius: New Model Familiarisation and Introduction. Since Prius ni model baru, SOT kena buat training untuk technician. Seminggu training dia. Biasanya training paling lama pun 4 hari je, tapi pasal Prius ni amatlah complicated dan advanced dari segi teknologinya, kena la buat 5 hari...sampai Jumaat (esok). Best kelas ni. Memang kena la dengan aku punya interest. Aku minat hybrid car.
Itu diaa... Hybrid SD atau Hybrid Synergy Drive. Toyota Prius adalah kereta hybrid paling reliable dalam dunia ni. Kereta hybrid paling ramai guna la.
Ni cabin dia. Spacious, futuristic. Aku paling suka dia punya gear tu. Serious canggih! Selalunya kalau gear auto, kata la kita nak masuk gear D. Masuk je, dia stay kat D kan? Kalau ni, dia macam analog controller kat PlayStation tu. Masuk D, kat multi information display tu ada indicator 'D', then tombol tu back to its original position. Cool blog gila dow. Lepas tu, biasanya kalau nak masuk gear P kena tolak tombol gear tu ke posisi paling depan kan? Yang ni takyah. Ada suis untuk gear P. Memang drive-by-wire la. Oh, speedometer dia fully digital. Siap ada HUD lagi. Tak tau apa tu HUD?
Tengok sini.
Ini aku rasa part paling best. Part kopak bonet belakang, tengok bateri yang kasi power kat motor dia. Benda yang enclosed dalam metal cover tu la bateri dia. Kalau bateri kereta biasa, voltage dia 12V je kan? Yang ni.... 201.6V! Terbaik! Kalau taruk 12V jugak, camne la nak gerakkan kereta tu..
Nak tengok camne dalam metal cover tu?? Ada....
Haaa! Inilah dia bateri yang menggerakkan motor elektrik Prius. Mempunyai 168 nickel metal hydride (Ni-MH) dry cell, yang setiap 1 slot tu mempunyai 6 sel. Supplying 201.6V voltage, and rechargeable by regenerative braking and dynamic movement. Semmmart dow. Nak operate mendalah ni bukan boleh suka-suka nak operate. Kena well-trained technician yang operate. Siap kena pakai insulated gloves lagi tu.
Banyak lagi la features yang membuatkan aku ternganga. Macam keyless engine start, keyless entry, enjin senyap gila, security features, dan banyak lagi.
Esok hari terakhir training. Ada test drive dengan final test untuk technician tu. Aku takde la. Sebab aku boss diorang. Diorang panggil aku 'Encik Lutfi'.
So, untuk minggu ni, tema aku adalah Toyota Prius. Apa-apa status Pesbuk aku, semuanya pasal Prius. Sungguh berharga pengalaman ni. Bajet sungguh.